Friday, June 15, 2007

anak dara saya

Assalamualaikum


Dia memang banyak ragam sekarang.Ya ALLAH,kerap juga ibu ni mengeluarkan air mata.Berderai-derai sebab tak tahan sakit hati sangat.Cerita semalam paling ibu tak tahan.
Ibu bancuh tepung nak buat jemput2x ikan bilis.Then ayah call.Dari dapur ke ruang tamu taklah jauh.Rasanya tak sampai 5 saat tinggalkan anak dara sorang tu kat dapur.Bila ibu kembali ke meja masak tu,terdiam,terpaku lepas tu ibu dah nangis.(aduh sensitif betul sekarang ni).Si anak dara tu curahkan semua adunan jemput2x tu dalam rice cooker which ada nasi lah dalam tuh.Kalau tak, takdelah baran sangat ibu.Hemmmm,sebab dah naik 'gila' marah sangat tak sedar tangan ni dok cubit-cubit peha anak dara tu.Ntah berapa kali.(tapi dlm fikiran tetap ingat nak pukul anak jgn sekali-kali di bahagian pinggang ke atas.Nak-nak tang muka dia.Bahaya.Selalu memang ibu cubit or pukul bahagian punggung n peha.Senang cerita pinggang ke bawahlah.Nabi pun pesan begitu kan.

Berbalik cerita tadi.Dah 'kena' dgn ibu,dia boleh tak nangis.Ya ALLAH keras betul hati anak dara saya sorang ni.Dia hanya nangis bila ibu kata,"jgn datang dekat ibu" plus ibu push dia if dia nak dekat.Ohhh that action betul2x dia tak boleh tahan.Dah lama ibu perasan.Kalau setakat cubit2x kuat sikit pun dia dah immune skarang.Takkan nangis deh.Tapi kalau ibu kata macam tu plus action skali,mau nak pecah gegendang telinga ni dia teriauuu.Sampai naik biru-biru muka tu menangis.Hem tapi elok ke selalu buat camtu yek?Selalu dah teruk2x esak-esak tu ibu pujuklah lepas tu.Peluk,cium,kesat ayak mata meleleh tu.Kejap aje dia diam.Janji dia boleh melekat dgn ibu.Itulah budak namanya.

Tapi memang lately perangainya sungguh mencabar betul naluri ibu ni.Lepas tu ibu pulak bertambah-tambah cepat 'hujan'.Yelah nak marah teruk2x,kan ke budak tu kecik sangat lagi.Apalah yang dia tahu.So last-last ibu menangis.Ayah pun dah naik pening katanya.Dua-dua perempuan di hatinya ni mooddyy moody yang amat sekarang katanya.Agak-agak nak tambah ahli keluarga ke?(Belum pasti lagilah :P).

Dahlah.Nak kene sambung basuh kain.Semalam jam 12 mlm ada di melaka.Pukul 4 pagi tadi bertolak balik kl.Hari ni nak ke melaka lagi.Sabtu baru balik kl agaknya.Kepala dah naik pusing.Ayah tu entah macam mana kat pejabat.Harap-harap sihatlah.Tak cukup tidur tu.Nanti petang ibu drive pulak ye.

Sedang saya sibuk menaip ni,anak dara tu dah 'putihkan' lantai bilik ni dengan bedak.Aduhla sayang anak ibu.Tak tahulah nak kata apa lagi.Bersabar sajalah.Baru anak sorang kan.Macam manalah ibu saya dengan 6 anak.Ibu-ibu lain dengan berbelas-belas anak.Huh...memang super duper mom betullah.Kalah superman tu.Bukan calang-calang orang menjadi ibu ni.Fizikal and mental kene kuat.Betul tak?

2 comments:

~aNNa~ said...

haihhh akak pun kekadang tatau nk wat apa kalo irdina mula buat perangai. slalu akak cakap je la kat dia. ada sekali dua la pukul (lembut) tangan dia. melalak kemain. tapi bila tengok dia melalak, kita plak berderai air mata. serius hanis, akak pun tatau apa cara terbaik

blogadmin said...

tu la k.ana,memang kekadang tensi ooo dgn perangai dia...baru sorang tuh,camnelah bila dah 2-3 nanti..huhuhu...mau tunggang terbalik rumah