Thursday, June 26, 2008

Mabuk

Assalamualaikum

Aduh pening betul dengan keadaan rumah sekarang.Taklah teruk sangat tapi kalau tengok kat bucu-bucu silling tu,memang tak mahu bagi tetamu tengokla.Bersarang-sarang.Lantai pun macam dah lama tak bermop.Dulu maknanya sebelum muntah-muntah,pening2x adalah mop lantai 2-3 hari sekali.Licin elok jek siap si anak dara tu boleh slide-slide lagi.Tapi agak-agak hari ni kalau dia slide mau kene rendam klorok seluarnya tu.

En.H pun dah naik pelik dengan keadaan 'ayangnya' yang macam tak sama lansung masa mengandungkan anak pertama.Hari-hari balik kerja je tanya muntah lagi hari ni?Apa yang ayang tak cukup makan ni?Aduhla,itu pun buat saya pening juga nak menjawabnya.Makan macam biasalah.Mandi pun macam biasa.Tidur je macam makin pelik sikit,ala-ala ninja gitu.Sambil duduk dan senget sikit perut.Yela kalau ada yang berpengalaman perut dah kedepan,maunya nak tidur terlentang.Meniarap lagikla.(fikir positif je la,dapat pahala kan ;))

Itu je la kalau pelik pun.Yang lain biasa-biasa je.Tapi loya2x,pening2x sikit tak hilang-hilang juga.Jiran-jiran kalau tanya,ayat biasalahkan 'cepatnya ek...sekejap je dah 4 bulan'.Tapi yang menanggungnya ni,tuhan aje yang tau macam setahun dok loya2x,muntah2x.

Dulu masa pregnant anak dara tu,masuk bulan ke 3 je start uwek2x,siap ambik unpaid leave(masa tu kerja lagi) sebulan.Tepat2x masuk bulan ke 4 ,semua dah ok.Selera bertambah-tambah seiringlah dengan berat badan kan.(aduh,agak menyesal juga dok hentam makan sesuka hati sampai sekarang susah nak turun berat badan).Takpe...takpe azam lepas bersalin anak ke 2 ni,mesti slim balik macam masa form 5 dulu.hehehe.

But,this time pregnant macam tak habis2x peningnya.Salah makan je mesti keluar balik.Cuma keadaan saya tak lah seteruk masa mabuk anak pertama tu which definitely tak boleh bangun,siap merasa masuk wad sehari.Yang ni boleh buat kerja rumah macam biasa,cuma yang berat2x tu takdelah kan.Pass dekat En.H la pulak.

Ada yang kata jantina lain kot.Huhuhu.Kita redha je jantina lelaki ke perempuan.Dua-dua pun rezeki Allah, tak gitu.Kalau dapat kembar lagiklaa.Kalau ikut keturunan,adik kepada ibu saya, ada yang melahirkan anak kembar.Dekat je tu kan.Who knows.Ishk...best juga dapat anak kembar ni.Apa-apa pun semoga anak dalam kandungan ni sihat sempurna zahir dan batinnya.Itulah yang paling utama.

Oklah,nak sambung basuh kain.Dah sampai level 'wajib basuh'.Maknanya seluar kecik anak dara tu dah nak putus stok.Sebelum dia terjerit-jerit cari mana seluar kecik dia which is dia tersangatlah prihatin tentang memakai seluar kecik tu,baik saya basuh dulu.

Lepas tu nak masak pulak.Semalam bukan main sedap masak mee kari,hari ni blur dah nak masak apa.Takpe...tunggu idea datang masa tengah basuh kain.

Wednesday, June 25, 2008

burung raja udang

Like father,like daughter ;)
Assalamualaikum


(perhatikan ayat di dalam " ... ")

Selalu En.H suka geletek anak daranya tu.Nanti si anaknya mesti menjerit sambil menghulur tangannya pada ibu "ibu......tolong tifa......ibu..tolong tifa".Well of courselah diorang bergurau senda kan.

Tapi baru-baru ni dia dah pandai tukar ayatnya.Dalam tengah-tengah dok gelak sebab ayahnya dok geletek kakinya,dari ayat permintaan dah tukar jadi ayat pertanyaan macam ni pulak "ibu....nak tolong tifa tak?".Masa terkeluar soalan tu,En.H yang tengah sibuk bergurau dengan anaknya pun terhenti.Lepas tu apalagi,kami berdua gelak sampai saya senak perut.(perut kan dah mulai menaik ;)).

Boleh dia buat soalan macam tu.Manalah ibu tak tergelak.

Tapi macam biasalah,ibu tetap menjawab tak nak.(agaknya sebab tu dia tukar jadi soalan kot,selalu ibu mmg tak tolonglah..tak kuasa nak melayan dua beranak tu bergelak ketawa,penat)

Oh ada satu lagi cerita tentang anak dara tu.

Dia ada buku kamus bergambar dalam 3 bahasa.Melayu,English dan arab.Memang dia suka sangatlah sampai hari-hari dok selak buku tu.Lepas tu ibulah yang jadi mangsanya.Dia akan mengeja perkataan lepas tu ibulah yang kene menyebutnya.

Ada sekali tu,sampai kepada page tentang burung.Macam-macamlah nama dan gambar burung didalamnya.

Dalam keasyikkan dok mengajar tentang burung tu,sampailah pada nama burung "raja udang".Bila saya menyebut je nama burung tu,boleh dia menjerit dengan nada yang macam ala-ala nak menangis "tu birdla ibu....bukan udang".

Aduhai.....pening ibu nak menerangkannya.2-3 kali dok cakap yang nama burung tu raja udang.Memang dia agak tak boleh terima lagi sekarang.Puas diterangkan....tapi dia tetap kata itu bird bukan udang.Hehehe.....takpe next month ibu terangkan lagi sekali ye sayang.

Saturday, June 21, 2008

fuel & wallet


Isn't very interesting? Wink!

Friday, June 20, 2008

Muslim

Assalamualaikum

Saya teringat pasal En.H punya perkataan "Muslim praktikal versus Muslim non-praktikal."

Kalau ikut entry yang baru lepas tu,okay juga kalau orang-orang sekarang ni kita kategorikan sebagai Muslim praktikal versus Muslim non-praktikal.Yelah,bila orang kata bukan Islam/Non-Muslim nanti melenting pulak.Kiranya orang Islam tapi tak praktikkan Islam la.Lebih kurang la yek.(boleh pulak macam tu ek :P )

Antara Muslim praktikal ni pun ada yang ambil Islam suku je,separuh je,sipi-sipi je.Macam kalau ke ofis pakai tudung elok-elok,kat rumah bila tetamu datang tak payah pakai tudung.Haa...belum termasuk yang keluar rumah sekejap siram pokok,buang sampah tak payah pakai tudung.Itu yang saya pernah dengar ustaz-uztazah kata pakai Tuhan lain-lain.Keluar rumah lain.Ke Opis lain.ke masjid lain.(Nauzubillah).Hemm...boleh jugak macam tu yek?

Tapi nanti kat akhirat ada antara dua juga "syurga versus neraka".Ye tak?

Sorrylah kalau ada yang terasa.Semuanya hakikat kan?Bercakap benarlah walaupun ianya perit untuk diterima.Orang sekarang lebih suka menyisihkan hal-hal macam ni sebab tak mahu memikirkannya lansung.Tunggu dah tua nanti laa - banyak orang kata!Muda-muda nak enjoy dulu.Macamlah dalam Quran ada tulis mati tu hanya bila berumur 60 ke atas.Isk..Isk...

Saya bukanlah seperfect mana juga.Bukannya pakai tudung labuh,berpurdah.Tapi sama-samalah kita cuba mengambil Islam sepenuhnya.Islam kan satu cara hidup.Dah ada garis panduan dah semuanya.Nak tak nak je.

(aduhai, tengah kita sibuk menaip ni lah anak dara tu sibuk nak ais-krim pulakkk...tiba2x jekk)

Thursday, June 19, 2008

orang kl

Assalamualaikum

Semalam dapatlah 3D2N free kat hotel yang dilistkan.Itu pun lepas 3 jam berhempas -pulas dalam sessi tolak-menolak,tawar-menawar harganya.Anak gadis yang sorang tu dah sibuk nak balik...nak balik dah.Memang berminat tapi 'regenya' agak tak affordable buat masa sekarang.So terpaksa dilepaskanlah.Kita tengok harga tahun depan pulak ye sayang.Anyway nak kene plan pulak bercuti 3D2N ni.

Tapi itu bukan cerita utamanya.Orang KL(tak semualaaa) atau yang perasan orang KL atau yang seumpama dengannya memang dah tak segan silu yek sekarang.Salah kami juga sampai di situ lewat sikit.Dah hampir masuk waktu maghrib tapi sebab En.H ingatkan 1 jam je so kami pergi juga ke situ.Bila dah maghrib sampai ke tengah,tak ada pulak tanda-tanda 'si penceramah' nak bertanya tentang solat.Dalam hati saya dah panas semacam dah."Aii takkan nak buat diam jek minah ni".Hakikatnya begitulah.En.H yang mula stopkan sessi and cakap kami nak solat dulu.Muka selamba je macam tak buat salah apa-apa pun.(pada saya salahlah bila tak ada tanda-tanda nak solat maghrib tu atau at least tanya kami yang solat ni sebab mereka-mereka ni orang Islam).Bila tanya surau...... tak ade!.Lagi panaslah hati ibu mengandung ni.Terpaksa keluar bangunan tu and pergi bangunan sebelah,lepas tu jalan punya lah jauh cari surau.(hilang pahala jalan jauh sebab nak solat,merungut punya pasal).Tak tau lah yang lain-lain dalam tempat tu solat ke tak.Itu yang saya kata tak ada segan silu dah.Dia boleh bagi direction surau semua,tapi dia tak ada tanda-tanda nak solat pun.Hemm manusia...manusia.

Dalam lif masa nak balik En.H tegur "Eh..macam dah makin besar perut ayang yek",sambil mengosok perut saya ni.Haiii cik abang sayang,baru perasan isteri awak ni mengandung ke? :P

Kalau yang tiap hari menegurnya,tanyalah anak dara sorang tu."Ibu...ibu...... perut ibu dah kembang"."Ibu...ibu... adik makan ke dalam ni?"."Ibu....ibu....adik buat apa dalam perut ibu?".And the list goes on.

p/s: Ada sesiapa yang nak pergi cameron highland tak?Kami ada jual voucher Apartment Equatorial Hill 2 bilik kat sana.Murah je.Nak pergi minggu depan ke,minggu2x depan ke boleh isi form and tengok details kat www.myhotelvoucher.com( tapi room subject to availability la...kalau booking awal InsyaALLAH senang dapat).Pergilaaa...best kat situ.Nyamannnnn :)

Tuesday, June 17, 2008

pasar malam

Assalamualaikum

En.H balik kerja semalam tanya nak ke pasar malam ke tak?Saya diam.Sebenarnya saya ni kalau dalam kepala tak ada satu menu pun yang teringin nak dimasak dan dimakan macam tu lah jadinya.Tiba-tiba naik blur.Takde menu,tak taulah nak beli apa.(Ada orang beli je apa-apa dulu,then baru fikir masak apa kan).Dulu saya macam tu jugak kot.Tapi sebab selalu sangat bila time-time semangat giler nak masak tiba-tiba ada barang 'core' for that menu takde kat dapur,aduhhhh hancur semangat segala bagai.Tu yang sekarang menu comes first,then baru senarai barang.Tapi yang ni apply hanya bila nak beli barang basah je la.Kalau yang shopping kat G***T tu,(mind u yang kitaorg mmg tak penah pegi shopping tpt lain,tak taulah apesal,dah kene bomoh gamaknya hehehe),senarai barang mmg dengan harapan cukup sampai the next monthla kan.(selalunya tak sempat pun..macam biskut yang sedap-sedap tu; sedap=ada coklat :P,kekacang,air sedap2x) cepat jek tamat riwayatnya.

Berbalik pasal pasar malam tadi.Lepas saya solat maghrib tiba-tiba idea pun datang.Bukanlah masa solat tu dok pikir menu pulak.Ish..Ish.En.H baru lepas mandi bila saya keluar bilik cakap "abg,kita pergi pasar malam yek".Bulat mata En.H.Ingatkan nak marah,rupa-rupanya dia cakap pelik jek.Tadi tanya tak jawab."Tadi takde menu lagi".Hehehe.

Ke pasar malamlah kami bertiga.Si kakak nathifa memang suka sangatlah kalau ke pasar malam.Target dia selalu jagung bakar jek.lepas tu air cendol best pakcik pakai kopiah.Itu je la.
Then pergi pulak ke gerai ayam/ikan.

Ayam memang out of the list la.Pregnant kali ni geli betul nak makan ayam.Bau pun ishh toksah cakapla.Lagipun bila tau ayam dah naik RM8 sekor,tak payahla.Minggu ni saya ganti dengan daging jek.Beli setengah kilo=Rm8.Sayur yang minggu lepas macam kobis,carrot banyak lagi.Then menu utama yang terfikir kat rumah tadi = sambal petai udang.
Beli la petai seikat =RM2.Udang kecik tu sikit RM=4.Rasanya saya makan dengan roti je kot sebab tak lalu makan nasi.Teringat nasi je,dah rasa semacam perut ngan tekak ni.Lain betul dengan masa nathifa dulu.So total baru RM 14.Untuk seminggu ni.Plus telur la 10 biji.Jimat...jimat.hehehe.(untung juga tekak tak selera mana,duit pun takdelah melayang sangat beli itu ini).Anak dan suami pun jenis ok jek makan apa pun.Alhamdulillah.Senang nak jaga. :)

Itulah serba sedikit pasal pasar malam.kalau ikut nafsu macam-macam yang nak beli.Tapi pandai-pandailah kan nak hidup.En.H selalu ingatkan bersyukur yang kita masih lagi mampu beli barang,makan,pakai,tinggal dengan selesa,ada kenderaan kesana sini,siap boleh pergi rilek2x kat cameron highland lagi.So apa nak dikisah kalau tak dapat pergi restoran mewah,pakai kereta mewah,semua yang mewah2x.Saya masih boleh dapat apa yang orang lain dapat juga.Berjimat-jimat sekarang supaya saya dapat bersenang-senang dikemudian hari.Bukan bersenang-lenang sekarang,kemudiannya hidup melarat.Tak taulah orang lain macam mana kan.

So,apa cerita pasar malam kat tempat korang?

Monday, June 16, 2008

Iklan Cameron highland



HOT PROMOTIONS !!!
THIS PROMOTION END 30th JUNE 2008

-
Equatorial Hill Resort, Cameron Highland
- 2 Bedroom Apartment (1queen size & 2 single bed)
- accommodation only
- hotel normal/promotion rate around rm330 for weekdays & rm480 for weekends
- but here's our special offer:

- weekdays : RM250.00 per night
- weekends: RM250.00 per night

Boleh email myhotelvoucher@gmail.com untuk reservation.

More details and hotel lists/rate at www.myhotelvoucher.com

perihal email

Assalamualaikum

Banyak betul email dalam inbox!

Tak larat jugak nak menghabiskannya.Selalu saya pilih2x tajuk yang menarik dihati je.Bukan macam En.H,semua email dia bukak.Jenuh!

Lately email pasal kemarahan rakyat jelata tentang minyak memang memenuhi inbox saya.Macam-macam idea,perasaan,kecaman dan tak terkecuali bahasa-bahasa kesat yang memang saya anti sangat2x.Tapi selalu juga teringat pesan En.H,"janganlah jadi orang-orang biasa yang get emotional dengan email.Email tu hanya satu bentuk tulisan je untuk dibaca.Baca dengan ilmu,bukan dengan emosi".

Dan memang bila kita baca dengan ilmu,takdelah rasa apa-apa pun.Extract apa-apa info yang berguna then yang mana tak bagus tu kita jadikanlah sempadan.

Pada saya,email yang lebih direct dengan bahasa-bahasa sederhana sangat selesa untuk dibaca.Macam ada satu email yang saya baca yang menegur tentang sikap-sikap kita orang malaysia Islam tentang hiburan.

Saya dah terdelete emailnya,sorry.Tapi adalah ingat sikit-sikit apa yang ditulisnya.Dia menegur tentang orang melayu islam kat mesia ni yang sukakan hiburan,perkara yang ringan-ringan yang dapat membuatkan mereka lupa tentang perkara-perkara yang lebih berat macam mati,hari kiamat,hari pembalasan.

Lepas tu dia ada sebut tentang menegur kaum perempuan ni.Ayat dia saya suka.Lebih kurang macam ni bunyinya :

"orang perempuan pulak bukan suka ditegur tentang aurat mereka.Pakaian yang tak sepenuhnya menutup aurat,tudung yang tak betul2x menutup aurat yang sepatutnya dan lebih-lebih lagi bila kene tegur tentang make-up.Macam-macam dalil/alasan keluar nanti"

Ada yang terasa ke? :P

Memang itu lah lumrahnya sekarang.Tak ramai nak bercakap benda-benda yang macam ni.Takut terkena batang hidung nanti and orang tak suka dengar.Betul tak?Saya sendiri pun kalau nak menegur adik-adik sendiri pun serba salah dibuatnya.Tapi wajiblah tegur juga kalau dah tak menutup aurat.Selalu saya kata tak kesian ke kat abah yang menanggung dosa.

Tapi saya lebih kasihan pada perempuan2x yang sudah bersuami tapi tidak menutup aurat sepenuhnya.Rugi sangat golongan-golongan macam ni.Tapi rasanya diorang tak mementingkan sangat hal-hal macam ni sebab diorang tak berapa nak sangat syurga kottt hehehe.Sorry kalau ada yang terasa yek.Tapi takpelah,suami-suami yang tidak menegur isteri-isteri mereka untuk menutup aurat ni memang suka menambah dosa di bahu mereka.Tak cukup dengan dosa sendiri.

Saya sendiri bukanlah seperfect mana juga.Tapi Alhamdulillah, En.H memang seorang yang sangat cemburu bila ada lelaki lain yang dapat melihat aurat isterinya;sayalah kan.Cemburu tandanya sayang kan.So,kalau ada isteri-isteri yang bebas tidak menutup aurat dan sebagainya,suami-suami mereka ni memang jenis yang tidak cemburulah memperlihatkan aurat isteri-isteri mereka kepada lelaki-lelaki lain.Ye tak?( Ada yang saya dengar,si suami sendiri yang cakap "tak payahlah pakai tudung-tudung tu,rimas abg tengok").Astagfirullah.....

Dah melencong pulak dari tajuk perihal email tadi yek.Dah lama sebenarnya saya nak menegur tentang isteri-isteri pasal aurat ni.Antara sebabnya,saya melihat semakin ramai sahabat-sahabat,kenalan handai yang semakin hebat bergaya tetapi semakin kurang aurat yang ditutupnya sedangkan mereka dahulu sebelum bergelar isteri dapat menutup aurat dengan baik sekali.

okay,sampai sini dululah hari ni.Saya nak sambung basuh kain.Kain dalam beg pun tak habis kemas lagi.Baru balik dari Cameron Highland semalam.Seronoknya dapat rilek-rileks kat tempat sejuk macam tu.Turun KL punyalah panas sekarang.Wassalam...



kami berdua aje,si kecik tu tengah sibuk main.(kat playground Tanah rata,Cameron Highland)

Friday, June 13, 2008

Bila anak dah pandai observe

Assalamualaikum

Budak-budak zaman sekarang kan cepat betul meneliti sesuatu perkara.

1.Panggilan suami isteri
Akhir-akhir ni anak kecil kami(yela baru berusia 3++ pun) sebut tentang 'ayang' dan 'abang'.
Bukan saya yang cakap padanya pun.Dia sendiri-sendiri observe dan buat ayat sendiri.

"ayah panggil ibu ayang,tifa panggil ibu"
"ibu panggil ayah abang,tifa panggil ayah"

Bila la masa dia karang ayat tu.

2.Tentang solat
Kalau dapat solat berjemaah dengan En.H ,alhamdulillah.Tapi tak lah setiap waktu.Mengaji pun macam tu juga.Tak dapat buat tiap kali lepas solat.(kene usaha lebih ni).Dia dah pandai tegur.

"Kenapa ibu tak semayang dengan ayah?(En.H kan kerja :) )
"Ibu nak mengaji ke?(walaupun belum sempat nak doa,dia dah sibuk nak kenc***laa,B***klaaa.Selalu macam tu.Tensi betul ibu.

3.Masa kat genting
Adalah show time tu,dancing-dancing seksi meksi tu.Pakai ala2x kuda belang gitu.Tapi tak dinafikan memang lawa2x orang belah arab ni.(Saya agak je macam rupa belah arab2x sikit).Saya pun terpegun tengok.

"ibu,kakak tu seksi.Nampak t*t*k dia. :P .Dia tak pakai tudung.Tak malu kan?...kan?" ( memangla saya wajib jawab "ha..ah memang tak malu".Takkan nak jawab takpe pulak.Konpius jugak kang budak tu.Tulah peningnye kalau apa yang diajar bercanggah dengan apa yang ditengok.)

Ada banyak lagi soalan kenapa...kenapa...kenapa yang never ending gayanya.Walaupun kadang2x sampai En.H terpaksa suruh dia diam sekejap,(byk sangat soalan!),syukur tetap syukur sebab dia mahu bertanya.Taklah membisu seribu bahasa kan.Nanti susah mak bapak nya juga akhirnya.

Oh ya,ada cerita menarik.(taklah menarik macam gosip artis tu).

Saya ni paling pantang kalau tengah drive orang bagi hon.Kita boleh kenal lah hon sebab kenal atau hon sebab sikap yang tak sabar2x tu.Dekat T junction.Kiri kereta,kanan pun kereta.Tunggu je la turn untuk belok kan.Ini tak,dah hon,lepas tu pegi himpit sebelah.(tak lepas pun jugak,sebab memang kete banyak.Saya pun bukannya baru sehari dua memandu).Tau lah pakai BMW.(tak heranlah,kancil jimat minyak,boleh simpan duit lagi banyak tau!).Tuhan tu maha adil.Last2x dapat lintas sama-sama dengan kancil ni jugak.Heheh( memang dalam hati tu dah ckp padan muka dah,tp kat muka senyum je laa,senyum sinis sikit-tak tau la dia nampak ke tak).

Tu lah bukan senang nak jadi pemandu berhemah ni.Kalau tak ada apa kecemasan,janganlah suka-suka dok hon orang.Terkejut tau tak.Nak-nak buat ibu-ibu mengandung ni. :P

Oklah.Nanti sambung lagi.Nak rehat sikit.Penat betul drive bila orang hon. :)

Tuesday, June 10, 2008

bila cuti sekolah

Assalamualaikum

Cuti sekolah yang baru lepas,kalau diikutkan keadaan diri yang tak menentu sihatnya,mengurung diri dirumah aja yang bagus.

Tapi keluarga dari pahang dah terbang ke cameron highland jalan-jalan cari sayur,on the way nak balik ke pahang singgah di rumah kami.Kebetulan juga kami pun memang merancang untuk balik kampung minggu tersebut.Sudahnya balik berkonvoi lah kami bersama-sama.

Disebabkan ibu yang teringin sangat nak tengok bagaimana rupanya tempat berkelah ulu yam,(hari mendung yang amat!),dalam perjalanan tu,melenconglah sekejap ke ulu yam.Dapat sentuh-sentuh air pun jadilah.Sempat ibu komen "tak sangka,ingatkan kl dah tak ada tempat hijau-hijau macam ni". ;)



nampak tak budak berseluar pink tu?Takut water spider katanya.


adik saya yang bongsu.Nak jadi pilot katanya


Kedua-dua orang tua saya.Sedang tengok burung katanya :P


Belum cukup korum.Adik yg no 2 tak dapat ikut.Takde cuti katanya

Habis berhujung minggu dikampung,dalam perjalanan balik ke KL, turn kami pula melencong ke Genting Highland.Saja-saja kata En.H.Kat atas hujan gerimis.Kabus sampai tak nampak jalan.Sejuk betul tapi best.Manusia jangan cakaplah.Ramai yang amat.Sekejap saja kami di atas tu sebab tak merancang untuk bermalam pun.Kalau nak tempah bilik pun,mesti dah penuh.Maklumlah cuti sekolah.


ini dia budak yang tersangatlah happynya!


dapat ais-krim pulak tu !


suka sengeh lebih2x :P

Friday, June 6, 2008

Buntu

Seriously,saya memang buntu sejak-sejak akhir ni bila mengadap pc.Elok-elok tadi masa baring2x malas depan tv,bila beralih ke depan pc,semua yang tak best pun hadir.Puas dah di'tarik' perasaan yang elok2x tu.

Ya memang betul,kalau ada yang berteka-teki tentang kemabukkan saya.Alhamdulillah.Anak yang pertama pun dah 3 tahun lebih.Agak-agak sepatutnya masa dia 2 tahun dah ada adik.Tapi rezeki ALLAH yang tentukan.Sekarang baru ada rezeki menambah ahli family.Adalah hikmahnya kan.

Hampir 2 bulan kami tak ke mana-mana disebabkan saya yang 'berat' kepala.Memang menyepikan diri betul.Masa tengah-tengah begini,nak jumpa orang pun malas.Apatah lagi nak ke sana-sini.

Si kakak nur nathifa sudah pandai memanggil dirinya 'kak long tifa'.Nak tergelak pun ada.Bila ucap good night,dah pandai tambah 'good night baby' diakhir ayatnya.Tapi bila diuji tentang bantal kesayangannya,'ni bantal tifa,tak boleh bagi adik.Ibu bagilah bantal lain kat adik'.Hehehe.

Dia dah mengenal dari A - Z .Nombor pun boleh tahanla.Cuma huruf jawi belum sepenuhnya lagi.Sekarang kalau ternampak apa2x perkataan pun,dia dah mula menyebut huruf2xnya.Alhamdulillah.Cuma saya belum tekankan tentang bunyi suku kata.Susah juga nak cari buku-buku yang ada tunjukkan suku kata sepenuhnya in BM and BI.Kalau ada kawan2x yang tau bolehlah sampai-sampaikan ye.

Sebulan lebih tak melekat di komputer,rasa macam dah ketinggalan zaman betul! :)

Ada yang berbisik-bisik tentang undian di thelilcaliph.Ada yang mengadu risau tentang harga yang semuanya naik-naik belaka.Ada berita yang berupa ujian buat seorang sahabat yang baru keguguran kandungannya.Itu belum lagi dikira email di dalam inbox yang dah hampir ke 5 angka bilangannya.Juga belum dikira kabar berita sahabat-sahabat blog dan sahabat2x fotopages.

Dalam keadaan saya yang begini,rasa-rasanya tak mampu nak dikejar semua tu.Dah habis pantang besok-besok baru boleh pecut 100m. :P ( terlintas jugak masa tu pulak dah ada baby,hemm pandai2xlah kan :P )

p/s: Si kakak kalau ditanya bila adik dah keluar nanti nak main apa dengan adik?
jawapan dia mesti "tifa nak bawak adik go to skool naik basikal.Ibu duduk rumah tau!" :P