Monday, October 31, 2011

Jatuh Chenta :)


Saya ada buka kisah pertama kali ke PPAS seksyen 13 shah alam kat sini.Tapi mesti takde ummphh kisah itu dek kerana ketiadaan gambar.

Nah!Kisah PPAS kali ini(rasa-rasa memang akan berkali-kali kisah PPAS akan ke udara :P) adalah kisah bergambar.

Next kisah PPAS baru saya upload gambar buku-buku yang dipinjam pula ya pasal tak dapat nak berlama-lama depan lappy ni.Al-maklomlah lappy dikongsi 3 orang.Satu dewasa tua dan 2 kanak-kanak ribena.Faham-fahamlah sekarang ini musim "burung marah".Aduhai anak-anak kemaruk betul.Celik mata je nak main "burung marah".Pening ibunya.Ayahnya tak pening sebab dia pun sama kemaruk macam anak juga.

Kesimpulan?

Syukur sangat-sangat,saya sudah ada tempat lepak yang sangatlah memberi manfaat bagi saya mahupun anak-anak.Ini yang saya cari-cari.

Teringat kata-kata mutiara tertulis dekat dinding dalam perpustakaan sekolah rendah dulu:

Perpustakaan itu gedung ilmu

Baru sampai dan belom panas enginenya

ya..sudah mula nampaknya

binatang tanpa mata?

sejuknya mata memandang...sana-sini anak-anak baca buku!

kali ke 2 datang dah buat macam rumah sendiri...pentas itu aku yang punya!

mouseless..nak guna pakai jari gerak-gerak depan skrin tu aje...budak-budak ni memang  terlebih kagum gajet2x gini 

aduh irfan..kot ya pun berlakon..betul-betul lah sikit...huhuhu...90% masa yang diluangkan disini adalah bermain ya...10% aje duk diam dekat meja baca buku macam ni...yang penting pendedahannya kan..kan :)
Ini nasi ayam beli di cafe PPAS.RM4 sahaja.Harga dipantau hari2x okay menurut cerita makcik yg jual nasi ayam ni.Murah dah sedap.

Kakak tengah nak isi minyak sebelum sambung meneroka alam baru dia di PPAS.

Inilah pemandangan dari cafe.Maklumlah tapaknya memang bekas kawasan golf.Hijau saujana memandang.Bestlah sangat-sangat.


4 comments:

mikamusz said...

cantiknya
kakak ipar ada mention jugak pasal PPAS ni.. akan di terjah jugak satu hari nanti.. sure anak - anak enjoy...

aida said...

kreatifnya kid's library kat PPAS!

anak-anak aida pun teruja sangat pergi library, tapi kat gombak ni takde sangat.. masa kat manchester, selalu juga bawa diaorang pergi

Anonymous said...

cantiknya awak..
mmmg best la tempat 'lepak' ni

blogadmin said...

musz:

terjah..jangan tak terjah musz :)
Mesti si darin sangat-sangat excited.Jumpa kawan,jumpa buku dan jumpa gajet2x best dalam library :)

aida:

kreatif tahap antarabangsa! :)

Weekend ada activity sikit.Diorang buat dalam bilik tv.Akak tak snap picture sebab masa dtg hari tu jumaat,bilik tu tutup.Ada sessi exercise,sessi bercerita,sessi tgk movie pun ada tau!.

free-free..mai lah ke shah alam :)

maria:

turun selangorlaa...boleh kita jumpa di PPAS shah alam..hehehehe

anak-anak main...maknya bolehlah berbual-bual sikit2x(takleh byk sebab library...huhuhuhu)