Kisah orang A dan orang B yang membeli rumah dan kereta
Orang A membeli sebuah rumah teres 2 tingkat.Cantik.Renovate sana sini.Perabot penuh.Harga 200 ribu lebih!.Fuyyoooo.Keluarga datang selesa.Semua kata banyak duit betul.Loaded.Umur muda lagi dah ada rumah sendiri.Kereta pulak kereta mahal.Besar.Berpandananlah dengan rumah kan.

Orang A pening kepala tiap bulan.Monthly dah 1k++ untuk rumah.Kereta pulak dekat2x 1k jugak tiap bulan.Gaji cukup2x makan.Bolehlah jalan-jalan.Makan-makan.Beli baju mahal2x.Tapi simpanan?Bolehlah.Simpan juga.Ok-oklah.
Tapi,
untuk orang A itu sajelah yang dia ada.Rumah sebiji yang hutangnya max 30 tahun.Kereta 1 atau 2 biji yang juga hutangnya sampai 10 tahun.Kecuali ada durian runtuh,bolehlah langsaikan mana-mana hutang.(tapi rasanya kebanyakkannya bila ada duit lebih,akan buat hutang lagi.Tak renovate rumah,tukar kereta lagi mahal kecuali yang pandai meyimpan).Orang A kene kerja atau usaha cari duit sampailah segala hutang habis dibayar.Silap2x sampai dah bercucu masih bekerja.
Tapi,
Orang B pulak tak ada rumah teres 2 tingkat pun.Beli rumah tapi kecil.Harga pun murah.Tak ada yang nak kata loaded pun.Kereta pun kecil.Sebelah mata pun tak ada nak pandang.Bulan-bulan simpan.Ada duit lebih simpan.Berjimat-cermat.

Orang B bulan2x tak pening kepala.Beli rumah cash.Kereta pun dah habis bayar.Simpanan berkepuk-kepuk dalam bank.Sebab tak ada hutang,orang B dah beli rumah sebiji lagi.Disewakan.Sebab rumah no 2,bulan2x orang sewa yang bayar loannya,orang B beli sebuah lagi rumah.Juga disewakan.Bulan-bulan 2-2 rumah orang B,penyewa yang bayar monthly paymentnya.Orang B boleh beli sebiji lagi.Kalau macam ni boleh sampai berpuluh-puluh rumah boleh dibeli.
Memang pun.Kat Malaysia ni ada yang dah mempunyai 700 buah rumah!!!
Sampai kene buka syarikat untuk uruskan 700 rumah tu.
Tapi,

Kalau dijual kesemua 15 buah rumah yang orang B ada,dah jadi millionaire.Itu belum termasuk simpanan dan segala pelaburan yang lain.
Hakikatnya,
*Tak ramai yang betul-betul sanggup "bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian".
*Tak ramai yang nak berfikiran seperti golongan yang 5%,bukannya yang 95%.
Fikir-fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment