Saturday, October 8, 2011

Teguran

Kami belom pernah ada aquarium dirumah...anak-anak bising nak pelihara pet barang sekor.Rasa2x ikan is the best pet kan.Cuma saya ni cepat sgt connected dgn pet.Kalau mati pet tu nanti...aduh berbulan-bulanlah saya dok sadis.

(Gambar tak ada kaitan dgn cerita saya kat bawah ni tau)              



Kadang kala teguran Allah datang dari pelbagai sudut dan punca.Cumanya kita sedar atau tidak akan itu satu teguran atas kesalahan yang kita lakukan atau akan lakukan.

Syukur selalu kepada Allah dan merayu selalu agar diberi taufik dan hidayah supaya sentiasa berada dilandasan yang Mustaqqim.Tidak dipengaruhi dengan ajaran-ajaran dan amalan-amalan bida'ah.Dan merayu semoga sentiasa dikurniakan peluang untuk menambah ilmu dunia mahupun akhirat.

Minggu lepas saya membuka mulut untuk bertanya tentang kelas agama yang dijalankan di surau dekat rumah saya dan juga dekat masjid yang berhampiran.Kenapa baru sekarang?Alhamdulillah...sudah mendapat taufik dari Allah.Sudah lama dipendam saja dalam hati tapi belum tergerak untuk pergi dan bertanya kakak2x dan jiran2x sejemaah.Baru sekarang bertanya selepas hampir 3 tahun duduk disini.Astagfirullah.

Habuannya?

Setiap hari rabu ada kelas agama di masjid berhampiran bermula jam 2.00 petang.

Tapi yang menjadi tegurannya lain ceritanya.

Sebab saya sibuk bertanya kelas-kelas muslimah pada hari minggu persis sayalah orgnya yang sibuk bekerja dihari biasa.(senang boleh tinggalkan anak...hehehe)Lalu kakak yang ditanyakan soalan itu memberitahu.

"Adik, kita ni surirumah jika diizinkan suami pergi belajar sewaktu dia keluar bekerja,ambillah peluang itu seadanya.Tapi bila hari suami cuti,ada dirumah janganlah kita sibuk keluar rumah untuk belajar juga.Hari cuti tulah suami nak kita ada bersama.Lainlah kalau suami yang ajak pergi sekali"

Terasa panas dimuka saya.Sungguh saya tidak terfikirkan hal itu.

Alhamdulillah.

1 comment:

Ummu Auni said...

aduh, saya yang baca pun terasa sekali.