Assalamualaikum
Anak saya ni ada batuk sikit.
"Nathifa...meh makan ubat.Sikit jek"
And then ibu dah tak nampak dia.Rupa2xnya tengah menyorok bawah mesin jahit lama ibu tu.Dia tutup badan dia dengan langsir.Bila ibu datang dekat,terkekeh-kekeh dia gelak.Nak marah pun ada.Nak tergelak pun ada.Susah betul dia nak makan ubat.Since badan dia dah makin besar,tangan dah makin kuat,ibu sorang memang tak mampu nak pegang dia untuk suap ubat tu.Endingnya dalam air susu dialah ubat tu dituang.
Semalam lagi best.En.H masukkan ubat dia dalam air sarsi yang dia suka minum.Dengan harapan manis sarsi tu menutup rasa ubat.Bila dia dah minum sikit......
"eeeee....tak shhheeedapppplah air ni......tak shheeedappp air ni"(sungguh2x dia buat ayat penyata tu)
Saya memang tak tahan nak tergelak.Terpaksa saya palingkan muka arah lain untuk ketawa sebab takut dia tengok saya gelak nanti suspicious pulak kan.Tapi incident tu memang kelakarlah.Tak sangka dia nak cakap air tu tak sedap.Dengan mimik muka skali tu.Nathifa....Nathifa
Dia memang dah tak mahu minum air tu.Tapi En.H bijak mengatur strategi.Katanya....
"nathifa kena minum sampai habis....nanti nak lawan ootttooomennn...nak lawan ngan raksasa......haaa cepat minum sampai habis...nanti jadi kuat..."
Bila dah sebut ottomenn dia tu, sungguh2xlah si kecil yang tak tau apa2x tu minum air tu sampai habis.Kami memang dah gelak sakan dah.Susah betul dia nak minum ubat.Lagi susah nak tipu dia.Macam2x idea kena cuba.Sampai ottomenn pun masuk skali.
Hari ni saya pun terpaksalah cari idea lain as backup,yelah kalau2x idea lawan oottoomen tak menjadi.Lawan shhuupermanlah pulak hari ni.Harap-harap boleh diterima pakailah. :P
No comments:
Post a Comment