Monday, October 31, 2011

Jatuh Chenta :)


Saya ada buka kisah pertama kali ke PPAS seksyen 13 shah alam kat sini.Tapi mesti takde ummphh kisah itu dek kerana ketiadaan gambar.

Nah!Kisah PPAS kali ini(rasa-rasa memang akan berkali-kali kisah PPAS akan ke udara :P) adalah kisah bergambar.

Next kisah PPAS baru saya upload gambar buku-buku yang dipinjam pula ya pasal tak dapat nak berlama-lama depan lappy ni.Al-maklomlah lappy dikongsi 3 orang.Satu dewasa tua dan 2 kanak-kanak ribena.Faham-fahamlah sekarang ini musim "burung marah".Aduhai anak-anak kemaruk betul.Celik mata je nak main "burung marah".Pening ibunya.Ayahnya tak pening sebab dia pun sama kemaruk macam anak juga.

Kesimpulan?

Syukur sangat-sangat,saya sudah ada tempat lepak yang sangatlah memberi manfaat bagi saya mahupun anak-anak.Ini yang saya cari-cari.

Teringat kata-kata mutiara tertulis dekat dinding dalam perpustakaan sekolah rendah dulu:

Perpustakaan itu gedung ilmu

Baru sampai dan belom panas enginenya

ya..sudah mula nampaknya

binatang tanpa mata?

sejuknya mata memandang...sana-sini anak-anak baca buku!

kali ke 2 datang dah buat macam rumah sendiri...pentas itu aku yang punya!

mouseless..nak guna pakai jari gerak-gerak depan skrin tu aje...budak-budak ni memang  terlebih kagum gajet2x gini 

aduh irfan..kot ya pun berlakon..betul-betul lah sikit...huhuhu...90% masa yang diluangkan disini adalah bermain ya...10% aje duk diam dekat meja baca buku macam ni...yang penting pendedahannya kan..kan :)
Ini nasi ayam beli di cafe PPAS.RM4 sahaja.Harga dipantau hari2x okay menurut cerita makcik yg jual nasi ayam ni.Murah dah sedap.

Kakak tengah nak isi minyak sebelum sambung meneroka alam baru dia di PPAS.

Inilah pemandangan dari cafe.Maklumlah tapaknya memang bekas kawasan golf.Hijau saujana memandang.Bestlah sangat-sangat.


Friday, October 28, 2011

Mari kita...

1 Zulhijjah 1432 - Jumaat 28/10/2011


Barakallahhu fikum bermaksud kebaikan Allah untuk mu!

Alhamdulillah...dah masuk bulan zulhijjah kita ni.Aidil Adha bakal tiba.Tahun ni Insyaallah raya haji jatuh pada hari ahad 6 november 2011.Jadinya hari sabtu tu adalah hari wukuf atau hari arafah.

"b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa."

Itu saya ambil dari www.zaharuddin.net.Yang saya pernah dengar nasihat ustaz dalam Tanyalah Ustaz kat tv9 pun adalah ajakan yang sama.Bagi yang tak mengerjakan haji,bagus sangat untuk berpuasa.Tapi bagi yang sedang berwukuf di Arafah tak digalakkan pula.9 Zulhijjah tu hari Sabtu = 5 Nov 2011.Mengikut kata ustaz tu eloklah berpuasa dari hari jumaat tu.Bukan sebab tak boleh puasa hari sabtu sorang-sorang je,tapi sebab dikhuatiri hari wukuf tu boleh jatuh pada hari jumaat juga.Wallahhualam.

Jomlah kita berpuasa jumaat dan sabtu tu.Dapat puasa dari hari ni direct sampai sabtu depan lagiklah bagusnya kan.Insyaallah.

Kat bawah ni saya copy paste amalan2x yang saya kira kita patut buat hari-hari kecuali korbanlah kan.Tapi yang lain-lain tu kita selalu dinasihatkan untuk menjadikan semuanya amalan.Cumanya bulan Zulhijjah ni istimewa kan.Jadi lebihkanlah amalan dari yang biasa.

Bak kata ustazah Norbayah "anda buat,anda dapat". :)

Jom beramal :) 


AMALAN-AMALAN UTAMA
 
Manakala amalan-amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang amat besar pahalanya ini antaranya :- 

a) Zikir : Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.
Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya : "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu.." (Al-Hajj : 28).
Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu' adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua. 

b) Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.
Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :
"Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah" (Riwayat Muslim).
Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya. 

c) Melakukan lain-lain amalan seperti bersedeqah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT. 

d) Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan tawbat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.
Bertawbatlah dengan sebenar-benar tawbat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata. 

e) Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq. 

f) Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : "dan berdoalah dan berkorban". Allah SWT juga menyebut :
وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" (Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Tuesday, October 25, 2011

Mood Cuti Sekolah sudah menjelma!

Breakfast pagi ni adalah karipap.Inti kentang+ayam :)

Oh tidak.Bukan maknanya cuti sekolah saya jadi rajin masak.Tidak.Tidak.Makin curi2x malas masak lagik adalah.Cuma kasihan cik abang nak pergi kerja.Jadi breakfast mesti ada juga.

Banyak plannya.Tapi kudrat dan bajetnya harus juga diperhalusi.Tahun depan InsyaAllah kakak masuk tahun satu.Itu harus diutamakan.

Syukur alhamdulillah kami ada tempat baru yang sungguh bermanfaat untuk dikunjungi selalu cuti sekolah ni.FOC pulak tu :P.

LIBRARY!.Ya perpustakaan baru di shah alam.Tempat menarik,tertarik lagi dabomb!Anak-anak sungguh teruja sampai tak mahu balik.Minggu lepas kali pertama kami ke sana.MasyaAllah...seronoknya anak-anak.Berjam-jam duduk dalam library tak terasa sebab tempatnya sungguh selesa.Baik untuk parentnya mahupun anak-anaknya.

Bila nak pulang sampai kene berjanji setia dengan si kakak hujung minggu depan wajib datang lagi.Sampai berjurai-jurai airmata kakak tak mahu balik.

Nak tahu lebih lanjut tentang library PPAS seksyen 13 shah alam yang baru tu silalah google ya :).Kami tak bawak camera hari tu so takdelah gambarnya.Kalau google ada kot kawan-kawan lain yang dah ke sana dan upload gambar library tu.

By the way, belom cuti sekolah lagi pun.Hehehe.Tapi mood cuti sudah ada :P

Friday, October 21, 2011

Motif : Malas masak!

pic :http://www.notcot.org 



Macam tak kenyang je kalo makan gini :P

Thursday, October 20, 2011

Resepi Ayam Lemak Ciliapi mudah

Ayam masak lemak cili api version 3 biji cili api saje :)

Just want to share betapa mudahnya nak masak ayam lemak cili api 'nogori' style.Dulu before menuntut resepi ni dari MIL, renyahnya nak buat lauk ni.It turns out rupanya nak lagi sedap lagi simple aje caranya.But still...cooking with patience ya kawan-kawan :).No shortcut.Nanti jadi lain.

Okeh...jom tengok resepi dan caranya :

Bahan:

  1. Ayam (suka atilah berapa ketul,tapi nisbah nya 1 ekor ayam = 2 biji kelapa)
  2. Kelapa (nak  sedap sila perah ya,kalau yg guna santan kotak...sila agak2x sendirilah..saya tak tau sukatannya..sorry sgt2x...blom abis menuntut...hehehehe)
  3. lebih kurang 10 biji cili api kalau nak menyengat.Kalau nak bagi budak2x..3 biji dah cukup.Pendek kata sila pandai2xlah agak nak pedas mana. :)
  4. 3-4 keping Asam keping (sila jgn taruk byk2x...masam terlebih karang)
  5. kentang (ikut kuah banyak mana...jgn sampai tak muat dalam periuk :)
  6. 3-4 batang serai
  7. kunyit 1-2 inchi (kunyit hidup tau)
  8. garam secukup rasa
  9. optional : sedikit stok ayam (yg kiub tuh)

Cara-caranya:

  1. Titik serai,tumbuk kunyit dan cili api hancur lumat dan gaulkan dengan ayam dalam periuk.
  2. Perap sekejap je,then dah boleh letak periuk atas api yang perlahan.
  3. Sila selalu balik-balikan ayam semasa sessi mengeringkan air ayam ni.(penting!)
  4. Masa masak ayam dengan bahan perapan ni,air ayam akan keluar.Tunggu sampai air ayam kering.
  5. Bila dah kering,boleh masukkan santan.
  6. Boleh masukkan kentang.
  7. Boleh masukkan asam keping.
  8. Garam dan perisa stok ayam.
  9. Tunggu sampai kentang empuk.


Senang je kan?Sila cuba ya!



Fresh orange without sugar yang menyegarkan :)


Nak resepi oren ni jugak ke?
Tak perlulah ya.
Blend aje buah limau tu. 
Dapatlah airnya :)



Monday, October 17, 2011

Jom belajar (versi verangansss)

Scandinavia is a historical and geographical region centered on the Scandinavian peninsula of Northern Europe. Mainly, Scandinavia is defined as the three kingdoms that historically shared the Scandinavian Peninsula. They are represented by the countries of:

  •     Denmark
  •     Norway
  •     Sweden
  •     Finland
  •     Iceland

Seljalandsfoss, Iceland/Photograph by Claudio Coppari, My Shot

http://travel.nationalgeographic.com

Pulpit Rock, Norway/Photograph by Lisa Liu, My Shot/

http://travel.nationalgeographic.com

 

Negara scandinavia ni mmg banyak tempat lawa-lawa.Tu yang veranganss tak abis-abis. :)

Friday, October 14, 2011

Bulan depan jek!


Baru budak kecit ni betul-betul masuk 3 tahun umurnya.
Macam-macam karenah ada.
Manja memanglah sangat.(selagi belum ada adik yelerrr :P)
Minggu lepas cirit-birit sampai jadik kurus sikit.Demam tarak.Muntah tarak.Doktor kata takde pape.
Cirit-birit pasal nak sambut birthday kot!

Tengah ibu type entry ni,dia dok terbongkang lagi tidoq.
Kang bangun kang mesti dia mintak "ibuuu...nak roti cicah milo!!!"

Sebelum suaranya memecah kesunyian, baik ibu pi sedia mana patut.

Sekian.

Thursday, October 13, 2011

Baby Amar

Amar pelik tengok camera agaknya

Ini rupa amar dalam dukungan mak long dia.

Baru dukung sekejap dah nak tido...gemuk empuk  betul lengan mak long dia :P

Amar mmg suka mak long dia dukung kan..kan..

tak nangis punnnn :)


Saya dah jadi Mak Long dan En.H dah jadi Pak Long sejak 3 bulan lepas :)
Inilah wajah-wajah anak saudara saya yang pertama.
Namanya Amar Rafiuddin.
Anak pertama kepada adik saya kakcik yang no 3.

Bulan depan Insyaallah saya bakal mendapat anak saudara yang kedua pula.
Bakal anak pertama kepada adik saya kak ngah yang no 2.
Katanya anak lelaki juga.

Adik beradik saya baru 3 orang yang mendirikan rumahtangga.
Ibu dan ayah saya baru mempunyai 3 orang cucu.
2 lelaki dan 1 perempuan.Yang perempuan tu kakak tifalah.
Irfan dan Amar bakal dapat kawan lagi bulan depan Insyaallah.
Kakak jugalah yang kene panggil jiran sebelah si Atul kalau nak main nanti bila dikuantan :P.

Nenek dengan atuk seronok betul.
Mereka tak ada anak lelaki.
Tapi diganti dengan menantu2x lelaki dan juga cucu-cucu lelaki.
Tahun depan meriahlah rumah nenek dengan atuk.
Kebetulan memang semuanya turn balik kuantan.
Kata atuk rancangannya nak berombongan balik ke Balik pulau,penang beraya dengan moyang kanak-kanak ni.
Nak tunjuk cuculah tuh :P
Alhamdulillah.


p/s: lain-lain masa saya tulis pasal anak saudara belah En.H pula.
(En.H pun bakal mendapat anak saudaranya yang pertama!)

Wednesday, October 12, 2011

Haji

Sentiasa dihatiku

Kakak marah sangat bila sebut nak guna duit raya dia buat beli barang-barang yang dia minta.Mainanlah,basikal barulah,bajulah,makananlah,bukulah.

Saya tahu.Tapi suka mengusik.Nak tengok pendiriannya macammana.

Sejak saya bercerita betapa beruntungnya orang Islam yang dapat ke Mekah menunaikan haji ,sejak itulah dia marah kalau nak gunakan duit raya atau duit-duit yang nenek-nenek dan atuk-atuk dia kasi untuk dia.

Bukan baru sekarang, tapi dah hampir setahun begitu.

Alasannya tak pernah berubah.

"Tak boleh!Duit tu Tifa nak buat pergi Haji kat Mekah nanti!Nanti tak cukup nak bayar kapal terbang!"

Terharu.

Sebab saya yang 30 tahun hidup ni pun kadang-kadang pendirian berubah.

Ya Allah! Kau tetapkanlah hati anakku Nurnathifa Humairah ini dengan Islam.

Tuesday, October 11, 2011

Inside out

pic gugled

Tapi saya tetap nak dapatkan body yang cun macam erra fazira tu.
Kuikuikui :P

Monday, October 10, 2011

Jus Buah dan Hari Ibu saya!

nak sihat punya pasal

hari ni punya menu air buah for breakfast.Ada lebih lagi simpan utk diner malam kang pulak.


Hari ni 10.10.2011 adalah hari lahir ibu saya.
Hari ni juga tamatlah juga profesennya sebagai guru tabika kemas yang telah berkhidmat sejak umur dia belasan tahun lagi.Maknanya hampir 30 tahun lebih dia berkhidmat kepada masyarakat.
Anak muridnya ada yang dah beranak-pinak.Tapi yang bestnya kalau terserempak dimana-mana semuanya akan panggil dia cikgu!Cikgu ingat saya lagi tak? (ni situasi kalau berjalan-jalan dgn ibu saya)

Selamat Hari Lahir ibu! (walaupun dia tak pandai bukak computer pun :))
Doa kaklong sentiasa untuk ibu tak kira waktu.
Semoga ibu dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik selalu supaya kaklong dapat lebih lagi membuat ibu bahagia.

Rindunya kat ibu saya!

Saturday, October 8, 2011

Teguran

Kami belom pernah ada aquarium dirumah...anak-anak bising nak pelihara pet barang sekor.Rasa2x ikan is the best pet kan.Cuma saya ni cepat sgt connected dgn pet.Kalau mati pet tu nanti...aduh berbulan-bulanlah saya dok sadis.

(Gambar tak ada kaitan dgn cerita saya kat bawah ni tau)              



Kadang kala teguran Allah datang dari pelbagai sudut dan punca.Cumanya kita sedar atau tidak akan itu satu teguran atas kesalahan yang kita lakukan atau akan lakukan.

Syukur selalu kepada Allah dan merayu selalu agar diberi taufik dan hidayah supaya sentiasa berada dilandasan yang Mustaqqim.Tidak dipengaruhi dengan ajaran-ajaran dan amalan-amalan bida'ah.Dan merayu semoga sentiasa dikurniakan peluang untuk menambah ilmu dunia mahupun akhirat.

Minggu lepas saya membuka mulut untuk bertanya tentang kelas agama yang dijalankan di surau dekat rumah saya dan juga dekat masjid yang berhampiran.Kenapa baru sekarang?Alhamdulillah...sudah mendapat taufik dari Allah.Sudah lama dipendam saja dalam hati tapi belum tergerak untuk pergi dan bertanya kakak2x dan jiran2x sejemaah.Baru sekarang bertanya selepas hampir 3 tahun duduk disini.Astagfirullah.

Habuannya?

Setiap hari rabu ada kelas agama di masjid berhampiran bermula jam 2.00 petang.

Tapi yang menjadi tegurannya lain ceritanya.

Sebab saya sibuk bertanya kelas-kelas muslimah pada hari minggu persis sayalah orgnya yang sibuk bekerja dihari biasa.(senang boleh tinggalkan anak...hehehe)Lalu kakak yang ditanyakan soalan itu memberitahu.

"Adik, kita ni surirumah jika diizinkan suami pergi belajar sewaktu dia keluar bekerja,ambillah peluang itu seadanya.Tapi bila hari suami cuti,ada dirumah janganlah kita sibuk keluar rumah untuk belajar juga.Hari cuti tulah suami nak kita ada bersama.Lainlah kalau suami yang ajak pergi sekali"

Terasa panas dimuka saya.Sungguh saya tidak terfikirkan hal itu.

Alhamdulillah.

Friday, October 7, 2011

Ilmu

Saya orang biasa-biasa saja.Dari keluarga yang juga biasa-biasa.Nothing special.Dan saya telah mengambil keputusan yang luarbiasa dizaman sekarang untuk menjadi fulltime housewife.Ramai yang mencemuh dari menyokong.Awal-awal dulu saya banyak menangis.Bila raya saya tak mahu berziarah.Saya tak kuat.

Alhamdulillah ada suami yang sentiasa disisi.Dialah tempat saya mengadu.Dialah pemberi semangat.Dialah pembangkang cemuhan-cemuhan orang yang tak suka dengan keputusan saya.

Its been nearly 6 years since saya mengambil keputusan yang besar dalam hidup saya ini.Alhamdulillah kata-kata negatif orang sudah tak mampu menggugat kekuatan hati saya.Tak dinafikan kadang-kala bisikan syaitan dapat juga membuat saya resah gelisah memikirkan perkara-perkara yang mungkin terjadi kalau saya begini,kalau saya begitu,kalau saya buat ini,kalau saya buat itu.Dan kadang-kala terjadi juga bila kami suami isteri bermasam muka,saya jadi hilang pertimbangan.Banyak yang saya fikirkan.

Alhamdulillah.Disinilah datangnya ilmu anugerah dari ALLAH yang tidak ternilai harganya.Saya belajar bagaimana untuk sentiasa merasakan "CUKUPLAH ALLAH BAGIKU".

Allah maha mengetahui apa yang saya cari-cari selama ini.

Ya, ianya satu bentuk zikir dari surah At-Taubah.Yang saya tak pernah amalkan sebelum ini.Alhamdulillah ALLAH mengilhamkan saya untuk membaca satu buku doa dan saya tertarik dengan zikir ini.Tapi awalnya saya tak membacanya selalu.Hanya bila saya membelek buku doa ini,baru saya teringat untuk membacanya.

Tapi ALLAH itu maha penyayang.Maha pemurah.

Berkali-kali hati saya diketuk dengan zikir ini.Bila saya berada dalam majlis ilmu,ada ustaz yang menerangkan tentang zikir ini.Bila saya menonton rancangan tanyalah ustaz,ada ustaz menerangkan tentang ayat ini.Bahkan bila saya menelaah tafsir Al-Quran,saya terjumpa banyak tafsiran dan kisah yang berkaitan tentang perasaan "cukuplah ALLAH bagiku".

Kekuatan inilah yang saya cari selama ini.

Syukur Ya Allah!
Syukur Ya Allah!
Syukur Ya Allah!

 Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai 'Arasy yang besar.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kebaikan buat kawan-kawan semua.

air epal hijo

limau nipis
epal hijo

Asam boi
hasilnya....

Gambar semuanya saya gugle aje ye.
Yang saya buat semalam tak nyempat nak amik camera pun.
Sedaplah sangat juice epal ini.
Hari ni nak buat lagi.
Besok nak buat carrot susu pulak.

Motifnya?

Awet muda bleh?
Hehehe ;)

Thursday, October 6, 2011

Veranganssss lagik!

San Lorenzo in South Tyrol, Italy.

Ada tak mana-mana tan sri ke,puan sri ke,dato ke,datin ke yg terlebih duit pastu dah tak tau nak buat apa.
Tulunlah belikan pakej percutian buat kami sekeluarga ke Italy nun.:P
Subhanallah.
Lawo sungguh tempat ni.
Mesti nyaman dan sejuk kan.

Wednesday, October 5, 2011

slimming remedies (kononnya :P)

bukan yg kiri atau kanan ya :P
nampak habuk atas dvd tuh...buleh agak berapa lama tak digunakan :P



hari-hari pakai senak perut,punggung,pinggang sampai nak nafas pun semput
silalah agak-agak berapa banyak dah kembang? :P

Motif?
Ada 2 pasang blouse yang dah ketat tang pinggul.
Segan nak sarung.
Uwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Tuesday, October 4, 2011