Tuesday, November 17, 2009

Makan dan rehat







Ketam masak merah



keropok lekor



laksam





nasi kerabu





Amacam?



Syok okeh dapat makan semua yang kat atas tu.Yang nasi kerabu tu tiap pagi beli.Yang menjualnya jiran selang 2 buah rumah je.Pulak tu harga RM 1.50 je yek puan-puan.Siap ada ayam goreng.Laksam tu pun sama.Harga RM 1 sebungkus ye puan-puan.



Yang ketam tu memang puas hati betul dapat makan dalam volume yang banyak.Hehehe.Ketam dibeli dekat tempat pendaratan ikan LKIM ye puan-puan.Memang fresh dari laut.Siap boleh tengok lagi nelayan-nelayan kampung mengangkut ikan-ikan dari bot-bot mereka ke darat.


Seronok!



Keropok lekor jangan cakaplaa.Tiap petang boleh beli.Merata-rata tepi jalan orang jual.Keasliannya InsyaALLAH memang tip top.Takdelah rasa tepung je kan.



Jika saya di Kota Kuala Lumpur maka tak mungkin saya dapat menikmati semuanya di atas.



Jadinya saya sekarang bersiaran dari Kg.Balok Kuantan Pahang ye puan-puan. ;)



Iya.....memang betul.



Saya dikampung dan sedang menikmati udara yang masih lagi nyaman,suasana hening dan sunyi dan aman,makanan yang segar-segar dan murah dan dikelilingi jiran-jiran yang tidak mengejar keduniaan sangat.Semuanya sederhana!




Alhamdulillah.

Thursday, November 12, 2009

Why?




Sorrylah kalau ganggu korang dengan berita tak best pagi-pagi buta nih.

Speechless OK!

Why?



KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan nyaris bersemadi dalam sebuah perigi selepas dicampakkan ibu kandungnya sendiri ke dalam telaga berkenaan berhampiran rumahnya di Kampung Pengkalan Arang, Batu Enam di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, ajal belum menjemput bayi berkenaan apabila dia tidak tenggelam dalam perigi berisi air sedalam enam meter berkenaan, sebaliknya terapung di permukaan sambil bertarung dengan maut sejurus dibuang kira-kira jam 5 petang.

Malah, keajaiban Tuhan terhadap bayi yang tidak berdosa itu menyelamatkannya apabila dia sempat diselamatkan datuknya, Raja Ibrahim Raja Ali, 64, yang menyedari perbuatan ibu berusia 26 tahun itu.

Terkejut dengan perbuatan anak perempuannya, warga emas berkenaan yang tidak sanggup melihat cucu keempatnya terkapai-kapai dalam perigi, nekad turun ke dalam telaga berkenaan dengan hanya berpaut pada dindingnya.
Tindakan itu diambil kerana warga emas berkenaan tidak sanggup melihat bayi tidak berdosa itu terkapai-kapai dalam perigi walaupun menyedari tindakannya itu membahayakan diri jika pautan pada dinding perigi berkenaan terlepas.

Nenek bayi berkenaan, Hasnah Mat Ali, 50, berkata sebelum kejadian, wanita berkenaan yang juga anak angkatnya yang tinggal di rumah sewa berhampiran memberitahu dia geram melihat bayi berkenaan.

Katanya, bimbang kejadian tidak diingini berlaku selepas anaknya yang menghidap penyakit meroyan itu melakukan sesuatu terhadap cucunya, dia cuba menenangkan perasaan wanita berkenaan dan menyuruhnya bersabar.

Bagaimanapun, kebimbangan warga emas itu menjadi kenyataan apabila anaknya yang menghadapi tekanan perasaan mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Mujur saya sedar dan segera mengejutkan suami yang ketika itu sedang tidur. Tanpa berlengah, suami turun ke dalam perigi dengan berpaut pada dinding sebelum mencapai bayi berkenaan yang terapung di permukaan air yang jaraknya lebih satu meter dari muka perigi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, sumber polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada datuk bayi berkenaan jam 5 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika diselamatkan, muka bayi berkenaan yang hanya memakai lampin pakai buang kebiru-biruan dipercayai kesejukan selepas dibuang ke dalam perigi berkenaan.

“Bagaimanapun, bayi berkenaan sihat dan polis segera mengarahkannya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Siasatan awal polis mendapati wanita berkenaan bertindak demikian kerana dipercayai menghadapi tekanan perasaan dan meroyan selepas melahirkan anak ketiga.

Katanya, ketika kejadian, wanita berkenaan turut mengakui tidak menyedari perbuatannya mencampakkan bayinya ke dalam perigi berkenaan.

“Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana bertugas di sebuah kilang di Kuantan dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

Tuesday, November 10, 2009

Kreatif kakak





Let the picture explain it all.
(sebab ibu sangat malas nak menaip okeh!)



Ini bukan untuk dibuang ye



sebab kakak boleh main tampal2x dgn benda itu




macam ni



tarra.....hasilnya!

Monday, November 9, 2009

17 more days to go

Assalamualaikum



And he will turn ONE!



Irfan Fahri milestone :

1.Still exclusively breastfeed.
2.Sudah berjalan ( lebih dari 10 steps)
3.Ada 4 gigi yang tajam.
4.Sudah 2 kali potong rambut.
5.Suka menjerit.
6.Sangat obses dengan kakaknya.
7.Sudah pandai melalak bila tengok orang keluar pintu and left him behind.
8.Suka "lepak-lepak" (bahasa kakak) atas bantal dan atas floor.
9.Sangat diam bila ibu bersihkan telinga tapi sangat menjerit bila ibu nak bersihkan hidung.
10.Sudah mula makan nasi lembut.
11.Sangat obses dengan tempat penyidai tuala (suka duduk in between tuala2x tu)


ada banyak lagi nak taip tapi.......

kakaknya dah minta air milo satu!

Lain kalilah ye sambung pulak.

Friday, October 30, 2009

Once in a blue moon


En.H boleh menjadi sangat romantis.
Auuuwwww.


Isinya tidak dapat didedahkan kerana sebab-sebab yang sangat munasabah puan2x yek.
Takut ada yang sakit jantung nanti :P


Yang ini memang sungguh men'surprise'kan saya.I like!


Selepas ini Puan.H akan berbau KENZO di rumah ye.
Dan restricted for in-house used only.(takkan nak kene berceramah bab berhias diri untuk muslimah pulak kan ;))


Sekian terima kasih.


Owh lupa pulak geng budak ber 2 nih.
Featuring sis Tifa and bro Fahri.

Peace!



Thursday, October 29, 2009

Pedas



Tapi sedap.
Kicap Jalen.....hehehe.
Iklan sikit apa salahnya.(saya belum pernah cuba jenama ini lagi)

Sebetulnya saya nak bersuara tentang ini: Aurat Muslimah-Rambut
Tak mahu tulis banyak-banyak.Isu panas dan pedas.Sementelah saya pun bukan berjubah purdah.Agak-agak sedar diri juga.

Cuma teruja hendak berkongsi pendapat si suami beberapa malam yang lalu.

perempuan yang degil tak mahu bertutup betul-betul tapi solat tak tinggal ni pelik juga ye.Macam bila solat zuhur pandai pulak dia solat 4 rakaat.Kenapa tak pandai-pandai sendiri buat 1 rakaat ke,2 rakaat ke atau kalau rajin buat 10 rakaat terus.Tapi bila masuk bab bertudung,ada yang pandai2x separuh tutup,ada yang depan tutup belakang nampak,ada yang tutup belakang depan didedah sampai nampak juga lurahnya.Macam2x 'fesen' ada.Kebanyakkannya tidak seperti mengikut apa yang tertulis di dalam kitab mulia kita.


Nampak keironiannya?

Berulangkali pernah saya catatkan disini.
Islamlah sepenuhnya.Ini bukan macam peribahasa "pilih-pilih ruas".





Nota kaki suam-suam air : janganlah pula ada yang betul-betul solat zuhur 1 rakaat nanti.Haru!

Nota kaki air panas : Memetik kata-kata daripada si dia "wear anything u like as long as u show us your boobs, it'll turn out that every man 'loves' you".Betul kan!

Tuesday, October 27, 2009

Complaints





This is a very interesting issue to me.
I guess most of the point on the list is exactly whats on my mind. (tidak ku pandai untuk meluahkannya :P)





COMMON CUSTOMER COMPLAINTS ABOUT RETAILERS


TRUE LIES
Blatant dishonesty or unfairness
Selling unneeded services
Purposely quoting low ball cost estimates


RED ALERT
Assuming customers are stupid or dishonest
Treating them harshly or disrespectfully

BROKEN PROMISES
Retailers not performing as per their promise - careless mistakes prone services


I JUST WORK HERE
Powerless employees who lack the authority or desire to solve basic customer problems

THE BIG WAIT
Waiting in the line just because some of the checkout lanes or service counters are closed


SUFFERING IN SILENCE
Employees who don’t bother to communicate with customers who are anxious to hear how a service problem will be resolved

DON’T ASK
Employees unwilling to make any extra effort to help customers


LIGHTS ON, NO ONE’S HOME

Clueless employees who do not know the answers to customers’ common questions


EMPLOYEE WHO VISITS EACH OTHER
Or conducts personal business while customer waits
Refuse to assist because they are on break




The most irritating and annoying and "rasa nak hempok'ing" is the RED ALERT one'lah'.Of course!Especially the one with the 'cash' duty.

Muka masam satu hal.Bila tanya kadang2x tak jawab lansung.Kadang2x antara dengar tak dengar.Time kita tegur dia 'terpunch' 2-3 kali harga satu2x barang tu,bleh dia buat muka tak tahu je.Itu yang pada pendapat saya masa nak beratur bayar eloklah dipilih-pilih sikit cashernya.Memanglah susah nak agak reaksinya,tapi kalau dari jauh tu dah menunjukkan aksi2x yang kurang menyenangkan,carilah yang lainkan.

As for me,saya lebih suka cashernya kaum adam.Simple.(mind you..not apply to all yek!)Bukanlah bermaksud kaum hawa tak bagus,faham2xlah kalau dah penat sangat,time bulan mengambang pulak tu,ditambah bergaduh pula dengan si buah hati.(sekali lagi mind you..not apply to all yek!)Tak ke haru tu?But kaum adam ke,hawa ke you must be very careful masa diorang dok punch2x harga tu.Pastikan harga yang betul.Punch sekali je kecualilah barang yang sama with the same price ada 2,3.

Well, when we talk about this : manners, i guess it is not as simple as 'masak air'.To shaped it perfectly and beautifully is nearly impossible since we are all just a human.Everyone makes mistake.But if we learnt and getting better and better everytime after we make those mistakes it would probably the perfectest one!