Thursday, December 30, 2010

Ikan Kukus saya



First time masak ikan siakap kukus ni sempena minggu sihat kitaorg.Hehehe.Sendiri2x istiharkan supaya ada reason yg sangat munasah utk masak resepi yang berkonsepkan air-air jek.Kukus,rebus,sup.Kalau tak yang si kecik dok mintak ayam goreng jekkk...yang en.suami pulak dok request ikan goreng berempah ajekkk.Tak sihat sungguh gaya masak gitu.

Taklah susah mana pun nak masak ikan kukus ni.Sedap pun sedap.

Saya takde pengukus pun.Just guna kuali and loyang kecik jek.Tu sebab ikan siakap saya kontot.Hehehehe.Dah kene kerat separuh2x pasal tak muat loyang.

Resepi mcm biasa lah dr incik gugle.Saya refer kat http://www.resepi4u.com/2009/07/resepi-ikan-siakap-kukus-mudah.html tapi saya ubah2xlah ikut bahan yang ada kat umah.

Jom tengok camne nak masak ikan siakap stim nih.



Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap sederhana besar (saya beli sederhana besar sekor dapat RM11..murah ke mahal ek)
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus (tak ada)
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis (ganti ngan lemon)
garam secukup rasa



Ni bahan tambahan yg saya pandai2x sendiri tambah....hehehe


sekuntum bunga kantan - dimayang halus
2 btg serai - diketuk
1 biji carrot - potong halus2x
1 btg daun saderi - potong halus2x


Ada resepi tu tambah asam boi....next time saya nak try.


Cara memasak:

Cuci ikan dan belah dua jangan sampai putus lumur garam dan gula.
Tuang ketiga-tiga sos tadi.Sebatikan semua.
Masukkan ikan dalam loyang, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit.
Kalau dlm kes saya pakai loyang kecik ni kene pusingkan ikan tu kasi 2-2 belah masak.
Tabur hirisan daun bawang/sup dan perah limau diatasnya.

Senang kan...cubalah.Nanti bgtau camne hasil korang plak.

5 comments:

ME said...

sweet blog ..

Ummu Mishkah said...

ermmm.. my fav ni. nak masak jugaklah! :)

aida said...

sedap nampak... nyammmm

ibunoor said...

Salam Hanis,

Terima kasih sudi ziarah blog saya. Keep on writing and keep on sharing!

blogadmin said...

Me dear :

thankssssssss..blog saya ni mmg biasa2x aje...time malas tuh berminggu tak update jugak...time takde mood lagiklaa...maklumlah pompuan hehehe....but inilah medium saya nak tambah kawan...cari ilmu..tambah ilmu...and tak lupe cari duit poket hehehe...
btw...your blog pun apa kurangnya :)


ummu dear :

cuba jgn tak cuba ummu...puashati kalo masak sendiri ni...nak lagik puas buat 2 ekor...hehehe...makan sampai puas..kat kedai bukan main mahal siakap masak stim nih...hehehe


aida dear :

rasa dia tambah best sbb boleh makan byk2x tanpa hiraukan sgt regenya...hihihihi..walaupun beli siakap segar tuh mmgla mahal sket dari ikan kembung tapi kira murahlah dari order kat kedai...

btw..mung dok sana makan salmon hari2x gamaknya..sini mahalllll yg amatssslaaa..pastu tak reti nak masaknya...hari tu akak beli sekeping buat goreng jek hahahaha..pastu En.H tegur awat ikan goreng ni tak sedap pun...hehehhe

mmg tekak melayu sungguh!



ibunoor dear :

terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak hamba yg tak seberapa ni...hehehe

anyway..seriess sya suka hasil tulisan ibunoor