Lately tak ada idea sangat nak tulis apa.Baca email and ada group yang forwardkan jenaka ni...maybe ada yang dah baca kot.Tapi apa salahnya baca di blog saya ni kan...
so happy reading.Saya cuba susun atur mengikut yang mana paling lawak bagi sayalah dan cukuplah 3 jenaka sahaja...next timelah ye.
No 1
BAPA DAN TIGA ANAKNYA
Seorang bapa berjalan dengan tiga orang anaknya, masing-masing
berumur 8, 5 dan 3 tahun. Mereka memasuki kedai tempat saya bekerja.
Bapa itu nampak berfikir keras ketika saya bertanya.
"Ada yang dapat saya bantu?"
"Saya ingin membeli sesuatu tetapi tidak dapat mengingati
kesemuanya," jawab bapa tersebut. Lalu dia memandang ke arah anak-
anaknya dan bertanya, "Baiklah anak-anak sekalian, selain katil dan
pintu bilik air, apa lagi benda yang korang rosakkan dalam minggu
ini?"
komen saya : kalau tiga orang tu semua lelaki...bayangkanlah...
No 2
TIGA ORANG GILA
Terdapat tiga orang gila dalam satu institusi sakit jiwa. Mereka
terdiri dari Junior, Senior dan Veteran, disusun mengikut jangka
masa di institusi tersebut.
Suatu hari, doktor yang merawat mental mereka mahu menguji keadaan
mereka. Maka seorang demi seorang dipanggil.
Junior orang pertama dipanggil. Doktor itu memberi situasi.
"Kamu, kalau dihantar ke padang pasir, apa benda paling penting
dibawa bersama?"
Junior berfikir seketika. "Padang pasir panas..." Doktor
angguk. "Ada harapan nak dilepaskan ni..." hati doktor berdetik.
"Jadi saya nak bawa air. Haus kalau duduk sana."
Doktor tersebut sangat senang hati mendengar jawapan Junior.
Kemudian, dia memanggil Senior pula. Soalan sama ditanya oleh doktor
itu.
"Yang saya tau, padang pasir tu panas..." Senior berkata setelah
berfikir panjang.
"Ya!" Jawab doktor terbabit penuh semangat.
"Saya nak bawa kipas, mesti berpeluh betul duduk di sana!"
Doktor berkenaan puas hati dengan jawapan yang diberikan. Kemudian,
Veteran pula dipanggil.
"Awak dah lama benar di sini kan?"
"Ya, tuan doktor" jawab Veteran selamba.
Kemudian doktor itu ajukan soalan sama seperti dua rakan Veteran
sebelum ini.
"Oh, padang pasir, memang panas betul sana," Veteran tidak ambil
masa panjang berfikir, sambil menjawab dengan selamba sahaja.
"Ya!" doktor cukup senang hati, dalam fikirannya pasti Veteran
sudah sembuh, boleh dilepaskan pada bila-bila masa.
"Kalau begitu, saya rasa nak bawa pintu kereta..."
Tersentak seketika doktor mendengar jawapan Veteran.
"Kenapa pula nak bawa pintu kereta ke padang pasir?"
Veteran dengan penuh yakin menjawab, "Kerana, kalau panas sangat,
saya boleh buka tingkap kereta. Masuk angin sikit!"
komen saya : bayangkanlah angkut pintu kereta yang berat tu di
padang pasir...kalau kancil ok lagi..kalau mpv car...
No 3
ANAK DAN BAPA
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak
pernah bersekolah.
Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu!
Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil?
Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu.
Ayah: Apa yang cikgu tanya?
Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington.
Ayah: Bodohnya kamu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu
benda, jangan lupa di mana tempatnya!
komen saya : 2 kali 5
No comments:
Post a Comment