Monday, March 29, 2010

Nak pendapat kawan...

Assalamualaikum


Tadi baca n3 pasal 'bersunat' kat blog member yang sorang ni.

Amat terkejutlah saya sekejap yek.Sah-sah saya tak pernah tau pasal ni.

So keluarlah soalan2x terjah ni untuk sesiapa saja yang tau pasal bersunat/berkhatan utk baby lelaki.


Budak lelaki sekarang boleh sunat masa kecik-kecik ke?
Digalakkan ke?
Prosedurnya?
Ulasan doktor?
Yang ada pengalaman khatankan anak lelaki kecik2x?


Sangat-sangat dalam dilema ni sebab baru tau.....

Friday, March 26, 2010

Ikatan kasih



Assalamualaikum wbt.

Nak suami setia pada kita je....

Kita mesti ler kene buat somethin' kan.Kecualilah ada isteri yang tak kisah suami dia ada yang lain.(kalau rela/ikhlas bermadu nanti dapat payung emas kat akhirat tau..jangan main-main)
But janganlah pikir hok yang mandrem2x tuh..haram..dosa ler.Ishhh mintak jauh dari anasir-anasir jahat sebegini.


Rasanya ramai yang ada atau amalkan somethin' untuk mengikat kasih suami pada kita kan.Ada yang pagi2x hembus ayat dalam air kopi suami.(saye ler tu hihihi).Ada yang hembus2x ayat kat leher suami masa tidur.(uishhh yang ni malu laa nak cite).Ada hembus2x ayat kat tempat tidur.Apa-apa pun,yang penting apa kita buat tu janganlah sampai mendatangkan khurafat pulak.Kita usaha tapi ALLAH juga yang menentukan takdir kita.Hok ni memang kene ingat selalu supaya tak tergelincir akidah kita.Ye dok?


Saya sendiri pun takdelah amal benda-benda yang dasat-dasat pasal nak suami setia.Baca yang dah memang ada dalam quran je.Cuma bila sebut amalan tu kenelah menten buat hari-hari and wajib beserta doa kepada ALLAH apa yang kita nak kan.


Sebenarnya saya ni nak kongsi apa yang saya dengar kat tv9 tadi.Program Usrah.Nama ustazahnya saya tak tau.Tapi dia punya tips memang untuk membuatkan encik suami memandang cinta kasih hanya pada kita.(setakat pandang tengok perempuan lain tu kira normallah kan..dah namanya lelaki).Tapi yang kita nak pandangan suka,minat,sayang,cinta dan kasih tu biarlah pada kita je kan.(family tu kira lain cite laaa).Takmolah dia pandang cinta kasih kat pompuan lain.Akak jeless tauuu.


Well...tipsnya berbunyi senang.

Hanya bangun tahajud dan mengaji quran disepertiga malam.

Tu jek akak-akak sekalian yek.Hehehehe.Kan saya dah kata bunyi je senang.
Nak amalkannya tuh...aduhhhhhh.(ni yang tukang tulis ni pun tak terbuat lagi..seriesss).


Well...
Macam biasalah..nak seribu daya kan.Terpulanglah pada daya usaha masing-masing.
Its not easy tau nak bangun tahajud ni.Kadang-kadang dah bukak mata pun.Dah siap bangun pun.Dah siap pergi toilet pun.Tapi last-last pergi sambung tido balik.Huhuhu.Sayalah tu.Orang lain mungkin tak kotttt.


Tapi inilah petua paling mujarab untuk menambat hati suami.Bila dah jadi amalan,mengikut kata ustazah tu la...nanti wajah kita bercahaya.Ada nur Kasih gitew.Suami pandang bertambah kasih.Asyik nak tengok muka kita je.Tengok muka penelope lopez pun dia tak mahu dah.(eh...penelope tu kira lawo laa kan...hehehehe).Muka kita dia kata lagi lawa.Syok gitu kan.


So...jomlah wahai isteri-isteri sekalian.Baik yang kerja,baik yang tak kerja.Tahajud waktu malam takde ganggu mana-mana pihak kan.Hehehehe.

Saya pun baru nak cuba juga.Kita cuba sama-sama ek.
InsyaALLAH.

Thursday, March 25, 2010

Fail

Assalamualaikum


Nak gelak pun kesian....huhuhuhu


Wednesday, March 24, 2010

On kakak's birthday

Assalamualaikum


Well,Alhamdulillah.

Kakak did have some fun last night.

We had our small birthday celebration dinner here.




And kakak had her yummilicious yogurt cheesecake like this.
(ibu yang pilih sebenarnya and semua pun mengecek :P,sangatlah heavennya)



Lepas tu pergi masuk bookstore.

Kakak dapat big sharpener yang macam selalu ada kat opis tuh.But kaler-kaler lah.Comel.



This is her masa balik kuantan CNY hari tu.Gambar before dia ikut nenek dia pergi kenduri kawin.Kalau dah balik kuantan tu,tak sah tak kene make-up sebab makcik2xnya sorang-sorang melaram bagai nak rak bila nak ke kenduri.Macam manalah anak sedara dia nak terliur.





Hemmm....

How time flies so fast.

Rasanya masih segar dalam ingatan saat melahirkan kakak 5 tahun yang dulu.Petang yang dingin,diiringi hujan yang lebat.Kakak lahir normal.Tak terlalu mudah dan tak terlalu susah juga.

Now, dah pandai melaram.Dah jadi pembantu ibu yang setia.Tak pernah menolak jika minta dibantu.Sangat-sangat ringan tulang.Cuma biasalah sifat anak pertama.Keras kepalanya bolehlah tahan.Tapi bila dipujuk-pujuk cair juga.

Moga dewasanya dia jadilah anak yang solehah.Rasanya tak ada perkara lain yang saya mahu.Bila dia menjadi sebenar-benar muslimah yang solehah,perkara-perkara baik yang lain pasti akan dilakukannya dengan sendirinya.Tak payah diminta-minta dan disuruh-suruh.

Tuesday, March 23, 2010

Her birthday



Assalamualaikum


Hari ni hari ulangtahun kelahiran kakak a.k.a Nur Nathifa Humairah yang ke 5.

No celebration,tiup lilin and such.
Rasanya ibu will treat her with ice-cream yang mahal sikitlah dari biasa lepas dia balik taski nanti.(yang selalu beli harga singgit jek :P)



En.H pulak katanya ada plan untuk kakak malam ni.Looking forwardlah ni.

Hadiah dia,En.H dah bagi advanced bulan Januari hari tu.Hadiah tu kalau dijaga dengan elok,pakai pun elok-elok,boleh dia turunkan kat anak-anak dia pulak nanti.Hehehe.InsyaALLAH.

Saya plan nak masak pulut kuning + rendang ayam untuk birthday dia.Tapinya last weekend dok berjalan sakan.Pulut pun tak beli.Bahan rendang pun tak ada.Tunda sampai jumaatlah kakak ye.Hari jumaat ni nak buat pulut kuning + rendang tu,pack dalam bekas comel2x and kakak will bring it to her taski.Makan sama kawan-kawan and cikgu Ros ye kakak.

InsyaALLAH.

Wednesday, March 17, 2010

Sekolah cuti,but not kakak

Assalamualaikum




Lama jugak tak jengok blog nih.Bukan sekadar itu,bahkan on pc pun tak.Heheheh.
Badan tak berapa nak ok sebenarnya.Sakit sana.Sakit sini.Selsema lagi.Anak-anak pun hidung berair.Dengan En.H sekali jugak.


Nasib cuti sekolah yek.So tak payah turun naik hantar dan ambil kakak ke taski.Itulah rahmat ALLAH kan.Sentiasa tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.Sakit itu pun anugerah juga.Suruh badan rehat.Tak pergi jalan sana sini.Duit pun tak habis kan.


So duduk kat rumah ni selain kerja-kerja utama seorang suri,kerja-kerja sampingan sebagai cikgu kepada anak-anak perlu dijalankanlah memandangkan cikgu taski dia bercuti kan.(ye..cikgu sekolah cuti,tapi budak-budak ni dia bukan reti nak cuti)


Isnin - buat latihan dalam buku2x yang kami beli untuk dia sampai 10 mukasurat!
baca: ni bukan kene paksa,dia sendiri yang sibuk nak buat homework.Huh! maknya yang sampai tersengguk-sengguk menunggu sampai dia penat dan stop buat homework tuh.Sampai kene marah pun ye.


Selasa - saya dapat idea.Main gunting2x dan tampal2x.Ye yang namanya 'collage' tu.Seronoklah dia.Tapinya bersepah ler.But yang penting dia tak 'paksa' ibu dia ajar buat homework lagi.Hehehe


Rabu - hari ni blom ada idea.Dia dah sibuk2x pasal suruh beli cat.Semalam saya ada sebut nak ajar dia painting tapak tangan,span,dahan pisang,kentang yg diukir.(owh! sure korang teringat zaman kita sekolah dulu kan...kan...).Ha yelaaa yang tu la yang saya nak buat with anak-anak.Tapinya kaler2x tu nak kene pi cari dan beli dulu.Hemmmm....


esok,lusa hemmm nanti lah.Baru nak fikir.Hehehe.


Tak sabar nak tunggu weken pun ye jugak.Ketua menteri dah bersuara.Katanya weken ni jom kita jalan-jalan.Tu yang nak dengar tu! :P

Thursday, March 11, 2010

Teh tarik satu!

Assalamualaikum

Entry ni pjg sikit tau!

Kalau korang tengok berita sekarang ni kan banyak yang merisaukan dari menenangkan.Semalam korang tengok berita pasal 'awang hitam ke*ar*t' yang tarik anak gadis orang kita dari lif,bawak masuk apartment dia pastu rogol.Huh...nauzubillah.Itu je yang keluar dari mulut saya.Belasahlah orang tu macam mana pun tapi yang budak kene rogol tu tetap dah diragut maruahnya dan pasti trauma kekal dalam hidup dia.



Lepas tu berita yang lepas-lepas pasal Jab.agama Islam serbu kedai mamak kat kota damansara tu.Diorang buat sport check suh mengucap tak reti.Maksudnya....korang sure bleh fikir sendiri kan.Alangkah muallaf kaum cina pelat-pelat pun kita boleh faham kalau dia mengucap.Ni tak reti lansung.Ape ke hal?(maaf,saya memang emo sungguh pasal ni)


Kami sekeluarga memang dah lama tak berkunjung ke kedai-kedai mamak maupun kopitiam-kopitiam yang belambak-lambak kat kl nih.Memang tak pernah jelas halal haramnya.Perspektif orang melayu islam kita sekarang ni (bukan semua),asal nampak pekerja pakai tudung je...halal.Asal nampak ayat quran tergantung je..halal.Asal nampak pekerja pakai kopiah je...halal.Asal nampak ada pelanggan lain yang bertudung,berkopiah,muka ala-ala melayu,ala-ala islam je....halal.




Tu nama dia....asal boleh.

(baca:betapa ringannya pandangan umat islam sekarang terhadap makanan yang menjadi darah daging mereka)

Sedih.

Saya juga tidaklah sempurna mana dalam menilai,memilih barang makanan yang hendak diberi pada anak-anak.Tapi lebih kepada berhati-hati.Kita kan nak anak soleh.Nak anak solehah.Habis tu kalau dah tiap hari makanan yang anak kita makan haram dan kotor,macam mana tu?.Even diri kita sendiri pun kalau dah selalu makan makanan yang tidak suci dan kotor lama-lama hati jadi hitam kan.Lepas tu mulalah nak bertudung malas,nak solat malas,nak mengaji quran malas.




Ada cerita yang saya dapat dari mertua saya baru-baru ni.Kisah mamak tak tulen.Bukan rekaan.Salah satu kedai mamak famous di melaka yang dikunjungi ibu mertua ku.Nak dijadikan cerita,ibu yang pergi ke kedai makan mamak tu untuk bersarapan roti canai tak kesampaian sebab lambat sangat roti sampai.Marah,then ibu ke kaunter untuk kasi 'komen' sket.Lepas dah 'komen' sikit dgn service diorang,tergerak hati ibu untuk menanya salah sorang pekerja yang ada near that kaunter.Soalan cepu emas.Syahadah.Yang ditanya terkebil-kebil.Kemudian datang sorang lagi pekerja kedai tu dekat kaunter dengan berkata 'saya tau..saya tau..saya islam...assalamualaikum'.Hambek ko! (memang saya betul2x emo lah pasal ni).Assalamualaikum dia jawab.Konon2x reti mengucap la tu.Terkejut ibu jangan cakaplah.Sebab geram dgn diorang ni,ibu menyamar dan mengaku as reporter and cakap she is going to write about that kedai yang hire 'kemungkinan' non-muslim worker.




See.


Itu belom lagi cerita ibu pasal her friend yang tengok dgn mata kepala dia sendiri yang pekerja kedai mamak 're-do' teh tarik yang tak habis dalam 2-3 gelas pelanggan mereka then serve balik kat depan.

Geli dan gila kan.


Memanglah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Tapinya nila ni dah bertitik-titik.Soalan saya macam mana kita nak tengok dan tau food yang diorang serve tuh halal dan bersih????


Tak makan kat kedai mamak tak mati kan?ke ada kes yang mati(baca: perli)

For us itu pendekatan terbaik kami.So far ok je.Tak jatuh sakit pun.Tak jatuh maruah pun.Hehe.

So what say you?(ye ke ayat nih..hihi)

p/s : nak tau kes-kes sijil halal ni try baca kat sini

Tuesday, March 9, 2010

Watch out

Assalamualaikum


Situasi berlaku malam kelmarin.
Bertempat di kawasan lepak dalam rumah(baca: depan tv).


Kami suami isteri tengah seronok berbual-bual.Topik ketika itu agak 'hot'.Ahaksss.Alaaa pasal 'u syg i tak?','u cinta i tak?','i rindu la bila u ke ofis'. (jgnlah korang termuntah pulak...bawak bersabar yek..pasal yg ni cite sampingan jek.)


Tanpa disedari ada yang memasang telinga.(yang anak teruna tengah sibuk main bola,maknanya si kakak ler yang konon2x buat homework kat belakang kitaorang)

Tiba-tiba ada yang bersuara.

"ibu dengan ayah ni pergi kawinlah"

Errkkkkkk!.
Terus terstop perbualan 'cintan-cintun' kami.

Kahkahkahkah.
Kami 2-2 gelak bagai nak rak.....tapinye at the same time konpius.Apalah yang anak aku fikir agaknya sampai boleh cakap camtu.Mana dia belajar.Kebetulan je ke.Huhuhuhuhu.

Camno tu kawan-kawan......



kakak masa umurnya 4thn++


p/s: perbualan bukan topik 18sx yekkkk....hehehehe

Monday, March 8, 2010

Email


Tersenyum-senyum daku sendirian.....



show details 2:38 PM (44 minutes ago)


tq darling.

abang pernah baca artikel ni.
good for you to understand it also.

love u always.


tq



Bila kita emailkan sesuatu kepada seseorang...kan best dapat reply gini.
(Opss..tapi bukanlah sebijik ayat kat atas...tu utk suami-isteri yg sah jekkkk.Maksud saya replylah balik dgn ucapan 'terima kasih' ke,'ok..noted' ke atau dgn simbol ':)' ni pun cukup....)

Friday, March 5, 2010

A story to share

Written by Dr. Sharifah Khaidah Syed Sahab

I'm launching my blog today on my 44th day of confinement and I like to share the following story as my first entry.The story below is really touching my heart and may Allah preserve my kids and all the children out there from all the bad deeds and doings. Nauzubillah.......





Bismillahirrahmanirrahim...



This is a true story of Jati, a story of a very innocent gurl, who eventually passed away at a very young age.

She lived in a rural area, in a remote place far away in the Sarawak province. She stayed in a 'rumah panjang' together with her parents and other siblings, mixing with the other neighbours' family as well. She has got so many brothers n sisters below her, and being the eldest child, she was given the responsibility to take care of her siblings.

The story began when she was allegedly raped at the age of 14 by an Atuk, whose age around 70+ and was also staying inside the rumah panjang. The parents felt so embarrased with the incident, and to maintain the dignity of the family, they forced the innocent daughter to marry the old man. No one has ever reported the incidence to the respected bodies. Finally, she was blessed with a child resulted from the unwilling and unwanted marriage. Now then she has to take care of a baby, on top of her own siblings and not forgetting the old 'baby' who was the culprit of all the things that happen.

She got tired as the day went by, and being a small child, she was not even prepared for that. When her baby reached the age of 6 months, she was again surprised to find out that she was pregnant for the 2nd time. Being so naive about contraception, she didnt know what to do with this unwanted pregnancy. She was already tired with the life that she was going through. No one would ever help her out, what more to share the tears with her. She finally went to see her mom, and told her that she would not want to continue with this pregnancy, as she was already overburdened with a growing baby, the old man as well as her other siblings. Things has been put on her shoulder alone, and she couldnt bear with it anymore.

Her mom unfortunately brought her to see a traditional healer, which took her 3 hours to get there from her rumah panjang. Sad for her, that actually the mom should have brought her to see the nearest nurse who was in charge of the klinik desa there, which also took her 3 hours to get there. It is understood that any form of abortion is considered as illegal in this country. The procedure of abortion was done in a completely nonsterile technique, whereby fish bones were inserted into her womb. She was crying in pain... And unfortunately her sufferings did not end there just like that.


She was down with high grade fever several days after, and no one cared for her including the old man. At one time she was so critically ill, and that was the time where the mother finally brought her for medical attention. Only this time she knew where to bring her daughter, who was so ill. They went to see the nurse, and as I said, it took her 3 hours to get there by boat. Upon arrival, she was so ill that the nurse decided to transfer her to the nearest hospital. They went there using boat 'ambulance' bcoz that was the only mean of transportation that can be used there.


Unfortunately, God loved her more that she eventually passed away on the boat in the middle of her journey to seek help at the hospital. She passed away only at the age of 15. For all the sacrifices that she has done for the whole family, may God place her in the best place of heaven.

Thursday, March 4, 2010

HALAQAH : AIR MATA JUNJUNGAN

Assalamualaikum


Sape blom tonton/terlepas slot HALAQAH : AIR MATA JUNJUNGAN ?

Tengok..tengok..jangan tak tengok.
(boleh tgk kat tv9 punye website - www.tv9.com.my)




p/s: agaknya ada tak yang tidak menitiskan air mata?

Tuesday, March 2, 2010

Hemmm

Baca pasal arwah adik syafiah....
Sedih


Baca pasal proton......
Bangga jugaklah


Baca pasal cuaca.....
Aduhhh panasnya sekarang


Nak bukak fb....
malas


Nak update laman-laman sesawangku.....
Blom datang idea


Last-last....
Ku berangan memiliki yang ini





Nota kaki basah : Owh En.H....bolehkah? :P (sessi memujuk akan dipanjangkan apabila En.H balik kerja nanti)