Wednesday, October 31, 2007

hanya kerana SMS


Assalamualaikum

Dah dari minggu lepas nak cerita tentang ini.Taklah penting dan magic sangat.Tapi sekadar berkongsi betapa kuatnya akal fikiran yang dikurniakan tuhan ni.Tapi yang pertama harus dipegang tentulah qada' & qadar kita.Itu jangan ditinggalkan.Rukun Islam tu.

Ceritanya pendek je.Satu hari, bila En.H risau memikirkan tentang tenant baru yang nak masuk rumah kami tu,diSMS kepada saya kerisauan dia tu.Diharapkan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar sebelum malam menjelma agar dia dapat pulang awal ke rumah.Saya ikhlas membalas SMS suami tersayang dengan ayat ,

"InsyaALLAH semuanya akan selesai dengan baik dan cepat.Abg bayangkanlah budak2x yang nak menyewa tu hulurkan duit deposit tepat pukul (*.**) petang.(Saya terpaksa hidekan jam tu atas sebab2x tertentu,wink!)"

Dan En.H telah membaca SMS saya tu dengan sedikit pertukaran maksud.Macam ni....

"InsyaALLAH semuanya akan selesai dengan baik dan cepat.Abg bayangkanlah budak2x yang nak menyewa tu hulurkan duit deposit (sebanyak-perkataan ni dia tambah sendiri ok,hehehe) (tepat pukul-ayat ni dia tak baca lansung) (*.**) petang.

okay.....sekarang jam yang saya SMSkan tu telah bertukar menjadi jumlah deposit yang tenant tu akan hulurkan kpd suami saya secara tidak sengaja.En.H telah membayangkannya.Dengan kata lain dia berfikiran positif juga.

Akhirnya,perkara tersebut menjadi kenyataan.Tenant tu betul2x menghulurkan duit sebanyak yang dibygkan En.H.Kalau diikutkan jumlah sepatutnya penyewa bayar kurang dprd itu,tapi hari tu,mereka membayar advanced beberapa bulan membuatkan jumlahnya menjadi sama seperti waktu yang saya SMSkan kpd En.H.Saya terkejut.En.H lagi terkejut sebab dia rupa-rupanya tersalah baca SMS yg saya hantarkan kepadanya.

Pertama, apabila ALLAH mengatakan 'jadilah' maka jadilah perkara seperti ini.Itu harus didahulukan.Namun disebalik kejadian ini,saya melihat betapa berfikiran positif itu sangat-sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Ramai antara kita selalu berkata tentang ini,tapi tidak ramai sebenarnya yang betul2x mempraktikkannya.Tak ramai(bukan tak ada) yang hanya memikirkan yang positif saja,tak ada lansung yang negatif setiap detik,saat,jam seterusnya seharian.Bukanlah maksud saya jika berfikiran positif kita tak akan diuji lansung dengan kesusahan.Itu semua ALLAH yang tentukan.Tapi,rasanya sedikit sebanyak, dengan berfikiran positif,kita bayangkan tubuh badan kita sihat,kita bygkan kita senang(mungkin bebas dari hutang),kita bygkan anak2x mendengar kata,anak2x rajin belajar,pendek kata semua yang baik2x sajelah,dengan kuasa ALLAH,semuanya akan menjadi sebab itu yang kita minta,mohon dari ALLAH sebenarnya walau tidak secara menadah tangan di atas sejadah.Ada logiknya kan disitu.

Jadi,kawan2x yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni,tak rugi rasanya kita berfikiran positif.Fikir yang baik2x sepanjang hari.Tak perlu keluarkan wang ringgit.Tak payah pergi dengar ceramah sana sini untuk berfikiran positif.Semuanya dah ada pada diri kita.Tinggal nak buat atau tak je.Saya pun berpesan untuk diri saya juga.Semoga hidup kita akan lebih bahagia dan diberkati ALLAH.Amin.

Tuesday, October 30, 2007

ubat

Assalamualaikum

Anak saya ni ada batuk sikit.

"Nathifa...meh makan ubat.Sikit jek"

And then ibu dah tak nampak dia.Rupa2xnya tengah menyorok bawah mesin jahit lama ibu tu.Dia tutup badan dia dengan langsir.Bila ibu datang dekat,terkekeh-kekeh dia gelak.Nak marah pun ada.Nak tergelak pun ada.Susah betul dia nak makan ubat.Since badan dia dah makin besar,tangan dah makin kuat,ibu sorang memang tak mampu nak pegang dia untuk suap ubat tu.Endingnya dalam air susu dialah ubat tu dituang.

Semalam lagi best.En.H masukkan ubat dia dalam air sarsi yang dia suka minum.Dengan harapan manis sarsi tu menutup rasa ubat.Bila dia dah minum sikit......

"eeeee....tak shhheeedapppplah air ni......tak shheeedappp air ni"(sungguh2x dia buat ayat penyata tu)

Saya memang tak tahan nak tergelak.Terpaksa saya palingkan muka arah lain untuk ketawa sebab takut dia tengok saya gelak nanti suspicious pulak kan.Tapi incident tu memang kelakarlah.Tak sangka dia nak cakap air tu tak sedap.Dengan mimik muka skali tu.Nathifa....Nathifa

Dia memang dah tak mahu minum air tu.Tapi En.H bijak mengatur strategi.Katanya....

"nathifa kena minum sampai habis....nanti nak lawan ootttooomennn...nak lawan ngan raksasa......haaa cepat minum sampai habis...nanti jadi kuat..."

Bila dah sebut ottomenn dia tu, sungguh2xlah si kecil yang tak tau apa2x tu minum air tu sampai habis.Kami memang dah gelak sakan dah.Susah betul dia nak minum ubat.Lagi susah nak tipu dia.Macam2x idea kena cuba.Sampai ottomenn pun masuk skali.

Hari ni saya pun terpaksalah cari idea lain as backup,yelah kalau2x idea lawan oottoomen tak menjadi.Lawan shhuupermanlah pulak hari ni.Harap-harap boleh diterima pakailah. :P

Friday, October 26, 2007

doktor

Assalamualaikum

115/78
Doc kata oklah.Takde darah tinggi.Alhamdulillah.

Semalam 3-3 beranak masuk klinik jumpa doc.Sakit tu taklah teruk.Tapi En.H tak sihat sangat.Tak larat nak pergi office.Ada batuk,ada demam,ada selsema.(Makan macam2x macam tu lah jadinya kan)

Dalam bilik doc,tak pasal-pasal doc kene jawab soalan si cilik saya tu.Mana taknya,setiap benda yang berbunyi dalam bilik dan di luar bilik pasti akan diakhiri dengan pertanyaan yang bertubi-tubi."Uuuuunyi ape tuuuu?Uuuuunyi ape tuuuu ibu?Uuuuunyi ape tuuuu ayah?"

Mula2x bunyi bip alat pengesan suhu yang doc guna untuk En.H.Saya jawablah "itu bunyi alat untuk check ears".Lepas tu bunyi air-cond yang kuat sikit tu.En.H pulak tolong jawabkan.Lepas tu bunyi printer doc.Last-last dekat bilik sebelah berbunyi gaya2x macam fax machinelah.Haaa agaknya dah banyak kali sangat tanya.Akhirnya doc sendiri yang jawab."itu bunyi fax,sayang".Hehehe.

Saya pandang En.H.En.H pun pandang saya.Senyum sajelah.Nampak doc pun dah tersengih-sengih.Dah nak keluar bilik doc pun sempat lagi dia tanya "Uuuuunyi ape tuuuu ibu?",pasal dia dengar bunyi printer pulak.Alahai anak ibu sorang ni.Jenuh nak menjawab soalan dia.Selagi tak dijawab,selagi itulah soalan yang sama akan keluar dari mulut comel dia tu.

Tapi sebenarnya saya bersyukur sangat2x.Alhamdulillah.Anak saya sihat tubuh badan,akal fikiran.Syukur.Syukur.Syukur.

Semalam puding saya menjadi.Alhamdulillah.Dapatlah hidangkan dekat jiran2x terdekat.Jemput diorang datang beraya.Bukannya buat makan besar2x.Ala kadar je.Saya goreng mee.Kuih raya sikit.Lepas tu puding.Alhamdulillah.Seronok berborak dengan jiran2x.Anak-anak pun seronok main.Bilik bawah yang saya khaskan untuk anak saya bermain tunggang langgang jadinya.Betul2xmacam tongkang pecah.Hehehe.Tapi tak kisah pun.Asalkan semuanya happy kan.Tapi yang paling best,sekarang saya dah ada pengalaman nak buat makan untuk 2-3 family(hehehe bukannya ramai pun).Bukan senang nak dapat pengalaman ni.Harus laluinya dulu(sebab saya tak pernah jemput lebih dari 10 orang,selalunya family jek).Tapi kalau yang tempah tu tak payah susah2xlah kan.Order je.50 kepala.100 kepala.Tapi bajetnya pun boleh tahanlah kan.Terpulang pada masing2x punya citarasalah.

Hari ni nak kemas2x baliklah pinggan2x,cawan2x,gelas2x yang dikeluarkan dari almari semalam.Betul2x rasa puashatilah dapat masak untuk jiran2x makan ni.Penat pun berbaloi.

(gambar puding nantilah saya ambik.Lupa pulak.Dah tinggal saki baki je.Tapi adalah 2-3 potong yang cantik lagi.Bolehlah ditayangkan kat sini.InsyaALLAH)

Wednesday, October 24, 2007

tajuk ape pun boleh

Assalamualaikum

Lately,ada banyak perkara yang menyusahkan hati.Jadi takdelah idea sangat yang nak dibicarakan kat sini.Bukannya ada masalah besar,cuma sukar hendak berfikiran positif.Itu masalah lah tu.Sebab bila tak dapat fikir positif setiap saat,mulalah yang negatif datang.Bila si "N" datang instead of "P",yang mengikut belakang si "N" berpusu-pusulah.Itu yang jadi masalah utamanya.Tapi orang baca blog bukan nak baca yang sedih medih ni kan.So,lets change the topic.

Suasana raya masih meriah lagi disini.Malam walau hari bekerja,ada juga yang menjemput ke rumah.Makan-makan sikit,borak lebih.Eratkan silaturrahim.Takdelah tunggu order satay baru nak jemput orang kan.Saya pun ingat nak menjemput jiran-jiran dekat2x rumah ni.Menu dalam kepala,bihun goreng oklah.Saya tambah sikit dengan puding resepi mama mertua tersayang.Janji datang rumah.Orang bertandang ni bawak rezeki.InsyaALLAH.

Bila sebut puding ni,hemm nak try buat kejap lagilah.Sementara si manis saya masih lena.Bukan senang dia nak lena sekarang.Nak main aje tiap jam.InsyaALLAH, dah jadi puding saya nanti,bolehlah saya letak gambarnya kat sini.Dengan resepi skali pun boleh.(Teringat ustazah fatma az-zahra pesan jgn kedekut resepi kalau orang mintak.Tuhan akan balas lebih lagi nanti :) .So,bagi saya try dulu,ada gambar maknanya menjadilah,kalau takde faham2x ajelah yek :P.Tapi InsyaALLAH jadiknyer.Positif thinking maaaaaa.

Wednesday, October 17, 2007

Raya lagi

tahun ni kami ber'purple'

ini dia si anak dara berbaju kurung purple di pagi raya!
(siap dengan 'ottomen' dia)



Assalamualaikum


Ada yang dah masuk kerja hari ni?Takpelah,cari rezeki.Jangan pulak kat ofis tido sepanjang hari, mentang2x tak ada orang.(kata2x ni untuk En.H juga tau!:P)

Hari ni sudah masuk raya ke-5 bersamaan 5 syawal 1428 Hijrah.Di kejiranan saya ni ramai juga yang dah balik.Dan ramai juga saya tengok pagi2x tadi sudah mula ke tempat kerja.Lega jugak.Sebab kalau ramai masih dikampung,dalam hati risau juga.Tak ada orang kiri kanan.Maklumlah sekarang ni macam2x yang boleh terjadi.Nauzubillahhiminalzalik.

Cerita raya.Hemmm,kami sambut sederhana saja.Yang meriah si kecil tu lah.Untuk si comel nathifa,2 bulan yang lepas dah settle baju raya dia.Senang beli awal2x ni.Takdelah kelam kabut bila dekat raya kan.Zaman sekarang rasanya orang kita dah tak macam dulu sangat.Dulu2x bila nak raya,semuanya kene tukar baru.Sanggup berhutang.Tapi sekarang rasanya ramai dah tukar 'mindset' lama tu.Sambut sederhana saja.Berjimat cermat.Yang penting silaturrahim sesama saudara Islam.Lagipun sedih bila Ramadhan sudah berlalu pergi.Bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH ni.

Start hari minggu yang akan datang ni,mesti tak cukup ruang perutlah untuk diisi.Ramai yang dah bersms sana sini menjemput ke rumah terbuka.Malam ni pun kami dah ditempah oleh ayah(bapa mertua saya).Waktunya bermula dari siang hari lagi.Habis tu En.H sudah mula bekerja.Terpaksalah ke sana waktu malam nanti.Makan free.Tapi kawan-kawan sekalian,jomlah kita berpada-pada bila makan ya(nasihat untuk diri saya jugak).Jangan sampai makan hingga jatuh sakit.Kita cuba2x berhenti makan sebelum kenyang.Bukannya makan sampai terlebih kenyang :P.Kita cuba yek.InsyaALLAH.

Oh ya,jangan lupa puasa sunat 6 juga.Selamat berhari raya.

Thursday, October 11, 2007

Selamat Hari lahir Ibu


Assalamualaikum

Saja saya letak 'kad raya' tu lagi.Ini entry baru tau.Bukan yang lepas.

Semalam 10/10 hari lahir ibu saya.Ibu kandung.Puan Habsah.Jam 7.00 pagi saya telefon dia di kuantan.Ingatkan tak adalah surprise mana sebab bukan wish 12.00 tengah malam.Dalam hati mesti adik-adik dah ucap selamat dulu.

Saya: Ibu,selamat hari lahir.
Ibu: (bunyi macam orang bangun tidur)Eh,hari ini berapa haribulan?
Saya: Laaaa,10/10 lah.Kan birthday ibu.
Ibu: Laaaaaa,ibu tak perasan pulak.2-3 minggu lepas ingat lagi.Ni dah sampai 10 hb dah tak ingat dah.Terima kasihlah.
Saya:Semoga ibu sihat selalu,panjang umur,murah rezeki,cepat2x pergi haji.

(dari sayup saya dengar adik bongsu saya berleter)Bunyinyer....

adik: Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......owangggg nak cakap dulu.Mana aciiiiiiiiiiiiiiiiiii

Saya gelak dalam telefon.Nasiblahkan.Siapa cepat dia dapat.Hehehe.(best jugak dapat jadi orang pertama wish kat ibu tahun ni,wink!)

Malam tadi pulak tengok dr.syed kita berlepas ke angkasa.Fuh....memang saya yang berdebar.Menggigil sikit pun ada.(En.H tersenyum aje.Tak berdebar pun.Saya je yang lebih2x.hehehe).Macam saya pulak yang duduk dalam roket tu.Terharu pun ada.Rasanya emak kepada dr.syed tu menitis juga airmata.Agaknyalah.Perjalanan diiringi doa berjuta rakyat malaysia.Semoga selamat pergi dan selamat juga kembali ke bumi.

Terdetik juga dalam hati saya.Harap-harap dia melaungkan azan di sana.Subhanallah.Mesti best dapat tengok bumi dari angkasa kan.Kita tunggu sajelah kembalinya dr.syed tu.Tak sabar nak dengar cerita dia nanti.Apa yang dia rasa.Apa yang dia tengok.Semua-semuanyalah.Bila sudah ada anak tempatan yang melaluinya sendiri,barulah syok nak dengar cerita dia.Lagi detailkan.Biarlah ada yang kata cuma pelancong angkasalah,bukan angkasawan sebenarlah,itulah,inilah.Sekurang-kurangnya dia dapat jugak naik roket tu,dapat jugak buat penyelidikan untuk faedah manusia dan yang penting dia dapat pengalaman yang mahal tu.Apa-apa pun saya banggalah bila tengok dr.syed, seorang melayu,islam,anak malaysia duduk dalam roket tu dan sedang menuju ke stesen di angkasa dan akan tinggal disana selama 10 hari.Bukan 1 hari tau!

Yang kata macam-macam ni,agak-agaknya ada phd kot. ;)

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya


p/s: Saya rajin hari ni.Buat kad raya sendiri.Hehehe.Penat betul cari imej lelaki yang 'agak-agak' sama dengan En.H.Bak kata orang utara bercinta betul lah.Last2x macam ni lah hasilnya.Orang tak ada seni ditangan.Cengginilah.Selamat Hari Raya semua!

p/s: En.H kan suka sangat dengan pc&internet.Itulah jawapannya kalau ada yang pelik.

Monday, October 8, 2007

Bajet serius,bajet konon

Assalamualaikum

Sebelum tu,nak iklankan rumah untuk disewa mengikut hari.Promotion untuk cuti hari raya ini.Details boleh tengok kat sini

Kalau refer kat sini, ada saya selitkan sikit tentang bajet.Kalau ada yang bacalah.Pasal semalam sempat tengok sikit episod akhir rancangan "you & money",(saya takdelah minat sangat,tapi dah tv 1 saje,faham2xlah ajelah :P),host yang 2 orang tu ada berikan tips panas tentang financial management ni.Dan dalam senarai tu ada perkataan bajet.Tapi taklah diterangkan pulak secara terperinci.Kecewalah jugak.Kononlahkan.(mesti En.H gelak ni)

Anyway,saya suka hendak berkongsi pengalaman best tentang bajet ni.Yelah kalau ikutkan mindset yang normal,rasanya bajet ni jatuh dalam kategori tak best.Sebab tak boleh shoping sakan,tak boleh raya sakan,tak boleh makan sakan(ade ke makan sakan ni :P),tak boleh itu,tak boleh ini.Maklumlah bajetkan.Tu yang saya kata mindset ni harus berubah.

Rasa-rasa saya dah dekat 2 bulan kami membajetkan kewangan kami ni.Hasilnya?Alhamdulillah,makan tetap kenyang,pakaian tetaplah menutup aurat,si kecil tu tetap gembira ketawa setiap hari,setiap jam,setiap saat.Mula-mula?Hemm..menitis juga air mata saya.Yelah,bila dah bajet adalah yang perlu dikorbankan.Terutama nafsu yg seribu satu macam tu lah.Siapa kata bajet bestkan.Hehehe.

Tapi yang tak best mula-mula saja.Bila dah tengok hasilnya,barulah rasa nikmatnya.Nikmat melihat ada portion yang boleh disavingkan.Nikmat melihat ada portion yang boleh diinvestkan.Macam-macamlah lagi.Bila dikali dengan bulan2x yang seterusnya.Kalau ikut hukum alam pasti bertambahlahkan.Takkan berkurang kot.Itulah bajet.

Lagi satu bila dah membajet,saya mula memikirkan akan keperluan menjadualkan segala macam perkara.Sebelum ini tak pernah fikir pun(sebab fikir senang kan,:( ).Main beli aje.Habis beli.Habis beli.Terutama barang keperluan dapur.Susu dan pampers si kecil tu.Ini pun rasa nikmat juga bila dah berjadual.Sebulan dah siap laporan nak beli apa,berapa kuantitinya.Sekarang saya cuba pula nak menjadualkan menu masakan saya.Bila senaraikan menu,mesti senaraikan resepi juga.Bila sudah ada resepi,saya mula mencongak secara agak-agak kuantiti bahan yang diperlukan dalam setiap menu.Campur tolak,dengan tak lansung saya dapat pula membajet barang dapur saya(selalunya memang dah bajet,tapi tak menjadi aje,'bajet konon' namanya :P).Ha,barang dapur nilah yang betul2x membuahkan hasil rasanya.Paling banyak menuntut portion of money.Bila dah buat macam ni,dialah yang paling banyak reducenya.Seronok pulak saya.

Macam tulah lebih kurang pengalaman membajet secara serius dalam 1-2-3 bulan ni.Baru lagi tu.Tapi hasilnya boleh tahanlah.Cuma perlu ada 3 perkara paling penting iaitu fokus,passion,dan patience.Actually kalau buat apa kerja pun perlu ada semua tu kan.Baru menjadi.But perlu ada lebih kesabaranlah dalam hal ni.Maklumlah nak mengawal nafsu bukan senang.Nak cuba?,cubalah,takkan ruginyer.Untung lagi.So,selamat mencuba membajetkan kewangan anda.Happy budgeting! kata omputeh(ade ke??? :P)

Agak-agak ada pendapat lain tak?.Sudi-sudikanlah.

Saturday, October 6, 2007

I'll stand by you

To my dearest En.H,


When the night falls on you,
you don't know what to do,
Nothing you confess can make me love you less
I'll stand by you

When you're standing at the crossroads,
don't know which path to choose,
Let me come along,
cause even if your wrong
I'll stand by you

Take me in into your darkest hour,
and I'll never desert you.

when the night falls on you baby,
you're feeling all alone,
You won't be on your own,
I'll stand by you

yes,it's a part of a song lyrics, if you wonder :P

Friday, October 5, 2007

lionel richie

Memang dah lama dia menyanyi.Lagu famous "hello".Tapi dari dulu sampai sekarang tak pernah saya boring dengar lagu ni.Tak ada apa-apa memory pun berkaitan dengan lagu ni kalau itu yang disangka.

Baru-baru ni oprah ada jemput dia as special guest pasal album baru dia.Lagu yang dikatakan bakal hit "I call it love".I look at you....you look at me.....Rentak r&b.Best jugak.Tapi tetap tak boleh lawan hello(bagi sayalah).End of the show,banyak permintaan untuk dia nyanyikan 'hello'.Sedap betul suara dia.Masih mencairkan naluri perempuan saya ni.Jiwang betul dengar lagu tu walau sudah beribu-ribu kali saya dengar.Nak-nak bila dia nyanyikan live.Dari dia muda sampailah sudah 58 tahun,suara dia masih macam tu juga.Mengancam.

Saya selalu juga curi-curi dengar hello ni dari youtube.Just want to share it with sesiapa yang nak tengok and dengar.Enjoy.(kalau kene tunggu lama sikit,sorry yek,:))




Kalau penyanyi kat malaysia ni,saya suka suara jamal abdillah(suara saja tau!).Kalau dengar dia menyanyikan lagu "azura" tu,hemmmmmm nasib baiklah nama saya bukan azura.Itu pun dah cair sangat-sangat.:P

Thursday, October 4, 2007

Mindset

Assalamualaikum

"A mindset, in decision theory and general systems theory, refers to a set of assumptions, methods or notations held by one or more people or groups of people which is so established that it creates a powerful incentive within these people or groups to continue to adopt or accept prior behaviors, choices, or tools."

It's hard to believe that such a tiny thing thats looks more like a worms had so much power that enough to destroy Hiroshima.(it is the human being who had create the atoms,not the alien kan?)

En.H kept telling me the needs to change my mindset from another level to another level.It's easy to said than done.Yeah thats d**n rite.But there's always a logic in everything that he said.Every reason will comes with an example and true story that amazed me.

It's a lovely beautiful morning,when we had our special sleepy romantic chatting time(after sahur,while waiting for the Subuh and that little princess still in her dream of course!) this true story arise.I just love to share it with you.

Here in Malaysia,there is someone that you don't or do know(maybe some people had heard about this too) who had owned about 700 various type of houses.Hard to believe but it's true.He starts really hard.But the thousands that he makes at the end of the day is enough to pay the rest of his life without working.Worth it to wait.Worth it to be patience all the way long before he can feel the millions' life.It is not 1 or 2 years that I am talking about.This 'had changed mindset' fellow had been in this buying process for 25 years to reached what he have now.From the story I've heard,the rental money that he had from his first investment house,he never spend it for his unneeded shopping(this is where I see the mindset issue applied,wink!).He always(means never skip okeh!) save it for the next future investment house deposit and loan.And he do it for the 25 years of his life.Until he had reached his 700th house,and then he said 'now I can retire'.He had hired 5 clerk to manage all the rental,houses and other thing regarding his investment.And for every end of the month he actually had over 200k in his account.Blink!Blink!Blink!

You see, when you give a bit of twist towards the way you think,you'll be different from others.And these differences that makes millions of money.

One example from my point of view.Budget.Long before I learn so much thing about financial management from En.H(he is my best mentor in the worldlah,wink),budget is just a simple word to me.I see budget is only for the people who are really in their financial problem(not so cleverlahkan).Not that I said that I had no financial problem at all,smile.And even if they are in that trouble,still some people don't do the budget.Try to change your mindset(mine actually).

When you do the budget,you need to really involved in the process.Means,write certain amount of money,spend only that specific amount of money and log it in your budget book(at the end of the month is the analysis day,smile).Then you will appreciate this words budget more than you do before.At the end of the day the words "saving" is not a big deal anymore.(I learned that we do budget to actually have some portion of our money to put in the saving account,not for the Lobster or Oyster or Versace or Bonia thing!).

Last but not least,to be one of the rich or the middle or the poor,it's all depends on you.You and you and you.The end.

Tuesday, October 2, 2007

Kes polis

Assalamualaikum

Hemmm...okay this is a bit frighteninglah.Semalam saya memang ada terdengar bunyi siren polis berdekatan rumah.Dalam otak saya ni,mungkinlah kes samun,rompak,atau ada orang yang tak betul buat kacau.Terus saja saya periksa pintu berkunci atau tidak(walau memang sentiasa bertutup dan berkunci).Risau juga.Dari tingkap tingkat atas,saya dok perhati orang semakin ramai mengerumun sesuatu selang 5 buah rumah dari rumah saya.Tapi tak boleh nampak apa ceritanya.Selang 5 buah rumah dari rumah saya ni ada longkang besar dan semak samun.Dalam hati, ada orang jumpa ular sawa besar agaknya.(tapi pelik pulak tak ada bomba!).Sampai saat berbuka saya masih lagi dalam persoalan itu.

Hinggalah sebentar tadi berbual-bual sikit dengan jiran sebelah.Dia pun sama masih tertanya-tanya.Kebetulan ada pakcik Sulaiman merangkap AJK surau kawasan kami ini datang bertandang untuk kutipan derma majlis berbuka sabtu ini.Apa lagi.Bertalu-talu soalan kami ajukan.

"pakcik,polis datang semalam apa halnya?"
"ada mayat kene sembelih"
"Hah!!!"(memang terlopong betul mulut saya dan jiran)
"orang kita ke?"
"ntah,tapi lelaki india.Muda lagi.Mayat belum busuk lagi.Baru kene bunuh agaknya."
"sape jumpa mayat tu?"
"budak-budak kawasan ni jugak.Diorang kan biasa main tengok2x ikan kat longkang besar tu.Pagi semalam ada budak datang cakap kat makcik kau tu.Tapi ingatkan budak-budak ni main2x.Sampailah petang budak2x ni tahan budak2x bujang yang duduk sebelah rumah engkau ni ha yang baru balik kerja,cakap ada mayat kat longkang tu.Tu yang budak2x bujang ni call polis."

Perbualan berhenti disini.Pakcik sulaiman ni sibuk orangnya kalau ada majlis yang hendak diuruskan.

Kata jiran,memang blacklistlah kawasan ni jawabnya.Dalam hati saya,baru saja dengan kes arwah Nurin.Belum pun selesai lagi.Sekarang ada mayat pula yang kene sembelih.Mungkin masuk dalam berita agaknya.Tunggu sajalah.Habis berbual,cepat-cepat saya masuk dalam rumah.Kunci semua pintu.Hati memang risau.

Monday, October 1, 2007

ramadhan

Assalamualaikum

Apa nak cerita yek?
Banyak perkara yang berlaku.Tapi tak ada mood sangat nak bercerita.Penat balik kampung tak habis lagi.
Budak arab yang menyewa rumah dah keluar.Rumah ditinggalkan masyaALLAH.Lembik dibuatnya dok memberus sana sini.Harap penyewa seterusnya lebih 'pembersihlah' orangnya.Seriklah.
10 malam ramadhan terakhir dah menjelma.Sama-samalah kita perhebatkan lagi ibadat.InsyaALLAH.
Sedih rasanya Ramadhan dah semakin menghampiri penghujungnya.Cepat betul masa berlalu.