Assalamualaikum
115/78
Doc kata oklah.Takde darah tinggi.Alhamdulillah.
Semalam 3-3 beranak masuk klinik jumpa doc.Sakit tu taklah teruk.Tapi En.H tak sihat sangat.Tak larat nak pergi office.Ada batuk,ada demam,ada selsema.(Makan macam2x macam tu lah jadinya kan)
Dalam bilik doc,tak pasal-pasal doc kene jawab soalan si cilik saya tu.Mana taknya,setiap benda yang berbunyi dalam bilik dan di luar bilik pasti akan diakhiri dengan pertanyaan yang bertubi-tubi."Uuuuunyi ape tuuuu?Uuuuunyi ape tuuuu ibu?Uuuuunyi ape tuuuu ayah?"
Mula2x bunyi bip alat pengesan suhu yang doc guna untuk En.H.Saya jawablah "itu bunyi alat untuk check ears".Lepas tu bunyi air-cond yang kuat sikit tu.En.H pulak tolong jawabkan.Lepas tu bunyi printer doc.Last-last dekat bilik sebelah berbunyi gaya2x macam fax machinelah.Haaa agaknya dah banyak kali sangat tanya.Akhirnya doc sendiri yang jawab."itu bunyi fax,sayang".Hehehe.
Saya pandang En.H.En.H pun pandang saya.Senyum sajelah.Nampak doc pun dah tersengih-sengih.Dah nak keluar bilik doc pun sempat lagi dia tanya "Uuuuunyi ape tuuuu ibu?",pasal dia dengar bunyi printer pulak.Alahai anak ibu sorang ni.Jenuh nak menjawab soalan dia.Selagi tak dijawab,selagi itulah soalan yang sama akan keluar dari mulut comel dia tu.
Tapi sebenarnya saya bersyukur sangat2x.Alhamdulillah.Anak saya sihat tubuh badan,akal fikiran.Syukur.Syukur.Syukur.
Semalam puding saya menjadi.Alhamdulillah.Dapatlah hidangkan dekat jiran2x terdekat.Jemput diorang datang beraya.Bukannya buat makan besar2x.Ala kadar je.Saya goreng mee.Kuih raya sikit.Lepas tu puding.Alhamdulillah.Seronok berborak dengan jiran2x.Anak-anak pun seronok main.Bilik bawah yang saya khaskan untuk anak saya bermain tunggang langgang jadinya.Betul2xmacam tongkang pecah.Hehehe.Tapi tak kisah pun.Asalkan semuanya happy kan.Tapi yang paling best,sekarang saya dah ada pengalaman nak buat makan untuk 2-3 family(hehehe bukannya ramai pun).Bukan senang nak dapat pengalaman ni.Harus laluinya dulu(sebab saya tak pernah jemput lebih dari 10 orang,selalunya family jek).Tapi kalau yang tempah tu tak payah susah2xlah kan.Order je.50 kepala.100 kepala.Tapi bajetnya pun boleh tahanlah kan.Terpulang pada masing2x punya citarasalah.
Hari ni nak kemas2x baliklah pinggan2x,cawan2x,gelas2x yang dikeluarkan dari almari semalam.Betul2x rasa puashatilah dapat masak untuk jiran2x makan ni.Penat pun berbaloi.
(gambar puding nantilah saya ambik.Lupa pulak.Dah tinggal saki baki je.Tapi adalah 2-3 potong yang cantik lagi.Bolehlah ditayangkan kat sini.InsyaALLAH)
1 comment:
Hanis...
Pengalaman tetamu datang rumah mmg best! Tetamu kan bawak rezeki. Saya pernah buat makan2 waktu baru2 kawen dulu sekali dgn farewell party sebab kitorang brenti keje (1st Job). Masak sendiri untuk 100 orang. Tp yang datang rasanya lebih drp 150 orang kot! Memang letih, x der pembantu tp cukup puas hati!! Tu jer la first time masak sendiri untuk jemputan yang seramai tuh! Lepas tu, saya just order jer drp katering. Letih la, lagipun dah ada anak2 kecik mcm susah sikit nak prepare. Kalau setakat 2, 3 family tu boleh lagi la masak sendiri. Tp kalau dah buat open house, kawan2 kita lagi, kawan2 shah lagi, mmg x dapek den nak masak..lotih seminggu x hilang lagi :p
Post a Comment