Thursday, April 1, 2010

Library

Galakkan Anak Membaca

Sumber : Dunia Perkahwinan Wordpress

BUDAYA membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya.

Untuk itu, usaha haruslah seiring dengan keinginan. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai ‘ulat buku’.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak manakala kesannya hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.

Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka.

Menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara, pasti anak akan cepat ‘menangkap’ dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan.
Bagaimana ibu bapa hendak membantu anak ke arah melahirkan masyarakat membaca?

Beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak dan mungkin berguna buat ibu bapa.


* Ibu bapa boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak-anak mendapati ada buku yang diperlukan di hadapan matanya, maka dia akan membaca buku dengan lebih bersemangat.


* Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.

Jangan memaksa anak membaca jika mereka tidak suka. Namun, sedaya mungkin cuba terapkan amalan suka membaca dalam diri mereka menerusi pelbagai bahan bacaan termasuk buku dan akhbar.
* Galakkan anak anda membaca kepada anda.
Apabila anak berbuat demikian, jangan lupa memuji usahanya itu. Walaupun nampak kecil, ia amat berharga untuk si kecil. Sesekali, cuba mencari bahan bacaan dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta galakkan mereka menguasai dua bahasa berkenaan.
* Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.

Sewaktu menaiki kenderaan, tentu banyak papan tanda yang mempunyai tulisan. Sambil duduk di dalam kereta, apa salahnya meminta anak membacakan untuk anda atau anda boleh membacakannya untuk mereka.
Ia umpama galakan untuk mereka. Selain persekitaran di jalan raya, tulisan pada bungkusan makanan dibeli pun boleh dijadikan perantara untuk menggalakkan si kecil membaca.
* Simpan bahan bacaan dan tulisan di tempat yang mudah diambil.

Buku, majalah, pensil dan kertas harus disimpan di tempat yang mudah untuk mereka ambil.
* Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.

Jika anak-anak anda menunjukkan tanda kurang berminat untuk membaca, jangan memaksa mereka membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan supaya anak dapat memupuk minat membaca.
Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan. Dikhuatiri, si kecil itu lari daripada tabiat suka membaca dan cuba mencari inisiatif lain.

* Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.

Tahap keupayaan anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik sekalipun kembar seiras. Ada antara mereka cepat menerima apa yang diajar dan sebaliknya.
Kadangkala anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tetapi menonjol pada masa akan datang.

Tidak perlu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain walaupun anak ada kelebihan tersendiri. Setelah ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakal.

* Merangsang semangat membaca anak dengan hadiah.

Kaedah menghormati anak ini dapat mendorong mereka untuk melakukan perbuatan baik. Imam Ghazali dalam Juz 3 Ihya Ulumuddin, berkata: “Jika tampak pada diri anak kecil budi pekerti yang bagus dan perbuatan terpuji, sangat perlu anak itu dihormati dan diberi hadiah yang menggembirakannya. Dia juga boleh dipuji di hadapan orang untuk mendorong supaya selalu berbudi pekerti baik dan berperi laku terpuji.”

* Menyiapkan suasana selesa, lingkungan yang bersih dan menyenangkan, pemandangan memikat, cahaya mencukupi dan peredaran udara nyaman kerana perkara itu dapat membantu membangkitkan minat membaca anak-anak.

* Menyediakan buku yang pelbagai untuk anak.




mr,Irfan Fahri dengan the-so-called-mini-library

takdelah library manenya punnn....
tapi cukuplah kot untuk membuatkan mereka berdua 'balik-balik tengok buku...balik-balik tengok buku' hihihihi ;)

5 comments:

ummi said...

tambahan... kita sendiri as ibu bapa perlu banyak membaca. kepimpinan melalui teladan.

dan betul, semua anak2 berbeza2.. hatta seibu seayah pun. kita sbg ibu tentulah orang pertama yang perasan berbezaan ini.

satu lagi, children can never have too many books. meaning, dapatkanlah buku biar sebanyak manapun..

hanis said...

ummi : betullllllllll sangat2x kak...
Kalau ada library kat umah sebesar padang bola pun....kalau mak ngan ayahnya dok ngadap tv...anak2x pun ngadap tv jugak sudahnya...library dalam kenangan je laaa :)

Ummu Auni said...

kalau baca buku freakonomics, to make a child better equipped, kena beli buku byk2 dan tayang sokmo dalam almari ke. yang ni memang positively related dgn child development.

kalau ikut study, kalau ibu/bapa membaca untuk anak sebelum tidur pun it doesn't stimulate reading sangat/increase child's performance. ni bukan saya kata, researchers yang kata :p

hanis said...

aini :

uishh 'freakonomics'...akak kene google dik oiii hehehe...seriess tak tau apa tuh...

nway..tayang buku mmg berkesan..specially yang memang diorang senang capai....

rak buku kecik dlm pic tuh letaknya depan tv...bdak2x ni mmg more ngadap rak tu dari tv(tak tau ler kalo sbb takde disney channel kan hehehe)...tapinya mmg suka laa tgk 2-2 bdk kecik tuh meniarap belek buku most of the time


baca buku sebelum tido lak sungguh jarang dibuat pasal selalu tertido tengah bf kan si irfan...at the same time kakaknya plak lena sebelah lagi...lepas tuh dalam tak sedar ibunya pun samelaa lena...hehehe

ummi said...

kannn... akak sejak2 rajin ngadap buku ni, barulah nampak anak2 suka buku. la ni si Kakak pulak asik ajak p kedai buku nak cari2 buku2 dia. she has sort of list already apa nak beli.