Monday, January 29, 2007

tentang halal dan haram

Bismillahhirrahmanirrahim

tak ada kejadian atau perkara yang berlaku pun.Cuma teringat isu halal dan haram ni.Fokusnya kepada makananlah.Yang lain tu sama pentingnya tapi takkan menjadi 200-300 patah perkataanlah,beribulah jawabnya.Masih teringat saat-saat baru belajar untuk mementingkan hal H&H ni.Saya bukanlah alim ulamak,warak bertudung labuh atau sebagaimana gambaran seorang ustazah.Tetapi apabila bertemu ayah dan menjadi suri hatinya(cheewahh jiwang pulak kata-kata yek),bab H&H ni ditekankan sangat2x.Apatah lagi setelah memiliki zuriat sendiri.

kalau dulu diakui saya tak pernah nak lihat dengan teliti tanda halal tu.Sungguh.
Main pejam mata je,tapi dalam hati kadang-kadang ada juga rasa was2x.Sayangnya nafsu mengatasi segalanya.Kini,Alhamdulillah....bukannlah boleh dikatakan 100%(harap dan doa selalu agar 100%) dijamin kehalalannya,tapi InsyaALLAH.Wajib dilakukan setiap kali shopping membeli yang ada tanda halal sahaja(tau ada tanda yang dipalsukan).Harap-harap semuanya tulenlah.

bukan senang nak melawan nafsu.Saya pernah menangis kerana tak dapat membeli barang yang diingini.Sebabnya tiada lansung tanda halal.Alah bisa tegal biasa.Biarlah jika nak dikata saya orang hulu,tak makan itu,tak makan ini,tak boleh beli itu,tak boleh beli ini.Ganjarannya biarlah ALLAH sahaja yang tentukan.Sesungguhnya sudah terang lagi bersuluh.

"mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam"

No comments: