Saya dah habis baca "Umar Al-khatab- reformis dunia islam".Saya juga dah habis baca "Ikramah- penentang jadi pembela".Dua-dua hasil tulisan Pak Latip @ Abdul latip Talib.
MasyaAllah...hebat-hebat.
Lepas habis baca dua-dua buku,masyaAllah.Hati jadi semacam.Tak tau nak cerita macam-mana.Hebatnya zaman sahabat-sahabat Rasululullah saw menegakkan Islam.Hebatnya cinta mereka kepada Rasululullah saw.
"Kamu pilih antara dua.Muhammad atau aku?" kata Mulaikah.
"Aku lebih sayangkan Muhammad daripada engkau" tegas Umar Al-Khattab.
Lalu Mulaikah diceraikan.Begitu juga dengan Quraibah yang tidak mahu bersama-sama Umar Al-Khattab mengikut Rasululullah saw walaupun setelah dipujuk.Quraibah juga diceraikan demi Muhammad.
Mengulit novel kisah Ikramah juga tidak kurang hebatnya.Ikramah itu adalah anak Abu Jahal.Ya,Abu Jahal penentang hebat Rasululullah saw.Salah seorang pembesar Quraisy yang dihormati.Ikramah pula seorang pahlawan hebat Quraisy yang memimpin tentera Quraisy berperang dengan tentera Islam.
Kerasnya hati Ikramah untuk menerima Islam.Sama kerasnya seperti ayahnya Abu Jahal.Tapi Ikramah dipilih Allah untuk diberi hidayah dan petunjuk.Dia diberi ujian ribut dan taufan ketika dilaut.Dia juga diberi ujian berada didunia lain seperti padang yang luas terang tapi tiada matahari.Cuaca yang tidak sejuk dan tidak juga panas.Ikramah kehairanan.Terjadi ketika dia masuk kedalam sebatang pokok yang bercahaya kerana melarikan diri dari sahabat-sahabat yang ingin membunuhnya kerana meminta tempoh seminggu sejak diajak Rasululullah saw untuk mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Itu belum lagi kisah betapa kasihnya Atikah kepada Ikramah hingga sanggup menolak pujukan Raja Yamman yang ingin menjadikannya seorang permaisuri.
Pujukan raja Yamman dibalas Atikah :
"Saya masih isteri Ikramah dan saya hanya milik dia seorang".
Atikah sanggup merentasi gurun sahara dan sanggup belayar demi mencari kekasih hatinya Ikramah yang melarikan diri setelah dikalahkan tentera Islam.
Atikah juga sanggup merayu kepada Rasululullah saw untuk menarik balik arahan membunuh Ikramah sekiranya Ikramah pulang ke Mekah.
Setianya Atikah isteri Ikramah.
Khalifah Umar Al-Khattab ditikam oleh Abu-Lukluah.
Ikramah pula syahid dimedan perang demi menegakkan agama Allah.
MasyaAllah...hebatnya mereka.
4 comments:
oh thanks for the review. boleh akak masukkan dalam to-read list.
salam aidil adha sis!
-knv-
Saya baca buku pak latip, semua buat koleksi.
Cerita Umar tu ada yang daif. Lepas belajar baru tahu, bab Umar tanam anak dia, bab Umar nak pancung sahabat, even bab hijrah dia.
aini:
Memang akak percaya!hehehe..kamukan UB (baca)-Ulat Buku :P
terima kasih atas peringatan itu dik.Sangat2x dihargai.
Bila kita(akak ler) baca hasil tulisan pak latip ni...rasa mcm semua real je.
Tersangat kagum dgn sirah-sirah Nabi dan sahabat2x ni.Cumanya kalau yg daif tu mcm mana kira hukumnya ya?
Mungkin itu yang kita belajar dan tahu sebelum ni bila pergi kursus Al Kauthar tu, baru tahu cerita Umar tanam anak dia tu cerita Syiah untuk burukkan Umar. Cerita nak pancung sahabat masa pemilihan khalifah baru pun cerita daif. Even cerita hijrah tu..Banyak betul popular version. Ada coursemate Al Kauthar beritahu suruh beli the two Umars (Umar Al Khattab & Umar Abdul Aziz), dia kats best. Nantilah nak cari, hehe
Saya suka buku Pak Latip, rasa dekat di hati. Akak patut beli Abu Ubaidah al-Jarrah, sedih tau baca cerita salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga ni.
Post a Comment