Friday, January 29, 2010

Nafsu yang melalaikan


ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ
ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ
ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ


[Ayat : 179 Surah Al A'raaf]

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.



Assalamualaikum wbt and salam hari jumaat yang diberkati.

Sedikit ulasan tentang ayat di atas daripada Ustazah Fatimah Az-Zahra from rancangan USRAH @ tv9(yang sempat saya salin):

Janganlah kita semua mengikut nafsu which is melupakan apa sebenarnya tujuan kita dihidupkan didunia ini.Ramai diantara kita hidup di dunia berseronok,beranak,bercuti,makan,minum,berkahwin seolah-olah akan hidup selamanya dan menidakkan kehidupan selepas mati.Ramai yang menutup aurat,pergi ke masjid,pergi ke majlis ilmu,solat tapi tidak betul2x ikhlas kerana ALLAH.Tak betul2x melakukannya demi mendapat keredhaan ALLAH.Yakinlah yang kita akan bertemu dengan ALLAH di alam akhirat nanti untuk dihisab perbuatan kita di dunia.Janganlah kita menjadi manusia yang lalai.


Notes : Actually ustazah said there are 4 types of nafsu which is nafsu amarah,nafsu mutmainnah,nafsu lawwamah dan nafsu ghafill.The best is nafsu mutmainnah and yang tak elok is nafsu ghafill seperti yang yg saya taip kat atas tu.

Semoga kita sama-sama menghisab diri sendiri sebelum kita dihisab dihadapan ALLAH kelak.

Thursday, January 28, 2010

Muhasabah

ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘ ﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ ﭪ ﭫ ﭬ


[Ayat : 216]
Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya.





(Dulu masa di universiti ,saya cukup tak suka dengan En.H.Bagi saya dia sombong,berlagak,pemarah,serius,eksen.Owh! kenangan saya dipaksa bekerja satu team dengannya semasa menjadi OC(orientation committee) di uni dulu masih segar dalam ingatan.Manakan tidak,saya diletak team audio/visual yang sungguh teknikal yang mana saya tak tau apa tentangnya dan En.H adalah ketuanya.Dia tak mahu mengajar,saya enggan bertanya.Sudahnya saya balik rumah terus tinggalkan dia dengan kerja saya yang terpaksa dia bereskan.Seterusnya...bermulalah detik indah dalam hidup saya dan dia.Hihihihi,jiwang pulak yek)

Sungguh memang benarlah ayat-ayat ALLAH.

Tuesday, January 26, 2010

Ramaikah?

Bukan saya yang menulis tetapi diambil dari sini http://azizah-aling.blogspot.com.

Ingin dikongsi bersama tatkala ramai diantara kita yang sibuk sangat dengan dunia.
Sibuk sangat dengan facebook.
Sibuk sangat dengan pejabat.
Sibuk sangat dengan anak-anak.

Untuk suami-suami yang aktif berblog dan membaca luahan rasa ini,bukan setakat renung saja,harap disusuli dengan tindakan yang sepatutnyalah selepas ini.





Untuk Renungan Kita Bersama.


Berapa ramai suami yang boleh jadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, pastinya dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tidak boleh menjadi imam solat, apakah kita akan kata "ok" saja? Tapi akan ada yang menjawab: "Jangan diperbesarkan. Nanti mereka terasa hati."


"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, di sebuah pejabat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab semenjak dari kecil lagi dia tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibu di dapur.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.


Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat memasak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.


Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah hebat boleh mengimamkan satu taman perumahan juga.


"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak berkeyakinan menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid ataupun dia merasakan isterinya lebih handal.


Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa kongkongan isteri. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki kan.. :)

Friday, January 22, 2010

Syukur




Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasaMu
Yang tak kan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasihku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku padaMu

Oh Tuhan anugerahMu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku tak kan berpaling dari-Mu




Ideas for the weekend

Assalamualaikum


Tengah dok fikir-fikir weken ni nak buat apa yek?

Ada pameran inovasi kat UIA.Menarik gak tengok hasil ciptaan manusia nih.Good for kakak jugak.Buleh dedahkan pada dia that human brain ni boleh fikir macam2x.

Ada dolfin and sealion show kat sunway.Rm 40 dewasa and 24 children.Mahai gak tuh.But interesting jugak nih.

Boleh pergi zoo negara.Specially for our mr.Irfan.Agaknya mulut riuh tengok binatang2x tuh nanti.

Sambung buat bantal.(En.H dah bising bilik kerja dia berabuk dengan kekabu untuk buat bantal)
Tapi belum ada mood menjahit nih.Camno?

Ada idea lagi?

Wednesday, January 20, 2010

Baju kakak



Hari-hari balik sekolah ibu kene cuci baju dia.(ada kesan pensil,kaler,coklat,minyak2x makanan,nasi melekat pun ada gak kdg2x tuh,sirap - diorang ni time rehat bersilat atas makanan gamaknya!)
Pastu sebab ibu tak larat,rendam sampai esoknya.
Paginya ibu kene siapkan basuhan baju sekolah dia dan jemur.
Kadang-kadang dah dekat time pergi sekolah baru ibu teringat baju sekolah dia.
Lepas 'dry' kat mesin tu terus iron.

Macam hari nilah.

Lepas tu dia komen 'panas' nak pakai baju sebab baru lepas iron.(hahahaha)
Lepas tu dia komen kat bahagian getah seluar masih lempab2x lagi.(hahahaha)
Lepas tu dia komen "ibu ni lain kali basuh baju tifa cepat-cepat sikit,lepas tu jemur". (erkkk)
Lepas tu.......

Kalau komen lagi mau kene 'keletuk' sekali kat kepala tu dengan ibu.

Ha..ah baju dia kami beli sepasang jek.
Kot2xlah buleh survive 2-3 hari,ala-ala budak pandai jaga kebersihan baju.
Hehehehe.

Nota buat En.H : Yang...esok tinggalkan duit RM35 hinggit atas peti ais(lebih pun takpe..hihihi).Nak order sepasang lagi baju sekolah kakak. :P

Tuesday, January 19, 2010

Monday, January 18, 2010

Mee Bandung Saya!

Nak cuba masak mee bandung sendiri?
Senang jek.


Bahan-bahan untuk kuahnya sahaja:
  1. Keledek 2 ketul sederhana besar
  2. Ubi kentang 2 ketul sederhana besar
  3. Udang kering (segenggam)
  4. Bawang besar 2 ketul
  5. Bawang putih 2 ulas
  6. Cili kering blend/cili boh (sikit jek)
Cara-caranya:
  1. Keledek dan kentang rebus sampai empuk and lepas tu blend.
  2. Bawang2x dan udang kering tadi blend sampai hancur juga.
  3. Panaskan minyak sikit then tumis bahan bawang2x and cili blend.
  4. Lepas dah naik bau,boleh masukkan terus keledek n kentang blend tadi.
  5. Tambah air sikit ikut kepekatan yang kamu sukalah.
  6. Garam sesedap rasa

Bahan-bahan isi kuahnya:

  1. Udang (ikut sukalah mau berapa byk hehehe)
  2. Ayam (saya letak sikit jek)
  3. Daging (lebih best dari ayam)
  4. Bebola ikan (ikut suka)
  5. Taugeh (celup dalam air panas kejap)
  6. Sawi (celup dalam air panas kejap)
  7. Bunga kobis -potong kecik
  8. Carrot - potong nipis but not terlalu nipis
  9. Bawang goreng (buat penyedap rasa)
  10. Daun bawang
  11. Telur
  12. Mee kuning (rebus dulu)
  13. Limau nipis (untuk diperah kalau nak lebih rasa ummphhh)

Cara-caranya :

  1. Bahan 2,3,4,7,8 dimasukkan dalam kuah sampai masak.(nanti makan daging tak masak plak hehehe...kan naye tuh)
  2. Udang ni elok dimasukkan last2x supaya tak kecut jadik kecik.Lagipun udang masak kejap jek.
  3. Telur tuh bleh masukkan last sekali gak dan jangan kacau kuah tu.Nanti hancur plak.Tak lawa.

Endingnya :

Setelah bersilat dengan tak berapa ligat di dapur,bolehlah merasa mee bandung hasil nukilan sendiri yang lazat dan berkrim macam kat bawah nih.Hehehe.


sendiri letak gambar sendiri terliur plak dah...
keledek ada 2 ketul lagik ni baki minggu lepas....
hemmmm....


Selamat mencuba!

Tuesday, January 12, 2010

Melaka

Assalamualaikum



(ditulis lepas hantar kakak ke taski)
ikut arah jam ye : irfan eksen naik moto masa jalan2x kat tesco melaka.Kakak and adik yang takmboh amik gambar-nangis kat tmn boye.En H berani lepaskan Irfan kat tepi pool-ngeri masa amik gambar takut jatuh.Kakak duduk bawah cendawan berhujan.



(lepas kakak mandi puas-puas,sebelum keluar dr tmn boye,kami tengok ada rumah burung,and rumah ular- tak melawat rugi ler spoloh hinggit sorang!)
arah jam jugak : burung ni asyik nak nyorok jek-malu kot.Kapel paling romantik kat kandang boye tembaga-siap bersantai berdua bawah pokok kelapa,sungguh tak tahan!.Rupa water dragon nih macam camelion yg dalam iklan kentang apa tah kat tv tuh.Burung kaler kuning tuh comel sangat-tu yang amik gambar tuh.



Dinner with keluarga En.H - Ada nenek,ibu mertua dan adik-adik iparku.Yang bertudung kuning ayu tu Puan Maznah merangkap ibu mertuaku yang best,sporting,baik,masak best dan tak lupa juga sangat busy orangnya.Jejaka berbaju biru tu still bachelor yek..hehehe.Cuba tgk mr.Irfan yang bertampal koyok dikepala-dia demam plak time ni,tapi makan tetap makan :)



Yang ni gambar kids kat Tesco melaka(main kat playland) and mydin melaka(pic duduk kat kerusi putih).Mydin melaka sangat gedabak besar.Siap dgn asrama pekerja.I love foodcourt dia.Selesa,bersih,luas and paling best masa pergi ari tu food stall dia orang-orang melayu kita yang jaga.Jika ke sana cubalah gerai sup dia.Best!


p/s: kami ni memang kerap jugak balik melaka.Tapi time yang ni plak saya 'ter'rajin nak snap gambar.So terhasillah cerita bergambar ke melaka ni.Harap maklum yek.(maknanya bukan selalu saya rajin begini hehehe)

Friday, January 8, 2010

Prelude - cuti-cuti melaka

Assalamulaikum

We had our short vacation masa balik kampung ari tu.Ntah mengapa En.H nak melawat semua tempat yang agak-agak best kat melaka tu.Before this kalau balik melaka tak kemana-mana pun.Malas.

Maka melawatlah kami 4 beranak ke taman buaya tuh which kitaorang baru realized ada water park for kids kat dalam tu.Apalagi menuju kat sanalah terus.Buaya pun tengok jugaklah.Hehehe.
Gambar2x buaya dan seangkatan dengannya nanti-nantilah yek.



Macho tu berdiri sorang-sorang kat tepi pool
(sila abaikan pampers yek.....ahaks :P)




speechless
(budak ni kalau dah dalam air tak ingat darat dah)


Wednesday, January 6, 2010

Be Grateful

Alhamdulillah

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيْدٌ
“Dan Rabb kalian telah mengumumkan jika kalian bersyukur niscaya Kami akan menambah dan jika kalian mengkufuri sungguh azab-Ku sangat pedih.”

Tuesday, January 5, 2010

Her 1st day

Assalamualaikum




Dia mula merengek nak pakai baju sekolah ini dari jam 9 pagi dan berlarutan sehinggalah jam 11.30 tghari bilamana ibu memberi kebenaran untuk mula bersiap ke sekolah.
(Jenuh melayan budak yang terlebih excited nak 'pegi skool' nih)




I am H.A.P.P.Y !





featuring mr.Irfan yang juga se'excited' kakaknya untuk turut sama ke sekolah.
(read:tolong hantar je ye :P)

Monday, January 4, 2010

The journey starts here

TASKI ABIM


Yeahhhh......
It's time for kakak to start having fun at school pulak.
From now on,for every school day,InsyaALLAH she will be with her cikgu Rosnah and her 'soon to be' friends from 12.00pm till 3.00pm.
Not to urge her to get As' in all her 'lembaran kerja' but I hope this can teach her how to LIVE(definitely comes with so many meaning)with other people.
(bermakna selain daripada kelompok keluarga yang dia kenal)

Yey!
Anakku sudah mula bersekolah! (read:excited)

By the way, this is kakak when we had to make her pasportsize picture for her school card.Despite that sweet smile on her face,she was crying when the photogirl ask her to sit in that chair.She only agreed when En.H is there next to her.(read:sad-she don't feel very confident with me).


kakak with her not-so-want-to-smile face