Tuesday, January 2, 2007

Selamat Hari Raya AidilAdha

Bismillahirrahmanirrahim

Tahun ini agak bersejarah bagi ibu, ayah & humairah.kami bertiga beraya bertiga sahaja di shah alam.keputusan untuk tidak pulang ke pahang atau melaka diambil disebabkan kesihatan ibu yang tidak begitu baik.(selesema yang teruk dan demam !!!).Jadi di sinilah kami beraya haji tahun ini untuk pertama kalinya.Ibu agak sayu mulanya tapi dikuatkan semangat ibu masak rendang dan ibu buat kek coklat untuk keluarga.Bila ada rendang terasa juga rayanye.

Pagi raya ibu terjaga awal.Tak dapat nak tidur sangat.Hidung tersumbat teruk sampai tak boleh nak nafas.Then ibu turun bawah terus pasang tv.RTM 1 ada siarkan gema takbir.Laungan takbir lah tu.Ahhh...sungguh sayu hati mendengar takbir di pagi raya.Bukan teringat sangat ke kampung...tapi sayu dengan kebesaran tuhan dan keagungannya.Sayu juga mengenangkan bilalah diri ini mampu menjejakkan kaki ke tanah suci.Bilalah diri ini akan dijemput menjadi tetamu ALLAH.Teringat seorang sahabat blog yang juga sahabat dari MMU 'limaunipis'.....semoga dia mendapat haji yang mambrur insyaALLAH.

Selesai solat subuh,kejutkan ayah.Si kecil masih nyenyak tidur.Sampai waktu ayah ke masjid solat raya dan si kecil masih belum ada tanda nak bangun.Selalunya awal dia bangun.Ibu geram tgk nathifa tidur....ibu pun kejut nathifa.Dua kali memanggil namanya saja dia dah membuka mata,menggeliat dan yg pertama selalu disebutnya bila bangun tidur 'ayah'.Ibu kene jawab ayah pergi kerjalah mcm biasa...then tangan ditadah dengan sendiri..mcm biasalah baca doa bgn tidur.Alhamdulillah dia ingat walaupun tak sepatah dibacanya..hanya yang dengar amin dibelakang.

Pagi raya kalau zaman kecil2xku,bgn awal dan mandi sunat raya dan berbaju kurung lengkap dan makan.Terfikir untuk menerapkan ke dlm ingatan si kecil...sebab itulah dikejutkan awal.Siap mandi dan ibu pakaikan nathifa baju kurung ungu kecilnya...comel sungguh anak ibu...nampak kesopanannya bila berbaju kurung ni...walaupun masih kecil.

Kalau dah mandi,wajib makan untuk si kecil tu.Ibu dah siapkan nasi himpit dengan rendang.Banyak ditelannye..mujurlah tak pedas rendang tu.Sekejap ayah pulang....waktu yang ditunggu untuk memohon ampun dari ayah...selalu dibuat tetapi kalau raya istimewanya lain sikitlah kan...nathifa pun sibuklah bersalam dgn perkataan sambil bersalam "owwiiii".Sorrylah tu.Ibu selalu ingatkan kalau lepas buat kesalahan,dalam nangis pun nathifa dipaksa bersalam dan minta maaf...cakap apa?sorryyy..itulah sekarang kalau salam je "owwwiii".Moga dia paham apa yang sepatutnya dia pahamlah.

Sehari raya kami bertiga hanya dirumah sahaja.Tak kemana-mana.Menunggu juga tetamu..tetapi paham2xlah duduk bandar.Ramai yang tak ada..pulang ke kg masing agaknya.Begitulah raya haji kami tahun ini.Meriah dengan sikecil yang disayangi.Berbaju kurung tapi tetap berlari sana-sini dlm rumah...takpelah asalkan anak ibu sihat dan gembira.Dalam hati sentiasa teringat ke tanah suci...alangkah bahagianya jika dapat melangkah ke sana...
hemm insyaALLAH...usaha..usaha..usaha..dan doa.
Moga ALLAH makbulkan.Amin

"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT
SEMUA MUSLIMIN & MUSLIMAT"

Wassalam

No comments: