Assalamualaikum
Alhamdulillah.....hari sabtu dan ahad yang penuh dengan event2x menarik telahpun berjaya diharungi dengan penuh syukur dan gembira.
Walau dengan ketiadaan En.H kerana dia berkursus 2-2 hari tu,kami 2 beranak tetap bersama-sama kehulu-kehilir berdua :P....(yelah..mana nak letak anak saya sorang tu).
Hari sabtu,kami ke ulu yam untuk gathering semsas96.Memang syok sangatlah mandi kat situ.
Alhamdulillah.....foodnya pun sedap2x juga.
Nak tengok gambar lg kat sini http://hanishuzaimy.fotopages.com
Lepas tu hari ahad pulak,sibuk dengan majlis maulidur rasul anjuran muslimah kat taman saya ni.Alhamdulillah.....saya berkesempatan melihat dan join sekali macam mana majlis khatam Quran,berzanji,marhaban dan cukul jambul dijalankan.Sebelum ni memang tak pernah menghadiri majlis2x macam tu.Dapatlah nasi ayam 2 bungkus.....satu beg kertas kecil yang penuh dengan food juga.Rezeki...rezeki....
Yang tak bestnye lupa bwk camera....tensi..tensi.
Tapi saya bersyukur sangat dengan anak dara saya yang sorang tu.Dia sangatlah behave masa majlis khatam quran tu berjalan.Tak buat bising...duduk diam jekk di tepi saya.Nampak dia menguap byk kali....heheheh.....ngantuk dengar orang ngaji berlagu-lagu agaknya.....
Apa-apa pun syukur alhamdulillah.2-2 event pun dapat saya penuhi jemputannya dan raikannya.
Hari ni...apa lagi....back to the bisnes laaa hanis oiiii...cuti dah habis...... :P
Monday, March 31, 2008
Friday, March 28, 2008
oh anak ku
Assalamualaikum
Lama sikit terhenti...sori.Saya agak sibuk sikit dengan 'bisnes' terbaru ni.Nak diumumkan kat sini belum betul-betul ready.Nanti siap web,baru official announcementlah.Senang sekaligus.Tapi yang buat sibuk tu pasal dah ada yang order.Kelam kabut jadinya.Maklumlah,dalam plan for this whole week cuma nak cuba-cuba bagi orang rasa plus nak tengok market.Tak buka order lagi.Tup-tup ada jiran yang urgent nak order.Takkan nak tolak rezeki pulak kan. :P.Alhamdulillah,dah nampak jalan untuk tambah pendapatan lagi.
En.H balik dari kerja, dengan tersenyum lebarnya terus saya cakap "ayg dah jual sebiji *** ,kak syikin dah datang ambik tadi".Seronok sangat saya rasanya pasal saya ni memang tak pernah menjual apa-apa pun.Tak menjurus sangat kepada bisnes2x ni.Not bisnes mindedlah orang kata.
Tapi itu semua boleh diasah.Boleh diwujudkan.Semua bergantung pada diri kita sendiri.Nak atau tak je.Buktinya,saya sendiri dah memulakannya.Yang penting wajib rajin berusaha.Lain-lain kita tawakkallah pada ALLAH.
Habis kisah bisnes.Kita tengok pulak kisah si anak dara saya.
Hari Ahad lepas dah sambut birthdaynya.Hadiah belum beli lagi.InsyaALLAH bila ibu dan ayah ada masa terluang nanti.Mulutnya semakin petah.Kadang-kadang perkataan yang tak pernah diajar pun dia sebut.Belajar dari tv agaknya.Dia semakin enjoy bila kawan-kawannya ada datang bermain sama.Selalu petang2x saya bawak dia ke seberang jalan depan rumah untuk dia bermain.Nanti dia pandailah memanggil anak2x jiran untuk main sama.Si amir,si izzah,si naufal,si sakinah,si afiq,si alif.Itu semua antara kawan2x yang dia enjoy bersama.Memang pon seronok kita tengok diorang bila bersama.
Bab pampers pulak,yang ni agak mengejutkan sikitlah.Masa awal-awal dia start tak pakai diapers waktu siang,saya cuba juga untuk malam.Tapi tak menjadi.Habis 2-3 kali basah tilamnya.So saya assume mungkin waktu malam ni agak lambat sikit kot proses pematangan pundi kencingnya untuk dia bertahan ketika tidur atau tersedar bila terasa nak buang air.
Tapi malam kelmarin,dengan tak sengaja kami tak memakaikannya diapers dan sampai pagi bila dia terjaga dia cakap nak ke toilet.Seluarnya kering.Tilamnnya kering.Alhamdulillah.Jadi saya cuba lagi untuk malam tadi.ALhamdulillah nampaknya dia boleh control agaknya.Saya punya risau sampai lepas solat subuh tu,saya kejut dia tanya nak ken**** tak? dan saya ingatkan dia yang dia tak pakai diapers.Takut jugak terrr nanti.But,ALhamdulillah.Besok nak cuba lagi.(stok diapers baru aje beli.Nampaknya kene dermalah nanti)
Bila direnung-renungkan,banyak betul rezeki ALLAH yang melimpah pada kami sekeluarga dalam 2-3 minggu ni.Syukur Alhamdulillah.Dengan jalan berbisnesnya,dengan anak yang dah mula tak pakai diapers(dapat jimat pun rezeki juga tu),dengan habuan untuk En.H atas ketekunan dan kerajinannya bekerja,syukur dan syukur pada ALLAH.
Buat sahabat-sahabat yang sudi berkunjung ke sini,fikir-fikirkanlah setiap masa perkara-perkara yang membuatkan hati kita tenang,gembira dan bahagia.Buangkanlah yang negatif2x tu jauh-jauh.InsyaALLAH,kalau kita sentiasa bersabar,berusaha,berdoa dan berfikiran positif,pasti kita akan mendapat apa yang kita idamkan dengan izin ALLAH.

Wednesday, March 26, 2008
motivation....motivation
Assalamualaikum
Kadang-kadang kita perlukan bantuan untuk menaikkan semangat.Tak kiralah untuk apa pun tujuannya.Nak harapkan diri sendiri,minda sendiri agak sukar juga memandangkan 'subconscious mind' yang dah bertapak lama di fikiran.Oleh itu saya bertindak mengatasinya dengan bahan-bahan pembacaan yang boleh mengubah persepsi dan pandangan lama saya yang mana saya berdoa dan berharap ianya dapat membuatkan saya terus melangkah ke hadapan.Saya olah mengikut ayat-ayat saya.
Selalu terngiang-ngiang ditelinga saya kata-kata suami tentang manusia sebagai khalifah.
"kita ni khalifah.Sepatutnya sebagai khalifah kita menguasai perkara-perkara disekeliling kita bukan sebaliknya.Sewaktu ALLAH jadikan nabi Adam dulu,semua makhluk tunduk sujud padanya.Bermakna kita ada kuasa yang sangat kuat di dunia ini.Semua manusia ada kekuatan yang paling luarbiasa di dunia ni iaitu akal yang makhluk lain memang tak ada.Tapi berapa kerat sangat yang betul2x menggunakan akal kurniaan ALLAH ni semaksimumnya?"
Itulah akal kita yang sangat menakjubkan kalau diexplore dan akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan juga kalau digunakan dengan sepenuhnya.
Bila sebut soal LOA(Law of attraction),emosi,joy,desire,gratitude,intuition,positive,negative dan byk lagi yang seangkatan dengannya,semua ni melibatkan akal fikiran.Nak menaikkan semangat diri pun memerlukan pemikiran yang positive,yang baru,yang tak berada di takuk lama.
Hari Isnin baru-baru ni, ada 2 tulisan yang menarik untuk dibaca dan dibelek.Satu daripada site http://www.saifulsham.com yang menulis tentang bezanya beli property atau beli kereta?Cubalah baca.Saya pernah berbicara perkara yang berkaitan tentang ini dalam 2-3 entry yang lepas.Berkenaan beli sebuah rumah atau berbuah-buah rumah. Lebih kurang la tu kan ;).
Satu lagi yang menarik adalah daripada saudara http://www.irfankhairi.com yang menulis tentang melantik diri sebagai CEO kepada syarikat SAYA Sdn Bhd. Menarik untuk fikir-fikirkan juga.
InsyaALLAH kita sambung tentang motivasi diri ni lain kali.Ada seorang teman bertanya kepada saya "siapa sebenarnya millionaire ni?".Menarik juga untuk dikupas.Nanti saya google tentang millionaire ni.InsyaALLAH akan dikongsi.

Sunday, March 23, 2008
Selamat hari lahir sayang
Dah 3 tahun umurnya.......Selamat Hari lahir Sayang
Semoga anak ibu NurNathifa Humairah membesar dengan sempurna,menjadi anak yang solehah,berjaya di dunia dan akhirat.
Amin.
ini dia birthday girl di pagi hari lahirnya....sikat rambut sendiri!

Malam semalam punya semangat hari lahir!
Hepi birthday to you....kek hari lahirnya....mahal tu tau :P(idea kreatif ibu :))
Hepi birthday to you....kek hari lahirnya....mahal tu tau :P(idea kreatif ibu :))
ini dia birthday girl di pagi hari lahirnya....sikat rambut sendiri!
p/s: ada member yang tanya pasal kek kecik dalam gambar tu :) - kek 4 segi bersaiz agak kecik sebab yang bahagian lain tu dah habis dimakan dan ada diberi kepada potential customer untuk promotion.Tweety dan no 3 atas kek tu cuma kertas yang saya gunting dari poskad.Saje nak bagi meriah and finally wait for my official promotion of Kek Lapis! ;)
Friday, March 21, 2008
Marhaban ya marhaban
Assalamualaikum
Alhamdulillah,
semalam kita menyambut Maulidur Rasul,Rasul junjungan kita Muhammad SAW.Seronok dan bahagia betul bila seharian diiringi dengan alunan indah marhaban dan selawat yang tak henti-henti baik di radio mahupun di tv.Kan bagus kalau begitu hari-hari.
Kami tak kemana-mana pun sebelah siangnya.Sebelah malam pulak ada majlis sambutan di kejiranan kami ini.
Alhamdulillah,
dengan rezeki ALLAH,dapat kami berkumpul bersama jiran-jiran yang lain,mengisi jiwa dengan makanan rohani dan mengeratkan silaturrahim antara kami.
Anak-anak pun bukan main seronok dapat jumpa kawan.Maklumlah bila di kejiranan teres ni,kalau ada majlis dengan khemah didirikan,terpaksalah jalan di kiri-kanan ditutup untuk laluan kenderaan.Sakanlah mereka bebas ke sana sini.Parents pun taklah berapa risau.
Alhamdulillah,
Majlis bermula dengan solat magrib berjemaah,diikuti ceramah dari uztaz jemputan JAIS(muda dan tampan gitu :P).Kemudian diikuti solat isyak dan solat hajat berjemaah.Diakhiri dengan sedikit jamuan.(sedap betul nasi beriani yang dimasak sendiri oleh pengerusi taman,dapat pulak bawak balik sikit lauk lebihan jamuan,best...best :P)
Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah,
Dulu sebelum berkahwin,saya selalu mengimpikan kejiranan yang sentiasa dipenuhi dengan majlis-majlis agama.Dan saya bersyukur saya berada di tempat yang betul,pada waktu yang betul.Dan betul juga hukum tarikan itu yang mengatakan bila kita selalu membayangkannya,mengangankannya dan sungguh-sungguh menginginkannya,dengan izin ALLAH,pasti kita akan memperolehinya.Lambat atau pun cepat je yang membezakannya.
Selesai semalam dengan majlis Maulidur rasul untuk seluruh penduduk taman,30 Mac nanti InsyaALLAH kami muslimat pula menganjurkan majlis yang sama tapi dengan pengisian yang berbeza.Akan ada marhaban,majlis khatam Quran,berzanji dan juga ceramah.InsyaALLAH,saya tak sabar untuk menghadirinya.Rasa dah rapat sangat dengan kakak-kakak,mak cik-makcik disini-saya dan suami antara yang termuda di sini ;).Selain majlis rasmi,kami juga selalu berjumpa bila ada usrah 2 kali sebulan.(macam mana tak rapat ;))
Alhamdulillah,syukur saya kehadrat Ilahi.
Semuanya hadir dengan rahmat dan berkat dariNYA.
p/s: semalam masa ceramah,ada seorang nenek berbangsa cina dan bukan Islam turut hadir mendengar bersama-sama kami.Khusyuk juga dia mendengar ceramah.Sekali sekali dia bertanya kepada kami apa lelaki di depan tu cakap(merujuk kepada ustaz),dan ada sekali dia bertanya kenapa kami muslimat,kenapa kami bila sampai di situ saja bersalam dan berpeluk dan berlaga pipi.Ada sorang uztazah disebelah saya yang menjawabnya dengan kupasan yang sangat jelas dan ringkas.Terlintas di hati saya,jika ditanya soalan itu kepada saya,apa jawapan saya?
Peringatan untuk saya - lepas ni wajib bertanya kepada ustazah masa usrah nanti soalan-soalan yang nampak simple tapi kalau tak tahu,tak reti juga nak menjawabnya.InsyaALLAH akan saya kongsikan bersama nanti di sini.
Monday, March 17, 2008
Home sweet home
Assalamualaikum
It's good to be home. :)
She was crying along the way back to kl instead.Continuously saying "tifa nak balik kampung,tifa nak balik kampung".
Couldn't say much about it to comfort her.
She was really having fun there,with her nenek and atok and all her aunties plus the "mandi-manda" at the beach.
Kasihan anak ibu.
Dalam perjalanan pulang,saya dan En.H telah menyaksikan satu kemalangan yang berlaku betul-betul depan mata kami dengan jarak hanya dalam 10-20 meter saja di depan kereta kami.Sebuah kereta yang terbabas,terbalik dan melanggar sebuah motor yang sedang bergerak ditepi highway.Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya kami tidak terlibat dalam kemalangan tu sebab kereta kami betul-betul di belakang kereta yang terbabas.En.H berhenti dan membantu menarik pintu kereta yang totally terbalik dgn 4-4 tayar ke atas untuk mengeluarkan driver dan penumpang disebelahnya.Penunggang motor pula saya nampak berdarah juga di lengan dan kaki tapi Alhamdulillah semuanya selamat.
Pengajarannya,berhati-hatilah bila memandu.Jalan yang tidak sibuk tak semestinya selamat sebab kemalangan yang kami saksikan ni terjadi ketika jalan yang kami lalui itu kosong.Yang ada hanya kereta yang terbalik di depan kami,kereta kami dan motor tu saja.Beberapa saat kemudian barulah ada kenderaan lain datang menghampiri.Syukur Alhamdulillah dengan perlindungan dan rahmat ALLAH kepada kami sekeluarga.Kepada kawan-kawan,bila naik kenderaan tu janganlah lupa berdoa dan mohon perlindungan ALLAH dan berhati-hatilah memandu.
Tak mungkin dapat saya lupakan detik-detik ketika kereta di depan kami terbabas ke tepi,kemudian ternaik sedikit bukit ditepi jalan tu dan akhirnya terus terbalik.Nauzubillah.

Tuesday, March 11, 2008
A few tips on LOA
Let see,
[1]Do you take a few minutes every day to be grateful and thankful for all the good things you have in your life right now? Most likely, NO. You are probably too busy focusing on what is wrong in your life and bitterly complaining about it. You do not even begin to understand that, by NOT being grateful and thankful, you are becoming a REPELLENT to money, wealth and riches.
[2]And as you keep resenting and FOCUSING on the things that you BELIEVE are wrong in your life, the universal Law of Attraction guarantees that you shall keep attracting more of the same. There is also another very little known law, the Subconscious Law of Multiplication and Expansion, which simply brings back to you multiplied whatever you FOCUS on and makes it expand into other areas of your life.
[3]The persons who are thankful and grateful are FOCUSING their minds on what is good in their lives, on what is working alright. The universal Law of Attraction keeps bringing them more of what they FOCUS on: the 'good' stuff in their lives. And the Subconscious Law of Multiplication and Expansions takes care of multiplying and expanding those good results in all areas of their lives. BEING THANKFUL AND GRATEFUL makes this person a MONEY MAGNET as well as a magnet to many wonderful things and events being attracted to his life.
Kalau ada yang pernah dengar atau tonton THE SECRET,perasan tak ada part yang sorang perempuan tu bercerita bagaimana dia BEING THANKFUL AND GRATEFUL setiap pagi where dari saat she open up her eyes sampailah dia bersiap hendak ke tempat kerja,katanya beratus-ratus kali dia ucapkan THANKS TO GOD on everything that she have until that day.
As MUSLIM OR MUSLIMAH,which we already know that ISLAM is the way of life,BERSYUKUR tu memang dari awal lagi ISLAM dah ajar semuanya.Semua sunnah-sunnah dan amalan Nabi Muhammad(SAW) yang kalau kita ikut betul2x sudah pasti mendidik kita ke arah amalan LOA ni.Dari bangun tidur,ada doanya.Kemudian hendak ke bilik air,ada doanya.Bila bersiap dihadapan cermin,ada doanya.Bila berpakaian,ada doanya.Kemudian bersarapan,ada doanya.Dan dengan setiap perbuatan yang diiringi doa ini,semuanya memuji kebesaran ILAHI.Semuanya ada nilai2x bersyukur kepada ALLAH swt.Tidakkah kalau diamal semuanya,berpuluh-puluh atau mungkin beratus kali juga kita mengucapkan syukur kepada ALLAH dengan apa yang dikurniaNYA?
Bila kita beryukur dengan apa yang ada,jiwa akan merasa tenang.Hati akan selalu dekat padaNYA.Sesungguhnya ALLAH itu maha pengasih,maha penyayang dan maha pemurah.Lebih kita bersyukur,InsyaALLAH ALLAH akan memberi lebih lagi nikmatNYA kepada kita.
Law of Attraction : to be continued..... (lepas balik bercutilah,InsyaALLAH ;))
P/s:by the way,i am still here.Tak jadi balik kampung semalam sebab tiket tak sempat beli :P.InsyaALLAH esoklah.Hari ni balik awal En.H ye.Kaunter tiket Trans yang di petronas tu pukul 9 dah tutup.

Monday, March 10, 2008
PRU 12 : Wait and See
Assalamualaikum
[1] In the mood for the PRU 12
(Saya tak pandai sangat nak menulis lebih2x lagi tentang PRU 12 ni secara serius dan berfakta.But,since saya terjumpa satu tulisan yang agak tepat untuk melahirkan rasa hati saya,saya tampal sajalah terus disini.Tak payah susah2x nak susun ayat sendiri kan.This person betul2x menulis apa yang bermain-main difikiran saya.What a coincidence! :P)
But past midnight, when I was left on my own - reality set in and I was quivering with fear and anxiety. Not fearing that Malaysia will be any worse, but fearing that we may take too long to make an impact. The reality of having four significant states to be governed by "The opposition" is quite scary.
What if???
Having four states changing leadership from BN to BA says a lot about peoples' wishes to see change in leadership. Perak, Selangor, Kedah and Penang are four major states.
I wait with abated breath - how the coalition of PAS/PKR/DAP will jointly run these states. Can they take this marriage of convenience one step further into a marriage of substance?
The Rakyat will not give another chance - so I really hope the BA coalition delivers what they have promised - Making the states under their rule - a BETTERPLACE !
The eyes, locally and internationally, are on BA now.
There is no room for learning curve here.So, please be united in your board-room before you come out to the public. We the rakyat do not wish to see any 'marital' squabbles.
The loss of 2/3 majority for the Federal Government in itself will not do any good to the people of Malaysia. What will make difference is to see the more than 1/3 MPs in parliaments influencing better accountability and transparency, fair play and improved prosperity.
It is still incumbent upon the BA especially Datuk Seri Anwar Ibrahim to deliver what he has promised during the election - regardless that the BA has not won outright.
The people has every right to still expect an adjustment in Petrol price, a revision in Education fees, and an overall improvement to the quality of Malaysian lives. To say that the BA has no power to make any difference because the government is still with the BN - will appear nothing more than excuses. The people has voted BA in - more than you have wished for - now it is your turn to do your part.
[2]In the mood for a holiday
Kami berdua(me and my lovely princess only) akan naik bas selasa nanti untuk balik kampung.En.H kan bekerja.Tak mahu merugikan cutinya(mcm tahun lepas tu kan :P),tak mahu memenatkannya sebab menghantar kami ke kampung,juga saya sudah yakin dengan kematangan our lovely nurnathifa untuk berada dalam bas lebih kurang 3 jam dengan behavenya.InsyaALLAH.(lagipun dah lama betul tak naik bas ekspress!!!)
[3]In the mood for LOVE
Dari satu blog ke satu blog,saya bertuah menjumpai sebuah blog yang telah mengejutkan saya dari lena yang panjang.Tentang nilai kasih sayang terhadap orang-orang disekeliling saya,tentang kesyukuran dan penghargaan terhadap apa yang saya miliki,tentang ketabahan seorang wanita dan tentang Qada' dan QadarNYA.
Saya menitiskan air mata tatkala membaca setiap tulisannya.Betapa tabahnya dia.

Thursday, March 6, 2008
ciuman kasih
Assalamualaikum
Semalam badan terasa penat dek kerana semangat menggilap lantai.Habis satu rumah, lantai dikilatkan.Saya terlelap di ruang tamu.Si comel masih lagi bermain-main dengan buku-bukunya.En.H berterusan di hadapan komputer.Dah hampir seminggu kerjanya begitu.Kasihan betul saya melihatnya.Penat yang tak habis-habis.
Sedang saya diawang-awangan,diulit mimpi yang kabur,terasa ada jari-jemari yang membelai dan mengusik rambut dan satu ciuman yang lembut singgah didahi.
Begitulah kasihnya seorang suami.Walau berat mana sekalipun beban kerja yang ditanggungnya,pasti tidak dibiarkan saya dan anak melelapkan mata tanpa ciuman dan belaian darinya.
Sungguh saya amat menyintainya.

Buat suamiku,
ku tutup mataku....
dari semua pandanganku....
bila melihat matamu....
ku yakin ada cinta....
ketulusan hati yang mengulir lembut....
ku tutup mataku....
dari semua pandanganku....
bila melihat matamu....
ku yakin ada cinta....
ketulusan hati yang mengulir lembut....
Wednesday, March 5, 2008
Ayam goreng berempah: version hanis
Assalamualaikum
Dalam tak ada idea tu,saya ter'rajin' nak mengupload gambar ayam goreng berempah yang baru saje siap tadi.Masih panas lagi.
Tiba-tiba mulut terasa nak makan ayam goreng berempah ni.Adalah cerita juga disebaliknya.
Kali pertama saya merasa kelazatan ayam goreng berempah ni di pasar malam.Dijual berasingan dan ada juga bersama nasi lemak.First time makan,sangat lazat rasanya sampai tak cukup seketul.Kali kedua di minggu yang berikutnya,saya masih lagi tak puas menikmati ayam goreng berempah ni.Tapi kali kedua merasainya,ada sesuatu yang kurang.Minggu berikutnya saya masih lagi nak makan ayam goreng berempah ni.Tapi sayangnya kali ketiga ni,kelazatannya langung tiada.Tawar,rasa tepung yang menyaluti ayam tu hampir2x basi dan dagingnya sangat keras.Cukuplah sampai di sini saja kata hati saya.(mungkin nasib tidak meyebelahi saya kali itu)
Dan hari ini,saya teringin untuk makan ayam goreng berempah entah ke berapa kalinya.Hati kecil saya berkata,kenapa tidak saya mencubanya sendiri.Kebetulan bahan semuanya lengkap tersusun di dalam almari.
Dan inilah hasilnya :
Saya sebenarnya memang begini.Suka sangat mencuba.Alhamdulillah, selalunya menjadi apa yang saya cuba masak walaupun baru pertama kali.(Saya baru saja mencuba membaking carrot cheesecake minggu lepas,Alhamdulillah, sedap betul rasanya).
Tipsnya - bila pertama kali cuba kalau boleh cukupkanlah bahan selengkapnya mengikut resepi.Bila kita dah cuba sekali,then barulah kita pandai ubah-ubah sikit resepi tu mengikut citarasa atau bahan yang ada.
Lagi satu,mulakanlah dengan nama ALLAH dan dengan niat yang betul.(memasak untuk anak dan suami pun satu ibadah juga kan?)
Ayam goreng berempah ni taklah susah nak membuatnya.Resepinya saya cari di sini aje http://resepi.mesra.net
Kalau ada yang teringin,selamat mencuba!
(Kalau En.H baca entry ni,mesti tak sabar nak balik rumah :p )

Idea kering
Assalamualaikum
Saya tak tahu nak tulis apa hari ni.Betul-betul kekeringan idea.Kadang-kadang bila datang idea tu berlambak-lambak sampai tak tertulis.Bila macam ni,mulalah merangkak-rangkak nak tulis apa.
Hujung minggu ni hari mengundi.Plan-plan macam nak balik.Tapi tu lah,sorang mengundi di selatan.Sorang di timur.Macam mana tu.Waktu mengundinya dah la 1 hari je.(Silap sendiri pasal tak tukar pusat mengundi awal-awal).Tak taulah macam mana nanti.
Anak dara yang sorang tu tengah khusyuk menulis.Kejap-kejap berlari menerpa ke riba saya bertanyakan macam mana nak buat ni,nak buat tu.Semenjak 2 menjak ni dia dah pandai mengomel tentang hendak ke sekolah.Katanya "tifa nak go toooo skooool...ngan afiq....ngan alif".Pagi-pagi kalau terdengar anak-anak jiran lalu depan rumah untuk ke nursery,cepat-cepat dia berlari mendapatkan beg sekolahnya.Penuh diisi dengan flash2x kad dan buku2xnya.Sampai terkoyak beg tu.Ada juga rasa kasihan melihatnya.Semangat betul hendak ke sekolah.
Bila dipertimbangkan untuk menghantarnya ke nursery,terlalu awal rasanya.Risau kalau sampai waktunya dia bersekolah,semua perkara sudah tak menarik perhatiannya lagi.Biarlah dulu dia 'bersekolah di rumah' saja buat masa ni.
18 hari lagi ,buah hati kami akan menyambut hari lahirnya yang ke 3.
Dia dah pandai pakai baju sendiri.Dah pandai memujuk ibunya supaya jangan memarahinya.Dah pandai ke toilet sendiri sekarang.Samaada untuk yang 'kecil' atau yang 'besar'.Cuma nak menceboknya belum lagi dibiarkan sendiri lagi.Risau tak betul-betul bersih nanti.
Bersyukur betul saya ke hadrat Ilahi dikurniakan seorang zuriat yang sihat sempurna fizikal mahupun akal fikirannya.Syukur,syukur,syukur.
Tiada lain yang kami harapkan.
Semoga anak yang kami sayangi ini akan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah berjaya di dunia dan di akhirat.Amin.
Monday, March 3, 2008
Tapi?
(Kisah orang A dan orang B yang membeli rumah dan kereta.Kisah ini diceritakan oleh suami saya yang tercinta supaya saya melihat dunia kewangan dari sudut yang berlainan.)
Orang A membeli sebuah rumah teres 2 tingkat.Cantik.Renovate sana sini.Perabot penuh.Harga 200 ribu lebih!.Fuyyoooo.Keluarga datang selesa.Semua kata banyak duit betul.Loaded.Umur muda lagi dah ada rumah sendiri.Kereta pulak kereta mahal.Besar.Berpandananlah dengan rumah kan.
Tapi,
Orang A pening kepala tiap bulan.Monthly dah 1k++ untuk rumah.Kereta pulak dekat2x 1k jugak tiap bulan.Gaji cukup2x makan.Bolehlah jalan-jalan.Makan-makan.Beli baju mahal2x.Tapi simpanan?Bolehlah.Simpan juga.Ok-oklah.
Tapi,
untuk orang A itu sajelah yang dia ada.Rumah sebiji yang hutangnya max 30 tahun.Kereta 1 atau 2 biji yang juga hutangnya sampai 10 tahun.Kecuali ada durian runtuh,bolehlah langsaikan mana-mana hutang.(tapi rasanya kebanyakkannya bila ada duit lebih,akan buat hutang lagi.Tak renovate rumah,tukar kereta lagi mahal kecuali yang pandai meyimpan).Orang A kene kerja atau usaha cari duit sampailah segala hutang habis dibayar.Silap2x sampai dah bercucu masih bekerja.
Tapi,
Orang B pulak tak ada rumah teres 2 tingkat pun.Beli rumah tapi kecil.Harga pun murah.Tak ada yang nak kata loaded pun.Kereta pun kecil.Sebelah mata pun tak ada nak pandang.Bulan-bulan simpan.Ada duit lebih simpan.Berjimat-cermat.
Tapi,
Orang B bulan2x tak pening kepala.Beli rumah cash.Kereta pun dah habis bayar.Simpanan berkepuk-kepuk dalam bank.Sebab tak ada hutang,orang B dah beli rumah sebiji lagi.Disewakan.Sebab rumah no 2,bulan2x orang sewa yang bayar loannya,orang B beli sebuah lagi rumah.Juga disewakan.Bulan-bulan 2-2 rumah orang B,penyewa yang bayar monthly paymentnya.Orang B boleh beli sebiji lagi.Kalau macam ni boleh sampai berpuluh-puluh rumah boleh dibeli.
Memang pun.Kat Malaysia ni ada yang dah mempunyai 700 buah rumah!!!
Sampai kene buka syarikat untuk uruskan 700 rumah tu.
Tapi,
Orang B bukannya tak ada hutang.Tapi segala hutangnya orang lain yang bayar.Itulah yang orang dok kata hutang yang baik.Rumah-rumah yang orang B beli murah-murah dan boleh dilangsaikan dalam waktu yang singkat.Dalam 10 tahun orang B dah ada 5 buah rumah tapi orang A macam tu lah juga.Another 10 tahun orang B tambah lagi 5 buah rumah.orang A macam tu lah juga.Dan another 10 tahun, orang A dah habis bayar loan rumahnya.Tapi orang B sudah mempunyai 15 buah rumah !!!
Kalau dijual kesemua 15 buah rumah yang orang B ada,dah jadi millionaire.Itu belum termasuk simpanan dan segala pelaburan yang lain.
Hakikatnya,
*Tak ramai yang betul-betul sanggup "bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".
*Tak ramai yang nak berfikiran seperti golongan yang 5%,bukannya yang 95%.
Fikir-fikirkanlah.
Kisah orang A dan orang B yang membeli rumah dan kereta

Subscribe to:
Posts (Atom)