Thursday, October 29, 2009

Pedas



Tapi sedap.
Kicap Jalen.....hehehe.
Iklan sikit apa salahnya.(saya belum pernah cuba jenama ini lagi)

Sebetulnya saya nak bersuara tentang ini: Aurat Muslimah-Rambut
Tak mahu tulis banyak-banyak.Isu panas dan pedas.Sementelah saya pun bukan berjubah purdah.Agak-agak sedar diri juga.

Cuma teruja hendak berkongsi pendapat si suami beberapa malam yang lalu.

perempuan yang degil tak mahu bertutup betul-betul tapi solat tak tinggal ni pelik juga ye.Macam bila solat zuhur pandai pulak dia solat 4 rakaat.Kenapa tak pandai-pandai sendiri buat 1 rakaat ke,2 rakaat ke atau kalau rajin buat 10 rakaat terus.Tapi bila masuk bab bertudung,ada yang pandai2x separuh tutup,ada yang depan tutup belakang nampak,ada yang tutup belakang depan didedah sampai nampak juga lurahnya.Macam2x 'fesen' ada.Kebanyakkannya tidak seperti mengikut apa yang tertulis di dalam kitab mulia kita.


Nampak keironiannya?

Berulangkali pernah saya catatkan disini.
Islamlah sepenuhnya.Ini bukan macam peribahasa "pilih-pilih ruas".





Nota kaki suam-suam air : janganlah pula ada yang betul-betul solat zuhur 1 rakaat nanti.Haru!

Nota kaki air panas : Memetik kata-kata daripada si dia "wear anything u like as long as u show us your boobs, it'll turn out that every man 'loves' you".Betul kan!

1 comment:

Ummu Auni said...

kalau dia orang faham dan takut, mesti dah buat
tapi sebab mereka belum rasa kemanisan iman, dan faham takut pada Allah