Thursday, June 19, 2008

orang kl

Assalamualaikum

Semalam dapatlah 3D2N free kat hotel yang dilistkan.Itu pun lepas 3 jam berhempas -pulas dalam sessi tolak-menolak,tawar-menawar harganya.Anak gadis yang sorang tu dah sibuk nak balik...nak balik dah.Memang berminat tapi 'regenya' agak tak affordable buat masa sekarang.So terpaksa dilepaskanlah.Kita tengok harga tahun depan pulak ye sayang.Anyway nak kene plan pulak bercuti 3D2N ni.

Tapi itu bukan cerita utamanya.Orang KL(tak semualaaa) atau yang perasan orang KL atau yang seumpama dengannya memang dah tak segan silu yek sekarang.Salah kami juga sampai di situ lewat sikit.Dah hampir masuk waktu maghrib tapi sebab En.H ingatkan 1 jam je so kami pergi juga ke situ.Bila dah maghrib sampai ke tengah,tak ada pulak tanda-tanda 'si penceramah' nak bertanya tentang solat.Dalam hati saya dah panas semacam dah."Aii takkan nak buat diam jek minah ni".Hakikatnya begitulah.En.H yang mula stopkan sessi and cakap kami nak solat dulu.Muka selamba je macam tak buat salah apa-apa pun.(pada saya salahlah bila tak ada tanda-tanda nak solat maghrib tu atau at least tanya kami yang solat ni sebab mereka-mereka ni orang Islam).Bila tanya surau...... tak ade!.Lagi panaslah hati ibu mengandung ni.Terpaksa keluar bangunan tu and pergi bangunan sebelah,lepas tu jalan punya lah jauh cari surau.(hilang pahala jalan jauh sebab nak solat,merungut punya pasal).Tak tau lah yang lain-lain dalam tempat tu solat ke tak.Itu yang saya kata tak ada segan silu dah.Dia boleh bagi direction surau semua,tapi dia tak ada tanda-tanda nak solat pun.Hemm manusia...manusia.

Dalam lif masa nak balik En.H tegur "Eh..macam dah makin besar perut ayang yek",sambil mengosok perut saya ni.Haiii cik abang sayang,baru perasan isteri awak ni mengandung ke? :P

Kalau yang tiap hari menegurnya,tanyalah anak dara sorang tu."Ibu...ibu...... perut ibu dah kembang"."Ibu...ibu... adik makan ke dalam ni?"."Ibu....ibu....adik buat apa dalam perut ibu?".And the list goes on.

p/s: Ada sesiapa yang nak pergi cameron highland tak?Kami ada jual voucher Apartment Equatorial Hill 2 bilik kat sana.Murah je.Nak pergi minggu depan ke,minggu2x depan ke boleh isi form and tengok details kat www.myhotelvoucher.com( tapi room subject to availability la...kalau booking awal InsyaALLAH senang dapat).Pergilaaa...best kat situ.Nyamannnnn :)

2 comments:

Ummu Auni said...

la, baru baca ni..congrats! bila due akak...

hanis said...

InsyaALLAH awal bulan 12..tahun ni juga...tapi mcm tak bestlaa sket pasal tak dapat nak ke tawakal dgn MR.Rahman...hehhe..jauh sangat2xlaa...