Monday, November 1, 2010

Mushi-mushi

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم



Tajuk je gitu.Saje-saje.Ntah maksudnya apa pun i tak tau ok.Cumanya sebab hari ni i nak cerita pasal mushroom soup yang i hasilkan sendiri,jadinya tajuknya lebey kurang la tu bunyinya.Lagipun mushroom soup ni pjg sgt nak taip.

Owh sebelum tuh,jangan muntah pulak pasal "i" ni.Hehehe.Sejak-sejak tukar "langsir" baru nih,rasa nak cakap omputeh pulak.Hahaha.Sila abaikan ajelah emosi ku yang terumbang-ambing ini okeh.Yang penting kita cerita pasal mushi2x ku ini dulu.

Actually ini baru kali ke-2 i masak mushi ni tau.Kali ke 2 yang menjadi la.Yang tak jadi zaman i dara2x dulu hampeh.Kita toksah ingat lagi.Ni yang ada umphh nih.Aduhla bila masak sendiri ni kalau cik abg puji,anak dok cakap "sedap bu".Memang kembang segala bagai apa yang boleh kembang.(sebut kembang ni,i rasa dah gemuk tau sekarang huuwaaaaaaa kene diet dah nih).

Ye, i taulah orang lain dah berjuta kali buat mushi nih.Tak heran pun.Tapinya i rasa nak share jugak bagi sesiapa yang baru heran atau heran sekali lagi(apa punya ayat da) resepi mushi i ni.Tadak apa yang spesel pun.

Eh....ada..ada.......
Air tangan + doa + selawat.Hehehe.Spesel ape.

Okeh.Khas utk yang baru nak mencuba.Yang dah terer toksah hang sibuk nak cuba.Kang jadik tak sedap hang kutuk i plak.Hehehe.

Mula-mula pergi cari 6 barang nih :

  1. Cendawan butang dalam tin
  2. tepung gandum
  3. Marjerin
  4. Stok ayam (suke atilah nak kiub ke,rebus ayam sendiri ke kalau rajin ler :P)
  5. Susu segar( i bantai susu tepung aje,sedap jugak)
  6. Garam

Nak masaknya gini :

1.Panaskan periuk.Masukkan marjerin dalam 2-3 sudu.
2.Bila dah cair,masukkan tepung lebih kurang marjerin jugak.Agak-agakla jgn terlebih plak.
3.Kacau sampai dah sebati.Lepas tu masukkan susu(rasa2x dlm 3-4 cawan kot,tak reti nak bgtau pasal i guna susu tepung dalam 2-3 sudu.Kalau guna susu tepung jgn lupa air pulak.
4.Masukkan stok ayam.
5.Garam sikit.
6.Masukkan mushroom yang kenyal itu. :P
7..Kacau dulu sampai dah nak pekat tuh kalau rasa over sgt likatnya tambah ler air sikit.
8.Dah siap dah.Boleh makan.


Orang lain buat mushi ni camne ek?Ada bahan lain lagi ke?Pasal i buat ni ikut resepi sendiri jek.Malas nk google.If ada penambahan sudi-sudikan.

Kat bawah ni i dah tepek gambar.Sekali dengan tukang-tukang puji i tuh.Hehehe :P





Kalau terlebih rajin buat ler garlic bread.




Tukang makan merangkap tukang puji No 1




Aaauuuuummmmmm :P





Tukang makan merangkap tukang puji dan juga tukang buat sepah No 2

4 comments:

Ummu Auni said...

akak..saya tambah bawang sikit, yang dah cincang halus la..dah sudah semua, blend

wEna said...

lagik sedap kalo bagik saya makan hehehehhehe

wEna said...

wahhhh irfan dah terer wat sign 'best' pulak yer... kn outdoor shooting lagik neh hahahhaah

blogadmin said...

aini : tambah bawang eh..ok..ok noted.Will try next time.Thanks.

wena : hehehe..nanti balik melaka jom buat mushi2x nih eh.. :)