Wednesday, January 31, 2007

double joy

Bismillahhirrahmanirrahim

And yes that only tv we had was fully recover from it's illness.Thanks to the tv guy.
What a relief.
Not to forget thanks to my lovely husband,huzaimy for the $$$ payment :)

And yes tomorrow is holiday,Thaipusam.
Going out to buy that cute hijab for little nathifa.(jangan lupa ye ayah)

Tuesday, January 30, 2007

the Italian Job

Bismillahhirrahmanirrahim

Oo..oh that movie is soo best that ibu really don't remember how many times did ibu watched it.Yup both of us did watched it last night for the *"^?&%& times.

the irony is that ayah loves to watched the very ganaz2x and violent movie type and ibu like cartoon instead.Hemm...what a different haaa...

But,(ibu had always have but kan) when it comes to these Italian job,both of us could not resist.It's one of the movie(another is gone in 60 second,and the american football story,Remember the Titans..still can humm the theme song) that could keep both of us together staring at the screen.And ohh that little girl last night screamed like the tiger because no one she can played with(usually ayah will entertain her before she went to sleep,now that ayah and ibu dah termanguk watched movie,faham2x ajelah).

That the only tv we had was broke 2 weeks ago.Hahahaha...its the reason why we sort of had to watched movie.Ibu and nathifa had to listen to that only radio we had(jgnlah rosak jugak)from morning till the other morning.But,its kind of good experiment to us if lets say we were out for camping(pandai2xlah buat alasan kan).
Ayah please hurry,bring that tv back ok.

ermm..since ibu listen to the radio like 20 hours,unless ayah make it off,then ibu like this beautiful song by alleycats title "senyumlah kembali".Dedicated to ayah specially and also to all readers which had to go through the hard time.

Ceritakan padaku
Apa sebenarnya yang berlaku
Pada diri mu
Ceritakan pada ku
Jangan sekali kau tunduk membisu

Suarakanlah kepada ku
Yang terpendam dalam hati mu
Tak sanggup ku melihat
Kau bersedih hiba meratap
Didalam kau berduka
Aku turut sama merasa
Kerana sesungguhnya
Aku sayang kepada mu

Senyumlah kembali senyumlah dengan seri
Seperti hari-hari riang mu yang dahulu
Dan setiap kesusahan bukan sekali bererti
Berakhirnya mimpi-mimpi


Dan senyumlah kembali untuk melangkah lagi
Senyumlah sesungguhnya aku kan menemani
Biar apa sekali pun dugaan datang menguji
Kau tidakkan bersendiri

Monday, January 29, 2007

tentang halal dan haram

Bismillahhirrahmanirrahim

tak ada kejadian atau perkara yang berlaku pun.Cuma teringat isu halal dan haram ni.Fokusnya kepada makananlah.Yang lain tu sama pentingnya tapi takkan menjadi 200-300 patah perkataanlah,beribulah jawabnya.Masih teringat saat-saat baru belajar untuk mementingkan hal H&H ni.Saya bukanlah alim ulamak,warak bertudung labuh atau sebagaimana gambaran seorang ustazah.Tetapi apabila bertemu ayah dan menjadi suri hatinya(cheewahh jiwang pulak kata-kata yek),bab H&H ni ditekankan sangat2x.Apatah lagi setelah memiliki zuriat sendiri.

kalau dulu diakui saya tak pernah nak lihat dengan teliti tanda halal tu.Sungguh.
Main pejam mata je,tapi dalam hati kadang-kadang ada juga rasa was2x.Sayangnya nafsu mengatasi segalanya.Kini,Alhamdulillah....bukannlah boleh dikatakan 100%(harap dan doa selalu agar 100%) dijamin kehalalannya,tapi InsyaALLAH.Wajib dilakukan setiap kali shopping membeli yang ada tanda halal sahaja(tau ada tanda yang dipalsukan).Harap-harap semuanya tulenlah.

bukan senang nak melawan nafsu.Saya pernah menangis kerana tak dapat membeli barang yang diingini.Sebabnya tiada lansung tanda halal.Alah bisa tegal biasa.Biarlah jika nak dikata saya orang hulu,tak makan itu,tak makan ini,tak boleh beli itu,tak boleh beli ini.Ganjarannya biarlah ALLAH sahaja yang tentukan.Sesungguhnya sudah terang lagi bersuluh.

"mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam"

Saturday, January 27, 2007

sekitar di utusan hari ini

Bismillahhirrahmanirrahim

Warga emas mati ditikam peragut

JOHOR BAHRU 26 Jan. – Seorang warga emas mati setelah ditikam sebanyak tiga kali di perutnya oleh dua suspek yang dipercayai peragut ketika dia berjalan kaki berhampiran rumahnya di Taman Tampoi, dekat sini pagi ini.Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 6.36 pagi sewaktu Ah Fong, 64, yang berjalan sendirian didekati dua lelaki menaiki sebuah motosikal.Salah seorang daripada dua lelaki itu bertindak menikam Ah Fong sebelum meragut dompetnya dan melarikan diri.
komen saya :

memang kejam sungguh!!!Celakalah peragut-peragut tersebut.
Please be more and extra careful ye kawan2x.Specially sahabat2x perempuan.

harga runcit ayam daging naik 65 sen

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) hari ini menaikkan harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal gred super dari RM6.05 ke RM6.70 sekilogram.

komen saya :

makan ikan keringlah hari-hari,jimat sikit.




Pelajar cemerlang (PMR) 2006 gagal ke asrama penuh

KOTA BHARU 26 Jan. – Pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 Peringkat Kebangsaan, Fathin Nabilah Abdul Rashid (gambar) yang mendapat keputusan 9A terkilan kerana tidak mendapat tempat di mana-mana sekolah berasrama penuh untuk kemasukan ke tingkatan empat.

komen saya :

Takde rezki kot,entah2x kat sekolah biasa boleh do better in spm pulak.

Doktor palsu: Graduan perubatan tidak diiktiraf?

KUALA LUMPUR 26 Jan. – Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, doktor palsu yang dikatakan berkhidmat di pusat perubatan dan klinik swasta sebenarnya terdiri daripada graduan perubatan yang tidak mendapat pengiktirafan kerajaan. Presiden PPIM, Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, berdasarkan pengalaman dan maklumat yang diterima persatuan itu, doktor palsu itu bukanlah palsu dalam erti kata sebenar.
Ini kerana katanya, kebanyakan mereka adalah graduan perubatan dari luar negara yang menuntut dengan pembiayaan sendiri.Bagaimanapun katanya, kelulusan mereka tidak mendapat pengiktirafan kerajaan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), menyebabkan tidak boleh berkhidmat dengan mana-mana hospital kerajaan.

komen saya :

entahlah nak komen apa,tapi cuak jugak nak ke hospital swasta skarang.

susah hati

Bismillahhirrahmanirrahim

Hari ni sepatutnya dah bergerak ke kuantan.Balik kampung and dok sana dlm 1 week.Ibu tak berapa sihat lately and kat rumah tu dari 8 orang penghuni dah jadi 3 jek and there are abah,ibu n farah(yg bongsu).yang lain tu kecuali myself dok kat hostel lah.study lagi semuanya.Tu yang risau tu.Hari isnin lepas dpt msg from farah berbunyi (" ni adik ni,ibu demam teruk ").Huh sape tak risau baca msg camtuh kan.Terus call adik.Memang ibu demam teruk pun,tak boleh bagun lansung.Dahlah kat rumah tu abah kerja,tggllah adik yg bongsu ni sorang2x dan tak tau ape nk buat.Dia dh form 2 tapi biasalah pasal ada 5 org kakak kat atas,so mcm manja dia tu lebih byklah kan.So mcm blur sikit nk buat ape kalo ibu sakit.Ask her to selimut ibu,basahkan towel letak kat kepala and cari panadol sementara nk tggu abah balik.Then terus call abah and inform ibu kat rumah sakit.Abah ckp nk baliklah ni.Bila jd camni,susah hati jugak duduk jauh ngan parent.They're getting older and kat rumah makin takde sape nak jaga diorang.Ish kalau ikut hati nk je settled down kat kuantan tuh.Tapi parent ayah pun perlu diutamakan juga.Pening-pening.Full stop.

Tapi end up masih lagi kat kl ni.Blom kemas baju pun.Setelah diskas mcm kene balik next week jugaklah.Byk pulak perkara yang perlu diselesaikan this week.Hem..dalam otak ni mcm2x fikir.Siapa kata suri rumah tak penat fikir mcm org yang bekerja?

Friday, January 26, 2007

Sedikit bacaan tentang puasa `Ashura'

Bismillahhirrahmanirrahim

Dalam Islam, puasa terbahagi kepada tiga:

1. Puasa Ramadan.

2. Puasa Khas, seperti puasa nazar dan kaffarah.

3. Puasa Sunat.

Dari segi pusingannya pula, puasa terbahagi kepada dua peringkat, peringkat sebelum Ramadan dan kemudian hanya puasa Ramadan.

Puasa Sebelum Ramadan:

Puasa sebelum Ramadan, terbahagi kepada dua jenis, pertama: puasa `Ashura' dan kedua: puasa tiga hari pada setiap bulan.

Menurut pendapat yang terkuat, puasa `Ashura' sebelum difardukan puasa Ramadan merupakan puasa wajib ke atas orang-orang Islam. Terdapat beberapa buah Hadis yang menunjukkan hukum berkenaan, antaranya Hadis riwayat `Aishah RA. yang menyebut bahawa baginda telah mengarahkan supaya ditunaikan puasa `Ashura', tetapi selepas difardukan puasa Ramadan, seseorang itu bebas sama ada ingin berpuasa puasa `Ashura' ataupun tidak.

Demikian halnya dengan puasa tiga hari setiap bulan, ia juga merupakan puasa wajib sebelum difardukan puasa bulan Ramadan.

Beberapa Aspek Penting Dalam Puasa `Ashura':

1. Ia menunjukkan kaitan di antara Nabi Muhammad SAW. dengan umat-umat sebelumnya dalam ketaatan kepada Allah.

2. Mengagungkan hari-hari bersejarah kerana pada hari itu Allah telah berkenan memenangkan yang benar ke atas yang batil (dengan menyelamatkan Nabi Musa AS. bersama-sama pengikutnya menyeberangi Laut Merah).

3. Merupakan kesempatan untuk memberitahu kepada orang-orang Yahudi tentang adanya hubungan agama di antara syari`at Nabi Musa AS. dengan syari`at yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW., di samping adanya hubungan di antara umat Muhammad dengan umat-umat yang sebelumnya, terutamanya setelah adanya beberapa peristiwa yang menunjukkan mereka menolak ajaran Nabi SAW.

4 Dan yang utamanya ialah melatih kaum muslimin mengenai kewajipan berpuasa pada masa-masa tertentu yang dilakukan secara bersama. Sebab, puasa yang dijalankan oleh Nabi Muhammad SAW. pada hakikatnya adalah satu penerusan kepada puasa yang telah lama berjalan di kalangan orang-orang Makkah, tetapi tidak dalam bentuknya yang serentak dan bersama. Puasa yang dilakukan baginda ini sebagai langkah awal untuk menerima puasa Ramadan yang akan difardukan. Kerana itulah ketika puasa Ramadan difardukan maka puasa `Ashura' tidak diwajibkan lagi (Atiyyah Muhammad Salim, h. 13-14).

(petikan diambil drpd http://www.ikim.gov.my)

Boleh menambah lagi ilmu tentang puasa sunat ini di sini :

http://www.al-azim.com/masjid/muharram1428/amalan.htm


komen saya:

Jom puasa sunat ashura pada (10 muharram 1428) iaitu 29 januari 2007 ,hari isnin ni.

Challenges Make Us Stronger (The Statistics)




Bismillahhirrahmanirrahim

Got a chance to read something even though its 1.12 am(that little baby of course now already in a deep sleep)thats why ibu can read :).

Ninety-four percent of husbands and wives said they had experienced challenges in their marriages. The outcome was sometimes negative, but surprisingly there were instances when it was positive. Here's how a variety of challenges affected their marriages.

Crisis (%Who Experienced It) (Positive) (Negative)
Death of a parent 50% 37% 34%
Job loss 47% 31% 54%
Depression 42% 25% 63%
Parent's illness 28% 36% 38%
Major illness 27% 58% 29%
Becoming obese 25% 20% 50%
Caregiving for parent 25% 42% 32%
Addiction 20% 26% 65%
Major weight loss 15% 61% 13%
Personal bankruptcy 15% 46% 34%
Infidelity 13% 20% 67%


In this survey, significant numbers of couples said that even the most difficult and emotionally draining challenges -- such as depression, job loss, and caring for an ill parent -- had a positive effect on their relationships. Couples, Dr. Sotile says, grow closer in crisis because they appreciate each other's strengths. They also feel especially loved and comforted just when feeling most vulnerable.


"Your partner's love touches you in a way you'll always remember," he says. "And the experience makes us grow up and get beyond childish illusions that we'll live forever and have a perfectly stress-free journey. You realize that you don't have everything, but you do have each other."

my comment : that is sooo true,remember special words in malay "buang yang keruh,ambil yang jernih".

Wednesday, January 24, 2007

tiada tajuk

Bismillahhirrahmanirrahim

hemm....sindrom kekurangan idea dan malas kembali lagi yek....maaf buat teman pembaca yang(kalau adalah :) ) singgah di sini dan tidak ada post yang baru terpampang.
Saya agak minggu hadapanlah baru kembali segar minda kurniaan ALLAH ini.Mencari sesuatu untuk dikarangkan buat sahabat.Atau jika tiba-tiba dihembuskan idea,InsyaALLAH adalah untuk dibaca.Wassalam.

Saturday, January 20, 2007

SALAM MAAL 1428 HIJRIYYAH

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH KE 1428 KEPADA SEMUA SAHABAT PEMBACA.BERSAMALAH KITA HAYATI KISAH PERPINDAHAN NABI MUHAMMAD S.A.W SERTA PARA SAHABAT BAGINDA DARI MAKKATUL MUKARRAMAH KE MADINATUL MUNAWWARAH DAN BERAZAMLAH KITA UNTUK BERHIJRAH MEMPERBAIKI DIRI KE ARAH YANG LEBIH BAIK.SEMOGA ALLAH SENTIASA MELIMPAHKAN RAHMATNYA KE ATAS KITA SEMUA.INSYAALLAH!



(click the image to read)

Friday, January 19, 2007

perbualan suami isteri

Bismillahhirrahmanirrahim

Pagi-pagi lagi dah berbual tentang duit dan hutang.Pengetahuan ayah mengenai rate dan % dan macam-macam lagi tentang duit,bank ext sungguh membanggakan ibu.Padanlah graduate pun di dlm bidang akaun.(Ni ayah kene belanja ni pasal dapat pujian pagi-pagi lagi).
Tapi bukan pasal itu yang ibu nak khabarkan.Yang menarik tentang perbualan itu adalah isu dividen dan interest(mcm bungalah juga kan).Ibu memang tidak bersungguh-sungguh tentang kedua-dua isu ini.Macam menyusahkan nak ingat semua ratenya.Tetapi rasa-rasanya ilmu tentangnya amat berguna.Ibu tak pandai sangat nak mengulas dengan panjang lebar tetapi dari perbualan pagi2x tadi,ayah memberi perbandingan yang cukup mudah dan kesimpulan yang harus rakan-rakan pembaca fikirkan,pada pendapat ibulah.

ANTARA %DIVIDEN(NORMAL SAVING ACCOUNT) DAN %INTEREST(CREDIT CARD)

perbandingannya(contoh semata-mata) :

dividen sebanyak 1% setahun (menyimpan $1000) = $10 setahun
interest sebanyak 18% setahun (berhutang $1000) = $180 setahun

perbandingannya :

antara anda memperolehi $10 setahun atau terpaksa membayar bunga hutang $180 setahun.
Jauh berbezakan nilainya.

Kesimpulannya (pada pendapat ayah):

Sekiranyalah perlu memilih antara keduanya,lebih baiklah dihabiskan hutang cepat2x walaupun menyimpan itu amat berguna di masa hadapan.


So,bagaimana?Ada apa2x yang ingin ditambah,ditegur atau dibetulkan?.Saya memang agak jahil tentang pengetahuan akaun dan hutang ni,jadi elok juga jika ada yang memberi pendapat.Amatlah dipersilakan.Boleh juga menambah teman diblog ini.

Thursday, January 18, 2007

ketawa sikit2x je tau.....

Bismillahirrahmanirrahim

Lately tak ada idea sangat nak tulis apa.Baca email and ada group yang forwardkan jenaka ni...maybe ada yang dah baca kot.Tapi apa salahnya baca di blog saya ni kan...
so happy reading.Saya cuba susun atur mengikut yang mana paling lawak bagi sayalah dan cukuplah 3 jenaka sahaja...next timelah ye.

No 1

BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing
berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja.
Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.
"Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati
kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-
anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan
pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu
ini?"

komen saya : kalau tiga orang tu semua lelaki...bayangkanlah...


No 2

TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka
masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran
sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"

komen saya : bayangkanlah angkut pintu kereta yang berat tu di
padang pasir...kalau kancil ok lagi..kalau mpv car...


No 3

ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu
benda, jangan lupa di mana tempatnya!

komen saya : 2 kali 5

Monday, January 15, 2007

Not in the mood

Bismillahirrahmanirrahim

Really,I'm not in the mood of writing.Nathifa keep continuing crying...huh!what a day today.Ya ALLAH,please make me be more patient.Did not blame her,she's not even 2 years old but...(there always but..alwaysss),she need to learn about patient too.Not everything she want she can always have it.It is not good,bad actually.I have seen so many example where their kids will cry when they didn't get what they ask for.Mostly at public.And the parent will follow because of shame.This attitude that I am struggling to get rid off her.It's not about being pampered..its about attitude.And as parent we can or should I say have too shape that attitude because at the end of the day we are the one who'll get the impact too.Now,the question is how?How am I going to teach my little baby the good attitude to shape her behavior towards others and herself too?
Hem...I guess this is where the parenting skills issue arise.Add to this is what else if it's not pray.Now pray ibu for your baby and try your best.

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu.
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMU kami memohon pertolongan

Ya Allah
Engkau jadikanlah anakku NUR NATHIFA HUMAIRAH dari orang-orang yang solehah
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah dia sebagai anak kunci ku ke pintu syurga ya Allah
dan jangan Engkau jadikan dia anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah imannya ya Allah
Sihatkanlah tubuh badannya
Ya Allah, elokkanlah perangai dan akhlaknya
dan jauhilah dia dari siksaMu ya Allah.

Tuesday, January 9, 2007

new year,new look,older me!!!

Bismillahirrahmanirrahim

yup..i've change the blogs' image.Why?Saje2x plus got comment from ayah and he said "tak senonoh ade gambar kaki tuh".Hahahaha...it's the shoes that the skin want to publish..not the kaki ok ayah...btw this new skin a little humble look for me...less bright and kind of childish a bit.I'm loving it.But it doesn't meant anything actually.However if it's too bright and too small and too in everything i guess people would think twice to surf your blog....am i rite?Just in the middle in everything..oopsss...not in everything but most of it....ye ke???Defenitely not with ALLAH cause with ALLAH always try the highest performance as you can.

wassalam

Tuesday, January 2, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha

Bismillahirrahmanirrahim

Tahun ini agak bersejarah bagi ibu, ayah & humairah.kami bertiga beraya bertiga sahaja di shah alam.keputusan untuk tidak pulang ke pahang atau melaka diambil disebabkan kesihatan ibu yang tidak begitu baik.(selesema yang teruk dan demam !!!).Jadi di sinilah kami beraya haji tahun ini untuk pertama kalinya.Ibu agak sayu mulanya tapi dikuatkan semangat ibu masak rendang dan ibu buat kek coklat untuk keluarga.Bila ada rendang terasa juga rayanye.

Pagi raya ibu terjaga awal.Tak dapat nak tidur sangat.Hidung tersumbat teruk sampai tak boleh nak nafas.Then ibu turun bawah terus pasang tv.RTM 1 ada siarkan gema takbir.Laungan takbir lah tu.Ahhh...sungguh sayu hati mendengar takbir di pagi raya.Bukan teringat sangat ke kampung...tapi sayu dengan kebesaran tuhan dan keagungannya.Sayu juga mengenangkan bilalah diri ini mampu menjejakkan kaki ke tanah suci.Bilalah diri ini akan dijemput menjadi tetamu ALLAH.Teringat seorang sahabat blog yang juga sahabat dari MMU 'limaunipis'.....semoga dia mendapat haji yang mambrur insyaALLAH.

Selesai solat subuh,kejutkan ayah.Si kecil masih nyenyak tidur.Sampai waktu ayah ke masjid solat raya dan si kecil masih belum ada tanda nak bangun.Selalunya awal dia bangun.Ibu geram tgk nathifa tidur....ibu pun kejut nathifa.Dua kali memanggil namanya saja dia dah membuka mata,menggeliat dan yg pertama selalu disebutnya bila bangun tidur 'ayah'.Ibu kene jawab ayah pergi kerjalah mcm biasa...then tangan ditadah dengan sendiri..mcm biasalah baca doa bgn tidur.Alhamdulillah dia ingat walaupun tak sepatah dibacanya..hanya yang dengar amin dibelakang.

Pagi raya kalau zaman kecil2xku,bgn awal dan mandi sunat raya dan berbaju kurung lengkap dan makan.Terfikir untuk menerapkan ke dlm ingatan si kecil...sebab itulah dikejutkan awal.Siap mandi dan ibu pakaikan nathifa baju kurung ungu kecilnya...comel sungguh anak ibu...nampak kesopanannya bila berbaju kurung ni...walaupun masih kecil.

Kalau dah mandi,wajib makan untuk si kecil tu.Ibu dah siapkan nasi himpit dengan rendang.Banyak ditelannye..mujurlah tak pedas rendang tu.Sekejap ayah pulang....waktu yang ditunggu untuk memohon ampun dari ayah...selalu dibuat tetapi kalau raya istimewanya lain sikitlah kan...nathifa pun sibuklah bersalam dgn perkataan sambil bersalam "owwiiii".Sorrylah tu.Ibu selalu ingatkan kalau lepas buat kesalahan,dalam nangis pun nathifa dipaksa bersalam dan minta maaf...cakap apa?sorryyy..itulah sekarang kalau salam je "owwwiii".Moga dia paham apa yang sepatutnya dia pahamlah.

Sehari raya kami bertiga hanya dirumah sahaja.Tak kemana-mana.Menunggu juga tetamu..tetapi paham2xlah duduk bandar.Ramai yang tak ada..pulang ke kg masing agaknya.Begitulah raya haji kami tahun ini.Meriah dengan sikecil yang disayangi.Berbaju kurung tapi tetap berlari sana-sini dlm rumah...takpelah asalkan anak ibu sihat dan gembira.Dalam hati sentiasa teringat ke tanah suci...alangkah bahagianya jika dapat melangkah ke sana...
hemm insyaALLAH...usaha..usaha..usaha..dan doa.
Moga ALLAH makbulkan.Amin

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT
SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT"

Wassalam