Wednesday, October 31, 2007

hanya kerana SMS


Assalamualaikum

Dah dari minggu lepas nak cerita tentang ini.Taklah penting dan magic sangat.Tapi sekadar berkongsi betapa kuatnya akal fikiran yang dikurniakan tuhan ni.Tapi yang pertama harus dipegang tentulah qada' & qadar kita.Itu jangan ditinggalkan.Rukun Islam tu.

Ceritanya pendek je.Satu hari, bila En.H risau memikirkan tentang tenant baru yang nak masuk rumah kami tu,diSMS kepada saya kerisauan dia tu.Diharapkan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar sebelum malam menjelma agar dia dapat pulang awal ke rumah.Saya ikhlas membalas SMS suami tersayang dengan ayat ,

"InsyaALLAH semuanya akan selesai dengan baik dan cepat.Abg bayangkanlah budak2x yang nak menyewa tu hulurkan duit deposit tepat pukul (*.**) petang.(Saya terpaksa hidekan jam tu atas sebab2x tertentu,wink!)"

Dan En.H telah membaca SMS saya tu dengan sedikit pertukaran maksud.Macam ni....

"InsyaALLAH semuanya akan selesai dengan baik dan cepat.Abg bayangkanlah budak2x yang nak menyewa tu hulurkan duit deposit (sebanyak-perkataan ni dia tambah sendiri ok,hehehe) (tepat pukul-ayat ni dia tak baca lansung) (*.**) petang.

okay.....sekarang jam yang saya SMSkan tu telah bertukar menjadi jumlah deposit yang tenant tu akan hulurkan kpd suami saya secara tidak sengaja.En.H telah membayangkannya.Dengan kata lain dia berfikiran positif juga.

Akhirnya,perkara tersebut menjadi kenyataan.Tenant tu betul2x menghulurkan duit sebanyak yang dibygkan En.H.Kalau diikutkan jumlah sepatutnya penyewa bayar kurang dprd itu,tapi hari tu,mereka membayar advanced beberapa bulan membuatkan jumlahnya menjadi sama seperti waktu yang saya SMSkan kpd En.H.Saya terkejut.En.H lagi terkejut sebab dia rupa-rupanya tersalah baca SMS yg saya hantarkan kepadanya.

Pertama, apabila ALLAH mengatakan 'jadilah' maka jadilah perkara seperti ini.Itu harus didahulukan.Namun disebalik kejadian ini,saya melihat betapa berfikiran positif itu sangat-sangat mempengaruhi kehidupan seharian kita.

Ramai antara kita selalu berkata tentang ini,tapi tidak ramai sebenarnya yang betul2x mempraktikkannya.Tak ramai(bukan tak ada) yang hanya memikirkan yang positif saja,tak ada lansung yang negatif setiap detik,saat,jam seterusnya seharian.Bukanlah maksud saya jika berfikiran positif kita tak akan diuji lansung dengan kesusahan.Itu semua ALLAH yang tentukan.Tapi,rasanya sedikit sebanyak, dengan berfikiran positif,kita bayangkan tubuh badan kita sihat,kita bygkan kita senang(mungkin bebas dari hutang),kita bygkan anak2x mendengar kata,anak2x rajin belajar,pendek kata semua yang baik2x sajelah,dengan kuasa ALLAH,semuanya akan menjadi sebab itu yang kita minta,mohon dari ALLAH sebenarnya walau tidak secara menadah tangan di atas sejadah.Ada logiknya kan disitu.

Jadi,kawan2x yang sudi singgah ke blog saya yang tak seberapa ni,tak rugi rasanya kita berfikiran positif.Fikir yang baik2x sepanjang hari.Tak perlu keluarkan wang ringgit.Tak payah pergi dengar ceramah sana sini untuk berfikiran positif.Semuanya dah ada pada diri kita.Tinggal nak buat atau tak je.Saya pun berpesan untuk diri saya juga.Semoga hidup kita akan lebih bahagia dan diberkati ALLAH.Amin.

No comments: