Thursday, December 31, 2009

Swing

Assalamualaikum


Ish..ish...ish (geleng jangan tak geleng kepala anda ye :P)

Iye....saya tukar template lagik.
Jangan tanya yek apesal.
Ni bukan tahap suka-suka tukar dah.
Tahap tensi pun ada.
Sebab penyebabnya kira macam ni lah "adalah tu yang dia tak berkenan".
Layan sajelah mood puan H yang tengah swing swing ni yek.





Peace !

Thursday, December 24, 2009

Cutest Baby of the Planet 2009

(sticky mode :))
maknanya semua entry yang baru ditulis bermula selepas entry yang ini.
Segala kepayahan terpaksa meng'scroll' ke bawah haraplah dimaafkan ye kawan-kawan.


Name : Irfan Fahri bin Huzaimy Shah
Date of Birth : 23rd November 2008


MomBloggersPlanet are having a 'Cutest Baby Of The Planet 2009' contest!
Semua boleh join.
Semua ada kebarangkalian untuk menang.
So, saya decide to nominate my prince charming Irfan Fahri into this contest.
Pertama kali ni masuk contest.
Saja-saja untuk seronok-seronok.
Menang atau kalah rezeki masing-masing kan.
Lagipun semua baby tu cute sebenarnya.
So apa ditunggu lagi
Jomlah join sama!



DONE!

Wednesday, December 23, 2009

WOMEN OF THE VEIL - Wallahh!

WOMEN OF THE VEIL

Her long, thick, shiny black hair
Fell against her back.
Her rich, copper skin
Gleamed in the sunlight.
Her slender figure outlined,
With her soft voluptuous curves.
But when she stepped outside,
She became a ghostly figure of the night.
Nothing more to the people
Than a dark, shadowy figure of oppression.
But she showed them.
As she walked down the street,
People made way,
Men lowered their gazes in utmost respect.
And others whispered,
As she held her head up high,
With pride in her belief
And showed them how oppressed she really was!
While they whistled at their women,
Looking them up and down as they were pieces of meat to be inspected?
She pitied their savage ways.
As she walked into the arms of her partner,
Her only love,
Her husband.
Where she was transformed,
Into her beautiful self,
For only his eyes to see.




Psssttttttt.....
Nampak tak saya tukar layout baru nih? ;)
Ceria kan..kan....
New year maaaa.
Layannnnnnnnn.

Tun

Assalamualaikum


I am not really good at expressing feeling and thought.Not with writing and in English specially.But Tun is the most genius person who can beautifully express his thought with simple words and simple sentences and yet his writing can be understood and leave something to ponder.

And yes, I am his regular visitor cum silent reader of http://chedet.co.cc.

(yang memberi komen pun bagus-bagus juga!)


Contoh :


Entry on 21.12.09 with title
SOUND BITES - GRAFFITI, X'MAS & DEVELOPMENT

1. I have been visiting several countries lately. Some are developed. Some are developing.

2. It strikes me that it will be good if we send groups of young and educated people to those countries which achieved independence together with us. This is because young people were born and they grew up long after independence and cannot possibly know the Malaysia before independence or even in the early years of independence.

3. Perspectives and perceptions are what colour our thinking. Most people are reluctant to go to poor countries. If we go only to rich developed countries then our perceptions would not be correct.


Tuesday, December 22, 2009

Get Wet! (part 2)

Sambungan kisahnya di Gambang



perhatikan jejaka berbaju hitam tu....
awal-awal merungut sakan baju basah,seluar basah kene tgkkan kakak mandi...
akhirnya...hehehe syok tuh mandi sama!



'pool watch'
tak bertauliah tapi bertanggungjawab tau ;)




budak kecik ni dah tak tahan nak 'nenen' dan tido...ish..ish...ish



makngah and ikah....
antara yang ditugaskan mandi bersama kakak tifa...hihihi






well itu je lah kot yang boleh ditepek kat sini.
Yang lain tu bahaya jugak kalau ditayangkan.

Best memang best!

tapi

tak bleh bawak food....urgghhhh

pokai ooo beli food kat dalam tuh.

Kalau datang nukleus family oklah...kalau berkleus-kleus (ada ke words nih)

harus disharing-sharinglah

sharing is caring kan...huhuhu

Till then

.
.
.
.
.
.


WHAT!

Nak pergi situ lagi?

(perhatikan kening dia...hehehe)

Wednesday, December 16, 2009

Get Wet!

Assalamualaikum


Uhukk..uhukk...uhukkk

Tengah musim ke ape ek.Satu family batuk.Satu family selsema.Budak berdua tu baru je kebah demamnya.Weken baru ni kami berlepak-lepakkan di rumah je.Hajat nak ke kaki gunung ledang terbantut.Semua plan cancel.Adalah hikmahnya tu kan.

Anak-anak berselang-seli muntah.Kain,towel yang terkena muntah jangan cakaplah berbesen-besen direndam.Syukur alhamdulillah dah kebah semuanya.Tinggal yang kecik sekali tu je hidung berair.

Bila hingus dah sampai bibir tu...adalah yang tukang jeritnya.

"ibu...cepat...adik nak makan hingussss dahhhhhhh" :P hahaha


So...cerita lama masa kami ber holiday 2 minggu kat kuantan.End of 2nd week tu,sebelum kami balik KL..adik-adik sibuk nak cuba Gambang resort tuh.

Sudahnya hari ahad,2 big family menyerang gambang hari tuh.Family acik cum adik kpd my mum keluar awal pagi pergi cop tempat,beli tiket dan survey2x apa yang patut.Pantas betul diorang tau.Pukul 9 pagi tuh diorang dah bertolak.

Yang kami ni pukul 11 kot barulah terhegeh-hegeh nak keluar.Hehehe.Termasuklah neneknya.Sampai-sampai memang ramai giler manusia tengah baru nak parking.Tengah beratur beli tiket.Yang dah beli tiket pun beratur pjg nak masuk pasal kene check brg2x kot2x bwk makanan.

Kami apa lagi...call acik je la.Bagitau dah sampai.Cuma beratur untuk check brg je.

The rest bior gambar je lah yang bercerita ye.Memang syoklah kat situ.

Next time kasi can ibu pulak yg terjun dalam air anak-anak ye :P



para penonton (from left my pakcik,my acik,me & Irfan,my mum)


aksi kuak dan terlentang kakak hihihi


ala-ala hindustan gitu..ni En.H ler ni yg suruh hehehe


wooohooooooo!!!


ramai yg menjaganya...lg seronok 2 ronok la dia dlm air



yg ni jgn komen....Irfan nangis masuk air!Takat tu je la yang dia ok.Bukan gigi air tuh..hujung lidah air je tuh....hehehe......tensi tau!



Gambar ada byk lagi.Next n3 lah yek.

Tuesday, November 17, 2009

Makan dan rehat







Ketam masak merah



keropok lekor



laksam





nasi kerabu





Amacam?



Syok okeh dapat makan semua yang kat atas tu.Yang nasi kerabu tu tiap pagi beli.Yang menjualnya jiran selang 2 buah rumah je.Pulak tu harga RM 1.50 je yek puan-puan.Siap ada ayam goreng.Laksam tu pun sama.Harga RM 1 sebungkus ye puan-puan.



Yang ketam tu memang puas hati betul dapat makan dalam volume yang banyak.Hehehe.Ketam dibeli dekat tempat pendaratan ikan LKIM ye puan-puan.Memang fresh dari laut.Siap boleh tengok lagi nelayan-nelayan kampung mengangkut ikan-ikan dari bot-bot mereka ke darat.


Seronok!



Keropok lekor jangan cakaplaa.Tiap petang boleh beli.Merata-rata tepi jalan orang jual.Keasliannya InsyaALLAH memang tip top.Takdelah rasa tepung je kan.



Jika saya di Kota Kuala Lumpur maka tak mungkin saya dapat menikmati semuanya di atas.



Jadinya saya sekarang bersiaran dari Kg.Balok Kuantan Pahang ye puan-puan. ;)



Iya.....memang betul.



Saya dikampung dan sedang menikmati udara yang masih lagi nyaman,suasana hening dan sunyi dan aman,makanan yang segar-segar dan murah dan dikelilingi jiran-jiran yang tidak mengejar keduniaan sangat.Semuanya sederhana!




Alhamdulillah.

Thursday, November 12, 2009

Why?




Sorrylah kalau ganggu korang dengan berita tak best pagi-pagi buta nih.

Speechless OK!

Why?



KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.

Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.

Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.
Tindakan itu diambil kerana warga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.

Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.

Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.

Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.

Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Tuesday, November 10, 2009

Kreatif kakak





Let the picture explain it all.
(sebab ibu sangat malas nak menaip okeh!)



Ini bukan untuk dibuang ye



sebab kakak boleh main tampal2x dgn benda itu




macam ni



tarra.....hasilnya!

Monday, November 9, 2009

17 more days to go

Assalamualaikum



And he will turn ONE!



Irfan Fahri milestone :

1.Still exclusively breastfeed.
2.Sudah berjalan ( lebih dari 10 steps)
3.Ada 4 gigi yang tajam.
4.Sudah 2 kali potong rambut.
5.Suka menjerit.
6.Sangat obses dengan kakaknya.
7.Sudah pandai melalak bila tengok orang keluar pintu and left him behind.
8.Suka "lepak-lepak" (bahasa kakak) atas bantal dan atas floor.
9.Sangat diam bila ibu bersihkan telinga tapi sangat menjerit bila ibu nak bersihkan hidung.
10.Sudah mula makan nasi lembut.
11.Sangat obses dengan tempat penyidai tuala (suka duduk in between tuala2x tu)


ada banyak lagi nak taip tapi.......

kakaknya dah minta air milo satu!

Lain kalilah ye sambung pulak.

Friday, October 30, 2009

Once in a blue moon


En.H boleh menjadi sangat romantis.
Auuuwwww.


Isinya tidak dapat didedahkan kerana sebab-sebab yang sangat munasabah puan2x yek.
Takut ada yang sakit jantung nanti :P


Yang ini memang sungguh men'surprise'kan saya.I like!


Selepas ini Puan.H akan berbau KENZO di rumah ye.
Dan restricted for in-house used only.(takkan nak kene berceramah bab berhias diri untuk muslimah pulak kan ;))


Sekian terima kasih.


Owh lupa pulak geng budak ber 2 nih.
Featuring sis Tifa and bro Fahri.

Peace!



Thursday, October 29, 2009

Pedas



Tapi sedap.
Kicap Jalen.....hehehe.
Iklan sikit apa salahnya.(saya belum pernah cuba jenama ini lagi)

Sebetulnya saya nak bersuara tentang ini: Aurat Muslimah-Rambut
Tak mahu tulis banyak-banyak.Isu panas dan pedas.Sementelah saya pun bukan berjubah purdah.Agak-agak sedar diri juga.

Cuma teruja hendak berkongsi pendapat si suami beberapa malam yang lalu.

perempuan yang degil tak mahu bertutup betul-betul tapi solat tak tinggal ni pelik juga ye.Macam bila solat zuhur pandai pulak dia solat 4 rakaat.Kenapa tak pandai-pandai sendiri buat 1 rakaat ke,2 rakaat ke atau kalau rajin buat 10 rakaat terus.Tapi bila masuk bab bertudung,ada yang pandai2x separuh tutup,ada yang depan tutup belakang nampak,ada yang tutup belakang depan didedah sampai nampak juga lurahnya.Macam2x 'fesen' ada.Kebanyakkannya tidak seperti mengikut apa yang tertulis di dalam kitab mulia kita.


Nampak keironiannya?

Berulangkali pernah saya catatkan disini.
Islamlah sepenuhnya.Ini bukan macam peribahasa "pilih-pilih ruas".





Nota kaki suam-suam air : janganlah pula ada yang betul-betul solat zuhur 1 rakaat nanti.Haru!

Nota kaki air panas : Memetik kata-kata daripada si dia "wear anything u like as long as u show us your boobs, it'll turn out that every man 'loves' you".Betul kan!

Tuesday, October 27, 2009

Complaints





This is a very interesting issue to me.
I guess most of the point on the list is exactly whats on my mind. (tidak ku pandai untuk meluahkannya :P)





COMMON CUSTOMER COMPLAINTS ABOUT RETAILERS


TRUE LIES
Blatant dishonesty or unfairness
Selling unneeded services
Purposely quoting low ball cost estimates


RED ALERT
Assuming customers are stupid or dishonest
Treating them harshly or disrespectfully

BROKEN PROMISES
Retailers not performing as per their promise - careless mistakes prone services


I JUST WORK HERE
Powerless employees who lack the authority or desire to solve basic customer problems

THE BIG WAIT
Waiting in the line just because some of the checkout lanes or service counters are closed


SUFFERING IN SILENCE
Employees who don’t bother to communicate with customers who are anxious to hear how a service problem will be resolved

DON’T ASK
Employees unwilling to make any extra effort to help customers


LIGHTS ON, NO ONE’S HOME

Clueless employees who do not know the answers to customers’ common questions


EMPLOYEE WHO VISITS EACH OTHER
Or conducts personal business while customer waits
Refuse to assist because they are on break




The most irritating and annoying and "rasa nak hempok'ing" is the RED ALERT one'lah'.Of course!Especially the one with the 'cash' duty.

Muka masam satu hal.Bila tanya kadang2x tak jawab lansung.Kadang2x antara dengar tak dengar.Time kita tegur dia 'terpunch' 2-3 kali harga satu2x barang tu,bleh dia buat muka tak tahu je.Itu yang pada pendapat saya masa nak beratur bayar eloklah dipilih-pilih sikit cashernya.Memanglah susah nak agak reaksinya,tapi kalau dari jauh tu dah menunjukkan aksi2x yang kurang menyenangkan,carilah yang lainkan.

As for me,saya lebih suka cashernya kaum adam.Simple.(mind you..not apply to all yek!)Bukanlah bermaksud kaum hawa tak bagus,faham2xlah kalau dah penat sangat,time bulan mengambang pulak tu,ditambah bergaduh pula dengan si buah hati.(sekali lagi mind you..not apply to all yek!)Tak ke haru tu?But kaum adam ke,hawa ke you must be very careful masa diorang dok punch2x harga tu.Pastikan harga yang betul.Punch sekali je kecualilah barang yang sama with the same price ada 2,3.

Well, when we talk about this : manners, i guess it is not as simple as 'masak air'.To shaped it perfectly and beautifully is nearly impossible since we are all just a human.Everyone makes mistake.But if we learnt and getting better and better everytime after we make those mistakes it would probably the perfectest one!

Monday, October 26, 2009

Kera Kena Belacan?Oh tidak!

Assalamualaikum

Okeh.....setelah berbloghop berjam-jam tadi....saya jumpa berita ini yang agak menarik juga untuk diperkatakan.

Cuba baca dulu.


Warga Emas Terselamat Dari Denda RM20,000 Kerana Belacan


DUNGUN, 21 Okt (Bernama) -- Mahkamah Majistret Dungun di sini Rabu mengenakan denda RM600 ke atas seorang wanita warga emas yang menjalankan perusahaan membungkus belacan akibat bahan tersebut tidak mengandungi protein mencukupi.Rohani Ali, 56, didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menyatakan belacan hendaklah mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.


Menurut fakta kes yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus, sampel belacan yang dipaket oleh Rohani dengan harga RM2.50 untuk 400 gram, setelah diuji didapati kekurangan protein iaitu hanya mengandungi sebanyak 23.75 peratus.Sampel belacan itu diuji Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pada 7 April lalu.Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama melibatkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.Rohani mengaku salah terhadap dakwaan berkenaan.

Setelah rayuan, Mohd Yusoff mengenakan denda ke atas Rohani sebanyak RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.Jabatan Kesihatan Dungun diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Mohd Yusoff Othman.

BERNAMA


So...camne?

Nak gelak pun ada.Kesian jugak pun ada.Gelak sebab belacan tak cukup protien?Hellooooo.Rasa-rasanya baik pergi serbu kilang2x yang buat makanan letak racun(Eh..MSG tu kategori racun tak?) berlebihan ke.Yang letak pewarna,perasa tiruan ke?Yang sembelih binatang halal makan jadi tak halal tu ke?Ishhh banyak lagiklaaa yang hebat2x kesnya dari belacan tak cukup protein nih.

Kesian kat makcik Rohani ni.Dah pangkat nenek dah pun.Jual belacan pun 2.50 je okeh.Bukannya 250 atau 2500 hengget.

Anyway saya tidaklah menyalahkan yang menguatkuasakan peraturan ni.Cuma kerana terlalu banyak lagi kes yang lebih besar( atau boleh dipanggil masalah) yang membuatkan kita semua menjadi mangsa berbanding isu belacan tak cukup protein ni.


p/s: eh..ke kalau belacan tak cukup protein ni boleh memudaratkan?
Huh.....kene tanya doktor nih :P

Friday, October 23, 2009

Overwhelmed mom

Assalamualaikum

Ditambah kisah sedih arwah adik alia yg teraniaya,saya jadi tambah2x takde mood sekarang.Entahlah cepat sangat mood down bila baca cite2x sedih.Lepas tu tengok pulak 'O' show pasal 'Overwhelmed moms'.Huh...lagiklah downnya.

Btw korang ada yg tengok tak issue yang atas tuh kat Oprah?Yang tengok tu sure ada rasa sikit2x terhenti nafas sekejap and cuba breath dengan slow2x.Sebabnya...perkara yang terjadi pada adik cecelia tuh mungkin akan terjadi pada siapa2x aje kan.Bahkan kat M'sia ni pun rasanya ada je kes macam tuh..cuma liputannya taklah meluas mcm kes adik cecelia sbb mak dia diinterbeiu oleh si Oprah.

Pada yang dah tengok show tu,perlu kita fikir2xkan and jugak take action sepermana yang disarankan oleh dr.Norman tuh (bukan norman hakim puan2x yek).Yang terlepas tengok or tak berpeluang tengok saya suka berkongsi kat sini untuk dijadikan panduan buat kita semua.But panjang sikitlah n3 kali ni.

Saya copy from Oprah.com.

If nak baca sendiri klik kat sini http://www.oprah.com/slideshow/oprahshow/20080902_tows_moms/1


Kisah adik cecilia yang meninggal sbb strok haba dalam kereta.

When Brenda woke up on August 23, 2007, she says she knew she had a busy day ahead of her. Summer vacation was coming to a close, and it was the first day back for teachers at her school. That morning, the rush to get out the door was more frantic than usual, she says.

Brenda and her husband, Gary, got their two young daughters, Allison and Cecilia, dressed and ready to go. Then, in a departure from their regular routine, Brenda loaded 2-year-old Cecilia into her car to take her to the babysitter's house.

"I had a dentist appointment, and I asked Brenda to take Cecilia," Gary says. "I normally took both Cecilia and Allison, dropped Cecilia off at the sitter and Allison off at preschool."

With Cecilia sleeping in the backseat, Brenda pulled out of the driveway at about 6 a.m. When she realized it was too early to drop her youngest child off, she decided to run a quick errand. Brenda stopped at the store to buy doughnuts, a treat for the returning teachers.

After loading her car with snacks, she got on the road that led to her school and drove straight there. With her mind racing through all the things she needed to accomplish before teachers arrived, Brenda got right to work. "I had lots of things to set up," she says. "I was nervous and frantic that morning because it was such an important day to get the school year [off] to a great start."

The day began with a staff meeting, followed by lunch. While chatting with new teachers between meetings, Brenda says she talked about her daughters. "My feeling was it was a great first start," she says. "It was going to be a great school year, and it was a great start to the day."

At about 4 p.m., Brenda was in her office, getting ready to head home when all hell broke loose. "A good teacher friend of mine—sometimes I think it was a blessing it was her—was on her way home, and she walked by my car," Brenda says. "She ran into my office and she said, 'Brenda, your baby's in the car.'"
Brenda immediately grabbed her keys and raced to the parking lot. "I knew what I was going to find," she says. "I opened my car door, and I remember hearing the voices around me. Teachers who were close to me [were] screaming."

When she got to her car she found Cecilia in the backseat, still strapped into her car seat. Brenda says she grabbed her daughter out of the car as fast as she could, but she knew it was too late.

"I knew she was gone as soon as I picked her up, I knew," she says. "I remember I took her, and I ran through the parking lot with her, screaming her name. Then, what brought me kind of to consciousness, I guess, was somebody from the cafeteria yelled for me to bring her here."

Brenda says she handed her lifeless daughter to someone who tried to revive her. Then, she retreated to another part of the cafeteria and began to pray. "I heard people yelling for ice, and I sat in a ball and I prayed," she says. "I prayed harder than I've ever prayed in my life. … But I knew she was gone."

Cecilia died of a heatstroke after being left in the car for nearly eight hours. Outside, temperatures had reached 100 degrees.

Sorang komentar yang bercerita ada budak ditinggalkan mati kelaparan dalam rumah sebab parent nak pergi bercuti !

I read this at 21 yrs of age, it changed my life.
A young couple planned a vacation and hired a neighborhood lady to babysit their 8 month old daughter for the week they would be gone. On the morning of their trip the babysitter was late, which had also happened before, and since she was so reliable, they put the baby in her highchair with some dry cereal and left the back door unlocked as they had done before. The young couple then went on to the airport to catch their flight. When they returned a week later, their little girl was dead in her highchair, dehydrated , starved to death. The babysitter never showed up as her Mother had a stroke the night before and she left to care for her, forgetting about her babysitting arrangement. When she did remember, the sitter figured they had hired someone else when she didn't show up.

I read this story with horror...imagining what that poor little child went through till her ultimate demise. I promised myself then, I would always put my children first, phone off the hook at bathtime, never leaving them in the car alone for any reason, never hiring unknown sitters, etc. It paid off...four healthy beautiful kids, eleven fantastic grandkids!!! We live in a busy, hectic world...we need to really slow down and enjoy our kids and our lives. That should ALWAYS be our main priority!


Ini nasihat seorang guru Zen

Norman Fischer, a well-known Zen teacher, says there is an epidemic of overwhelmed people. Because we now have more possibilities, Norman says our expectations have been raised to unattainable heights.

Norman says busy moms should stop trying to reach perfection and focus more on their happiness, attitude and state of mind. "I think that the first thing we've got to do is recognize that especially as mothers, but all of us, our state of mind and our attitude is our most precious gift that we give to each other," he says. "Every day, we ought to wake up and we ought to say: 'How is my state of mind today? Am I losing ground?' If I am, I better address that first because the rest of the stuff I do won't be worth anything if I'm harried and hassled and in a bad mood."

In hopes of finding relief from feeling hassled and harried, Norman believes mothers first need to recognize that they are overwhelmed. Once that moment is realized, he says you need to stop whatever you're doing and take three conscious breaths. The hope is that with each breath you take, you will allow yourself to be more aware of your situation. Norman says this will allow you to focus on the task at hand.

Though our society stresses the importance of being able to handle multiple tasks at one time, Norman says there is no such thing as multitasking. Instead, we switch from one task to another. This switching prevents us from being able to do one task with any intensity or commitment. "Whatever you are doing. Do it. Do it completely. Bring your whole attention to it," Norman says. "Be present in everything that you do."

In order to help prepare yourself for each day, Norman recommends that you take time for yourself. "Take 20, 30 minutes. Get up before your kids early in the morning. Loss of sleep is worth it, if you can have 30 minutes absolute[ly] to yourself, to breathe, return to yourself, digest yesterday's emotions, take stock of yourself and set yourself up for the day," Norman says. "That amount of time saves you time throughout the day."

Norman believes feeling overwhelmed can be remedied by taking care of yourself. "We need to know our own condition. When we see when we are losing ground ... we need to ask for help," he says.

The first person a woman should turn to for help is her husband. "I can't believe the husbands are not the first line of help," Norman says. "I mean, the husbands should be sharing all these burdens exactly equally. It makes no sense to have a husband and not get any good out of him!"

Oprah says husbands are more involved than they were 20 years ago, but the workload certainly isn't equal in most households. "For a lot of women, it hasn't [changed], because women don't know how to ask for help," she says. "Also, [they] think that it's their burden and responsibility to carry it all and do it all."

"When conditions are tough, we don't do well," Norman says. "We need to know that, not be ashamed of it and address it."


Okeh...camne?Tak semestinya article ni untuk puan2x yang bekerja and mother at the same time.Bagi saya yang SAHM ni pun ada gak sindrom overwhelmed nih.So....sama-samalah kita muhasabah diri selalu.Mohon dilindungi daripada segala bala dan malapetaka.Amin.

Jangan lupa...

breath in....

breath out...

breath in....

breath out...

now.......

huh!

Wednesday, October 21, 2009

Mood

Mood tak baik sangat sekarang.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tido lagi baik.Huh!

Tuesday, October 20, 2009

Alif Ba Ta

Assalamualaikum




Well,lama tak jengok blog nih.Sibuk dengan anak-anak.Yang besar dengan homeschool dia.Yang kecik dengan nak tumbuh giginya.Al-maklumla kalau gigi nak keluar tuh.Macam-macam 'peel' ada.

Berbalik kepada tajuk besar kat atas tuh,hari ni si kakak dah beralih ke buku Iqra' 2.Alhamdulillah dia melepasi ujian bacaan,sebutan dengan jayanya.Actually saya tak expect tinggi sangat untuk dia membaca huruf2x tuh dengan sebutan yang sangat betul.Maklumlah kan macam huruf 'gho','sa','dho' dan seangkatan dengannya yang macam payah sikit nak sebut tuh,ingatkan kene baca ulang2xlah.Tapi turns out dia memang boleh sebut dengan betul.

Suka pulak saya dengar bila dia mengaji dengan lancar dan menyebut dengan betul.Syukur pada ALLAH.Teringat dekat tok guru saya kat kampung.Saya panggil "Pak Long".Takde ustaz2xnya.Tapi dia memang imam surau kat kawasan tu.Masa zaman saya mengaji dengan dia,ada 4 orang murid je.Bayar bulan2x pun takde dikira sangat.Bukannya kelas mengaji dasat2x macam sekarang.Wajib bayor.Hehehe.Tapi ilmu yang kita dapat tuh,alhamdulillah sampai sekarang masih lekat dimulut ni.Tu yang hebatnya guru2x mengaji dulu2x.

Well,kalau diikutkan hati anak-anak saya ni hendak aje saya hantarkan mengaji dengan Pak Long ni.Ya tuan puan,Pak Long ni masih lagi mengajar mengaji.Dia mengajar orang2x besar sekarang.(besar = dewasa :P).Harapnyalah....

Orait,thats all pasal alif ba ta si kakak.Nak masak nasi goreng kegeramaran En.H pulak.

Friday, October 9, 2009

Annoying words

Assalamualaikum


Eh! tadikan saya baca cnn, tertarik pulak dgn news nih.Sila-sila... baca yek :)




NEW YORK (CNN) -- Nearly half of Americans surveyed said they find "whatever" to be the most annoying word or phrase, according to a poll by the Marist Institute for Public Opinion.

Politico.com counted Caroline Kennedy using "you know" 142 times in an interview with The New York Times.

The research center at Marist College did a telephone survey of 938 people that was prompted by a casual conversation with employees of the institute.

"What we chose were words that were used as 'dismissive,' " said Mary Azzoli, the institute's media director. "We chose words that we felt were overused."

"The list was so long so we said 'why not do a poll,' " Azzoli said.

"You know" was the second most annoying phrase.

That phrase was spotlighted last winter, when Caroline Kennedy was being considered for the U.S. Senate seat from New York, vacated by Hillary Rodham Clinton.

In a televised interview and in an interview with The New York Times, Kennedy used the words so much she was ridiculed by the New York media.

At one point, Kennedy said "you know" four times in one sentence.

"You know, I can tell you, you know, in my family, you know, there was a sense, you know, we have to work twice as hard," she said.

Politico.com said Kennedy used the phrase 142 times in the Times interview.

Respondents also said they were annoyed by the overuse of "anyway," "it is what it is" and "at the end of the day."

The words "whatever" and "anyway" re-entered the American pop lexicon following the release of popular films like "Clueless" (1995) and "Valley Girl" (1983). Both are about the shallow lives of teenagers in suburban California.




Korang rasa camne?Ada words yg rasa2x nyampah betul orang menyebutnya.Nak2x byk kali ulang pulak tuh.Sila-silakan berkongsi.Saja nak tau. :)

p/s: gambar takde kaitan yek dgn cerita.Kesian robot tuh.Tak bersalah.Huhuhu

Wednesday, October 7, 2009

Big M again!


Assalamualaikum


Saya memang tengah malas nih.

Betullah macam gaya cat tuh.Cuma saya baring betul2xlah depan tv.Huhuhu.
Malas masak,malas update blog,malas basuh kain tapi tadi saya rajin kemas 'working room' En.H sebab dah teruk sangat bersepahnya. (upahnya En.H jgn lupe yek :P)

Semoga esok big M saya tuh hilanglah.Amin.

Friday, October 2, 2009

Nasi lemak

Assalamualaikum


Kadang2x saya memang tak tahulah nak tulis apa.Kadang2x banyak sangat yg nak ditulis pun jadi masalah jugak.Sudahnya lansung tak tertaip.

Well hari ni saya masak nasi lemak.

Ikan bilis - check.
Telur goreng - check.
Sambal - check tapi masin sikit.
Timun - uncheck.Tak beli pun.


En.H dah makan.Kakak tifa dah makan.Si kecik pun makan nasi lemak jugak.

Dah lama sebenarnya tak buat nasi lemak ni.Yelah last month kn bulan pose.Tak masuk menu berbuka pun.

Apa-apa pun nasi lemak dengan ayam goreng berempah memang superb.Hari ni takde menu ayam.Petiais pun dah mulai kosong.Dah hujung minggu pun.

Esok dan lusa pulak ada jemputan beraya.Open house tu takdelah.Lebih kepada nak melawat kawan2x,sedara-mara yang dah lama tak bersua muka.Eratkan silaturrahim.


So kawan2x makan beringat-ingat ye.Jangan berlebih-lebihan.

Wasatiah selalu!

Wednesday, September 30, 2009

Kakak dan adik

Assalamualaikum


Hemmpphh...hujan hari ni yek kat kl.Hujan rahmat.Alhamdulillah.Nathifa selalu tanya ibu 'why ALLAH make hujan bu?'.Secara logiknya saya jawab sebab nak cuci benda yang kotor2x kat tempat kita ni.And saya akan tambah dengan ayat memuji 'ALLAH sangat kuat,sangat pandai,sangat banyak power kan..sebab boleh buat hujan.Bukan mudah juga nak menjawab persoalan yang begitu kan,bagi sayalah.Kawan2x mcm mana yek?

Anyway here picture anak-anak yang semakin membesar dan semakin 'cenekel'(ni org melaka ckpla) :P


Kakak tifa main game je bila kat kg


Hi kawan-kawan :)


Ini baju melayu yang 'Cik wena' dia beli,yg ayah dia beli kaler pink gitu..auuuu


Suka sungguh dia bolatkan mata dia gitu



Ni tengah dok lumbalah...ginilah selalu kat rumah.Yang kecik tu bukan main seronok lagik.



Btw,Irfan Fahri masih lagi minum susu cap gantung.Pastu dah pandai bangun berdiri sendiri.Sikit lagi melangkah la tu.Bila dah start jalan...huhuhu abislah ibu.Makin kurus dibuatnya nanti.Raya tahun ni ada juga yang tegur 'uishhh nmpak kuruslah sekarang'.Tu ayat yang sedap sungguh didengar bagi ibu-ibu yang badannya meningkat dengan sekata.Tak gitu ummu auni?

Ngeh...ngeh...ngeh.

Sunday, September 27, 2009

Raya 2009

Assalamualaikum


Selamat Hari Raya semua!
Maaf zahir dan batin!

Kami dah balik semula ke kl sejak hari rabu lagi.Khamis tu En.H dah ke ofis.Lama sebelum raya saya tak dapat nak online.Komputer tiba2x buat hal.Dalam hati, Allah dah bagi hints tu tak payah online lama2x.Buat ibadat lagi berkat.Ngeh..ngeh..ngeh.

Tu reasonnya tak dapat nak buat kad lawa2x untuk ditepek kat blog sebagai penyeri ucapan hari raya.Ahaks.Apa-apa pun masih bulan syawal lagikan.

Raya tahun ni turn kampung saya di kuantan.Alhamdulillah dapat balik awal sikit,bersahur dan berbuka dgn family.Syok banget!Kecoh dan meriah.

Kalau balik kuantan ni,raya pertama tu kami semua akan ke rumah nenek(belah ibu saya).Lepas tu pergi melawat satu-persatu rumah adik-beradik nenek.Means semuanya tok-tok sedara saya merangkap moyang-moyang si nathifa dan irfan fahri.Ada 7 beradik semuanya.Nenek saya yg sulung.Seronok dapat jumpa diorang ni.Tapi semua dah tak berapa sihat sgt.Dah dimamah usia.

Malam raya ke 2 kami dah turun kl balik.Singgah rumah and tukar mana patut and kami ke melaka pulak.Raya kat melaka kita sambung lenkali yek.Meriah jugak!


Family tercinta
(5 thn dulu dlm gambar gini abah sorang je 'man' in the house,now dah ada 3 'man' in the house...hihihi
)




kakak dah pandai posing,adik sibuk baca buku sampai berkerut kening!

Tuesday, September 8, 2009

Kawan

Assalamualaikum

Saya copy ni dari seorang teman untuk teman yang lain.
Renung-renungkan.


Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya..

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli profesyenal yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profesyennya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yang sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan ‘sunnah’ barat
Yang melupakan kehidupan akhirat

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan dijadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak ditempuh

Sunday, September 6, 2009

Nak masak?

Assalamualaikum


farra - abaikan je lah mode tengah bengang tuh! ;) Ni dah ok dah.Sabar kan separuh dari iman Hehehe.


Tengah cari resepi nak buat nasi dagang.Tak penah tengok orang buat.Try jauh sekali.Tapi nak jugak try nih.Huhuhu.Nerbes la pulak. :P

Kita tengok hasilnya nanti yek InsyaALLAH.If ada gambar jadik ler.Otherwise faham2x je la yek. :)

Friday, September 4, 2009

Ignorance

Assalamualaikum


Saya tak suka orang yang ignorance.

Lantaklah saya guna perkataan tu betul ke tidak.

Tapi saya tetap tak suka orang yang ignorance.

Eeeee....tensennyeeeeeeee!!!

Thursday, September 3, 2009

Tengah malam

Assalamualaikum


Jam sekarang tunjuk nombor 12.Maknanya dah tengah2x malam le.Hehehe.Aku blom rasa ngantuk.Bukan pasal siang tadi tak tido.Tapi pasal tengok cerita enemy of a state.Alaa yang will smith berlakon jadi lawyer yang kene kejor ngan NSA tuh.Fuh! memang best aa cite tu.Takdelah baru first time tengok..byk kali dah.Tapi 'feel' tetap thrill okeh.(aku memang jatuh chenta sama itu will smith lame dah).Hehehe.Paling best MIB laaaa.Aku suka dia sebab dia kalau berlakon tuh,aku faham apa dia cakap even dalam slang ape ponnn.Bukanlah maknanya aku terer giler english...hehehe..tp si will smith tu bercakap terang.Tak yah ler nak tunggu si 'sari kata' tu keluar.Kene time ada lag sikit,aduhai tak faham plak cite tu nanti.

Hemmm...awal malam tadi ibu aku call dari kampung.Bawak berita sedih.Suami kepada sepupu ibu aku meninggal.Sepupu ibu aku ni muda.Sama baya ngan aku.Aku panggil dia 'mek soh'.So kami agak rapat jugaklah pasal dah sebaya.Cuma dia dok raub,aku dok kl.Kalo jumpa pun bila ada kenduri besar2x kat kuantan tu and raya.Anak dia 3 org.Semua boy.Kecik2x sgt lagi.Yang paling tua pun 5 tahun kot.Sedih plak aku dengar.Last aku jumpa ngan dia and arwah suami dia masa kenduri kakak pada mek soh ni.Aku ingat lagi raut wajah arwah suami dia psal aku dok kene hidangkan lunch untuk laki2x yg buat kerja2x berat masa kenduri tuh.So aku tegur arwah ni and pelawa dia makan.Plus aku pelawa yg lain2x jugaklah kan.Arwah meninggal sebab sakit 'gaot'.Tahap teruk kot.Yang aku tau gaot ni sakit lutut jek.Tapi tak taulah.Ajal dan maut ditentukan ALLAH.Arwah meninggal dalam bulan ramadhan.Moga dia ditempatkan dikalangan orang2x yg soleh.


Hemmm....overall kita dah masuk ke 10 malam kedua ramadhan dah.Malam2x yang penuh dengan keampunan dari ALLAH.Jom kita sama2x mohon agar diampunkan segala dosa kita,diberi petunjuk dan hidayah setiap masa.Moga hidup kita lebih diberkati.InsyaALLAH.

Thursday, August 27, 2009

Check

Assalamualaikum


Alhamdulillah.......yang ditunggu-tunggu sudah tiba!




Saya terima ini......







sebab ini........








Bolehlah buat belanja raya tahun ni.Syoknya!

Tuesday, August 25, 2009

Aku

Assalamualaikum


Cepat sgt ke aku menghakimi manusia-manusia itu?


satu :

aku beli brokoli sepotong kecik,kacang buncis 10 helai jek dan bunga kobis sepotong kecik.Timbang punyelah laju.Tup..tup keluar dari mulut dia "8 ringgit kak!".

Hish,tak penah aku beli barang byk tu sampai 8 ringgit.Kurang2x 4-5 ringgit je.(aku kan surirumah sepenuh masa,selalu beli barang dapur)

Aku geram jugak.Aku cakap 'eh takkan 8 ringgit kot.Timbang balik.Brokoli ni berapa sekilo?Bunga kobis berapa sekilo?.Kacang buncis berapa sekilo?.Sebenarnya masa dia timbang balik aku bukan kira pun dan sah2x aku tak ingat berapa brg2x tu berharga utk sekilo.

Usai timbang balik,dia kata 4 ringgit sudahla kak.

Ha...itu baru aku rasa berpatutan.Aku bayar dan ingatkan aku nak warning je cakap jgnlah amik riba' berdosa.Tapi aku diamkan aje.Aku balik.

Dulu aku tak pandai nak mempertahankan 'hak pengguna' ni.Aku takut dengan penjual.Tapi suami aku byk ajar aku supaya berani bertanya,berani persoalkan sesuatu yg kita rasa tak munasabah.Lagipun kita yang pegang duit tu!

Hari tu memang aku rasa puas sebab aku tak berjaya ditipu orang walau pun untuk 4 ringgit nilainya!Pada aku bukan nilai yang penting,tapi sejauh mana prinsip hak pengguna tu telah aku praktikkan.


Dua :

Orang ada facebook,aku pun bukak juga satu.Aku suka tengok gambar2x kawan2x aku yang melancong luar negeri.Aku lepaskan rindu pada sorang kawan aku yang duduk jauh kat london sana dengan tgk gambar2x dia dengan suami dia.

Tapi aku tak berapa gemar letak gambar aku kat situ.Lagi aku tak gemar bila orang lain letak gambar aku tak pakai tudung kat situ! Memang aku marahlah!

Aku tau aku bukannya tahap perempuan bertutup litup berpurdah bagai.Aku biasa2x je.Tapi bila gambar aku yang nampak rambut,leher,lengan dipamerkan untuk tatapan orang,itu aku rasa dah macam mencabuli hak aku dah tu.

Aku naik pelik bila ada orang boleh buat macam tu dan buat2x tak tau tentang aurat ni.Aku yang tak faham ke atau manusia tu yang tak mahu memahami.

Suami aku selalu pesan,dalam Islam tak boleh amik situ sikit sana sikit.Yang suka engkau amalkan,yang rasa2x tak suka engkau tinggalkan.Bila Islam,Islamlah semuanya.

Memang aku tak fahamlah manusia ni.

Dahlah..aku nak masak nasi berani hari ni.Harap2x menjadi.

Sunday, August 23, 2009

Sekolah

Assalamualaikum


Kakak tifa asyik bertanyakan tentang sekolah.


Bu...bila kita nak balik kuantan ni?Tifa dah tak sekolah lama ni.

Bu...tifa sekolah kat sini je la.Cepatlah cari sekolah tifa.


Bu...tifa dah takde kawan2x dah.Tifa kene pergi sekolah.Kawan2x tifa ada kat sekolah.



Sayu hati mendengarnya.Rentetan dia pernah pergi sekolah tabika kemas agak lama masa kat kampung dulu.Sudahnya dia tak betah duduk diam bila dah balik ke sini semula.Nak sekolahkan dia rasanya awal lagi.Lagipun saya ada kat rumah.Ibu kan cikgu paling bagus di dunia ni. :)

Saya cakap padanya kita sekolah kat rumah je lah.Adik boleh jadi kawan tifa jugak kan.Nanti ibu bagi kerja sekolah yek.

Hasil googelan saya byk juga worksheet2x untuk todlers 4 yrs and above.Lagipun sekarang sibuk pasal homeschooling kan.Besides boleh tahan juga worksheet yg ada ni.Yang penting menarik untuk diorang kerjakan.

Saya tanya ibu saya tentang worksheet yg mcm mana yg bagus untuk budak 4 tahun ni.Ibu cakap lebihkan pada motor skills diorang such as potong-memotong,lipat-melipat,gunting-menggunting.Bab mewarna,menulis biasa2x aje.Tak perlu ditekankan sangat.Cukup sekadar diorang mengenal huruf.Kalau boleh listening skills tu yang perlu difokuskan.


So setelah diteliti,antara bahan2x yang saya dah print......



huruf2x utk diwarnakan (tifa dah buat selai,dpt 3 stars tuh hihihi).
cuba tgk nama dia kt atas tuh...pjg sungguh huhuhu.Masa saya tgh ajar dia tulis nama tuh dia berleter kenapa nama tifa pjg sgt nih.Heheheh


gunting ikut line



gunting pic tepek kat tpt yg betul



ni pun sama,gunting pic tepek kat tpt yg betul


Ada byk lagi yang saya print.Ada worksheet nombor2x jugak.Lain kali saya tunjuk.Yang best kakak tifa suka dan khusyuk buat kerja dia.Sibuk pulak suruh ayah belikan file untuk letak kerja sekolah dia yg dah siap.Jenuh!

Oklah kene off dah.Itu incik yg kecik sudah mengamuk.