Friday, December 16, 2011

Buku

Minggu lepas punya cerita...

Saya suka.
Kakak pun suka.
Saya baca.
Kakak pun baca.
Gilir-gilir.
Sudahnya sampai 2 kali tarikh pulangan buku minta dipanjangkan. :)

Kecik-kecik dulu saya takde buku-buku macam ni.Seingat saya memang tak pernah ada pun buku-buku cerita english macam ni kat rumah.Tapi abah suka baca paper.Tak kira melayu atau english.Agaknya itu sebab saya pun suka membaca juga walau tak sehebat abah.

Zaman sekarang serba senang.Lagi senang bila tak perlu keluar duit untuk baca buku-buku macam ni.Pinjam saja :P

Saya suka cara bahasanya yang santai,mudah difahami dan mudah pula diaplikasikan oleh anak-anak kecil.Bahasa yang tidak terlalu bombastik senang cerita.

Khamis lepas kami ke library untuk pulangkan buku-buku di atas tuh.Hajat tak nak pinjam dulu sampai tahun depan.Tup-tup jumpa pulak buku Enid Blyton "The Wishing Wand".

Sudahnya pinjam juga 6 buah buku library lagi :)

Janji anak-anak seronok membaca!

Wednesday, December 14, 2011

Muslim Homestay


Since ada yg tanya ari tu pasal homestay yg kami duk klik2x snap picture tuh.Ni ha iklannya kat mudah.Kami pun dpt dari mudah.my juga.

Masa kami booking tuh, owner kasi RM 150 je semalam.Kira murah lah dgn cukup segala kemudahan kat dalam rumah tuh.Bagi kamilah.Lain org lain tastenya kot.

ok...selamat bercuti!

De Shameem Muslim Homestay, Penang Island




Monday, December 12, 2011

Murah + masa yang berkualiti

Saya punya method mengisi masa lapang anak-anak begini saja. Kertas + color water + berus + bahan-bahan yang ada di rumah. Kadang-kadang baru bawa keluar lawat tempat yang best-best.Disebabkan tak mau didik anak-anak "asal cuti sekolah jalan,asal jalan cuti sekolah",kadang-kadang kami jadikan keluar jalan itu satu hadiah bila diorang buat sesuatu yang bagus.Bukan saja-saja nak keluar jalan-jalan.

Untuk kebanyakkan masa cutinya,saya banyakkan aktiviti yang depa seronok nak buat.Memang penat nak pantau keselerakkan yang berlaku setiapkali.Tapi bila tgk hasilnya dan melihat emosi anak-anak yang positif,saya layankan aja.Selain dari waktu solat bersama,mengaji bersama,baca buku bersama..main angrybird bersama..oopss :P.....inilah satu lagi waktu yang sangat-sangat berkualiti diluangkan dengan anak-anak saya dan saya sangat puashati.

Ini time saya rajin nak snap gambarlah.Ada byk lagi hasil kreativiti diorang yang saya tak rajin nak snap.Hehehe.Layan sajelah yea :)

Jumpa mangkuk polistrine lebihan masa raya ari tu...depa nak buat alien sorcerer katanya...ibu layan sajelah...

khusyuk....

yg kecik ni pun tak kalah....

alien sorcerer kebanggaan mereka....

ini main tiup-tiup pulak  (hasil memori ibu masa skolah dulu :P).Depa punya seronoklah buat menda alah ni.

kakak kata penatnya nak tiup lama-lama :P


hasilnya kene tampal kat dinding...kalau tak diorang bising "mana kreatif kitaorg hari tu ibu?????"


Sunday, December 11, 2011

Memang mood bercuti

Sampaikan nak update blog pun turut beralasan bercuti.

Masa birthday hari tu,pergi berjalan ke Penang.Kebetulan aje.Memenuhi jemputan walimatulurus sepupu kami disebelah abah.Hari Jumaat ibu dgn abah turun dari Pahang.Sampai tengah malam kat rumah kami.Terus dipaksa tido(kene paksa sebab jika berdasarkan pengalaman boleh sambung berborak sampai pagi..risau terlajak tido :P ).

Then..pagi-pagi Sabtu tu bertolaklah kami ke Penang.Perjalanan okay alhamdulillah.Banyak kereta juga sepanjang highway plus tuh.Bila berhenti R&R, majoritinya pakai baju kurung..baju kemeja smart2x. Saya agak mau ke kenduri macam kami jugalah gamaknya.Dah musimnya.

Sampai Penang dalam pukul 2 ptg gitu.Sebab dah janji dgn owner homestay kat sana nak amik kunci dulu,jadinya kami kenelah cari homestay tu dekat area airport penang.Siap terlajaklah.Sesatlah.Huhuhu.Maklumlah sekali sekala je ke penang.Boleh tahan jugak kesesakkannya.Lepas dapat kunci terus pecut pegi cari tempat kenduri pulak.Sesat jugak.Hehehe.Last2x dekat jam 4 ptg baru sampai tempat kenduri.Mujur lauk nasi ada lagi.Perut kami pun memang dah berkeroncong.

Alhamdulillah dapat jumpa nenek penang and semua adik beradik abah yg menetap kat sana.Dengan sepupu sepapat yang dah besar-besar belaka.MasyaAllah.....memang meriah sungguh!

Owh! tak lupa nasi minyak + lauk gulai daging kat kenduri tu sedapppppppppppppppppp yg amatssss.Memang pure masakan macam nasi kandar gitu.Lepas tu siap ada salad + tauhu yg dimakan dengan kuah kacang.Style pasembor gitu.Yang itu pun masyaallah  sedapnya.Memang tak boleh lupa lah rasanya.

Lepas kenduri,barulah dapat balik ke homestay,unpack barang then rehat.Memang penat jalan jauh-jauh ni ye.Ikutkan petang tu nak jalan sampai ke batu ferengghi.Tapi our parent dah tertido pun kepenatan.So kami decide kami je keluar pasal si kakak dah tuntut janji nak mandi pantai.Cari punya cari,jumpalah pantai jerejak yang tak berapa indah sangat tuh.Huhuhu.Belasah je la labu.Yang penting anak-anak ni hepi tak ingat punya mandi pantai.

Magrib baru balik homestay.Tu pun dah siap beli diner dah.Risau abah dgn ibu tak larat nk keluar makan.Lepas maghrib kami menuju ke permatang tepi balik pulau pulak.Jalan memang adventurelah.Turun naik bukit.Jalan macam ular gitu.Kakak komen "ibu,jalan nak pegi umah moyang tuh macam huruf S,pening kepala tifa".

Dekat jam 1 pagi baru kembali ke homestay.Esoknya ahad kami memenuhi jemputan kawin yg ke 2.Yang ni sepupu abah yg jemput utk perkahwinan anak lelakinya. (yg saya tak kenal lansung....huhuhuhu).

Foodnya mmg mavelesssssssssssss.Rasa-rasa kalau ada kenduri kat penang lagi mmg nak pegilah.Hehehe.

Lepas settle makan,borak,berkenal-kenal kami pun start engine....balik KL.Nak namakan holiday pun macam tak sesuaiii jek.Tak jalan ke mana-mana pun.Takat pergi kenduri kawin jek.Hehehe.Anyway seronoklah juga pasai anak-anak seronok.Depa tu asal bawak jalan jauh jek mmg teruja habih.

Okay jom tgk gambarlah pulak yea.

Masa sampai naik jambatanlah kan...balik nnti naik feri pulak

ke bayan lepas...carik homestay yg dah dibooking

bila dah jumpa meriahlah sgt-sgt...pengantin lelaki itu adalah sepupuku

ini dia pantai jerejak yg tak best itu...heheh..budak2x tuh bukan kira best tak best punn :P

ruang tamu homestay

ni masa nak balik dah ni...nak naik atas feri

yey...feri dah gerak

dapur homestay

ruang makan homestay

room 1

room 2..ada room 3 tau tapi takde katil.Cuma disediakan  comforter.

Panjang betul n3 kali ni.Ter-rajinlah pulak :P

Sunday, November 27, 2011

Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah



Alhamdulillah
Petang semalam sebak dan syahdu bila sama-sama duduk berkumpul
Bila doa akhir tahun dibaca
Bila doa awal tahun dibaca
Airmata menitis
Hati penuh mengharap kepada Allah yang Esa
Semoga tahun ini kami lebih berusaha dari tahun yang lepas
untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik dari tahun yang lepas
InsyaAllah....
InsyaAllah....
InsyaAllah....

Wednesday, November 23, 2011

Hati

Saya dah habis baca kisah Gili.
Gambar bukunya boleh tengok kat sini.
Muka monyok lepas habis baca buku.
Mau 3-4 bulan baru dapat lupakan.
Sedihlaaaaaaaaaa
Cerita Gili sedih sangat.
Sedih yang terpahat dikalbu.(mungkin saya je kot :P)

En.H kata "haa apa lagi..cepat-cepatlah pergi pulangkan buku tu,pinjam buku lain yang happy2x sikit".

Saya jawab "Bang...pinjam buku lain pun tak dapat hilangkan rasa sedih cerita Gilli tuh"

Sebab tu saya tak berapa gemar cerita sedih-sedih.
Saya susah nak lupakan.
Walaupun ianya hanya cerita sahaja.

Dah tu camno? :)

p/s:Alhamdulillah,saya dapat anak saudara baru lagi hari ahad lepas.Lelaki.Tolong doakan baby boy selamat sebab sekarang ni baby dalam NICU.Kata doktor platlet darahnya rendah.Mamanya dah dibenarkan keluar wad,tapi baby masih ditahan.Risau juga ni.

Tuesday, November 22, 2011

Finally...

Ni bestfren2x kakak di taski.Dari kiri balqis,kakak,ainul,syafini dan syadana.Paling dia baik dgn si balqislah.Paling dia bergaduh pun dgn balqis juga! :)

Tpt menunggu.Riuh rendah ni bila 5 taski ABIM bergabung.

mempersembahkan nasyid "demi masa" daripd taski As-salam.(kakak  conduct masa  tunduk hormat sampai 2 kali sbb 1st time tu kwn2x dia tunduk tak sama,lepas tu dia ckp 2nd time tu dgn garangnya 1..2..3..tunduk!Habis parent2x gelak...sbb bunyinya mmg kuat dan garang)

Ni peminat fanatik kakak nih.tak agak-agak tuh betul2x depan pentas dia berdiri sambil  makan nuget.

geng showdown! :P.Owh! kalau nak tau kakak-kakak depa besfren,adik2x depa pun besfren.Yang  berbaju kelabu ni adik si balqis tau.Elok betul berkawan dgn irfan sepanjang event berlansung.

yay!Dapat sijil :)

Dah habis pun hari konvo kakak.Ramai dah balik so dptlah 3 of us naik ke pentas bergambar..En H di ketika ini sedang membantu mengemas dewan.Ibunya tak sabo menunggu...amik gambar dulu :P
pose istimewa from kakak :)

p/s: Yay! for Malaysia.Walaupun saya tidaklah fanatik mana bab bola ni,tapi ada rasa BEST juga bila berjaya kalahkan Indonesia tu.But jangan dikumpulkan saya dgn all my sisters untuk tgk bola...boleh terangkat rumah jadinya walau dalam tak minat sangat tu :P

Thursday, November 17, 2011

Alhamdulillah

the result..syukurnya ya Allah!

Alhamdulillah.

Semoga ini yang terbaik untuk kakak.

p/s: dah cuba melawat hanisbakerynetwork.com?. :)

Tuesday, November 15, 2011

Used books for Sale


Saya ada 5 buah buku novel untuk dijual(used books).

  1. Noor Suraya: Surat ungu untuk Nuha
  2. Judith Mcnaught: Night Whispers
  3. Norhayati berahim: Sentuhan Kasih
  4. Aisya sofea : Jendela hati
  5. Anis mayuni: gemersik kalbu


Sila layari http://hanisbakerynetwork.com/Used-Books/Used-Books-Novel.

Harga dijual adalah separuh dari harga asal.
Keadaan buku sangat baik.(takde koyak-koyak)

Setiap pembelian akan disertakan resit.

p/s: Sebenarnya nak mempromosikan website e-shop saya yang baru saja dilancarkan malam tadi jam 12.00 tengah malam.Alhamdulillah...syukur.Kepada sesiapa yang nak upgrade website biz anda daripada blogspot atau wordpress biasa kepada yang mempunyai shopping cart macam saya punya ni,boleh contact saya aniece79@gmail.com.Nanti saya bagi details.


Monday, November 14, 2011

Gilli

this week's dose of inspiration :)

Fikiranku sedang asyik bersantai menghirup bau angin dan deruan ombak di pantai Gilli......

Wednesday, November 9, 2011

Hebatnya sahabat-sahabat Rasululullah saw

Saya dah habis baca "Umar Al-khatab- reformis dunia islam".Saya juga dah habis baca "Ikramah- penentang jadi pembela".Dua-dua hasil tulisan Pak Latip @ Abdul latip Talib.

MasyaAllah...hebat-hebat.

Lepas habis baca dua-dua buku,masyaAllah.Hati jadi semacam.Tak tau nak cerita macam-mana.Hebatnya zaman sahabat-sahabat Rasululullah saw menegakkan Islam.Hebatnya cinta mereka kepada Rasululullah saw.

"Kamu pilih antara dua.Muhammad atau aku?" kata Mulaikah.
"Aku lebih sayangkan Muhammad daripada engkau" tegas Umar Al-Khattab.

Lalu Mulaikah diceraikan.Begitu juga dengan Quraibah yang tidak mahu bersama-sama Umar Al-Khattab mengikut Rasululullah saw walaupun setelah dipujuk.Quraibah juga diceraikan demi Muhammad.

Mengulit novel kisah Ikramah juga tidak kurang hebatnya.Ikramah itu adalah anak Abu Jahal.Ya,Abu Jahal penentang hebat Rasululullah saw.Salah seorang pembesar Quraisy yang dihormati.Ikramah pula seorang pahlawan hebat Quraisy yang memimpin tentera Quraisy berperang dengan tentera Islam.

Kerasnya hati Ikramah untuk menerima Islam.Sama kerasnya seperti ayahnya Abu Jahal.Tapi Ikramah dipilih Allah untuk diberi hidayah dan petunjuk.Dia diberi ujian ribut dan taufan ketika dilaut.Dia juga diberi ujian berada didunia lain seperti padang yang luas terang tapi tiada matahari.Cuaca yang tidak sejuk dan tidak juga panas.Ikramah kehairanan.Terjadi ketika dia masuk kedalam sebatang pokok yang bercahaya kerana melarikan diri dari sahabat-sahabat yang ingin membunuhnya kerana meminta tempoh seminggu sejak diajak Rasululullah saw untuk mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.

Itu belum lagi kisah betapa kasihnya Atikah kepada Ikramah hingga sanggup menolak pujukan Raja Yamman yang ingin menjadikannya seorang permaisuri.

Pujukan raja Yamman dibalas Atikah :
"Saya masih isteri Ikramah dan saya hanya milik dia seorang".

Atikah sanggup merentasi gurun sahara dan sanggup belayar demi mencari kekasih hatinya Ikramah yang melarikan diri setelah dikalahkan tentera Islam.

Atikah juga sanggup merayu kepada Rasululullah saw untuk menarik balik arahan membunuh Ikramah sekiranya Ikramah pulang ke Mekah.

Setianya Atikah isteri Ikramah.

Khalifah Umar Al-Khattab ditikam oleh Abu-Lukluah.
Ikramah pula syahid dimedan perang demi menegakkan agama Allah.

MasyaAllah...hebatnya mereka.

Sunday, November 6, 2011

Berkorban



Amin for the dua'
and
This 'moo' is so cute :)

p/s: Kami tak kemana-mana raya haji kali ni.En.H disuruh "bersedia".Sob..sob..sob

Friday, November 4, 2011

Read!

 this week's dose of inspiration :)

It feels awesome. 
It gives you an amazing amount of ideas. 
It helps you think more thoroughly. 
It’s better than TV and even the internet. 
It makes you understand the world more.
It is a building block towards a habit of completion
It feels Good!




Wednesday, November 2, 2011

Bersalaman


Tak salah jika mengikut hukum yang telah digariskan Islam.

(dipetik daripada ----> http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com)

Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM (mengikut Mazhab Shafie)



Jika anda SUAMI : 


1.isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersalam dgnnya.

2.Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh.

3.Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.

4.Haram bersalam dengan sepupu perempuan.



Jika anda ISTERI:

1.Bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.

2.Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tak mengapalah..

3.Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.

4.Haram bersalam dengan sepupu lelaki.


Bila haram bersalam,maksudnya haram juga mendedahkan aurat kita kepada mereka-mereka yang disenaraikan.

Jadinya...berhati-hatilah dalam menjaga aurat dan batasan kita kerana berhati-hati itu adalah salah satu ciri-ciri taqwa.



Tuesday, November 1, 2011

3D2N (breakfast included) @ SWISSGARDEN DAMAI LAUT


kawan-kawan....ada sesiapa berminat nak beli hotelvoucher:

SWISSGARDEN DAMAI LAUT RESORT & SPA
3D2N (breakfast included utk 2 adult,2 kids.)
Bilik deluxe garden view type.



Harga RM400.
Date: 11,12,13 disember 2011

Cepat...cepat...siapa cepat dia dapat :)


If confirm,contact/sms saya :Hanis-013-3632361


deluxe type

kolam yang besar

Buku pinjam

Bacaan yang dewasa.Panduan Kognitif tu memang HEBAT!.Boleh ajar anak-anak secara teratur nanti.

3 untuk kakak.Yang The Ocean tu untuk Irfan.

Bukti buku dipinjam dari PPAS.Nampak sticker kuning,hijau dan oren tuh :)



Sudah bilang mau kabarkan buku apa yang dipinjam dari PPAS minggu lepas kan.

Inilah buku-bukunya.

Semua sudah habis dikelebek,dibelek,diusung ke sana sini.

Yang anak-anak pun dah habis dibaca mereka.

Besok insyaallah semua akan dipulangkan dan buku lain akan dipinjam.
yabedabeduuu jerit anak-anak ku


Sebagai seorang surirumah sepenuh masa,banyak yang saya kurang ada berbanding kawan-kawan yang bekerja.

Alhamdulillah syukur.
Sesungguhnya Allah itu maha adil.

Kurang disudut lain,lebih disudut yang lain pula.

Saya diberi nikmat masa untuk diluangkan dengan anak-anak.
Saya diberi nikmat boleh memandu kereta.
Saya diberi nikmat boleh pergi PPAS bila-bila kami suka public holiday library tutup ye,duduk disitu dengan anak-anak dan boleh pinjam macam-macam buku secara percuma.

Mungkin bagi orang lain apalah sangat dapat pergi library je.Tapi bagi saya syukur kepada Allah yang tak terhingga rasanya kami jumpa PPAS ni.

Sukar untuk diinterpretasi perasaannya.ye ke perkataan tuh?
chewahhh :P

Owh ya sebelum terlupa ada sesiapa mau bercuti di SWISS GARDEN DAMAI LAUT bulan disember ni?Saya ada voucher 3D2N (breakfast included) utk 2 adult,2 kids.

Harga RM400.
Date: 11,12,13 disember 2011

If confirm nak,contact/sms saya ya Hanis-013-3632361

Monday, October 31, 2011

Jatuh Chenta :)


Saya ada buka kisah pertama kali ke PPAS seksyen 13 shah alam kat sini.Tapi mesti takde ummphh kisah itu dek kerana ketiadaan gambar.

Nah!Kisah PPAS kali ini(rasa-rasa memang akan berkali-kali kisah PPAS akan ke udara :P) adalah kisah bergambar.

Next kisah PPAS baru saya upload gambar buku-buku yang dipinjam pula ya pasal tak dapat nak berlama-lama depan lappy ni.Al-maklomlah lappy dikongsi 3 orang.Satu dewasa tua dan 2 kanak-kanak ribena.Faham-fahamlah sekarang ini musim "burung marah".Aduhai anak-anak kemaruk betul.Celik mata je nak main "burung marah".Pening ibunya.Ayahnya tak pening sebab dia pun sama kemaruk macam anak juga.

Kesimpulan?

Syukur sangat-sangat,saya sudah ada tempat lepak yang sangatlah memberi manfaat bagi saya mahupun anak-anak.Ini yang saya cari-cari.

Teringat kata-kata mutiara tertulis dekat dinding dalam perpustakaan sekolah rendah dulu:

Perpustakaan itu gedung ilmu

Baru sampai dan belom panas enginenya

ya..sudah mula nampaknya

binatang tanpa mata?

sejuknya mata memandang...sana-sini anak-anak baca buku!

kali ke 2 datang dah buat macam rumah sendiri...pentas itu aku yang punya!

mouseless..nak guna pakai jari gerak-gerak depan skrin tu aje...budak-budak ni memang  terlebih kagum gajet2x gini 

aduh irfan..kot ya pun berlakon..betul-betul lah sikit...huhuhu...90% masa yang diluangkan disini adalah bermain ya...10% aje duk diam dekat meja baca buku macam ni...yang penting pendedahannya kan..kan :)
Ini nasi ayam beli di cafe PPAS.RM4 sahaja.Harga dipantau hari2x okay menurut cerita makcik yg jual nasi ayam ni.Murah dah sedap.

Kakak tengah nak isi minyak sebelum sambung meneroka alam baru dia di PPAS.

Inilah pemandangan dari cafe.Maklumlah tapaknya memang bekas kawasan golf.Hijau saujana memandang.Bestlah sangat-sangat.


Friday, October 28, 2011

Mari kita...

1 Zulhijjah 1432 - Jumaat 28/10/2011


Barakallahhu fikum bermaksud kebaikan Allah untuk mu!

Alhamdulillah...dah masuk bulan zulhijjah kita ni.Aidil Adha bakal tiba.Tahun ni Insyaallah raya haji jatuh pada hari ahad 6 november 2011.Jadinya hari sabtu tu adalah hari wukuf atau hari arafah.

"b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa."

Itu saya ambil dari www.zaharuddin.net.Yang saya pernah dengar nasihat ustaz dalam Tanyalah Ustaz kat tv9 pun adalah ajakan yang sama.Bagi yang tak mengerjakan haji,bagus sangat untuk berpuasa.Tapi bagi yang sedang berwukuf di Arafah tak digalakkan pula.9 Zulhijjah tu hari Sabtu = 5 Nov 2011.Mengikut kata ustaz tu eloklah berpuasa dari hari jumaat tu.Bukan sebab tak boleh puasa hari sabtu sorang-sorang je,tapi sebab dikhuatiri hari wukuf tu boleh jatuh pada hari jumaat juga.Wallahhualam.

Jomlah kita berpuasa jumaat dan sabtu tu.Dapat puasa dari hari ni direct sampai sabtu depan lagiklah bagusnya kan.Insyaallah.

Kat bawah ni saya copy paste amalan2x yang saya kira kita patut buat hari-hari kecuali korbanlah kan.Tapi yang lain-lain tu kita selalu dinasihatkan untuk menjadikan semuanya amalan.Cumanya bulan Zulhijjah ni istimewa kan.Jadi lebihkanlah amalan dari yang biasa.

Bak kata ustazah Norbayah "anda buat,anda dapat". :)

Jom beramal :) 


AMALAN-AMALAN UTAMA
 
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Tuesday, October 25, 2011

Mood Cuti Sekolah sudah menjelma!

Breakfast pagi ni adalah karipap.Inti kentang+ayam :)

Oh tidak.Bukan maknanya cuti sekolah saya jadi rajin masak.Tidak.Tidak.Makin curi2x malas masak lagik adalah.Cuma kasihan cik abang nak pergi kerja.Jadi breakfast mesti ada juga.

Banyak plannya.Tapi kudrat dan bajetnya harus juga diperhalusi.Tahun depan InsyaAllah kakak masuk tahun satu.Itu harus diutamakan.

Syukur alhamdulillah kami ada tempat baru yang sungguh bermanfaat untuk dikunjungi selalu cuti sekolah ni.FOC pulak tu :P.

LIBRARY!.Ya perpustakaan baru di shah alam.Tempat menarik,tertarik lagi dabomb!Anak-anak sungguh teruja sampai tak mahu balik.Minggu lepas kali pertama kami ke sana.MasyaAllah...seronoknya anak-anak.Berjam-jam duduk dalam library tak terasa sebab tempatnya sungguh selesa.Baik untuk parentnya mahupun anak-anaknya.

Bila nak pulang sampai kene berjanji setia dengan si kakak hujung minggu depan wajib datang lagi.Sampai berjurai-jurai airmata kakak tak mahu balik.

Nak tahu lebih lanjut tentang library PPAS seksyen 13 shah alam yang baru tu silalah google ya :).Kami tak bawak camera hari tu so takdelah gambarnya.Kalau google ada kot kawan-kawan lain yang dah ke sana dan upload gambar library tu.

By the way, belom cuti sekolah lagi pun.Hehehe.Tapi mood cuti sudah ada :P