Assalamualaikum
Okeh.....setelah berbloghop berjam-jam tadi....saya jumpa berita ini yang agak menarik juga untuk diperkatakan.
Cuba baca dulu.
Okeh.....setelah berbloghop berjam-jam tadi....saya jumpa berita ini yang agak menarik juga untuk diperkatakan.
Cuba baca dulu.
Warga Emas Terselamat Dari Denda RM20,000 Kerana BelacanDUNGUN, 21 Okt (Bernama) -- Mahkamah Majistret Dungun di sini Rabu mengenakan denda RM600 ke atas seorang wanita warga emas yang menjalankan perusahaan membungkus belacan akibat bahan tersebut tidak mengandungi protein mencukupi.Rohani Ali, 56, didapati melanggar Peraturan-peraturan Makanan 1985 yang menyatakan belacan hendaklah mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.Menurut fakta kes yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus, sampel belacan yang dipaket oleh Rohani dengan harga RM2.50 untuk 400 gram, setelah diuji didapati kekurangan protein iaitu hanya mengandungi sebanyak 23.75 peratus.Sampel belacan itu diuji Pejabat Kesihatan Daerah Dungun pada 7 April lalu.Kesalahan tersebut tertakluk di bawah Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 13B(4) akta yang sama melibatkan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.Rohani mengaku salah terhadap dakwaan berkenaan.Setelah rayuan, Mohd Yusoff mengenakan denda ke atas Rohani sebanyak RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.Jabatan Kesihatan Dungun diwakili Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Mohd Yusoff Othman.BERNAMA
So...camne?
Nak gelak pun ada.Kesian jugak pun ada.Gelak sebab belacan tak cukup protien?Hellooooo.Rasa-rasanya baik pergi serbu kilang2x yang buat makanan letak racun(Eh..MSG tu kategori racun tak?) berlebihan ke.Yang letak pewarna,perasa tiruan ke?Yang sembelih binatang halal makan jadi tak halal tu ke?Ishhh banyak lagiklaaa yang hebat2x kesnya dari belacan tak cukup protein nih.
Kesian kat makcik Rohani ni.Dah pangkat nenek dah pun.Jual belacan pun 2.50 je okeh.Bukannya 250 atau 2500 hengget.
Anyway saya tidaklah menyalahkan yang menguatkuasakan peraturan ni.Cuma kerana terlalu banyak lagi kes yang lebih besar( atau boleh dipanggil masalah) yang membuatkan kita semua menjadi mangsa berbanding isu belacan tak cukup protein ni.
p/s: eh..ke kalau belacan tak cukup protein ni boleh memudaratkan?
Huh.....kene tanya doktor nih :P
No comments:
Post a Comment