Wednesday, March 26, 2008

motivation....motivation

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita perlukan bantuan untuk menaikkan semangat.Tak kiralah untuk apa pun tujuannya.Nak harapkan diri sendiri,minda sendiri agak sukar juga memandangkan 'subconscious mind' yang dah bertapak lama di fikiran.Oleh itu saya bertindak mengatasinya dengan bahan-bahan pembacaan yang boleh mengubah persepsi dan pandangan lama saya yang mana saya berdoa dan berharap ianya dapat membuatkan saya terus melangkah ke hadapan.Saya olah mengikut ayat-ayat saya.

Selalu terngiang-ngiang ditelinga saya kata-kata suami tentang manusia sebagai khalifah.

"kita ni khalifah.Sepatutnya sebagai khalifah kita menguasai perkara-perkara disekeliling kita bukan sebaliknya.Sewaktu ALLAH jadikan nabi Adam dulu,semua makhluk tunduk sujud padanya.Bermakna kita ada kuasa yang sangat kuat di dunia ini.Semua manusia ada kekuatan yang paling luarbiasa di dunia ni iaitu akal yang makhluk lain memang tak ada.Tapi berapa kerat sangat yang betul2x menggunakan akal kurniaan ALLAH ni semaksimumnya?"

Itulah akal kita yang sangat menakjubkan kalau diexplore dan akan menghasilkan sesuatu yang menakjubkan juga kalau digunakan dengan sepenuhnya.

Bila sebut soal LOA(Law of attraction),emosi,joy,desire,gratitude,intuition,positive,negative dan byk lagi yang seangkatan dengannya,semua ni melibatkan akal fikiran.Nak menaikkan semangat diri pun memerlukan pemikiran yang positive,yang baru,yang tak berada di takuk lama.

Hari Isnin baru-baru ni, ada 2 tulisan yang menarik untuk dibaca dan dibelek.Satu daripada site http://www.saifulsham.com yang menulis tentang bezanya beli property atau beli kereta?Cubalah baca.Saya pernah berbicara perkara yang berkaitan tentang ini dalam 2-3 entry yang lepas.Berkenaan beli sebuah rumah atau berbuah-buah rumah. Lebih kurang la tu kan ;).

Satu lagi yang menarik adalah daripada saudara http://www.irfankhairi.com yang menulis tentang melantik diri sebagai CEO kepada syarikat SAYA Sdn Bhd. Menarik untuk fikir-fikirkan juga.

InsyaALLAH kita sambung tentang motivasi diri ni lain kali.Ada seorang teman bertanya kepada saya "siapa sebenarnya millionaire ni?".Menarik juga untuk dikupas.Nanti saya google tentang millionaire ni.InsyaALLAH akan dikongsi.

1 comment:

Anonymous said...

pence curve patrick outdated researches byrne projects summarywe coxstate synthesis intermediate
lolikneri havaqatsu