Tuesday, August 31, 2010

layak ke?


Assalamualaikum wbt


Sebelum saya teruskan..saya minta maaf dulu if apa yang saya tulis bakal membuatkan muka anda masam kelat, bibir anda mencebik, hati anda sakit, kepala anda tension dan segala macam perkara tak best dirasai.

Tapi ini hakikat.

Saya tulis sebab saya sendiri pun rasa sedih untuk diri saya sendiri.

Ramadhan dah tinggal 9 hari je lagi.Sedihlah.

Belum khatam quran.
Solat malam/qiamulail ada yang tertinggal.
Zikir pun tak dilafaz setiap masa.
Sedekah pun masih belum capai tahap memuaskan hati sendiri.
Yang sunat2x pun tak sepenuhnya dilakukan.


Saya tertanya-tanya......

layakkah saya untuk berhari raya.

Bukankah sepatutnya seorang muslim atau muslimah yang layak berhari raya ni adalah orang-orang yang telah memenuhi ramadhannya dengan ibadah,sedekah,penuh khusyuk,penuh tawadhuk sehingga dia rasa dia patut untuk gembira setelah ramadhan berakhir?

Jadinya....sekiranya kita yang melalui ramadhan ni dengan perut yang sangat kenyang ketika berbuka, dengan makanan yang lebih sehingga adanya pembaziran, dengan solat 5 waktu yang wajib pun ada yang ditinggalkan(apatah lagi yg sunat), dengan aurat yang tidak dijaga sepenuhnya, dengan lidah yang berkata-kata perkara yang lagho',dengan pandangan mata yang tidak dijaga dan dengan pelbagai lagi perkara yang menyusutkan pahala ramadhan.......


layakkah kita untuk gembira dihari raya?

Thursday, August 19, 2010

Anak-anak dan puasa

Assalamualaikum wbt


Sibuk2x pun nak cerita juga hal puasa anak pertama saya tu.

Puasa penuh dia yang pertama adalah pada 3 ramadhan.Itu pun belah petang tu dah berjujuran air matanya sebab dah lapar.Tapi saya bangga tahap gaban tau dia dapat puasa penuh.Dia lagiklah seronok.Senyum meleret bila time berbuka ayah dan ibunya ucapkan tahniah berkali-kali.Sekali dengan kata2x ransangan like "tifa mmg hebatlah!". :)


Selepas itu puasa dia setengah2x.Sampailah semalam walau dengan tak bangun sahurnya (puas dikejut),dia dapat satu lagi puasa penuh.Katanya "yey,tifa dapat lagi 2 ringgit".Hehehehe.Yelah nak bagi semangat lagi,kami offer lah satu hari puasa (make sure dari subuh sampai magrib) dapatlah dia 2 ringgit.Total sekarang dah 4 ringgit.Seronok dia.Kopaklah mak paknye.Hehehe.

Semalam puasanya happy sungguh.Takde rayux nak makan sikitlah.Minum sikitlah.Dia totally energetic sampai berbuka.Saya pun naik pelik.Tapi syukurlah.Dia dah mula berpuasa.Dan dah tau puasa tu macam mana.

Hari ni dia masih lagi berpuasa.InsyaALLAH saya berdoa dia tahan samapai waktu berbuka.

Tambah 2 ringgit lagiklah jawabnya En.H yek!


Oh lupa..marathon puasa kami kali ini utk tidak menjejak kaki ke bazar ramadhan atau yg seumpama dgnnya masih lagi diteruskan dan masih 100% berjaya setakat ini.Alhamdulillah.


Puasa kan nak mengajar kita erti lapar dan dahaga dan macam mana perasaan org2x yang kebuluran,kemiskinan,kesusahan.Kalau dah berbuka dgn makanan sampai tak larat dimakan,sampai dibazirkan...

apakah ertinya.

Wednesday, August 18, 2010

busylah sgt

Assalamualaikum wbt


Aduh...sibuknya saya sekarang.Baru terasa 24 jam is not enough.Mana nak bahagi masa utk ALLAH, untuk anak-anak, untuk rumah, untuk suami, untuk 'kerja dari rumah' saya.


O' ALLAH, permudahkanlah urusanku!

Amin.

Tuesday, August 17, 2010

Dayuskah mereka?




Assalamualaikum wbt.
Sedikit petikan daripada www.zaharuddin.net.
Semoga memberi manfaat buat kita semua baik yang wanita dan lebih-lebih lagi yang lelaki.


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.



Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)




Untukmu yang bergelar perempuan Islam......tanyalah diri anda sendiri.

Adakah kita telah menjadikan lelaki-lelaki disekeliling kita dayus?

Thursday, August 12, 2010

Fasting

Assalamualaikum wbt



Suasana setiap kali ramadhan....hening...bening....kering.
Tapi aman dan tenang.
Syukur pada ALLAH sebab dapat melalui ramadhan lagi kali ni.


Semalam kakak cuba berpuasa.Pertama kali dalam hidupnya dia agak mengambil berat tentang ramadhan.Mungkin disebabkan umurnya sudah pun menjangkau 5 tahun.Mungkin juga kerana kecoh-kecoh cikgu Ros nya dia taski mengenai ibadah puasa.


Saya kejutkan sahur,dia mahu.Alhamdulillah.Anak-anak dalam bab makan taklah memilih sangat.Apa adanya.

Pagi ok lagi.

Pukul 10,adiknya makan biskut.Dia dah minta nak makan satu keping.Katanya sikit aje.Nanti lepas makan biskut,kakak sambung balik puasa.Hehehe.

Saya pun terangkanlah dengan panjang lebar.Puasa ni macam ni.Puasa ni macam tu.

Dia ok lagi.

Masuk jam 12 tengahari,bila saya suapkan adiknya lunch nasi berlaukkan sup dan ikan goreng,dia mula menitiskan air mata.

Aduhai.

Saya faham.Dia sayang untuk berbuka.Dia dah faham makna puasa.Tapi dia rasa lapar agaknya.

Saya panggil dia.Baca doa berbuka.Baca doa sebelum makan.Bismillah.

Dapatlah separuh hari puasa hari pertama ramadhan untuk kakak.

Hari ini?

Dia tak mahu bangun sahur.Tapi mahu berpuasa.Dan dah berbuka pun jam 12 tadi sama seperti semalam.

Tak apelah.Sikit-sikit kakak ye.

Monday, August 9, 2010

Bacalah dengan nama Tuhanmu.....

Assalamualaikum wbt


Salam Isnin.
Salam akhir syaaban.
Salam selamat datang duhai ramadhan yang ditunggu-tunggu.


Alhamdulillah.
Syukur kita masih lagi disini.
Masih diberi kesempatan untuk menilai diri,bertaubat,menjauhi dosa dan maksiat dan menambah ibadat kepada yang Maha Esa.


Kepada yang suka membaca,hobinya membaca dan tabiatnya membaca.Sedikit nota yang ingin saya kongsikan daripada Majalah Solusi Isu #18 yang membawa tajuk "Disebalik iqra'".


Kata-kata daripada editornya untuk kita renung-renungkan.



Terlalu sedikit daripada umat ini yang membaca,
Dan daripada sedikit yg membaca itu pula sedikit sahaja yang memahaminya,
Daripada sedikit yg memahaminya sedikit pula yang menguasainya,
Daripada sedikit yg menguasainya lebih sedikit yang mengamalkannya.






Solusi juga ada membuat piramid bacaan.Cuma ianya bukanlah fakta atau muthlak.Tetapi hasil ilmu para ulama yang ingin menyampaikan dakwah Islam kepada kita semua dan juga sebagai panduan agar kita tidak jauh daripada ajaran Islam.


  1. Al-Quran al-Karim
  2. Hadis2x Rasulullah SAW
  3. Ilmu-ilmu asas syariah,aqidah,fiqah dan akhlak.
  4. Buku2x khusus ilmu/pengetahuan am.
  5. Buku2x motivasi/pengalaman hidup yg mempunyai 'ibrah.
  6. Buku2x pendidikan anak2x,keluarga,masyarakat.
  7. Buku2x tentang analisis sejarah terutama sirah para nabi dan para sahabat.
  8. Bacaan hiburan yang tidak tersasar drpd ajaran Islam - novel,sajak,pantun dll.


Semoga hari ini kita menjadi hamba ALLAH yang lebih baik daripada semalam.
InsyaALLAH.

Wednesday, August 4, 2010

ToKNgah yang dikasihi

Assalamualaikum wbt



Sibuk?

Idakle sangat.Sibuk menyambung kerja2x yang tertangguh je.


Seminggu ni rasanya saya berkabung sikit.Saya kehilangan TokNgah yang dikasihi isnin lalu.Arwah ni adik kepada nenek saya(belah my ibu).Mesti nenek saya sedih sangat.Belum ada adik-beradik nenek yang pergi menemui Ilahi.TokNgah ditakdirkan yang pertama.


Saya?.Rasa terkilan yang amat sangat.Sebulan yang lalu masa balik kuantan untuk kenduri pertunangan kakNgah,saya dah terlintas untuk pergi melawat arwah tapi saya tak pergi.Masa tu arwah memang dah sakit.Menunggu untuk operation kali 2.Apakan daya.Masa ibu telefon bagitau arwah dah tak ada,saya mengalirkan air mata.

Walaupun agak jauh pertalian kami,tapi ukhuwah sangat dekat.Setiap tahun raya kami belum pernah termiss sekalipun untuk pergi menjengoknya.Tak pernah.Setiap tahun bila kami datang ke rumahnya,dia pasti sambut dengan senyuman dan gurau sendanya.


TokNgah sangat suka mengusik.Sangat suka bagi teka-teki orang dulu2x yang hebat2x.Sangat suka bagi nasihat dalam bentuk yang sinis tapi betul.Sangat suka buat lawak.Dari yang kecik sampai yang tua,bila duduk dekat dia pasti akan ketawa sekali-sekala.Memang menghiburkan kata-katanya.


Saya pasti rindu akan semua itu.Saya pasti rindu setiap kali balik ke rumah nenek,tak ada lagi yang tersenyum duduk diserambi pintu rumahnya menegur kami anak-beranak.

Dan saya pasti nenek saya lebih rindukan gurau-senda dan usikan dari adiknya yang dikasihi itu.Mereka setiap hari berbual-bual.Bercerita.Mereka berjiran.


Hari ini semoga damailah rohmu disana.Semoga TokNgah ditakdirkan berjumpa dan bersama kembali dengan isteri yang dikasihi NekNgah yang selama bertahun-tahun TokNgah tidak pernah lupa untuk menziarahi pusaranya setiap hari jumaat,sepanjang hayatmu.


Saya pasti rindu.

Saya pasti.


Al-Fatihah untuk TokNgah Osman yang dikasihi.