Masa birthday hari tu,pergi berjalan ke Penang.Kebetulan aje.Memenuhi jemputan walimatulurus sepupu kami disebelah abah.Hari Jumaat ibu dgn abah turun dari Pahang.Sampai tengah malam kat rumah kami.Terus dipaksa tido(kene paksa sebab jika berdasarkan pengalaman boleh sambung berborak sampai pagi..risau terlajak tido :P ).
Then..pagi-pagi Sabtu tu bertolaklah kami ke Penang.Perjalanan okay alhamdulillah.Banyak kereta juga sepanjang highway plus tuh.Bila berhenti R&R, majoritinya pakai baju kurung..baju kemeja smart2x. Saya agak mau ke kenduri macam kami jugalah gamaknya.Dah musimnya.
Sampai Penang dalam pukul 2 ptg gitu.Sebab dah janji dgn owner homestay kat sana nak amik kunci dulu,jadinya kami kenelah cari homestay tu dekat area airport penang.Siap terlajaklah.Sesatlah.Huhuhu.Maklumlah sekali sekala je ke penang.Boleh tahan jugak kesesakkannya.Lepas dapat kunci terus pecut pegi cari tempat kenduri pulak.Sesat jugak.Hehehe.Last2x dekat jam 4 ptg baru sampai tempat kenduri.Mujur lauk nasi ada lagi.Perut kami pun memang dah berkeroncong.
Alhamdulillah dapat jumpa nenek penang and semua adik beradik abah yg menetap kat sana.Dengan sepupu sepapat yang dah besar-besar belaka.MasyaAllah.....memang meriah sungguh!
Owh! tak lupa nasi minyak + lauk gulai daging kat kenduri tu sedapppppppppppppppppp yg amatssss.Memang pure masakan macam nasi kandar gitu.Lepas tu siap ada salad + tauhu yg dimakan dengan kuah kacang.Style pasembor gitu.Yang itu pun masyaallah sedapnya.Memang tak boleh lupa lah rasanya.
Lepas kenduri,barulah dapat balik ke homestay,unpack barang then rehat.Memang penat jalan jauh-jauh ni ye.Ikutkan petang tu nak jalan sampai ke batu ferengghi.Tapi our parent dah tertido pun kepenatan.So kami decide kami je keluar pasal si kakak dah tuntut janji nak mandi pantai.Cari punya cari,jumpalah pantai jerejak yang tak berapa indah sangat tuh.Huhuhu.Belasah je la labu.Yang penting anak-anak ni hepi tak ingat punya mandi pantai.
Magrib baru balik homestay.Tu pun dah siap beli diner dah.Risau abah dgn ibu tak larat nk keluar makan.Lepas maghrib kami menuju ke permatang tepi balik pulau pulak.Jalan memang adventurelah.Turun naik bukit.Jalan macam ular gitu.Kakak komen "ibu,jalan nak pegi umah moyang tuh macam huruf S,pening kepala tifa".
Dekat jam 1 pagi baru kembali ke homestay.Esoknya ahad kami memenuhi jemputan kawin yg ke 2.Yang ni sepupu abah yg jemput utk perkahwinan anak lelakinya. (yg saya tak kenal lansung....huhuhuhu).
Foodnya mmg mavelesssssssssssss.Rasa-rasa kalau ada kenduri kat penang lagi mmg nak pegilah.Hehehe.
Lepas settle makan,borak,berkenal-kenal kami pun start engine....balik KL.Nak namakan holiday pun macam tak sesuaiii jek.Tak jalan ke mana-mana pun.Takat pergi kenduri kawin jek.Hehehe.Anyway seronoklah juga pasai anak-anak seronok.Depa tu asal bawak jalan jauh jek mmg teruja habih.
Okay jom tgk gambarlah pulak yea.
Masa sampai naik jambatanlah kan...balik nnti naik feri pulak |
ke bayan lepas...carik homestay yg dah dibooking |
bila dah jumpa meriahlah sgt-sgt...pengantin lelaki itu adalah sepupuku |
ini dia pantai jerejak yg tak best itu...heheh..budak2x tuh bukan kira best tak best punn :P |
ruang tamu homestay |
ni masa nak balik dah ni...nak naik atas feri |
yey...feri dah gerak |
dapur homestay |
ruang makan homestay |
room 1 |
room 2..ada room 3 tau tapi takde katil.Cuma disediakan comforter. |
Panjang betul n3 kali ni.Ter-rajinlah pulak :P
2 comments:
aah panjang... homestay kat mana kak? teringin nak cuti2 malaysia
homestay di mana n how much?
i'm going penang too next week! yeayyy
Post a Comment