Thursday, December 30, 2010

Ikan Kukus saya



First time masak ikan siakap kukus ni sempena minggu sihat kitaorg.Hehehe.Sendiri2x istiharkan supaya ada reason yg sangat munasah utk masak resepi yang berkonsepkan air-air jek.Kukus,rebus,sup.Kalau tak yang si kecik dok mintak ayam goreng jekkk...yang en.suami pulak dok request ikan goreng berempah ajekkk.Tak sihat sungguh gaya masak gitu.

Taklah susah mana pun nak masak ikan kukus ni.Sedap pun sedap.

Saya takde pengukus pun.Just guna kuali and loyang kecik jek.Tu sebab ikan siakap saya kontot.Hehehehe.Dah kene kerat separuh2x pasal tak muat loyang.

Resepi mcm biasa lah dr incik gugle.Saya refer kat http://www.resepi4u.com/2009/07/resepi-ikan-siakap-kukus-mudah.html tapi saya ubah2xlah ikut bahan yang ada kat umah.

Jom tengok camne nak masak ikan siakap stim nih.



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar (saya beli sederhana besar sekor dapat RM11..murah ke mahal ek)
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus (tak ada)
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis (ganti ngan lemon)
garam secukup rasa



Ni bahan tambahan yg saya pandai2x sendiri tambah....hehehe


sekuntum bunga kantan - dimayang halus
2 btg serai - diketuk
1 biji carrot - potong halus2x
1 btg daun saderi - potong halus2x


Ada resepi tu tambah asam boi....next time saya nak try.


Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.Sebatikan semua.
Masukkan ikan dalam loyang, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit.
Kalau dlm kes saya pakai loyang kecik ni kene pusingkan ikan tu kasi 2-2 belah masak.
Tabur hirisan daun bawang/sup dan perah limau diatasnya.

Senang kan...cubalah.Nanti bgtau camne hasil korang plak.

Tuesday, December 14, 2010

Nak pindah ke tak?



السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


Actually we are trying to find another house kat area2x klang valley nih.Ai nak pindahlah.Yang sekarang ni memang rumah sendiri dah tapi ai tak tahan dgn ke-low-sedaran- penghuni2x sini yang suke2x sangat buang sampah merata-rata.




Kami pernah menyewa condo.Pernah menyewa rumah teres 2 tingkat.And now duduk kat apartment yang tak brapa apartment sangat.Hehehe.Yang lain tu ok-oklah.But this time memang tensen dgn sampah sarap yang merata-rata sana-sini.


No wonder ramai pembeli2x rumah sini pindah.Tak tahan kot.

Ai duduk sini dah 2 tahun.Jiran sebelah duduk from rumah ni siap that is 8 tahun.Tapi ai dah tak sanggup.Jiran sebelah mmg hebat.Hehehe.

Tapi bila fikir2x balik orang yang takde rumah duduk bawah jambatan tu, ai jadi lemah balik semangat nak pindah.Huhuhu.En.H kata nak pindah ok aje.But if pindah lepas loan rumah ni habis lagi syok.Boleh beli rumah lain pulak.Loan apartment ni pun taklah banyak sangat bakinya.

So,agak2x ai kene bersabar lagi sikitttttttttt jek kan.Hehehe.

Kesian kat my princess kakak pun ye jugak.Kalau pindah,she have to make a new friendlah pulak nanti.If stay,dia akan seronok jumpa balik her Taski friend kat sini.



Well, rasa-rasa end up blom pindah lagilah dalam masa terdekat ni.Walaupun hati di dalam meronta-ronta nak pindah,tapi kewarasan mengatasi angan- angan juga akhirnya.Hehehe.

Korang punya rumah mcm mana pula ya?Seronok tinggal kat situ?

Thursday, December 9, 2010

Beribu-ribu Lemon

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم




Hariku bermula dengan ini :)


Eversince saya baca n3 kak nanirostam arituh, saya terus start petua lemon ni(Iya,saya pembaca senyap yg kadang bersuara diblognya :)) .Actually taklah petua mana kot,cuma lebih kepada change to healthier drinks aje.Yelah,kalau before sarapan dok bancuh tea,nescafe or milo, now tadak dah semua tu.Saya minum segelas lemon campur sikit gula setiap pagi.Lepas tu kalau rajin malam segelas lagi.

Dah hampir 2 minggu kot saya minum macam tu.Hasilnya...hemmm ntah.Tapi saya rasa macam badan lebih sihatlah.Lepas tu senang nak jaga pagi.Lepas tu kan yang paling syok saya rasa macam part pinggang ni ada sikit surutlah.Hehehe.

Kat Tesco sebiji lemon RM0.65 sen.Sebiji tu bolehlah tahan 3-4 hari kalau buat air lemon twice a day.Oklah tu.Jimat tea,nescafe or milo kat rumah tuh.Badan pun taklah berkafein sangat.

Korang trylah.Takdelah remeh mana pun.Kalau dah malas sgt tu,slicekan siap2x lemon tuh.Simpan dalam fridge.

Sebenarnya nak lagi bagus buat air lemon + honey instead of gula.Tapi rasanya madu kat market tuh diorang letak gula jugak kan.Sama jek.Lainlah kalau dapat madu asli.Hemm...mana nak cari ek?

Since kita dah bercakap pasal lemon..jom tengok apa khasiat disebaliknya.Yang saya highlight merah tuh antara khasiat2xnya yang saya suke.Hehehe.

Antara 25 Khasiat Lemon :

1. Lemon being a citrus fruit, fights against infection. It helps in production of WBC's and antibodies in blood which attacks the invading microorganism and prevents infection.

2. Lemon is an antioxidant which deactivates the free radicals preventing many dangerous diseases like stroke, cardiovascular diseases and cancers.
3. Lemon lowers blood pressure and increases the levels of HDL (good cholesterol) .

4. Lemon is found to be anti-carcinogenic which lower the rates of colon, prostate, and breast cancer.They prevent faulty metabolism in the cell, which can predispose a cell to becoming carcinogenic.Also blocks the formation of nitrosamines in the gut.


5. Lemon juice is said to give a glow to the skin.

6. A few drops of lemon juice in hot water are believed to clear the digestive system and purify liver as well.

7. The skin of lemon dried under the sun and then ground to make powder can be applied to the hair for a few minutes before bath which relieves head ache and cools the body.

8. Applying lemon juice to acne dries the existing ones and prevents from getting more.


9. Lemon juice acts as a natural hair lightner and skin bleach which reduces the pigment melanin and prevents
the risk of chemical allergic reactions which is common with hair dyes and bleaches.

10. Lemon juice is given to relieve gingivitis, stomatitis, and inflammation of the tongue.


11. Lemon juice is given to prevent common cold.


12. Lemon juice is given to prevent or treat urinary tract infection and gonorrhea.


13. Lemon juice is applied to the sites of bites and stings of certain insects to relieve its poison and pain.


14. Lemon juice relieves colic pain and gastric problems.


15. Lemon juice soothes the dry skin when applied with little glycerin.


16. Lemon juice used for marinating seafood or meat kills bacteria and other organisms present in them,
thereby prevents many gastro-intestinal tract infections.

17. Lemon juice with a pinch of salt (warm) every morning lowers cholesterol levels and brings down your weight.

18. Lemon juice is the best drink to prevent dehydration and shock in case of diarrhea.


19. Lemon juice can also be used as a mouthwash. It removes plaque, whitens the teeth and strengthens the enamel.


20. A table spoon on thick lemon syrup everyday relieves asthma.


21. Lemon juice relieves chilblains and itchy skin.

22. Gargling lemon juice relieves throat infection and also used as a treatment for diphtheria.

23. Lemon juice is an excellent treatment for dandruff and greasy hair.

24. Lemon applied over the face removes wrinkles and keeps you young.

25. Lemon juice helps to prevent and cure osteoarthritis.


Tuesday, December 7, 2010

TiaraBeachResort (TBR) and Bagan Lalang

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



This is our 2nd time ke TBR.Bilik yang lain pulak.Owner yang lain juga.Much better dari bilik yang hari tu pasal water heater dia tak rosak!.Hehehe.Yelah budak berdua tu kalau mandi sampai kecut jari.Lepas tu dari pool nak naik ke bilik,sejuk ditiup angin sampai gigil2x.Yang kecik tu sampai biru jari2x.Kira dapat air suam2x kat bilik mmg syoklah bagi diorang.

Kami kat situ 3D2N for RM300.Dapat RM150 semalam.Kira murah jugaklah.Lama sungguh rasanya.Mana taknya budak2x mandi pagipetang.Yang 2 hari pertama tuh pulun habis.Samelah ngan makpaknya.Iya saya pun masuk kolam juga.Lepas gian kata orang.Hehehe.

Tapi paling best as always jimat bab makan.(part ni puan farra Aiza mmg menjadi idola ku hehehe).Hari sabtu pagi sblm bertolak saya bersilat juga kat dapur.Masak nasi putih,sayur campur goreng and ayam goreng yang saya dah marinate mlm sblmnya.Ni bekalan utk lunch bila dah sampai kat TBR.Yang bekalan dalam kereta,saya goreng fries je.Budak2x ni kalo nak berjalan semua dah takde selera.Seronok sgt.So alternatif makan dlm keretalah.


Bekalan lain tgk gambar jelah.Punya byklah bwk food ke sana.Hahaha.Belom masuk yg takde dlm pic,hotdog,limau sunkist,fries yg belom goreng.Tu yang dlm botol2x kaca tu saya bwk nescafe,milo,susu bdk2x,gula.

Seronok sbenarnya dapat jimat bab food ni.Lagipun boleh jimat masa.Tak payah keluar sana sini cari food.Mcm bfast saya goreng hotdog,buat rotitelur,air milo.Dah kenyang.Dah boleh terjun pool.Hehehe.Lunch tuh tak dapatlah nak masak nasi lauk bagai kan.Tapi belah petang,or diner pun..malas nak keluar,ada mushroom soup makan ngan roti.Saya masak maggi letak telur.Syukur anak2 tak memilih sgt pasal makan.


Hari isnin lepas checkout kami singgah teluk kemang juga untuk lunch.Lepas tu En.H cakap "yang,jom pergi Sepang".Hehehe.Ye...kami terus ke Sepang.Ke pantai Bagan lalang lebih tepat lg.Saja2x pasal saya belom pernah sampai ke situ.Lagipun on the way je.Tengok jam dah pukul 6 ptg,terus kami ke hujung jalan pantai tuh dekat jeti.(lepas tanya2x orang ttg restoran ikan bakar yg best).Dinner kami kali ni spesel sikitlah.Memang recommended lah restoran tuh.Lauk yang dia masak sedap.Sederhana pedas.Paling best udang goreng butter.Sangat2x yummy.Lain2x kami order pepahat and sotong celup tepung as always.Lupa nak snap gambar.Masing2x dah terjah makan lagi2x si kakak dgn feveret dia pepahat tuh.Mine udang butter.Sedap sungguhlah.


Lepas makan kami terus balik rumah.Homesick okay!.sayalah tu.Hehehe.Masa saya tulis n3 ni anak2x n ayahnya masih lena lagi.Penat.

Alhamdulillah dgn rezeki yang ALLAH kurniakan.Dapat berjalan2x,makan,tengok keindahan alam,jumpa saudara seislam(ni time anak2x mandi,maknya buat kawan :)).Thanks to encik suami yang sungguh2x booking bilik kat TBR.Maklumlah cuti sekolah ni,payah sikit nak booking.Dahlah tak plan sangat.

A Birthday celebration yang best dan seronok!

Syukur..syukur..syukur.




1st,the important rhing : my only induction cooker
Dengan menda alah ni,jimat duit tau!




Bekalan kami.Banyak kan?Hehehe.Belom masuk yg dalam fridge lagi tuh.




Budak nih tepi kolam je la tpt dia...peace ibu!




Lapar rupanya anak ibu ni.Ingatkan dah kenyang tertelan air kolam tuh....hehehhe




tengoklah byknya manusia....penuh pool tau.Dah mcm kat negara omputih tuh.




kat bilik




dalam dok mandi tuh,kakak sempat masuk game bola beracun anjuran TBR kat tepi pool tuh.Yang bestnya tadak sapa tgk dia main pun.Saya kat bilik.En.H tgk si irfan mandi.Alih2x bawak balik hadiah jek,cakap dia dapat no 2 main game tuh.Bila tanya ramai tak main,ramaiiii sgt and orang besar2x masuk.(yelah yg saya dgr announcement game tu for under 12 yr).So proud of u la kakak!!!




This is sunset kat Bagan Lalang pulak.View dari restoran yg kami duduk.




Me with kids berlatarbelakangkan Sepang Gold Coast.

kakak sibuk tanya "tak naik plane pun dah sampai Gold coast ke bu?"
Yup,dia tahu GC yang kat australia tuh and dia sibuk masukkan duit dlm tabung sbb nak pergi situ...sgt high ambition kakak eh :)

Tuesday, November 30, 2010

small celebration

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


We had a small celebration untuk si teruna saya yang telahpun menjejak usia 2 tahun.Disamping dendangan2x "happy birthday to u....happy birthday to u" yang berkumandang hampir sepanjang hari by kakaknya,we decide untuk makan spesel jugak pada malam harinya.


spesel pose by birthday boy!



Dan ibu telah mengorder makanan tanpa segan silu kepada nilai harga yang diletak disebelah menu itu sebagai meng'award' diri sendiri diatas keberjayaan diri sendiri menyusukan anak teruna itu sampai la ni. :)

Syukur.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada yang mengeluarkan cash perbelanjaan pada malam itu.(si baju hitamku :P)

pemakan no 1 ,bukan yang dicelebrate :P




yang dicelebratekan



kenyang suda....

Friday, November 26, 2010

Today is the day


Today,

I am officially TWO!



Memori melahirkan Irfan Fahri.

Yang no 2 ni lahirnya hampir 2 minggu awal.Kecil sekali fizikalnya semasa dilahirkan.Last check-up before bersalin,doktor menyaran agar baby dikeluarkan segera memandangkan hasil scan menunjukkan tiada pembesaran "stagnant" lagi kepada fizikal baby sejak 2 minggu selepas check terakhir.Kami risau,doktor pun risau.

Kami tawakkal.Berdoa yang terbaik.

Pagi 25/11,saya dimasukkan ke wad.Diinduce.Dan dicheck bukaan selang beberapa jam sekali.But kesannya tak ada apa2x.Saya rilek aja.Last2x doktor cakap esok try lagi.So bermalamlah kami di wad dgn gumbiranya.

Pagi 26/11,sekali lagi ubat dimasukkan.Nothing jugak.Sampailah sebelah petang around 4-5pm,sekali lagi diinduce.And this time impactnya...hehehe...memang buat saya mengalirkan air mata.

Dipicit salah.Tak picit pun salah.En.H pun dimarahi saya ketika itu.Hehehe.

But alhamdulillah saya mampu bertahan tanpa apa2x suntikan penahan sakit.(rasa macho sungguh time tuh...hehehe)

Saya masih ingat dalam kesakitan yang amat sangat,doktor ada datang melihat saya.Then dia cakap "lambat lagi ni hanis,kejap lagi saya datang tgk lagi ye".

Lepas tu saya boleh naik suara dekat doktor tuh(ampun ya doktor Z :P) "doktor nak pergi mana tu, saya rasa baby nak keluar dah ni".(nada marah okeh!)

Dan..dan tuh jugak memang saya teran.Berlari doktor z tuh nak sambut baby tau.Sampai tak sempat pakai kot ke..mask ke...nasib baik sarung tangan mmg dah pakai siap2x tadi.Hehehe.

Irfan Fahri selamat melihat dunia tepat jam 6.30 petang dengan sekali push aje.(dah memang saya kata nak push kan...hehehehe).

And I still remember ayat doktor Z masa sambut baby tuh "astagfirullah...subhanallah...Hanis..baby awak terbelit tali pusat."

Selang beberapa second,Doktor cakap "Alhamdulillah...dah ok dah..baby ok dah".

Ya..doktor cakap itulah sebab fizikal baby dah stagnant hampir 2 minggu dalam kandungan.Syukur baby dikeluarkan awal.Masa dalam kandungan,baby boleh breath sikit2x je sebab tali pusat tu panjang.So lilitan kat leher tuh tak ketat sangat and he still can breath and eat..cuma payah sikit.

Well,thats the story sedikit sebanyak ttg kelahiran putera kami Irfan Fahri.

Today...dah besar pun dia.Syukur Alhamdulillah.Selamat Hari Lahir puteraku Irfan Fahri.Moga menjadi anak yang soleh berjaya dunia dan akhirat ye sayang.Doa ibu sentiasa mengiringimu selalu.

Amin.

Wednesday, November 24, 2010

4 hari 3 malam :)

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم


Aduhhh badan sakit sana-sakit sini.Hidung pun berair.Kepala sakit.Yang bestnya kain bertimbun tak dibasuh.Yang dah basuh tu pulak bertimbun belum dilipat.

Ya..itulah penangan berholiday sampai 4 hari 3 malam yang hebat! :)

Memang hebatlah pasal ai tak masak lansung selama berholiday.Lagi hebat pasal duit tak mencurah-curah masa holiday.Tempat tinggal ditanggung beres! :P .Cuma bab makan takleh elak.Tapi bila dishare-share,hasilnya sangat mengkagumkanlah hihihihi.Jimat...jimat.

Jom kita layan gambar sikit sambil bercerita.




baru sampai...huh boleh tahan jauhnya.



the crowd consists of 4 family = 17 orang semuanya!
pic atas tuh half jek tuh...yg lain merewang ntah kemana.



dari hari 1st sampai ke 4,mandi jekla kerjanya budak2x nih....
tak kolam...pantai..tak kolam..pantai..tp byk kolam lah pasal pantai ombak trsgt kuat.



introducing rafi'...pangkat 2 pupulah dgn kakak...same age..same height..hehehe...
tak boleh berenggang 2 org nih...kalau kakak hilang yg boyfren will ask "where's my girfren?".Kalau yg boy hilang,kakak will ask "mana rafi'?".Hehehe


1st night dinner kat somewhere near resort jek.
Meriah + kecoh!



On the 2nd night kami merantau sampai ke pantai penyabung kat mersing(45 minit drive!)
for ikan bakar treat! Memang best tp syg tak snap pic berikutan semua dh kebulur hehehe

Many-many thanks to "paksu & maksu" yang telah 'mensponsor' sebuah villa yang besar lengkap dgn semua keperluan sementara :P.

Seronok betul bercuti!


Thursday, November 11, 2010

Kami ke Kelantan

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tapi tak soping pun.Sob..sob..sob.

Bak kata ibu saya,"Korang ni balik kampung berkejar,nak balik KL pun tak dan-dan."

Nak buat mcm mana bu,dah En.H cutinya tidak lepas.Cadangnya memang nak jalan-jalan cuci mata.Masa jalan kat KB tuh,aduhhh kedai emas bersusun-susun.Jeling sajelah.

Anyway,perjalanan lancar pergi dan balik.Selamat.Tak ada banjir.Itu yang paling penting kan.Syukur Alhamdulillah.

Soping?Lain kalilah kata En.H.(saje nak pujuk ai lah tuh :P)

Oh lupa nak bagitau tujuan kami ke sana adalah sempena menghantar adikku yg no 3 itu ke rumah mentuanya.Orang biasa panggil "kenduri sambut menantu".Simbolik ajelah kan.Kalo dulu2x memang bila yg pihak pompuan dihantar ke keluarga lelaki,kira kamu tinggal disitu je la selama-lamanya :).Tapi orang sekarang kerja sana sini.Duduk 1-2 hari,lepas tu dah boleh cabut.Hehehe.Alasan 'kerja'. :P

Ok..jom kita tgk gambar sikit.



Pengantin doh sape weiii :)
Ai yg tengah cuba menyorok belakang pengapit bawak bunga telur tuh hihihi :)
sebenarnya ai yg bwk bunga telur tuh,tapi berat yg amats la..sib baik abg baju belang tuh ada :P



Makan beradab
Angkat tangan semua!Cikgu Habsah nak baca doa makan! :P
Nampak budak berdua tuh?Yang kecik tuh bukan main lagik nak makan sendirik2x.




Ha! Kakak curik makan coklat yek?



Buruh kasar ibu!
Ni bekalan utk kami drpd keluarga pihak lelaki.Thanks!
Lauk2x kelantan memang bestlah :)



Ini pemandangan diperjalanan balik,Cantik kan?(masa datang malas nak snap).
Rasanya dekat area kubang kerian lagik.
Mendamaikan sungguh!

Monday, November 8, 2010

Kakak punye Law of attraction kuat!

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tak mahu cakap banyak.Masih penat dek perjalanan jauh ke negeri cik siti wan kembang.Nanti2x saya ceritakan.InsyaALLAH.

But for this entry,peristiwa bergambar ajelah yek.

Lagipun mmg tak perlu bercerita panjang.Yang mana dah baca n3 pasal ni,taulah gambar tu pasal apa.

Alhamdulillah.

Law of attraction kakak memang SUPER POWERRRRR!

To atok2x,nenek2x,makcik2x,pakcik2x sekalian....ehem..ehem...faham-fahamlah yek :P



Kakak with present from her Taski



You go, girl!!!
We are so proud of you kakak!

Monday, November 1, 2010

Mushi-mushi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tajuk je gitu.Saje-saje.Ntah maksudnya apa pun i tak tau ok.Cumanya sebab hari ni i nak cerita pasal mushroom soup yang i hasilkan sendiri,jadinya tajuknya lebey kurang la tu bunyinya.Lagipun mushroom soup ni pjg sgt nak taip.

Owh sebelum tuh,jangan muntah pulak pasal "i" ni.Hehehe.Sejak-sejak tukar "langsir" baru nih,rasa nak cakap omputeh pulak.Hahaha.Sila abaikan ajelah emosi ku yang terumbang-ambing ini okeh.Yang penting kita cerita pasal mushi2x ku ini dulu.

Actually ini baru kali ke-2 i masak mushi ni tau.Kali ke 2 yang menjadi la.Yang tak jadi zaman i dara2x dulu hampeh.Kita toksah ingat lagi.Ni yang ada umphh nih.Aduhla bila masak sendiri ni kalau cik abg puji,anak dok cakap "sedap bu".Memang kembang segala bagai apa yang boleh kembang.(sebut kembang ni,i rasa dah gemuk tau sekarang huuwaaaaaaa kene diet dah nih).

Ye, i taulah orang lain dah berjuta kali buat mushi nih.Tak heran pun.Tapinya i rasa nak share jugak bagi sesiapa yang baru heran atau heran sekali lagi(apa punya ayat da) resepi mushi i ni.Tadak apa yang spesel pun.

Eh....ada..ada.......
Air tangan + doa + selawat.Hehehe.Spesel ape.

Okeh.Khas utk yang baru nak mencuba.Yang dah terer toksah hang sibuk nak cuba.Kang jadik tak sedap hang kutuk i plak.Hehehe.

Mula-mula pergi cari 6 barang nih :

  1. Cendawan butang dalam tin
  2. tepung gandum
  3. Marjerin
  4. Stok ayam (suke atilah nak kiub ke,rebus ayam sendiri ke kalau rajin ler :P)
  5. Susu segar( i bantai susu tepung aje,sedap jugak)
  6. Garam

Nak masaknya gini :

1.Panaskan periuk.Masukkan marjerin dalam 2-3 sudu.
2.Bila dah cair,masukkan tepung lebih kurang marjerin jugak.Agak-agakla jgn terlebih plak.
3.Kacau sampai dah sebati.Lepas tu masukkan susu(rasa2x dlm 3-4 cawan kot,tak reti nak bgtau pasal i guna susu tepung dalam 2-3 sudu.Kalau guna susu tepung jgn lupa air pulak.
4.Masukkan stok ayam.
5.Garam sikit.
6.Masukkan mushroom yang kenyal itu. :P
7..Kacau dulu sampai dah nak pekat tuh kalau rasa over sgt likatnya tambah ler air sikit.
8.Dah siap dah.Boleh makan.


Orang lain buat mushi ni camne ek?Ada bahan lain lagi ke?Pasal i buat ni ikut resepi sendiri jek.Malas nk google.If ada penambahan sudi-sudikan.

Kat bawah ni i dah tepek gambar.Sekali dengan tukang-tukang puji i tuh.Hehehe :P





Kalau terlebih rajin buat ler garlic bread.




Tukang makan merangkap tukang puji No 1




Aaauuuuummmmmm :P





Tukang makan merangkap tukang puji dan juga tukang buat sepah No 2

Sunday, October 31, 2010

Eh Jangan Lari

Larian ngangakah? :P
(Pic googled)


Assalamualaikum wbt
Bismillah...


Yelah cik,adik,kakak,puan,datin sekalian.

Jangan lari!

Memang nilah blog puan Hanis yang tak berape nak best tuh. :P

Boringlah 'langsir' yang dulu tu.So kita tukar 'langsir' baru.

Kalau loadingnya macam siput.Ampun ya!

Pasal saya dah 'ter' suka dgn 'langsir' ini.... tak mau tukar dah (ya..sila buat mcm gaya iklan syampoo kat tv tuh hehehe)

Tuesday, October 26, 2010

Semalam


Assalamualaikum wbt

Bismillah......


Malam tadi kami berempat ke klinik.

Kakak demam.Dia mengadu sakit gigi.Bila saya cek, nampak gusi belah kiri dia bengkak.Ada gigi geraham sedang berusaha untuk keluar nampaknya.

Hemm..belum habis keluar gigi lagi anak sulung saya ni.Tapi at the same time gigi-gigi depan dia dah mula tanggal.Saya yang pelik atau mmg kejadiannya begitu?

Please kalau ada pakar,doktor gigi atau ibu-ibu yang mengalami keadaan anak sama macam kakak,sudi kasi sikit info?

Lepas tu yang anak teruna saya pulak kami pesan injection.Tengok kad lahir dia ada lagi tertinggal 1-2 injection.So malam tadi dapatlah dia "hadiah" sikit.Tak nangis pun.Ekkk sikit jek.Dah besar gamaknya.Atau pun sebab dia sibuk kunyah vitamin yang doc kasi sampai tak perasan punggung dia kene cucuk.Irfan..Irfan.

Itulah kejadian semalam.

Thanks to T*.

Semuanya free.

Alhamdulillah. :)

Wednesday, October 20, 2010

Anak-anak

Assalamualaikum wbt.

Bismillah....

Lama tak menulis yek.Reason sama aje.Tak malas,takde mood.Atau takde idea.Lebih kuranglah semua tu ek.

Last week kakak habis exam penggal 2.Hehehe.Budak tadika sekarang.Cikgu siap suruh bawak balik buku utk buat ulangkaji.

Yang si kakak,bila saya kata "cikgu suruh buat revision ke kakak?"

Mati-mati dia kata bukan."cikgu ros suruh buat ulangkaji".


Hehehe.My mistake.Belum diajar word ulangkaji dalam bahasa english.


Well,Alhamdulillah.Not the result yet.Cuma dia kata "senang je bu.Tifa dapat 100 peratus." :P

Semalam saya tanya lepas dia balik sekolah."kakak, cikgu ros ada bgtau siapa dapat no 1 dalam kelas?".

Dengan confident dia jawab,"mestilah tifa dapat no 1".Hehehe.

Jgn konpius yek.Result belum keluar lagi.Itu hanyalah spekulasi by kakak yang diharapkan betul 100%.Hehehe.

Kita tunggu.........


p/s: yang syoknya kakak nih,kalaupun cikgu announce bukan nama dia dpt no 1 dlm kelas,dia tetap kata dia dpt no 1.Hehehe.You go girl!

Sunday, September 19, 2010

walaupun lambat...nak wish jugak!

assalamualaikum wbt


Today dah raya ke 10 untuk tahun 2010 ni.Walaupun agak lambat, saya nak jugak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua teman-teman di alam maya ni,yang kenal,yang tak kenal,yang pernah bertemu muka,yang belom ada rezki bertemu muka.Mohon dimaafkan segala segala dosa dan kesalahan.Terguris hati dan perasaan ke,terasa dgn kata-kata dan tulisan saya ke atau apa-apa sajalah yang membuatkan kamu2x tak sedap hati.Maaf yek!

Untuk diri saya,semua perasaan yang tak sedap tuh telah saya buang jauh-jauh.Saya maafkan dan saya lupakan.

Raya masih berbaki 20 hari.Puasa 6 kalau mampu dilakukan ayuh kita berpuasa.Sekali setahun je ada puasa 6 ni.Pulak tu dalam jangka waktu yang pendek je.Campur tolak sakit,'bulan mengambang',open house,sedara mara datang melawat,kenduri,berapa ajelah baki harinya untuk puasa 6 ni.Jadinya,bijaklah kita mengatur masa.Ayuh!



Again, selamat hari raya semua!



from the 2 of us and.....



kakak nathifa and......



Irfan Fahri



Irfan with 2 pupu dia... chempaka yg comel lote




kakak with her geng 2 pupu...allysa,adriana and chempaka.


the geng of 4 bersama moyang mereka



kakak dgn her bestfren allysa





Tuesday, August 31, 2010

layak ke?


Assalamualaikum wbt


Sebelum saya teruskan..saya minta maaf dulu if apa yang saya tulis bakal membuatkan muka anda masam kelat, bibir anda mencebik, hati anda sakit, kepala anda tension dan segala macam perkara tak best dirasai.

Tapi ini hakikat.

Saya tulis sebab saya sendiri pun rasa sedih untuk diri saya sendiri.

Ramadhan dah tinggal 9 hari je lagi.Sedihlah.

Belum khatam quran.
Solat malam/qiamulail ada yang tertinggal.
Zikir pun tak dilafaz setiap masa.
Sedekah pun masih belum capai tahap memuaskan hati sendiri.
Yang sunat2x pun tak sepenuhnya dilakukan.


Saya tertanya-tanya......

layakkah saya untuk berhari raya.

Bukankah sepatutnya seorang muslim atau muslimah yang layak berhari raya ni adalah orang-orang yang telah memenuhi ramadhannya dengan ibadah,sedekah,penuh khusyuk,penuh tawadhuk sehingga dia rasa dia patut untuk gembira setelah ramadhan berakhir?

Jadinya....sekiranya kita yang melalui ramadhan ni dengan perut yang sangat kenyang ketika berbuka, dengan makanan yang lebih sehingga adanya pembaziran, dengan solat 5 waktu yang wajib pun ada yang ditinggalkan(apatah lagi yg sunat), dengan aurat yang tidak dijaga sepenuhnya, dengan lidah yang berkata-kata perkara yang lagho',dengan pandangan mata yang tidak dijaga dan dengan pelbagai lagi perkara yang menyusutkan pahala ramadhan.......


layakkah kita untuk gembira dihari raya?

Thursday, August 19, 2010

Anak-anak dan puasa

Assalamualaikum wbt


Sibuk2x pun nak cerita juga hal puasa anak pertama saya tu.

Puasa penuh dia yang pertama adalah pada 3 ramadhan.Itu pun belah petang tu dah berjujuran air matanya sebab dah lapar.Tapi saya bangga tahap gaban tau dia dapat puasa penuh.Dia lagiklah seronok.Senyum meleret bila time berbuka ayah dan ibunya ucapkan tahniah berkali-kali.Sekali dengan kata2x ransangan like "tifa mmg hebatlah!". :)


Selepas itu puasa dia setengah2x.Sampailah semalam walau dengan tak bangun sahurnya (puas dikejut),dia dapat satu lagi puasa penuh.Katanya "yey,tifa dapat lagi 2 ringgit".Hehehehe.Yelah nak bagi semangat lagi,kami offer lah satu hari puasa (make sure dari subuh sampai magrib) dapatlah dia 2 ringgit.Total sekarang dah 4 ringgit.Seronok dia.Kopaklah mak paknye.Hehehe.

Semalam puasanya happy sungguh.Takde rayux nak makan sikitlah.Minum sikitlah.Dia totally energetic sampai berbuka.Saya pun naik pelik.Tapi syukurlah.Dia dah mula berpuasa.Dan dah tau puasa tu macam mana.

Hari ni dia masih lagi berpuasa.InsyaALLAH saya berdoa dia tahan samapai waktu berbuka.

Tambah 2 ringgit lagiklah jawabnya En.H yek!


Oh lupa..marathon puasa kami kali ini utk tidak menjejak kaki ke bazar ramadhan atau yg seumpama dgnnya masih lagi diteruskan dan masih 100% berjaya setakat ini.Alhamdulillah.


Puasa kan nak mengajar kita erti lapar dan dahaga dan macam mana perasaan org2x yang kebuluran,kemiskinan,kesusahan.Kalau dah berbuka dgn makanan sampai tak larat dimakan,sampai dibazirkan...

apakah ertinya.

Wednesday, August 18, 2010

busylah sgt

Assalamualaikum wbt


Aduh...sibuknya saya sekarang.Baru terasa 24 jam is not enough.Mana nak bahagi masa utk ALLAH, untuk anak-anak, untuk rumah, untuk suami, untuk 'kerja dari rumah' saya.


O' ALLAH, permudahkanlah urusanku!

Amin.

Tuesday, August 17, 2010

Dayuskah mereka?




Assalamualaikum wbt.
Sedikit petikan daripada www.zaharuddin.net.
Semoga memberi manfaat buat kita semua baik yang wanita dan lebih-lebih lagi yang lelaki.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)




Untukmu yang bergelar perempuan Islam......tanyalah diri anda sendiri.

Adakah kita telah menjadikan lelaki-lelaki disekeliling kita dayus?

Thursday, August 12, 2010

Fasting

Assalamualaikum wbt



Suasana setiap kali ramadhan....hening...bening....kering.
Tapi aman dan tenang.
Syukur pada ALLAH sebab dapat melalui ramadhan lagi kali ni.


Semalam kakak cuba berpuasa.Pertama kali dalam hidupnya dia agak mengambil berat tentang ramadhan.Mungkin disebabkan umurnya sudah pun menjangkau 5 tahun.Mungkin juga kerana kecoh-kecoh cikgu Ros nya dia taski mengenai ibadah puasa.


Saya kejutkan sahur,dia mahu.Alhamdulillah.Anak-anak dalam bab makan taklah memilih sangat.Apa adanya.

Pagi ok lagi.

Pukul 10,adiknya makan biskut.Dia dah minta nak makan satu keping.Katanya sikit aje.Nanti lepas makan biskut,kakak sambung balik puasa.Hehehe.

Saya pun terangkanlah dengan panjang lebar.Puasa ni macam ni.Puasa ni macam tu.

Dia ok lagi.

Masuk jam 12 tengahari,bila saya suapkan adiknya lunch nasi berlaukkan sup dan ikan goreng,dia mula menitiskan air mata.

Aduhai.

Saya faham.Dia sayang untuk berbuka.Dia dah faham makna puasa.Tapi dia rasa lapar agaknya.

Saya panggil dia.Baca doa berbuka.Baca doa sebelum makan.Bismillah.

Dapatlah separuh hari puasa hari pertama ramadhan untuk kakak.

Hari ini?

Dia tak mahu bangun sahur.Tapi mahu berpuasa.Dan dah berbuka pun jam 12 tadi sama seperti semalam.

Tak apelah.Sikit-sikit kakak ye.

Monday, August 9, 2010

Bacalah dengan nama Tuhanmu.....

Assalamualaikum wbt


Salam Isnin.
Salam akhir syaaban.
Salam selamat datang duhai ramadhan yang ditunggu-tunggu.


Alhamdulillah.
Syukur kita masih lagi disini.
Masih diberi kesempatan untuk menilai diri,bertaubat,menjauhi dosa dan maksiat dan menambah ibadat kepada yang Maha Esa.


Kepada yang suka membaca,hobinya membaca dan tabiatnya membaca.Sedikit nota yang ingin saya kongsikan daripada Majalah Solusi Isu #18 yang membawa tajuk "Disebalik iqra'".


Kata-kata daripada editornya untuk kita renung-renungkan.



Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca,
Dan daripada sedikit yg membaca itu pula sedikit sahaja yang memahaminya,
Daripada sedikit yg memahaminya sedikit pula yang menguasainya,
Daripada sedikit yg menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya.






Solusi juga ada membuat piramid bacaan.Cuma ianya bukanlah fakta atau muthlak.Tetapi hasil ilmu para ulama yang ingin menyampaikan dakwah Islam kepada kita semua dan juga sebagai panduan agar kita tidak jauh daripada ajaran Islam.


  1. Al-Quran al-Karim
  2. Hadis2x Rasulullah SAW
  3. Ilmu-ilmu asas syariah,aqidah,fiqah dan akhlak.
  4. Buku2x khusus ilmu/pengetahuan am.
  5. Buku2x motivasi/pengalaman hidup yg mempunyai 'ibrah.
  6. Buku2x pendidikan anak2x,keluarga,masyarakat.
  7. Buku2x tentang analisis sejarah terutama sirah para nabi dan para sahabat.
  8. Bacaan hiburan yang tidak tersasar drpd ajaran Islam - novel,sajak,pantun dll.


Semoga hari ini kita menjadi hamba ALLAH yang lebih baik daripada semalam.
InsyaALLAH.

Wednesday, August 4, 2010

ToKNgah yang dikasihi

Assalamualaikum wbt



Sibuk?

Idakle sangat.Sibuk menyambung kerja2x yang tertangguh je.


Seminggu ni rasanya saya berkabung sikit.Saya kehilangan TokNgah yang dikasihi isnin lalu.Arwah ni adik kepada nenek saya(belah my ibu).Mesti nenek saya sedih sangat.Belum ada adik-beradik nenek yang pergi menemui Ilahi.TokNgah ditakdirkan yang pertama.


Saya?.Rasa terkilan yang amat sangat.Sebulan yang lalu masa balik kuantan untuk kenduri pertunangan kakNgah,saya dah terlintas untuk pergi melawat arwah tapi saya tak pergi.Masa tu arwah memang dah sakit.Menunggu untuk operation kali 2.Apakan daya.Masa ibu telefon bagitau arwah dah tak ada,saya mengalirkan air mata.

Walaupun agak jauh pertalian kami,tapi ukhuwah sangat dekat.Setiap tahun raya kami belum pernah termiss sekalipun untuk pergi menjengoknya.Tak pernah.Setiap tahun bila kami datang ke rumahnya,dia pasti sambut dengan senyuman dan gurau sendanya.


TokNgah sangat suka mengusik.Sangat suka bagi teka-teki orang dulu2x yang hebat2x.Sangat suka bagi nasihat dalam bentuk yang sinis tapi betul.Sangat suka buat lawak.Dari yang kecik sampai yang tua,bila duduk dekat dia pasti akan ketawa sekali-sekala.Memang menghiburkan kata-katanya.


Saya pasti rindu akan semua itu.Saya pasti rindu setiap kali balik ke rumah nenek,tak ada lagi yang tersenyum duduk diserambi pintu rumahnya menegur kami anak-beranak.

Dan saya pasti nenek saya lebih rindukan gurau-senda dan usikan dari adiknya yang dikasihi itu.Mereka setiap hari berbual-bual.Bercerita.Mereka berjiran.


Hari ini semoga damailah rohmu disana.Semoga TokNgah ditakdirkan berjumpa dan bersama kembali dengan isteri yang dikasihi NekNgah yang selama bertahun-tahun TokNgah tidak pernah lupa untuk menziarahi pusaranya setiap hari jumaat,sepanjang hayatmu.


Saya pasti rindu.

Saya pasti.


Al-Fatihah untuk TokNgah Osman yang dikasihi.

Friday, July 30, 2010

Kakak Loses Her first tooth


Assalamualaikum wbt


Rabu,28 Julai 2010 marks her first time loosing her first baby teeth.Gigi bawah.She did cried.Sikit.Lebih kepada terkejut sebenarnya.


Macam ni.............

Disatu petang yang aman,sedang saya khusyuk menonton tv,tiba-tiba ada suara menjerit

"ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....tolong tifa."

Saya bingkas bangun dan melihat ke arahnya.

"ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...gigi tifa tercabut."


Saya tersenyum.
(nak tergelak sebenarnya tapi saya tahan melihatkan matanya yang dah berair.Conditionnya tak
de berdarah pun.Memang dah nak tercabut sgt agaknya.)

"meh sini ibu tengok.Macam mana boleh tercabut ni?


"tifa pegang macam ni,gigi tifa goyang-goyang.lepas tu dia tercabut.Ibuuuu macam mana ni."


Sayu saya dibuatnya.Saya pujuk dia.Saya kata ini perkara biasa.Budak umur macam ni memang tercabut gigi sebab nak tumbuh gigi lagi lawa.Gigi kuat.Saya peluk.Saya cium.Saya minta dia letakkan gigi dia dalam tisu.Simpan.Malam nanti boleh tunjuk kepada ayahnya pula.Saya minta dia tengok rupanya dalam cermin.Cuba senyum.

Scekejap lepas tu saya dengar dia ketawa.


"ibu....kelakar mulut tifa bila tengok kat cermin.ada lubang."

Saya membalas.

"tak ape...comel apa."

Anak-anak.
Cepat betul membesar.


Inilah saham amanah yang kekal sehingga kita di alam 'sana'.

Sudah banyakkah kita melabur untuk saham ni menyenangkan kita nanti?