Sunday, December 21, 2008

Encik Irfan Fahri

Ok..ok...ni saya nak updatelah ni :).

Ramai betul yang bertanya "mana gambar baby barunya?".Yang tanya dalam email (dalam inbox ada lebih 10k email ok!),yang tanya pakai yahoo msg,yang tanya dgn sms.Anyway thanks untuk semua congrats wish yang diterima yek.Sorry kalau tak dpt dibalas msgnya.

Sebenarnya tak terkejar saya nak membalas semua pertanyaan.(Macamlah dia tu artiskan ;P).Bukan apa...lepas bersalin tu dapat pinjam ibu sekejap je from kampung.Tak sampai seminggu pun ibu datang membantu mana yang patut,then dia pun terpaksa balik pasal kerja yang memanggil.Lepas tu sayalah + 2 kid + 1 loving husband yang meng'handle' segala-galanya.Tau-tau ajelah bila badan masih tak berapa kuat,ada baby yang bfeed sungguh2x ( orang kata baby boy mmg gitu,kuat menyusu) + ada sorang lg anak yang dah besar tapi taklah berapa dewasa sangat.Baru nak masuk 4 tahun pun.Nak cebok pun saya masih ragu2x nak biarkan dia sendiri buat.Pendek cerita saya berpantang sendiri aje kali ni dengan dibantu En.H dan si pipi merah nathifa.Owh! btw si kakak tak suka dipanggil kak long....nak yg glamer sikit panggilannya "kakak tifa". :P

En.H mmg byk membantu a.k.a memang wajib membantu pun.(Nak suruh isteri dia ni pengsan apa buat kerja rumah sorang2x :P).En.H sangat pandai panaskan tunku tau.Lepas tu pandai basuh kain.Lepas tu sidai kain.Saya cuma lipat jek.Rajin kan..kan :).Masak? ermmm kene hantar kursus chef lah agaknya.Masak air mmg superblah kan :P.Eh! lagi satu En.H dah terrer shopping barang dapur a.k.a ikan,sayur,bawang,rempah semua.Tak payah dilistkan dah....mmg semua lengkap.Bagus juga berpantang sendiri yek.Banyak kelebihannya.

So,nilah saya nak memperkenalkan ahli keluarga kami yang terbaru jeng..jeng..jeng.....


1 pic cukuplah dulu....nanti2x saya tambah lagi yek ;)

Encik Irfan Fahri bin Huzaimy Shah
DOB : 26/11/2008
Time : 5.55 pm
Weight : 2.25 kg (mmg sgt kecil...tapi alhamdulillah sihat sesihatnya)
Delivery : normal senormalnya.(baru tau sakitnya nak melahirkan anak,anak 1st saya amik epidural so tak rasa sakitnya)
Place DOB : DEMC (saya mmg rekemenkan kpd kawan2x,layanan sgt mesra,bayaran pun taklah mahal sgt.

Saya nak kongsi juga pengalaman bersalin kali ke 2 ni tapi next entrylah ye.Encik Irfan Fahri dah mula rasa lapar tu.(tandanya bila dia gelisah pusing kiri,kanan tp mata tak bukak pun).So,assalamualaikum.

5 comments:

Rya said...

alhamdulillah..
tahniah kak : )

hanis said...

terima kasih dik :)

Farra said...

tahniah!! DEMC tu apa ek? kat mana? citer sket hihi

hanis said...

thanks!
Demc = Darul Ehsan Medical Centre
kat shah alam.
Kecik je spitalnye,tapi wad oklah.Food pun ok,nurse yg melayan pun ok.But yg penting masa kat labour room tu,time tgh2x sakit yg amat tu,murse dia sgt2x membantu,prihatin,cakap baik2x je,takdelah marah2x kan.
Tp,depends jugak kot pd mood2x nurse tu ek.Alhamdulillah kite dpt nurse + gynae yg sgt mesra alam. sampai dlm labour room pun bleh gelak2x citer pasal nk gi holiday. :)

bayah said...

Hanis!!!..tahniah........