Thursday, September 3, 2009

Tengah malam

Assalamualaikum


Jam sekarang tunjuk nombor 12.Maknanya dah tengah2x malam le.Hehehe.Aku blom rasa ngantuk.Bukan pasal siang tadi tak tido.Tapi pasal tengok cerita enemy of a state.Alaa yang will smith berlakon jadi lawyer yang kene kejor ngan NSA tuh.Fuh! memang best aa cite tu.Takdelah baru first time tengok..byk kali dah.Tapi 'feel' tetap thrill okeh.(aku memang jatuh chenta sama itu will smith lame dah).Hehehe.Paling best MIB laaaa.Aku suka dia sebab dia kalau berlakon tuh,aku faham apa dia cakap even dalam slang ape ponnn.Bukanlah maknanya aku terer giler english...hehehe..tp si will smith tu bercakap terang.Tak yah ler nak tunggu si 'sari kata' tu keluar.Kene time ada lag sikit,aduhai tak faham plak cite tu nanti.

Hemmm...awal malam tadi ibu aku call dari kampung.Bawak berita sedih.Suami kepada sepupu ibu aku meninggal.Sepupu ibu aku ni muda.Sama baya ngan aku.Aku panggil dia 'mek soh'.So kami agak rapat jugaklah pasal dah sebaya.Cuma dia dok raub,aku dok kl.Kalo jumpa pun bila ada kenduri besar2x kat kuantan tu and raya.Anak dia 3 org.Semua boy.Kecik2x sgt lagi.Yang paling tua pun 5 tahun kot.Sedih plak aku dengar.Last aku jumpa ngan dia and arwah suami dia masa kenduri kakak pada mek soh ni.Aku ingat lagi raut wajah arwah suami dia psal aku dok kene hidangkan lunch untuk laki2x yg buat kerja2x berat masa kenduri tuh.So aku tegur arwah ni and pelawa dia makan.Plus aku pelawa yg lain2x jugaklah kan.Arwah meninggal sebab sakit 'gaot'.Tahap teruk kot.Yang aku tau gaot ni sakit lutut jek.Tapi tak taulah.Ajal dan maut ditentukan ALLAH.Arwah meninggal dalam bulan ramadhan.Moga dia ditempatkan dikalangan orang2x yg soleh.


Hemmm....overall kita dah masuk ke 10 malam kedua ramadhan dah.Malam2x yang penuh dengan keampunan dari ALLAH.Jom kita sama2x mohon agar diampunkan segala dosa kita,diberi petunjuk dan hidayah setiap masa.Moga hidup kita lebih diberkati.InsyaALLAH.

2 comments:

Ummu Auni Afif said...

innalillah wa inna ilahirojiun

moga rohnya dicucuri rahmat..satu kebahagiaan/rahmat, dicabut nyawa ketika bulan Ramadhan. agaknya kita esok macam mana ye?

Puan Hanis said...

Itulah aini kan....kita ni tak tau lagi macam mana.