1 Zulhijjah 1432 - Jumaat 28/10/2011
Barakallahhu fikum bermaksud kebaikan Allah untuk mu!
Alhamdulillah...dah masuk bulan zulhijjah kita ni.Aidil Adha bakal tiba.Tahun ni Insyaallah raya haji jatuh pada hari ahad 6 november 2011.Jadinya hari sabtu tu adalah hari wukuf atau hari arafah.
"b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa."
Itu saya ambil dari www.zaharuddin.net.Yang saya pernah dengar nasihat ustaz dalam Tanyalah Ustaz kat tv9 pun adalah ajakan yang sama.Bagi yang tak mengerjakan haji,bagus sangat untuk berpuasa.Tapi bagi yang sedang berwukuf di Arafah tak digalakkan pula.9 Zulhijjah tu hari Sabtu = 5 Nov 2011.Mengikut kata ustaz tu eloklah berpuasa dari hari jumaat tu.Bukan sebab tak boleh puasa hari sabtu sorang-sorang je,tapi sebab dikhuatiri hari wukuf tu boleh jatuh pada hari jumaat juga.Wallahhualam.
Jomlah kita berpuasa jumaat dan sabtu tu.Dapat puasa dari hari ni direct sampai sabtu depan lagiklah bagusnya kan.Insyaallah.
Kat bawah ni saya copy paste amalan2x yang saya kira kita patut buat hari-hari kecuali korbanlah kan.Tapi yang lain-lain tu kita selalu dinasihatkan untuk menjadikan semuanya amalan.Cumanya bulan Zulhijjah ni istimewa kan.Jadi lebihkanlah amalan dari yang biasa.
Bak kata ustazah Norbayah "anda buat,anda dapat". :)
Jom beramal :)
AMALAN-AMALAN UTAMA
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :-
a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh
Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka
menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka
serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang
tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.
b) Berpuasa
: Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi
orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah
hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah
ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.
c) Melakukan lain-lain amalan
seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia
semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat
disukai oleh Allah SWT.
d) Menjauhi maksiat
dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih
berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria
dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT
ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup
ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.
e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.
f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya
: "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada
hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat
At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )
No comments:
Post a Comment