Monday, October 8, 2007

Bajet serius,bajet konon

Assalamualaikum

Sebelum tu,nak iklankan rumah untuk disewa mengikut hari.Promotion untuk cuti hari raya ini.Details boleh tengok kat sini

Kalau refer kat sini, ada saya selitkan sikit tentang bajet.Kalau ada yang bacalah.Pasal semalam sempat tengok sikit episod akhir rancangan "you & money",(saya takdelah minat sangat,tapi dah tv 1 saje,faham2xlah ajelah :P),host yang 2 orang tu ada berikan tips panas tentang financial management ni.Dan dalam senarai tu ada perkataan bajet.Tapi taklah diterangkan pulak secara terperinci.Kecewalah jugak.Kononlahkan.(mesti En.H gelak ni)

Anyway,saya suka hendak berkongsi pengalaman best tentang bajet ni.Yelah kalau ikutkan mindset yang normal,rasanya bajet ni jatuh dalam kategori tak best.Sebab tak boleh shoping sakan,tak boleh raya sakan,tak boleh makan sakan(ade ke makan sakan ni :P),tak boleh itu,tak boleh ini.Maklumlah bajetkan.Tu yang saya kata mindset ni harus berubah.

Rasa-rasa saya dah dekat 2 bulan kami membajetkan kewangan kami ni.Hasilnya?Alhamdulillah,makan tetap kenyang,pakaian tetaplah menutup aurat,si kecil tu tetap gembira ketawa setiap hari,setiap jam,setiap saat.Mula-mula?Hemm..menitis juga air mata saya.Yelah,bila dah bajet adalah yang perlu dikorbankan.Terutama nafsu yg seribu satu macam tu lah.Siapa kata bajet bestkan.Hehehe.

Tapi yang tak best mula-mula saja.Bila dah tengok hasilnya,barulah rasa nikmatnya.Nikmat melihat ada portion yang boleh disavingkan.Nikmat melihat ada portion yang boleh diinvestkan.Macam-macamlah lagi.Bila dikali dengan bulan2x yang seterusnya.Kalau ikut hukum alam pasti bertambahlahkan.Takkan berkurang kot.Itulah bajet.

Lagi satu bila dah membajet,saya mula memikirkan akan keperluan menjadualkan segala macam perkara.Sebelum ini tak pernah fikir pun(sebab fikir senang kan,:( ).Main beli aje.Habis beli.Habis beli.Terutama barang keperluan dapur.Susu dan pampers si kecil tu.Ini pun rasa nikmat juga bila dah berjadual.Sebulan dah siap laporan nak beli apa,berapa kuantitinya.Sekarang saya cuba pula nak menjadualkan menu masakan saya.Bila senaraikan menu,mesti senaraikan resepi juga.Bila sudah ada resepi,saya mula mencongak secara agak-agak kuantiti bahan yang diperlukan dalam setiap menu.Campur tolak,dengan tak lansung saya dapat pula membajet barang dapur saya(selalunya memang dah bajet,tapi tak menjadi aje,'bajet konon' namanya :P).Ha,barang dapur nilah yang betul2x membuahkan hasil rasanya.Paling banyak menuntut portion of money.Bila dah buat macam ni,dialah yang paling banyak reducenya.Seronok pulak saya.

Macam tulah lebih kurang pengalaman membajet secara serius dalam 1-2-3 bulan ni.Baru lagi tu.Tapi hasilnya boleh tahanlah.Cuma perlu ada 3 perkara paling penting iaitu fokus,passion,dan patience.Actually kalau buat apa kerja pun perlu ada semua tu kan.Baru menjadi.But perlu ada lebih kesabaranlah dalam hal ni.Maklumlah nak mengawal nafsu bukan senang.Nak cuba?,cubalah,takkan ruginyer.Untung lagi.So,selamat mencuba membajetkan kewangan anda.Happy budgeting! kata omputeh(ade ke??? :P)

Agak-agak ada pendapat lain tak?.Sudi-sudikanlah.

1 comment:

aida said...

selamat hari raya kak hanis and family... :)

p/s: kalau raya kat melaka, jemput dtg rumah mak mertua