Wednesday, November 2, 2011

Bersalaman


Tak salah jika mengikut hukum yang telah digariskan Islam.

(dipetik daripada ----> http://www.ustazahazimah.amirhakimi.com)

Hukum bersalaman lelaki dan perempuan yang bukan mahram ialah HARAM (mengikut Mazhab Shafie)



Jika anda SUAMI : 


1.isteri ,mak mertua dan opah mertua(opah isteri) dan ke atas , boleh kita bersalam dgnnya.

2.Anak saudara perempuan  sebelah isteri kita haram kita bersalam dgnnya, kalau masih kecil dlm umur 6-11thn boleh.

3.Emak saudara isteri kita pun haram kita bersalam dengannya.

4.Haram bersalam dengan sepupu perempuan.



Jika anda ISTERI:

1.Bapa mertua, datok mertua dan ke atas boleh isteri bersalam.

2.Anak saudara lelaki sebelah suami haram kita bersalaman dgnnya. tetapi ketika mereka masih kecil tak mengapalah..

3.Bapa saudara suami kita haram kita bersalam denganya.

4.Haram bersalam dengan sepupu lelaki.


Bila haram bersalam,maksudnya haram juga mendedahkan aurat kita kepada mereka-mereka yang disenaraikan.

Jadinya...berhati-hatilah dalam menjaga aurat dan batasan kita kerana berhati-hati itu adalah salah satu ciri-ciri taqwa.



No comments: