Wednesday, April 28, 2010

Rasa-rasa ni ok tak?

Assalamualaikum wbt


Tadi belek2x email terjumpa orang tanya pasal benda alah kat bawah ni.



So anyone yang ada pengalaman makan fenugreek ni?
Bleh share?
Erk lagi satu halal dok?
Susu ok lagi...cuma gatal2x nak rasa makan kapsul di atas supaya kilang susuku bekerja dgn lebih keras.Huhuhuhu.
Ok ke tak berapa ok?
Minta view kawan2x ek..yg terer bab2x bfeed ni lagilah dialu-alukan.

Monday, April 26, 2010

Hikmah


Assalamualaikum wbt


Belajar untuk memahami hikmah disebalik sesuatu yang terjadi.

Sepanjang minggu lepas dari hari isnin sampai jumaat kami merancang macam-macam plan.Macam-macam pelan tindakan di draft.Dari nak jalan-jalan,makan,beli apa yang patut,cari apa yang patut,mengerjakan apa yang patut dgn hal2x dalam rumah ni sampailah rutin2x asas basuh kain,gosok baju.


Sudahnya...

Dua hari cuti kami rilek aja.Hehehe.Lepak2x depan tv,main dgn anak-anak,keluar makan sekejap,tidur.Memang tak buat apa-apa pun.Sangat santai.Sangat rehat.

Heaven sungguh.

Allah jualah perancang yang maha hebat.Dan Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk kita.


Hari ini kami mulakan rutin harian dengan perasaan yang sungguh bahagia,selesa,tenang dan segar.

Alhamdulillah,syukur kepada Allah di atas nikmat rehat yang dikurniakan pada hari minggu yang lepas.


Tidakkah sudah sangat jelas setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Tapi ramai antara kita masih merungut dengan apa yang terjadi kepada mereka maupun dengan apa yang mereka ada.

Belajarlah memahami sifat Pengasih dan Penyayang ALLAH.InsyaALLAH kita akan bahagia.


p/s : siapa tengok Halaqah semalam?Tajuk 'kejadian Adam".Best kan....sukalah dgn 2-2 panel tuh.Perbincangan yang sangat berilmiah.Good job lah tv9!

Friday, April 23, 2010

Puding oh puding


Assalamualaikum wbt


Yezzzaaaaaaa.....


Alhamdulillah.
Pagi ni, puding diraja dah pun licin!!!
Ada permintaan lagi.
InsyaALLAH ibu buat lagi lain kali bila datang 'angin rajin' ibu yek.


Semalamlah datang 'angin rajin' ibu tuh.Kakak balik dari taski,terus ke kedai,terus beli susu cair,terus balik rumah,terus start buat puding.Non-stop okeh.

Tak sempat nak snap gambo masa puding tu masih sempurna.Tu dah tinggal suku jek.

Rasanya kalo google,puding diraja ni dimakan ngan roti jala.Hemmm tak pernah try pun.Selalu makan puding ni gini jek.

Sungguh yummieh......

Tapi pada yang tak berapa suka puding lembut (tak bleh potong) atau rasa susu cair tuh...mungkin tak gemar kot puding nih.

Orait..seperti yang diwar-warkan kat sini hal puding2x ni ,ni bahan2x and cara nak buatnya.Sangat simple.


Bahan-bahan :

1.Setin susu cair apa pun jenama bleh kot...tp saya guna f&n.

2.2 sudu besar custard (bancuh sikit ngan air dalam cawan)

3.Sebiji kuning telur sahaja.

********Gula 2 sudu.Kalo nak manis lebih sikitlah...sya buat 2 sudu tu pun dah manis dah

4.Pisang (saya ni bantai jek pisang apa tah..tak kenal jenis pisang sgt),tapi kalo kenal cari pisang
lemak manis...itu yg paling sesuai.Pisang yang kita makan utk diet2x tu pun bleh.Pisang montel pun bleh kot.Try2x je la.Tapi jgn ler pisang yg ada biji tuh.

5.Optional : bleh tambah kismis

6.Bleh tambah buah2x yg dipotong dadu mcm epal ke...strawberi ke...(ni saya agak je laa..mesti rasa dia lagi best)

7.Bleh tambah kekacang jugak kot mcm badam ke..kacang yg pjg yg letak dlm abc tuh...ishh apa namanya tah.Bukan kcg merah tu.

8.Pendek cerita...korang bleh cuba2xlah tambah apa yg korang rasa ngam dgn rasa pisang + susu cair.Ikutla kretibiti korang.


Cara membuatnya:

Pisang tu korang belah 2.Goreng guna minyak sikit.Lagi garing lagi best rasanya.kaler pun cantik.

Masa pisang tu baru lepas digoreng,tabur gula sikit atas dia ek.Ketepikan sekejap.

Letak susu cair dalam periuk.Masukkan gula.Masukkan kuning telur.Kacau atas api perlahan.
Bila agak2x dah panas tuh...masukkan custard tadi sambil kacau slow2x.Bila dah jadi likat tuh sila tutup api and tuang dalam bekas cun yang korang ada.

Eh sebelum tuang tu..kalo korang nak susun buah ke..kacang ke kat bahagian bwh tuh bleh la.Lepas tu tuang puding tadi.

Kalo nak letak dlm cawan pun bleh.Ala macam kat hotel2x buffet tuh.kan puding diorg dalam cawan.Dalam sudu.hehehe ikut korang ler.

And last part sila susun pisang yg dah digoreng tadi dgn lawo okeh.Pastu sejukkan dlm petiais.





Selamat mencuba yek.

Monday, April 19, 2010

2 minggu yang lepas


Assalamualaikum wbt


Iyer...

Ni hasil 'kerajinan' saya 2 minggu lepas.
Yang tak rajinnya adalah nak memblogkan tentangnya.
Hehehe.


Menu A : Puding roti berpisang emas.(hermmm best gak nama menu gini ek :))

Sebab buat puding adalah kerana setin susu cair yang telah lama diperam dalam 'gobok' (baca : almari) sudah hampir tarikh luputnya.

psssttt...sebenarnya senarionya macam hari ni saya buat puding,esok luput.Hahaha.High risk tuh.Lantakla labu.Tapi saya dah test2x dulula rasa susu tu b4 guna utk puding tuh.

Ala...dah selamat dah pun.

Pisang emas yang ditabur atas tu adalah hiasan mulanya.Tapi rupanya memang sedap letak pisang ni.Yelah puding tu kan manis lemak pastuh pisang emas tu ada masam2x sikit.Kira bila gabung rasa tu memang ummphhh la.


Sebenarnya ni ler pes time eden buat puding bakar2x ni.Selalunya puding yang tak payah bakar2x...tuang itu,masukkan ini...kacau sebati...tabur itu ini...pastu sumbat dalam peti ais.Siap.Gitu je yang eden selalu buat.


Disebab puding roti ni sangatlah dipuji-puji oleh En.H(bab puji masakan en.H mmg terrer sebab kalo tak puji nanti isteri dia tak mahu buat lagi..regardless sedap atau tidak) hehehehe,kira semangatlah juga daku ingin membuatnya lain kali.


Resepi?Google aje.Saya cari yang mana paling minima bahan2xnya.Hehehe.Jimat.Janji sedap.







Menu B : Ikan selar bakar (...hampir hangit :)... ) + cicah kicap bawang cili(apa nama benda alah ni sebenarnya ek)


Ni menu malas namanya.Memang saya malas masak sangat hari buat ikan bakar ni(tapi rajin plak buat puding - terpaksa namanya sbb sayang kat susu cair yang nak luput tarikh tuh huhuhuh).Tapi yang malas ni ler yang sihat.Ye tak.Kurang lemak.Kurang kolestrol.Makan plak ngan ulam cicah belacan dan nasi panas2x.Fuhhh..terangkat gitu.


So lepas ni nak cuba buat puding diraja plak.Korang nak resepi?Hehehe kene tunggu saya try buat dulu la so saya bleh bagi exact amaun bahan2xnya.Resepi ni mmg dari istana pahang tau.Kalo google ada kot.Tapi apa2x pun saya nak try buat dulu.Kita tunggu.....(entah bila laa nak try ni hehehehe)



Tuesday, April 13, 2010

Mudah

Assalamualaikum wbt


Salam hari selasa!
Moga tenang,bahagia dan gembira.

Seronok pagi tadi dapat bangun awal sikit dan boleh terus buat apa yang patut pagi2x ni.(selalu kalau terjaga pun perlu bfeed si kecik dulu setengah jam).Pagi tadi dia lena terus.Semuanya smooth aje.Syukur.


Menu pagi ni nasi goreng(nasi semalam) dan bihun goreng.

Siap tupperwarekan bihun untuk En.H
Siap bekalkan kakak juga untuk dibawa ke taski.


pic googled


Kehebatan "rabbi yasir wala tua'sir".
Mohon ALLAH permudahkan apa pun jua urusan kita.

Walau sekecil-kecil perkara seperti menyediakan sarapan.

Cubalah amalkan.Tak rugi.Banyak berkatnya.

Wednesday, April 7, 2010

small-small things

Assalamualaikum


Kadang-kadang dia buat.Jarang.Tapi bila dia rajin buat bahagianya rasa.

Kata orang 'those small-small things' memaniskan alam rumahtangga.

Pagi tadi nak bancuh air TA kat dia,tengok gula dah direfill.Tengok susu untuk kami yang semakin tua(baca:anlene 19-50yrs) dah direfill juga.Tinggal horlicks je tak direfillnya.

Tak cukup rajin nih :p

Anyway...terima kasih bang ye.


yang ada kat umah kami bekas plastik jek....
teringin jugak yang ada kat rak IKEA tuh....hehehe


In case kalau tertanya-tanya,bekas bahan-bahan untuk buat air kami (baca: canister) kecik aje.Itu pasal harus direfill bila sampai waktunya.

p/s: rasa bahagialah bila benda-benda macam tu tak payah kita bising2x mintak tolong dia buatkan.(baca: berleter) ;)

Tuesday, April 6, 2010

SUAMI SOLEH, ISTERI SOLEHAH


Assalamualaikum wbt.

Saya berblog-hop.Saya terbaca ini.Saya suka.Saya pun tampal disini.

Untuk aini,
'dik, akak copy sikit yek ayat kat bawah ni.Nak buat ayat indah gini tak reti :)'.

Petikan diambil dari sini.

“Tapi perlu diingat satu fakta yang sering terpinggir dari perhatian ramai bagi seorang isteri untuk jadi solehah,” tiba-tiba suami kembali bersuara.

“Apa dia, bang?”saya menyoal penuh tanda tanya.

Formula terbaik untuk menjadi isteri solehah adalah mempunyai suami yang soleh, kerana jika seorang isteri ingin menjadi solehah, ia amat sukar tanpa suami yang soleh,” tegas suami.

“Malah segala kebaikan isteri dan ciri-ciri solehahnya boleh sahaja disalah gunakan oleh si suami yang tidak soleh hingga akhirnya dia dizalimi,” tambah suami lagi sambil membetulkan cermin matanya.

Monday, April 5, 2010

Artikel dari www.abuanasmadani.com

Dah lama saya fikirkan perkara ni.Tapi saya tak pandai nak luahkan,apalagi nak ditulis begini siap dengan ayat2x quran.

Saya ada fb jugak.Tapi jarang sangat ke situ.Ada rasa2x tak berapa 'ngam' dgn fb ni.Biarlah saya dengan blog ni aje.

Saya ada member yang letak gambar beramai-ramai tapi 'tidak bertudung ' yang diambil ketika diasrama perempuan masa sekolah menengah dulu.Dan ada pula jejaka-jejaka yang memberi komen mengenai gambar tersebut.Tidakkan itu mengundang keburukan atau lebih tepat DOSA?

Hadith Abu Said r.a :
Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:
Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

Tapi,Alhamdulillah ada yang menulis tentangnya.Pada saya benda yang tak elok dan akan mengundang keburukan memang perlu ditegur.



SALING INGAT MEMPERINGATI KE ARAH KEBAIKAN
DAN DENGAN KESABARAN.


SALAM. Sekarang era FB, dulu kita cuma ada group aje, sekarang bertambah canggih. Seronoknya apabila terjumpa semula kekawan lama di alam maya, bertanya khabar & bertukar cerita terkini, mengimbau kenangan silam, zaman remaja & students yang indah n tak mungkin berulang kembali. Boleh pula tengok foto terkini dengan anak2nya, rumahnya n segala aktiviti yang ingin dikongsi.

Zaman globalisasi menguasai hidup kita kini, semuanya ada positif n negative, AWASLAH, jangan lupa batasan hukum Syariah dan adab susila. Sebelum ini permulaan tentang apa yang ingin diluahkan, mangsa tagging, semua orang bercakap tentang keburukan tagging photos sehingga terbuka segala aurat n rahsia, hasil kerajinan kawan/lawan.Sila lihat:

FACEBOOK: Photos & Tagging Yang Mengundang Dosa

Sila ke; http://abuumair1.wordpress.com/2010/03/04/facebook-photos-tagging-yang-mengundang-dosa/#more-2486
Dan; http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/#more-1555


Itu kerja orang, tetapi apa yang lebih mendukacitakan, dan ingin sekali dikongsi dengan saudara/ri semua ialah pendedahan hasil buah tangan diri kita sendiri yang tidak segan silu membuka pekong di dada!! Ini reality bukan lagi fantasy, pasti adik-adik ku, kakak-kakak ku, my sisters in Islam, bukan SIS yang itu ye.. mengakulah, apabila tengok buka Fb kekawan yang lama tak tengok pasti ini terjadi..


1- Terkejut sungguh bila buka tengok gmbar kekawan (not all, but mostly la..) 'Ya Allah, bukankah si A ni dulu begini, tak sangka pula dah bertukar sarung, alamak ni betul ke si B yang bukan main sopan pakaiannya dulu.

Gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, janganlah dibubuh wahai akhawat!. Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga n rakan terdekat, okay tak terlepas hudud, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang gatal postkannya di Fb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja n tanpa niat namanya.
Nabi SAW pernah bersabda:

Ertinya: Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya (Riwayat Imam Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: Hadis Hasan)


2- Taraf kita sebagai pelajar sekolah agama yang berasaskan pendidikan Islam (terus terang ditujukan kepada semua kawan2ku, adik kakak ex MMP, UIA, juga dari seluruh sek men agama berprestij dari seluruh MSIA (malas nak sebut nama satu persatu), UM dengan Pendidikan Islamnya.hatta dari Azhar n Jordan, Juga untuk semua saudari Islam, tak kira apa pendidikan (persekolahan) anda, tapi yang penting kamu adalah seorang Islam yang sedar dan tahu hukum-hakamnya. Don’t try to make any excuse.


3- Zaman sek rendah ada di antara kita yang terawal bertudung pada zaman 70an yang masyarakatnya masih agak jahil dalam bertudung; tak caya tengok dalam foto facebook tu juga, betapa hebatnya transformasi yang berlaku!!


4- After that sek men, dengan tudung bulat matako dan jersinya, setengahnya berdagu lagi, stokin tebal yang panjang, zaman ni mungkin paling perfect n sempurna pakaian muslimah solehah kita, masya’Allah! Then bila dah masuk univ, agak longgar n mula bertambah ‘Mo-den’ n up-to date, tapi masih terkawal dengan rules n regulations kolej, akhirnya grad n bercareer, anda bebas tapi mungkin tak secanggih today selepas bersuami yang hebat n memahami jiwa yang sama2 inginkan kebebasan n keluar dari label golongan sek agama atau ustaz/ustazah!!! Bukan nk suruh masih ber’jersey’ or ber’matako’, tapi yang sewajarnya lah, tepuk dada tanya iman masing-masing.


5- Jangan kata suka-suka sahaja sesama FEMALE FRENS, boleh kata semua orang ada kawan FB lelaki yang bukan mahram, tak termasuk lagi, kawan suami, suami kawan dll. Astaghfirullahal ‘Azim. Di mana asas ilmu dan iman yang ditanamkan oleh ibu bapa kita sejak kita kecil lagi? Bukan lagi salah ibu bapa yang telah memberikan kita didikan AGAMA sejak dari kecil, tapi salah Fb kot!


6- Untuk golongan lelaki pula si suami2, tak kira apa career anda sekarang, ustaz/loyar atau apa2 professional, pantaulah anak isteri, bertanggung jawablah dengan amanah yang dipikul. Jangan hanya berdengung: Benda yang kecik2 my wife yang decide, I masalah2 yang besar2 shj putuskan!

Apakah menjaga Syariah Allah itu kecik? Pakaian, mekap n lifestyle kita n isteri tak perlu diambil tahu n dipedulikan?? Bebas nak pakai apa asal masih menutup rambut, aurat yang lain terdedah atau hanya dibungkus sahaja? Sedih hati n sakit mata melihat kekawanku ustzah-ustazah kita (gelaran ini not just by profession ye) berseluar ketat (BAHKAN BER’JEANS’ u!), berbaju ketat n singkat, ber t-shirt lengan pendek, ada yang bungkus tangan dengan ‘setongan’ sahaja, tak kurang juga yang togel begitu sahaja!

Fesyen baju tak usah kiralah, mungkin waktu itu bersama keluarga,

TETAPI YANG MENYEDIHKANNYA KENAPA SANGGUP MENGAIBKAN DIRI DAN MENJATUHKAN MARUAH diri n Islam DENGAN MEM-PUBLISHNYA UNTUK TATAPAN UMUM, OPEN TO PUBLIC??? JGN KATA TAK TAHU BATASAN N BAGAIMANA PAKAIAN WANITA ISLAM, BATASAN AURAT YANG TELAH DIJELASKAN Allah SWT?


7- Okaylah untuk si suami kekawanku yang tiada asas pendididikan agama, kononnya (sebenarnya asas agama semua dah ada, alhmdulillah semua Islam dan tahu hukum). Bukankah kamu berkenan n jatuh hati kepada si dia itu kerana tudungnya dulu, kerana sopannya pakaian muslimahnya? Berkenan untuk dijadikan suri membimbing anak2 n diri, membina keluarga mukmin?? Tetapi sekarang nampaknya semua dah sama2 hanyut dalam arus modenisasi n globalisasi, bukan lagi yang mempunyai basic agama memberi kesan positif kepada pasangannya tetapi seolah-olah sebaliknya.

Ingatlah: maksud hadis: Setiap kamu adalah pemimpin yang akan ditanya tentang org2 di bawah jagaannya. Isteri dan keluarga adalah di bawah tangungjawab suami!!! Mustahil tak tahu hukum kalau dah Melayu n Islam sejak lahir. Muallaf pun tahu n di ajar semuanya sekarang ni. Kalau tak tahu, belajarlah.


8- Wallahi, rasa nak ‘teriyak’ tengok gambr dulu n kini, tak rasa malu pula bubuh gambar zaman sek rendah n men yang begitu sopan, lepas tu gambar terkini yang WOW!!! Faham-faham sendirilah; mungkin kalian bangga n megah dengan transformasi itu, tapi pada hakikatnya ia adalah sesuatu yang merendahkan taraf n diri sendiri.


9- Lepas ni moga boleh cek gmbar masing2, mana2 yang rasa tak lulus guidelines Syariah, silalah buang n simpan untuk tatapan n kenangan peribadi. Jangan gambar aje, ubahlah penampilan n pakaian kita, tak kira apa saja anda sekarang, kalau ustazah lebih2 lagi, kalau bukan ustazah by profession atau sijil pun, by nature n basically kita semua ni boleh dikatakan ustazah, ayah2 kita kebanyakannya, ustaz2, tok2 imam, tok2 lebai dan yang sejenis dengan nya.


10- Juga jangan kita terlalu ghairah, memuatkan semua foto2, apa saja aktivti hidup dishare umum, ingatlah fb inipun namanya Laman Sosial, kita bukan lagi remaja belasan tahun yang masih belum jelas halatuju hidupnya, usia kita ini dh nak masuk group warga. Pun.


11- Maaflah jika terasa, memang nak suruh muhasabah pun, bukan juga merasakan diri ini lebih baik n sempurna, tetapi sebagai peringatan untuk diri sendiri juga agar sentiasa lebih-lebih berhati dan tidak melangkaui batasan yang telah ditetapkan-NYA!
Akhirnya, ingatlah firman Allah yang bermaksud:

'Dan apakah kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan?' [Fathir: 37].

Sebahagian ahli tafsir mengatakan panjang umur itu ialah apabila telah sampai '40 tahun', manakala tanda peringatan itu pula ialah 'uban'. Wallahu a’lam.


p/s: memang saya tak berapa suka FB!

Thursday, April 1, 2010

Library

Galakkan Anak Membaca

Sumber : Dunia Perkahwinan Wordpress

BUDAYA membaca seharusnya bermula dan disemai sejak anak masih kecil. Ibu bapa yang prihatin seharusnya mempunyai pandangan yang kritis terhadap budaya dan tabiat membaca anak mereka apatah lagi ramai yang mahukan anak mereka berjaya.

Untuk itu, usaha haruslah seiring dengan keinginan. Antara usaha yang boleh dilakukan adalah menjadikan anak sebagai ‘ulat buku’.

Tidak semua anak dilahirkan bijak. Kebanyakan anak dididik untuk menjadi bijak manakala kesannya hanya boleh dilihat dan dinilai setelah beberapa tahun.

Membaca cerita adalah salah satu cara yang penting bagi ibu bapa membantu anak mereka belajar membaca. Apa saja jenis buku boleh dibaca asalkan sesuai dengan peringkat usia mereka.

Menggunakan ekspresi gaya terutama sekali suara, pasti anak akan cepat ‘menangkap’ dan kadangkala terkejut dengan reaksi yang diberikan.
Bagaimana ibu bapa hendak membantu anak ke arah melahirkan masyarakat membaca?

Beberapa saranan berikut boleh dijadikan panduan untuk menyemai budaya membaca di kalangan anak-anak dan mungkin berguna buat ibu bapa.


* Ibu bapa boleh mengambil inisiatif untuk mewujudkan perpustakaan kecil di rumah. Apabila anak-anak mendapati ada buku yang diperlukan di hadapan matanya, maka dia akan membaca buku dengan lebih bersemangat.


* Biarkan anak melihat anda membaca sebagai satu keseronokan.

Jangan memaksa anak membaca jika mereka tidak suka. Namun, sedaya mungkin cuba terapkan amalan suka membaca dalam diri mereka menerusi pelbagai bahan bacaan termasuk buku dan akhbar.
* Galakkan anak anda membaca kepada anda.
Apabila anak berbuat demikian, jangan lupa memuji usahanya itu. Walaupun nampak kecil, ia amat berharga untuk si kecil. Sesekali, cuba mencari bahan bacaan dalam bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan bahasa Arab serta galakkan mereka menguasai dua bahasa berkenaan.
* Tunjukkan benda sekeliling anda yang ada tanda tulisan.

Sewaktu menaiki kenderaan, tentu banyak papan tanda yang mempunyai tulisan. Sambil duduk di dalam kereta, apa salahnya meminta anak membacakan untuk anda atau anda boleh membacakannya untuk mereka.
Ia umpama galakan untuk mereka. Selain persekitaran di jalan raya, tulisan pada bungkusan makanan dibeli pun boleh dijadikan perantara untuk menggalakkan si kecil membaca.
* Simpan bahan bacaan dan tulisan di tempat yang mudah diambil.

Buku, majalah, pensil dan kertas harus disimpan di tempat yang mudah untuk mereka ambil.
* Jangan jadikan waktu membaca sebagai ugutan.

Jika anak-anak anda menunjukkan tanda kurang berminat untuk membaca, jangan memaksa mereka membaca. Cuba jadikan masa membaca masa yang menyeronokkan supaya anak dapat memupuk minat membaca.
Jangan jadikan masa membaca seolah-olah masa yang menggerunkan. Dikhuatiri, si kecil itu lari daripada tabiat suka membaca dan cuba mencari inisiatif lain.

* Jangan membandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain.

Tahap keupayaan anak tidak sama walaupun mereka adik-beradik sekalipun kembar seiras. Ada antara mereka cepat menerima apa yang diajar dan sebaliknya.
Kadangkala anak pintar tidak menunjukkan prestasinya sekarang tetapi menonjol pada masa akan datang.

Tidak perlu membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain walaupun anak ada kelebihan tersendiri. Setelah ibu bapa berusaha yang terbaik untuk anak-anak, berdoa dan bertawakal.

* Merangsang semangat membaca anak dengan hadiah.

Kaedah menghormati anak ini dapat mendorong mereka untuk melakukan perbuatan baik. Imam Ghazali dalam Juz 3 Ihya Ulumuddin, berkata: “Jika tampak pada diri anak kecil budi pekerti yang bagus dan perbuatan terpuji, sangat perlu anak itu dihormati dan diberi hadiah yang menggembirakannya. Dia juga boleh dipuji di hadapan orang untuk mendorong supaya selalu berbudi pekerti baik dan berperi laku terpuji.”

* Menyiapkan suasana selesa, lingkungan yang bersih dan menyenangkan, pemandangan memikat, cahaya mencukupi dan peredaran udara nyaman kerana perkara itu dapat membantu membangkitkan minat membaca anak-anak.

* Menyediakan buku yang pelbagai untuk anak.




mr,Irfan Fahri dengan the-so-called-mini-library

takdelah library manenya punnn....
tapi cukuplah kot untuk membuatkan mereka berdua 'balik-balik tengok buku...balik-balik tengok buku' hihihihi ;)

copy and paste

Assalamualaikum wbt


Untuk teman-teman yang pakai kad hutang(baca : kad kredit).

(hasil tulisan telah dicopy dari sini http://ondscene.blogspot.com)


Awas - Panggilan Misteri Kad Kredit Untuk Menipu

Seorang rakan dengan nada cemas, menelefon saya meminta bantuan masalah yang dihadapinya.

Semuanya gara-gara kad kredit...

Begini kesnya:

Rakan ini mempunyai kad kredit yang dikeluarkan oleh Bank A dengan had kredit kurang dari RM10,000.

Pada suatu hari, dia menerima panggilan telefon dari seseorang yang saya kategorikan sebagai penjenayah.

Penjenayah 1 - Encik, saya dari Bank B, ingin meminta pengesahan mengenai pembelian barangan menggunakan kad kredit encik ini.

Rakan - Pembelian barang? Saya tidak membeli apa-apa barang. Kad kredit ada pada saya.

Penjenayah 1- Kami sedang menunggu kelulusan encik untuk 'approve' penggunaan kad kredit ini. Had limit encik sudah melebihi, sebab itu kami menelefon untuk kepastian.

Rakan - Apa yang saya beli? Saya tidak pernah ada kad kredit dari Bank B.

Penjenayah 1 - Maaf, tapi kad kredit encik ini 'Gold Card', had limit dah melebihi RM20,000. Baru tadi ada satu lagi transaksi RM5000. Itu dah diluluskan.

Rakan - Macamana boleh berlaku ? Di mana transaksi itu berlaku?

Penjenayah 1- Di KLIA. Kalau macam tu, kad kredit encik mungkin telah dipalsukan. Kami perlukan maklumat lanjut untuk membantu encik.

Rakan - Saya kena buat laporan polis dan Bank Negara.Ada orang salahgunakan maklumat diri saya.

Penjenayah 1- Ok, encik jangan bimbang. Saya akan sambungkan encik dengan pegawai di Bank Negara untuk membantu encik.

Panggilan diletakkan dalam 'on-hold' dan beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara.

Penjenayah 2 - Saya Penjenayah 2 dari Bank Negara. Ok, encik jangan risau. Kami akan pantau keadaan ini, tetapi encik jangan buat apa-apa laporan polis lagi. Tunggu dalam tempoh 3 hari.

Rakan - Kenapa tak boleh buat laporan polis?

Penjenayah 2 - Oh, itu prosedur kami, kerana kami tidak mahu penjenayah lari atau tahu dia sedang dikesan. Untuk itu, kami perlukan butiran encik seperti nama penuh, alamat, maklumat kad kredit dan butiran lain.

Oleh kerana cemas, panik dan risau, maka tanpa teragak-agak, rakan itu memberikan butiran seperti yang diminta. Maka bocorlah berbagai maklumat yang tak sepatutnya kepada orang yang tak dikenali.

Sebaik menceritakan keadaan itu kepada saya, saya meminta dia melaporkan kepada polis kerana panggilan itu adalah penipuan semata-mata untuk mendapatkan maklumat untuk mereka palsukan kad kreditnya atau tujuan lain.

Panduan :

1. Panggilan kononnya dari bank untuk meminta kepastian penggunaan kad kredit itu sendiri sudah terang-terang penipuan.
Lojiknya ialah - pernahkah ketika anda gunakan kad kredit, tiba-tiba pihak bank telefon anda sendiri untuk mengesahkannya sedangkan anda tiadapun kad kredit dari Bank B itu.

2. Taktik penjenayah bahawa kad anda konon telah dipalsukan, berjaya membuatkan anda panik dan seolah-olah menyerah diri kepada Bank untuk membantu.

3. Begitu mudah Bank menyambungkan panggilan ke Bank Negara adalah merupakan satu lawak jenaka yang sepatutnya anda telah menyedari anda sedang ditipu.

4. Tempoh 3 hari supaya tidak membuat laporan polis, adalah juga lawak yang sepatutnya anda ambil serius. Sebenarnya, dalam tempoh 3 hari itulah akaun anda akan dikerjakan mereka.

5. Taktik ini sama seperti email scam , cuma bezanya, ia menggunakan telefon.

6.Menurut rakan saya, dia baru sahaja mendaftarkan nombor telefon barunya tidak sampai sebulan dengan sebuah syarikat telco, dan tiada siapa yang tahu nombor telefon itu. Dia pelik, bagaimana 'Bank' tahu nombor telefon itu sedangkan dia tidak pernah catat atau hebahkan nombor itu kepada sesiapa atau mana-mana pihak.

7. Anda tidak akan dapat menghubungi nombor yang membuat panggilan ke telefon bimbit anda kerana penjenayah menggunaakan 'private number' atau nombor yang tidak akan dapat anda dail semula.



p/s: yang tak pakai kad hutang tu....a BIG congratulation to u. ;)