Tuesday, June 29, 2010

Meet Above the sky

Assalamualaikum wbt


Kami tak rancang pun.Wait......malam sebelum bertolak balik dari kuantan,adalah En.H cakap "esok bertolak pagi2x yek...kita naik genting".


Pagi-pagi ibu sukarela basuh 2 biji periuk besar...trey2x lauk dan segala bagai bekas2x makanan yang tak habis dibasuh lagi ( ada saya cakap kat sini pasal sebulan lagi kami kene balik kuantan lagi untuk majlis pertunangan kak ngah pulak).Lepas tu sambung pulak family nak bincang pasal list tetamu untuk kenduri kawin kak cik yang InsyaALLAH berlansung lepas raya tahun ni.


Sudahnya jam 11.00 pagi baru dapat bergerak ke KL.Ingatkan hal naik genting dah batal.Jam 2.30 ptg baru sampai genting sempah.Makan and solat.On the way balik tuh,bila tiba kat bulatan tuh En.H "terrrrsalah" masuk pulak hok yang laluan pukul 12.Patut ikut laluan pukul 1 turun KL.Hahahaha.

Poyo jek terrrsalah pusing kan.Hehehe.

The rest di atas sana nun lah kami berempat bersejuk-sejukkan.

Yang agak tak bestnya...baru je tiket outdoor theme park bertukar tangan.....tik..tik..tik...hujan turunnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.Sejuk giler.Tapi tak lebatlah.Kejap turun.Kejap stop.So in between tuh bolehlah jalan2x jugak.As always kakak ler orang yg paling teruja.



Grrrrr....sejukkkkkk


cepat je dapat kawan


chakkkkk



ni family ride...so ibu pun naik la jugak...sib baik tak muntah...peningla yg amat naik cup pusing2x nih...serik ibu tau!



sebelum masuk ukur tinggi dulu!
Tinggi saya 107cm tau!
Eh tapi tu senget kepala...kene add 1-2 cm lagik nih hehehe



Subhanallah...ikan2x tu dok swim ikut bulatan keliling batu tu jekk...mmg kagum betul



Yihaaaaaa....naik kuda takde kepala hehehe




Adik sporting...ibu suruh bergaya gitu dia buat.
Kakak merajuk sbb tak dapat masuk crazy space lab nih...pjg sgt queuenya kakak!

Thursday, June 24, 2010

Syarat-syaratnya

Syarat Kemasukan Ke Tahun 1

1 Berlatarbelakangkan Tadika Islam
2 Telah mempelajari asas-asas Bahasa Arab, Tulisan Jawi dan Fardhu Ain
3 Telah menguasai Iqra' (sekurang-kurangnya Iqra' 3) atau sepenuhnya
4 Berumur 7 tahun pada Tahun Persekolahan berkenaan



Syarat 1...InsyaALLAH lepas.Yang no 2 okay-okay kot.Yang no 3 ni pening nih.Huhuhu.Kakak sekarang tengah mengulang Iqra' 2 lagi.Tak lepas2x.Tambah pulak dengan ketidakIstiqamahan ibu dia mengajar ngaji.(terasa sungguh bersalah - kak knv mmg terer siap ada schedule yang perlu di tick2x malam2x bila nak tido.....hebatlah kak...saya yang nak mengajar sorang je tuh baru pun tak menten lansung...ikut rajin).

Well...next year kakak baru 6 thn.So ada setahun stengah lebih kurang lah untuk ibu asah arab,jawi,fardhu ain dan tak lupa kene majukan Iqra' dia sampai habis kalo bleh.Pastu bleh start muqaddam.Baru lega hati ibu.

Semoga ALLAH permudahkan.


Teringat n3 dari Ustaz Hasrizal.Sedikit daripadanya berbunyi :

Harusnya pendakwah dan pendidik itu jadi pelita.

Gelaran Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada mereka adalah si ALIM, bukan sekadar seorang manusia. ALIM itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri.

Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang muallim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi lilin.

Akan tetapi lampu pelita menyinarkan cahaya untuk orang lain, dengan apa yang ada pada dirinya. Dirinya diberikan hak seperti yang sepatutnya, agar boleh terus bekerja dan berusaha. Ilmunya, masanya, tenaganya, semua ini menghasilkan sinar. Yang dikorbankan adalah kepentingan-kepentingan diri yang merugikan, bukannya terkorban diri kerana sibuk memberi. Terbakar itu adalah pengorbanan diri dan bukannya mangsa korban diri,

Merekalah manusia yang hidupnya dengan ilmu itu adalah untuk memberi, hidup bukan untuk diri sendiri.

Wednesday, June 23, 2010

Sakit dan Cuti-cuti sekolah

Assalamualaikum wbt


Saya jadi buntu nak bercerita tentang apa.Sori.Dah lama tak buat n3.Seminggu lebih demam.Dengan sakit tekak sampai suara tak keluar.Tak larat sampai tak boleh bangun.Alhamdulillah cuti sekolah masa tu.Kakak banyak membantu masa ibu terbaring.Picit-picit.Ambilkan ubat.Main dengan adik.Tarik adik bila adik nak naik atas badan ibu.Dia matang sebelum usia.


En.H memanglah menjadi nadi utama rumah bila isterinya terbaring sakit.Basuh kain.Mandikan anak.Fikirkan anak nak makan apa.Selimutkan saya bila saya menggigil sejuk.Picit-picit bila saya mengadu sakit badan.Thank u so much bang!


Sekarang pun saya masih teringat time2x demam tu.Aduh...memang siksa.Tak pernah saya demam sampai begitu.Sakitnya sendi2x tuhan aje yang tau.Alhamdulillah tak ada apa2x.Demam biasa kata doktor.Tapi bagi saya mmg luarbiasa.Hampir dekat 2 minggu saya tak larat.Tak buat kerja rumah.Tak masak.Mulut pun tak lalu nak makan.

Hujung minggu ke 2 cuti sekolah tu saya dah beransur pulih.Kasihan dengan kakak yang tak kemana-mana,En.H tempah resort di Tiara Beach kat PD.Ke sanalah kami menghabiskan cuti sekolah kakak.Syukur demam dah pulih sepenuhnya.Cuma tekak masih sakit.Sampai hari ni sakit tekak saya belum baik.Batuk pun masih ada.


Itulah ujian ALLAH kan.Sakit pun rahmat tuhan juga.Kita ni manusia tak tau.Allah jualah yang lebih tau apa yang terbaik untuk kita.Jadinya saya bersyukur saya dah pulih dari demam tu dan bersyukur juga saya demam.Adalah rahmat disebaliknya yang saya tak sedari.


Ni ada ole-ole (gambar je la hehehe) dari TBR.


Yey! dah sampai.Posing dulu kak!



Mandi manda time!
Diorang ni duk kat adult pool jek...
yang budak punye penuh sangat.Rimas.


Yang tukang amik gambo je tak mo mandi.Sejuk.
(alasan tak mahu kelihatan seksi ahaks)



See that black sandal?
Haa kat situlah mak duduk sambil menonton aksi2x mandi manda diorang.




The 4 of us
(ni la gambar pertama kami berempat,si Irfan dah 19 mos baru dapat snap gambar gini....hehehe)




Hok ni kat teluk kemang dah.Time nak balik kl dah.Saja singgah lunch.
Cuaca syok plak.Angin sepoi-sepoi.Kami lepak lah skejap.
Sempatlah kakak naik kuda ni.



Thursday, June 10, 2010

Mereka yang tidak berdosa


Tak dengar cerita pun,airmata saya mencurah-curah tengok gambar ni.
LAKNAT ISRAEL
LAKNAT ISRAEL
LAKNAT ISRAEL

Ya allah...musnahkanlah manusia-manusia ISRAEL yang durjana ini.
Selamatkanlah saudara-saudara Islamku di Palastine.


Bila tengok gambar mereka ni,saya terfikir akan remaja2x kita di malaysia yang sesuka hati
bunuh janin,buang anak,lemaskan bayi,bagi anjing makan,
samalah mereka ni dengan manusia2x pembunuh kat ISRAEL tu.

Monday, June 7, 2010

siri marilah bercakap!

Assalamualaikum wbt


Jom kita belajar bercakap cara Irfan Fahri :)



video



p/s: sorry video senget2x...amaturlah katakan

Friday, June 4, 2010

Wishes bergambar

Dear H,







Semoga kita.....


p/s : malam ni kita makan kat luar sayang ye ;) (sebenarnya malas masak huhuhu)

Thursday, June 3, 2010

Dalam air


Assalamualaikum wbt


Wahh kali ni n32x ku ini meriah dgn gambar yek.Hehehe.Time2x rajin nak angkut camera,adalah gambarnya.Time 'm' datang menjelma hehehe pandang camera gitu2x je atas petiais.(ye..camera kami duduknya atas petiais...senang nak capai :P)


Ni kisah mandi laut pulak.Lepas-lepas mengemas periuk belanga segala bagai tu,kakak nathifa pun dah juta-juta kali nak mandi pantai,ke sana lah juga akhirnya.Itu pun siap bagi syarat,yang mandi pantai ni lain,yang nak mandi kat gambang watercity tuh lain.Hahaha.Ingatkan boleh kelentonglah kira sebab dah mandi pantai,tak payah lah ke gambang tu.Tapinya dia lagi pantas.

(itu pun on the way balik kl kan kene lalu gambang...aduhai..meleleh-leleh airmata anakku yg sorang itu bila nampak signboard gambang.Puas memujuk.Mujurlah makngahnya pulak nak bertunang akhir bulan ni,redalah juga bila kata insyaALLAH kita pergi mandi kat gambang watercity tuh bila balik kenduri makngah nanti)




Tempat : pantai balok,De rhu
Best sebab ada lagoon terbentuk bila air surut,besar dan tak dalam sangat.Muat2x si irfan jek.
Budak berdua tu tengah syok main pasir.




Nikmat tak terhingga dapat mandi pantai kakak ye!





yang kecik ni pun tak kurang hebatnya.Dah tak takut air.Siap dia yang berlari dulu
masuk dalam air.




Lepas mandi masing2x biru tangan kaki.Sejuk.
Angin petang kuat jugak.Masa dalam air mmglah syok...suam jek.



para penonton....
mengunyah je kerjanya mereka2x ni...hehehe

Tuesday, June 1, 2010

Kenduri

Assalamualaikum wbt


aaahhhh lega!

One is over.One more to go.One month from now.(tak sampai sebulan punnn)

29/5/2010 sorang dah pun dirisik,dilamar dan ditunangkan.Alhamdulillah majlis selesai dengan jayanya.

26/6/2010 nanti InsyaALLAH sorang lagi pulak bakal dirisik,dilamar dan ditunangkan.Off we go sekali lagi balik kampung.

As the oldest,lepas ibu dan abah,memanglah saya jadi orang kuat no 3.Baik idea mau pun kudrat yang tak seberapa ni semualah saya curahkan untuk membantu yang mana mampu.Tengok adik2x selamat bertunang,berkahwin saya rasa lega sebenarnya.

Maklumlah kami 6 beradik semua perempuan.Bukan senang nak jaga oiiiii.Credit to ibu and abah yang mendidik kami semua.So bila lepas sorang,sorang mendirikan rumahtangga,kira legalah juga ibu.Saya pun begitu.


Ni ada beberapa keping gambar kenangan untuk dikongsi.Gam bar mmglah banyak,tapi tak larat ler nak upload.





yang ni tukang gambar bertauliah yg ambik..candid tau..saya sukalah



Inilah yang bertunangnya..my kak chik
baju saya tak bertema-tema pun..pakai apa yg ada jek...



sukalah gambar ni...tak pandang camera..
saya ni tak fotogenik lansung ngan camera..huhuhu



yang 2 tu sepupu saya,bukan sepupu nathifa hehehe
pangkat mak sepupu la dgn nathifa..tapi sama age



baju ijo my uncle yg jadi tukang cakap majlis,baju meroon itu lah my abah




yang tersayang ibu ku...puan habsah muah muah