nak sihat punya pasal |
hari ni punya menu air buah for breakfast.Ada lebih lagi simpan utk diner malam kang pulak. |
Hari ni 10.10.2011 adalah hari lahir ibu saya.
Hari ni juga tamatlah juga profesennya sebagai guru tabika kemas yang telah berkhidmat sejak umur dia belasan tahun lagi.Maknanya hampir 30 tahun lebih dia berkhidmat kepada masyarakat.
Anak muridnya ada yang dah beranak-pinak.Tapi yang bestnya kalau terserempak dimana-mana semuanya akan panggil dia cikgu!Cikgu ingat saya lagi tak? (ni situasi kalau berjalan-jalan dgn ibu saya)
Selamat Hari Lahir ibu! (walaupun dia tak pandai bukak computer pun :))
Doa kaklong sentiasa untuk ibu tak kira waktu.
Semoga ibu dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik selalu supaya kaklong dapat lebih lagi membuat ibu bahagia.
Rindunya kat ibu saya!
4 comments:
itulah bertuahnya jadi cikgu. sampai bila2 org panggil cikgu. sama cam doktor. jasa depa ni sampai bila2 org kenang.
kak Mon
betul tu kak mon...
Kadang2x ada bekas anak murid dia datang cari ibu saya semata-mata nak jemput kenduri kawin dia..padahal ibu saya tu cikgu masa tadika jekkk....hehehe
ada yang datang rumah cari ibu saya bawak hadiah laa masa hari guru...bukan yg ibu saya tgh ajar...ni yg dah kerja...masuk u laa...dah kawinlaa...huhuhu...
itulah reward seorang cikgu bila dia mengajar anak murid dia kerana Allah...apa yg dia ajar kami anak2x dia...itulah yg ibu saya ajar kpd anak2x murid dia di tabika tu.Sikit pun takde kurangnya...kadang2x lebih lagi agaknya..
syoknya jadi cikgu yang berdedikasi. kita anak dua pun tunggang langgang
cikgu dulu2x kan...tak kiralah dari tabika sampai pensyarah dulu2x...mereka mmg ada "umphhhh" dalam bab mendidik.Rasanya sbb didikan mereka tu sgt ikhlas demi nak tgk anak2x didikan mereka semua berjaya bukan takat pelajaran je tapi berjaya juga bab akhlak mereka.
Post a Comment