Thursday, October 20, 2011

Resepi Ayam Lemak Ciliapi mudah

Ayam masak lemak cili api version 3 biji cili api saje :)

Just want to share betapa mudahnya nak masak ayam lemak cili api 'nogori' style.Dulu before menuntut resepi ni dari MIL, renyahnya nak buat lauk ni.It turns out rupanya nak lagi sedap lagi simple aje caranya.But still...cooking with patience ya kawan-kawan :).No shortcut.Nanti jadi lain.

Okeh...jom tengok resepi dan caranya :

Bahan:

  1. Ayam (suka atilah berapa ketul,tapi nisbah nya 1 ekor ayam = 2 biji kelapa)
  2. Kelapa (nak  sedap sila perah ya,kalau yg guna santan kotak...sila agak2x sendirilah..saya tak tau sukatannya..sorry sgt2x...blom abis menuntut...hehehehe)
  3. lebih kurang 10 biji cili api kalau nak menyengat.Kalau nak bagi budak2x..3 biji dah cukup.Pendek kata sila pandai2xlah agak nak pedas mana. :)
  4. 3-4 keping Asam keping (sila jgn taruk byk2x...masam terlebih karang)
  5. kentang (ikut kuah banyak mana...jgn sampai tak muat dalam periuk :)
  6. 3-4 batang serai
  7. kunyit 1-2 inchi (kunyit hidup tau)
  8. garam secukup rasa
  9. optional : sedikit stok ayam (yg kiub tuh)

Cara-caranya:

  1. Titik serai,tumbuk kunyit dan cili api hancur lumat dan gaulkan dengan ayam dalam periuk.
  2. Perap sekejap je,then dah boleh letak periuk atas api yang perlahan.
  3. Sila selalu balik-balikan ayam semasa sessi mengeringkan air ayam ni.(penting!)
  4. Masa masak ayam dengan bahan perapan ni,air ayam akan keluar.Tunggu sampai air ayam kering.
  5. Bila dah kering,boleh masukkan santan.
  6. Boleh masukkan kentang.
  7. Boleh masukkan asam keping.
  8. Garam dan perisa stok ayam.
  9. Tunggu sampai kentang empuk.


Senang je kan?Sila cuba ya!



Fresh orange without sugar yang menyegarkan :)


Nak resepi oren ni jugak ke?
Tak perlulah ya.
Blend aje buah limau tu. 
Dapatlah airnya :)



2 comments:

mummy Darin said...

yes, the original masak lemak cili api tidak menggunakan bawang...

hanis said...

kan mus...hehehe

dulu seriyes tak tau...buat masak lemak cili api mesti taruk bawang...

rupa2xnya tak payah pun...

lagik satu MIL suka buat daging lembu salai masak lemak cili api...sedap wooo :)