Bismillahhirrahmanirrahim
Warga emas mati ditikam peragut
JOHOR BAHRU 26 Jan. – Seorang warga emas mati setelah ditikam sebanyak tiga kali di perutnya oleh dua suspek yang dipercayai peragut ketika dia berjalan kaki berhampiran rumahnya di Taman Tampoi, dekat sini pagi ini.Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 6.36 pagi sewaktu Ah Fong, 64, yang berjalan sendirian didekati dua lelaki menaiki sebuah motosikal.Salah seorang daripada dua lelaki itu bertindak menikam Ah Fong sebelum meragut dompetnya dan melarikan diri.
komen saya :
memang kejam sungguh!!!Celakalah peragut-peragut tersebut.
Please be more and extra careful ye kawan2x.Specially sahabat2x perempuan.
harga runcit ayam daging naik 65 sen
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) hari ini menaikkan harga runcit ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal gred super dari RM6.05 ke RM6.70 sekilogram.
komen saya :
makan ikan keringlah hari-hari,jimat sikit.
Pelajar cemerlang (PMR) 2006 gagal ke asrama penuh
KOTA BHARU 26 Jan. – Pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2006 Peringkat Kebangsaan, Fathin Nabilah Abdul Rashid (gambar) yang mendapat keputusan 9A terkilan kerana tidak mendapat tempat di mana-mana sekolah berasrama penuh untuk kemasukan ke tingkatan empat.
komen saya :
Takde rezki kot,entah2x kat sekolah biasa boleh do better in spm pulak.
Doktor palsu: Graduan perubatan tidak diiktiraf?
KUALA LUMPUR 26 Jan. – Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, doktor palsu yang dikatakan berkhidmat di pusat perubatan dan klinik swasta sebenarnya terdiri daripada graduan perubatan yang tidak mendapat pengiktirafan kerajaan. Presiden PPIM, Profesor Dr. Abdul Latiff Mohamed berkata, berdasarkan pengalaman dan maklumat yang diterima persatuan itu, doktor palsu itu bukanlah palsu dalam erti kata sebenar.
Ini kerana katanya, kebanyakan mereka adalah graduan perubatan dari luar negara yang menuntut dengan pembiayaan sendiri.Bagaimanapun katanya, kelulusan mereka tidak mendapat pengiktirafan kerajaan dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), menyebabkan tidak boleh berkhidmat dengan mana-mana hospital kerajaan.
komen saya :
entahlah nak komen apa,tapi cuak jugak nak ke hospital swasta skarang.
No comments:
Post a Comment