Monday, April 5, 2010

Artikel dari www.abuanasmadani.com

Dah lama saya fikirkan perkara ni.Tapi saya tak pandai nak luahkan,apalagi nak ditulis begini siap dengan ayat2x quran.

Saya ada fb jugak.Tapi jarang sangat ke situ.Ada rasa2x tak berapa 'ngam' dgn fb ni.Biarlah saya dengan blog ni aje.

Saya ada member yang letak gambar beramai-ramai tapi 'tidak bertudung ' yang diambil ketika diasrama perempuan masa sekolah menengah dulu.Dan ada pula jejaka-jejaka yang memberi komen mengenai gambar tersebut.Tidakkan itu mengundang keburukan atau lebih tepat DOSA?

Hadith Abu Said r.a :
Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:
Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Tapi,Alhamdulillah ada yang menulis tentangnya.Pada saya benda yang tak elok dan akan mengundang keburukan memang perlu ditegur.



SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN
DAN DENGAN KESABARAN.


SALAM. Sekarang era FB, dulu kita cuma ada group aje, sekarang bertambah canggih. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja & students yang indah n tak mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak2nya, rumahnya n segala aktiviti yang ingin dikongsi.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya ada positif n negative, AWASLAH, jangan lupa batasan hukum Syariah dan adab susila. Sebelum ini permulaan tentang apa yang ingin diluahkan, mangsa tagging, semua orang bercakap tentang keburukan tagging photos sehingga terbuka segala aurat n rahsia, hasil kerajinan kawan/lawan.Sila lihat:

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486
Dan; http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555


Itu kerja orang, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan ingin sekali dikongsi dengan saudara/ri semua ialah pendedahan hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!! Ini reality bukan lagi fantasy, pasti adik-adik ku, kakak-kakak ku, my sisters in Islam, bukan SIS yang itu ye.. mengakulah, apabila tengok buka Fb kekawan yang lama tak tengok pasti ini terjadi..


1- Terkejut sungguh bila buka tengok gmbar kekawan (not all, but mostly la..) 'Ya Allah, bukankah si A ni dulu begini, tak sangka pula dah bertukar sarung, alamak ni betul ke si B yang bukan main sopan pakaiannya dulu.

Gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, janganlah dibubuh wahai akhawat!. Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga n rakan terdekat, okay tak terlepas hudud, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang gatal postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja n tanpa niat namanya.
Nabi SAW pernah bersabda:

Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: Hadis Hasan)


2- Taraf kita sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua kawan2ku, adik kakak ex MMP, UIA, juga dari seluruh sek men agama berprestij dari seluruh MSIA (malas nak sebut nama satu persatu), UM dengan Pendidikan Islamnya.hatta dari Azhar n Jordan, Juga untuk semua saudari Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse.


3- Zaman sek rendah ada di antara kita yang terawal bertudung pada zaman 70an yang masyarakatnya masih agak jahil dalam bertudung; tak caya tengok dalam foto facebook tu juga, betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!


4- After that sek men, dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, stokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect n sempurna pakaian muslimah solehah kita, masya’Allah! Then bila dah masuk univ, agak longgar n mula bertambah ‘Mo-den’ n up-to date, tapi masih terkawal dengan rules n regulations kolej, akhirnya grad n bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat n memahami jiwa yang sama2 inginkan kebebasan n keluar dari label golongan sek agama atau ustaz/ustazah!!! Bukan nk suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.


5- Jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dll. Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!


6- Untuk golongan lelaki pula si suami2, tak kira apa career anda sekarang, ustaz/loyar atau apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul. Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 shj putuskan!

Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik? Pakaian, mekap n lifestyle kita n isteri tak perlu diambil tahu n dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih menutup rambut, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja? Sedih hati n sakit mata melihat kekawanku ustzah-ustazah kita (gelaran ini not just by profession ye) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’ u!), berbaju ketat n singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja!

Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga,

TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri n Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JGN KATA TAK TAHU BATASAN N BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN Allah SWT?


7- Okaylah untuk si suami kekawanku yang tiada asas pendididikan agama, kononnya (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum). Bukankah kamu berkenan n jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 n diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi n globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya.

Ingatlah: maksud hadis: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang org2 di bawah jagaannya. Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu n Islam sejak lahir. Muallaf pun tahu n di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah.


8- Wallahi, rasa nak ‘teriyak’ tengok gambr dulu n kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek rendah n men yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah; mungkin kalian bangga n megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf n diri sendiri.


9- Lepas ni moga boleh cek gmbar masing2, mana2 yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang n simpan untuk tatapan n kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan n pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustazah lebih2 lagi, kalau bukan ustazah by profession atau sijil pun, by nature n basically kita semua ni boleh dikatakan ustazah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.


10- Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya Laman Sosial, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia kita ini dh nak masuk group warga. Pun.


11- Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik n sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:

'Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?' [Fathir: 37].

Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai '40 tahun', manakala tanda peringatan itu pula ialah 'uban'. Wallahu a’lam.


p/s: memang saya tak berapa suka FB!

2 comments:

ummi said...

good insight. mengingati. cuma kawan2 lama suka letak gambar lama2 yang akak belum bertudung. agak lewat mula.. umur nak masuk 20 baru bertudung...

hanis said...

saya pun ada kes gitu la kak.adala sorang dua member yg letak gambar tak bertudung.Masalahnya gambar tu masa kat asrama pompuan.Memanglah tak pakai tudung kan.Tak sangka lak ada yang sengaja2x letak.Kot ye pon nak show dia punye pic,bleh hitamkan ke,blurkan ke pic org lain.Mmg rasa marah sgtla masa tgk gambar tuh ada kat fb.Siap ada bdk lelaki komen2x lagi.

Bila cite kat en.suami,hehehe cemburu abih.Mana taknye gambo isterinya tak bertudung dipamer2xkan.Nak buat camne.Orang punya hal,kita pun terkait sama.Susah tul.