Minggu lepas punya cerita... |
Saya suka.
Kakak pun suka.
Saya baca.
Kakak pun baca.
Gilir-gilir.
Sudahnya sampai 2 kali tarikh pulangan buku minta dipanjangkan. :)
Kecik-kecik dulu saya takde buku-buku macam ni.Seingat saya memang tak pernah ada pun buku-buku cerita english macam ni kat rumah.Tapi abah suka baca paper.Tak kira melayu atau english.Agaknya itu sebab saya pun suka membaca juga walau tak sehebat abah.
Zaman sekarang serba senang.Lagi senang bila tak perlu keluar duit untuk baca buku-buku macam ni.Pinjam saja :P
Saya suka cara bahasanya yang santai,mudah difahami dan mudah pula diaplikasikan oleh anak-anak kecil.Bahasa yang tidak terlalu bombastik senang cerita.
Khamis lepas kami ke library untuk pulangkan buku-buku di atas tuh.Hajat tak nak pinjam dulu sampai tahun depan.Tup-tup jumpa pulak buku Enid Blyton "The Wishing Wand".
Sudahnya pinjam juga 6 buah buku library lagi :)
Janji anak-anak seronok membaca!
3 comments:
Saya membesar dgn enid blyton akak. hehe. bahasa mudah, cerita best. tua2 pun masih baca lagi buku dia
si kakak suka membaca... boleh teman ibu sekali, syoknya dia
more update pls!!
hanis, awak sihat ke tak? lama x dgr kaboo
plss replyy
Post a Comment