Wednesday, October 17, 2007

Raya lagi

tahun ni kami ber'purple'

ini dia si anak dara berbaju kurung purple di pagi raya!
(siap dengan 'ottomen' dia)



Assalamualaikum


Ada yang dah masuk kerja hari ni?Takpelah,cari rezeki.Jangan pulak kat ofis tido sepanjang hari, mentang2x tak ada orang.(kata2x ni untuk En.H juga tau!:P)

Hari ni sudah masuk raya ke-5 bersamaan 5 syawal 1428 Hijrah.Di kejiranan saya ni ramai juga yang dah balik.Dan ramai juga saya tengok pagi2x tadi sudah mula ke tempat kerja.Lega jugak.Sebab kalau ramai masih dikampung,dalam hati risau juga.Tak ada orang kiri kanan.Maklumlah sekarang ni macam2x yang boleh terjadi.Nauzubillahhiminalzalik.

Cerita raya.Hemmm,kami sambut sederhana saja.Yang meriah si kecil tu lah.Untuk si comel nathifa,2 bulan yang lepas dah settle baju raya dia.Senang beli awal2x ni.Takdelah kelam kabut bila dekat raya kan.Zaman sekarang rasanya orang kita dah tak macam dulu sangat.Dulu2x bila nak raya,semuanya kene tukar baru.Sanggup berhutang.Tapi sekarang rasanya ramai dah tukar 'mindset' lama tu.Sambut sederhana saja.Berjimat cermat.Yang penting silaturrahim sesama saudara Islam.Lagipun sedih bila Ramadhan sudah berlalu pergi.Bulan yang penuh dengan rahmat ALLAH ni.

Start hari minggu yang akan datang ni,mesti tak cukup ruang perutlah untuk diisi.Ramai yang dah bersms sana sini menjemput ke rumah terbuka.Malam ni pun kami dah ditempah oleh ayah(bapa mertua saya).Waktunya bermula dari siang hari lagi.Habis tu En.H sudah mula bekerja.Terpaksalah ke sana waktu malam nanti.Makan free.Tapi kawan-kawan sekalian,jomlah kita berpada-pada bila makan ya(nasihat untuk diri saya jugak).Jangan sampai makan hingga jatuh sakit.Kita cuba2x berhenti makan sebelum kenyang.Bukannya makan sampai terlebih kenyang :P.Kita cuba yek.InsyaALLAH.

Oh ya,jangan lupa puasa sunat 6 juga.Selamat berhari raya.

1 comment:

Bayah said...

Hai Hanis & family...Salam Aidilfitri drp saya sekeluarga!! semoga bertambah bahagia & diberkati oleh-Nya..