Friday, March 27, 2009

Enam Terjunam

Enam Terjunam from ummi amin.... (sory ye ayu..lmbat jawab tag..ni kat kg ni :) )


1. Go to your photos folder in your computer.

2. Go to the 6th folder of photos.

3. Go to the 6th picture in that folder.

4. Put the picture on your blog and description of it.

5. Invite six friends to join the challenge.

6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Hasilnya.....

Pic Nathifa masa dia umur 2 yrs old ++. (lainnye dgn wajah sekarang ni ;) )

Nak invite ke?Takyahla ek.Sapa2x rajin bolehlah try.

Thursday, March 19, 2009

dengar ape ye?

Assalamualaikum

Salleh yaakob....abby fana.....raja azura.Celoteh diorang ni memang bestlah.Macam abby fana ni dia agak 'berpijak dibumi yg nyata' gaya tuturnya tapi masih berlapiklah.Saya suka dia dalam radio lagi drpd MHI.(tak taulah apa reasonnya).

Cerita pasal radio ni bukan apa....lately saya start my day (means lepas muah3x dkt En.H hantar dia ke pintu utk pergi kerja :) ) saya mesti nak dgr sinarfm pulak.Padahal bila saya start buat kerja rumah(provided budak kecik 2 org tu belom bangun lagi ler) bukan saya fokus sgt pun apa diorg bebel.Cuma terkadang tu adalah juga caller2x yg bercakap agak 'sinis',agak lantang atau ada topik best yg didiskus adalah saya pasang telinga juga.Mostly yg masuk telinga saya is lagu2x lama yg diorg pasang.
Kalau lagu2x standard sekarang ni mmg keluar balik telinga kiri ler ;).


Apesal ek?Dah tua benor ke saya ni...hehehe
Nak sedapkan hati saya fikir2x agaknya jiwa saya yg sentimental kottt :P.Berkemungkinanlah agaknya.Lagipun bila usia dah makin meningkat,kita lebih inginkan sesuatu yg slow,tenang dan mendamaikan hati. (eh tapi ada je yg dah TUA tapi ke kelab2x malam....dangdut gitu kan..kan).

Tapi dulu kan saya ni suka jugaklah dgr lagu2x Metalica tu.(Astagfirullah and saya tak bangga pun tentang ni).
Tapi tu dululah zaman 'nakal2x' masa kecik2x dulu :P.Alhamdulillah,sekarang lain dah.

Berbalik kepada sinarfm tadi kan.Ada satu lagu yang diorg suka mainkan.Tak taulah agaknya DJ tu yg suka lagu tu sebenarnya."Ayat-ayat Cinta by Rossa".Hari2x ada lagu tu rasanya.Tapi tak kisahlah sebab saya pun suka that song.

Tapi selalunya by 10-11 am je saya dah tak amik peduli dah kat sinarfm ni.Puteri n putera saya selalu dah bukak mata time ni.Start sibuk dgn diorg lah pulak.

Anyway....byk channel radio sekarang ni.Pilih je yg mana berkenan ditelinga.Ye dak?

Kawan2x tune radio ke channel mana pula?

p/s: seronoknya nak balik kampung....mandi pantai....piknik....makan seafood segar2x...keropok lekor.....makan 'sata'.....yahuuuuu !

Monday, March 16, 2009

Perasaan hebat!

Assalamualaikum

Semalam saya buat spaggeti.
Hari sebelumnya saya masak coklat muffin.
Hari sebelumnya lagi saya masak tom yam.

Eh! rasa rajin pulak minggu lepas yek.Minggu2x sebelumnya tu macam down je semangat memasak tu.Alhamdulillah dah pulih kot....hehehe.

Hari ni?

Satu kejayaan yang sungguh besar rasanya pasal saya berjaya masak 'ikan masak taucu' which is inilah pertama kalinya saya masak lauk guna taucu.(makan tu byk kali ler :P).Dah hampir 5 tahun berkahwin,tak pernah saya beli taucu pun.Reason....tak berani nak cuba,rasa macam susah je nak masak taucu ni.Hehehe...hakikatnya mudah yg amat.

Saya siap call En.H bagitau saya masak guna taucu for the 1st time in my life.And En.H pun siap pesan "jgn lupa tinggalkan untuk abg" :P.

Sis Tifa pun berselera juga masa makan tadi.

Actually taucu ni kacang soya masin sebenarnya.So....bertambah lagi lah list makanan/minuman saya untuk menambahkan susu badan.(tapi berkesan ke ek?) sebab kan takkan ler nak makan taucu gitu2x je....nak sakit buah pinggang ape?.Penggunaan nya sangat minimumlah untuk diletak dalam lauk tu.Tu pun masin yang amat.Hemm...takleh masuk listlah rasanya.Kita berbalik pada tempe je lah yek.Hehehe.

Sebut pasal kejayaan ni....sebenarnya hari-hari kita kene anggap kita telah berbuat sesuatu yang berjaya.Kita kene rasa kita hebat sebab dapat melakukannya dgn berjaya.Macam saya dapat masak taucu tu....hebat ape rasanya.(walau ramai giler org kat luar tu yg masak guna taucu..tak heran pun ;)).Bukan apa...endingnya kita akan sentiasa berfikiran positif utk membuat sesuatu yang lain pulak plus sentiasa bersemangat waja...chewah!

So kawan2x....apa jua yang anda berjaya lakukan hari ini...walau sekecil 'masak lauk taucu' fikirlah yang diri anda sememangnya hebat!

Dan jangan lupa menyatakan 'awak ni hebatlah' kepada orang2x yang anda sayangi juga.

Semoga kita dapat menyebarkan aura yang positif dgn byknya kepada org2x disekeliling kita.InsyaALLAH.

Thursday, March 12, 2009

Gosip ke mengumpat?

Assalamualaikum



InsyaALLAH
saya sambung pasal "formula elak mengumpat" daripada ustaz AA GYM.(ni daripada nota sayalah).

Formulanya adalah : BMT TENSOFAS

Benar - Apa yang dibicarakan itu perkara benar atau pun tidak?
Manfaat - Apa yang dibicarakan itu bermanfaat atau pun tidak?
Tidak menyakiti - Apa yang dibicarakan itu akan menyakiti hati org lain atau pun tidak? (kutuk org lah ni)

TEN -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu tenang
SO -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu sopan
FA -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu fasih (tak terjerit-jerit)
S -Bila berbicara dengan org lain secukupnya sahaja (tak berlebih-lebih)

So sebelum kita membuka mulut untuk berkata-kata eloklah kita kira2x dulu guna formula kat atas tu....and kalau jawapannya +ve bolehlah kita teruskan tapi kalau separuh2x je eloklah kita diam je rasanya yek.


HADIS2x RASULULLAH SAW BERKENAAN DENGAN PERINTAH MENJAGA LIDAH
(dicopy drpd http://ustazmelaka.net)

Di bawah ini mafhum hadis Rasulullah saw tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.

1- Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjada apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)

2- Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)

3- Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Tarmizi:2406)

4- Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kpa Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami. (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)

5- Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)

6- Daripada Ibnu Masud: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah” (lihat al-Targhib, jld 3:526-oleh al-Mundziri)

7- Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang keduan-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya drp yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Hal-1938)


p/s: buat puan limau....tabahkan hati ye.Lagi byk org bergosip pasal kita...alhamdulillah lagi banyak pahala lagi kurang dosa..kan..kan :). You go girl !!!

Wednesday, March 11, 2009

pencapaian hidup manusia

Assalamualaikum

Apakah erti nilai pencapaian hidup bagi kita semua?

Ada karier?
Bergaji besar?
Berpangkat besar?
Ada kereta & rumah besar?

atau

Dapat menjadi surirumah sepenuh masa?
Dapat menjaga anak-anak sepenuhnya?
Belajar sesuatu tentang hidup?
Mendapat hidayah daripadaNYA?


Rasa saya masing-masing ada jawapan dan pendapat mereka sendiri kan.

As for myself, inilah pencapaian hidup saya sebagai seorang isteri 'sepenuh masa' dan ibu 'sepenuh masa' dan saya sangat bersyukur diatas apa yang telah diatur olehNYA ini.This is the best untuk diri saya.Saya memilih untuk tidak bekerja kerana ALLAH,kerana ingin lebih dekat kepada kepadaNYA,kerana ingin merebut pahala sepenuhnya sebagai seorang isteri & ibu.No regret at all.

Untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi surirumah sepenuhnya........

"Semua yang terjadi kepada diri kita adalah hadiah yang terbaik buat kita drpd ALLAH,berbaik sangkalah kita kepada ALLAH"

Tuesday, March 10, 2009

Nota berguna

Assalamualaikum


Inilah Ustaz AA GYM

Seronok dapat tengok dan dengar penjelasan Ustaz AA GYM dekat channel Astro Oasis.Penuh dengan nasihat2x yang menyentuh hati sanubari saya.Saya catat dalam nota tau segala isi-isi yang saya rasa penting dan boleh dikongsi dengan kawan di sini.Harap bermanfaat kepada kita semua InsyaALLAH.

Ini antara apa yang ada dalam nota saya.


Saya adalah orang pertama yang akan membuat kebaikan.

Membuat kebaikan

mulai daripada..........Diri
mulai daripada..........Saat ini
mulai daripada..........hal-hal yang kecil

Dengan berpegang kepada prinsip iaitu "tidak ada apa yang kecil dalam pandangan ALLAH"

Contoh kebaikan.....hal yg simple2x...macam tolong kutip sampah dan senyum.Tapi ustaz tu cakap semua ni pun perlu berlatih juga.Ustaz AA sendiri berlatih untuk senyum selalu tu selama 6 bulan tau.

Next entry saya sambung pulak pasal formula BMT TENSOFAS :formula untuk mengelak daripada berbicara hal-hal yang tidak bermanfaat InsyaALLAH.

Sunday, March 8, 2009

Wajah si dia

En.Irfan dah pandai senyum,sengih,gelak specially bila nampak ibu.
Almaklumlah ibu ni his only source of food kan :P


En.Irfan juga dah pandai nak cakap-cakap,jerit-jerit sikit.
Dan dia paling suka "borak-borak" dgn En.H,kdg2x tu sampai meleleh ayaq liuq :)

Paling dia terer isap jari ler.Kalau boleh satu penumbuk tu dia nak isap.

Sis tifa sekarang matanya merah sebelah.Yesterday pergi klinik,alhamdulillah doc said nothing to be worried sebab bila suruh dia baca alphabet kat bilik tu she can read very well.(siap dapat pujian dari doc lagi!).Dari semalam titik ubat mata tu and today nampak dah berkurang sikit.Maybe terjangkit masa main2x kat playland kot.

Saya ni memang panic sikitlah pasal sis tifa kan di rumah je.So far alhamdulillah, jarang sangat dia terkena sakit2x berjangkit ni.So bila dapat sakit mata ni risau juga.Lagi risau sebab ada en.Irfan juga kan.

Hemm...sekarang ramai juga orang yg memperkatakan pasal kebaikan susu ibu(baca kat dalam email).Alhamdulillah,dah makin ramai ibu-ibu yang sedar dan nekad untuk 100% menyusukan anak masing2x.Saya pun termasuk juga dalam golongan tulah kan.Masa sis tifa dulu,saya memang menyusukan dia sampai 2 . 5 yrs old.Tapi ada top-up juga start dia umur 5-6 month kot sebab confident tu low sangat.Tak yakin lansung susu badan saya cukup utk baby.Tu masalah paling besar.

Masa 2nd time pregnant ni,bila dah baca byk pasal breastfeeding ni saya naik jeles(ni jeles yg baiklah kan) pulak dekat ibu2x yg boleh exclusively bfeed baby diorg.Saya pun tanamkan dalam kepala saya ni yg saya pun boleh juga mcm tu.Plus En.H yg byk support juga.So selama 9 month tu saya cuma fikir saya akan bfeed baby sepenuhnya.And memang terbuktilah dgn izin ALLAH,now saya exclusively bfeed my baby irfan fahri.Bukan fully,bukan half top-up2x tu but sepenuh-penuhnya dari b****t saya.Syukur sangat-sangatlah, especially bila dengar irfan 'burp' dgn sangat kuatnya.(jgn tak tau,irfan kalau burp,sampai sis tifa gelak terkekeh-kekeh :P)

So,kepada bakal2x ibu 1st timer ke,2nd ke,and seterusnya perkara pertama sekali perlu dibuat kalau nak exclusive or fully(using pump) bfeed baby anda,perlu tanamkan dulu nekad tu semasa pregnant.Ilmu bfeed pun kene cari and ditambah selalu.And jgn lupa kpd yg mengizinkannya terjadi ALLAH swt, doa tanpa henti.

Huh! dah jadi macam motivator lah pulak ek :P

Saturday, March 7, 2009

child patterns

Assalamualaikum

Okeh kita sambung lagi pasal temperamental patterns tu.Let see....yang "easy child" dah kasitau dlm last entry.Kat sini saya citer pasal 2 pattern lagi yek.




"difficult child"

  • Display intense and frequently -ve moods ; cries often and loudly
  • Response poorly to novelty and change.
  • Accepts new food slowly.
  • Is suspicious of strangers.
  • Adapts slowly yo new situations.
  • Reacts to frustrations with tantrums.
  • Adjusts slowly to new routine.

"Slow-to-warm-up child"

  • Has a mildly intense reaction,both +ve and -ve.
  • Response poorly to novelty and change.
  • Sleeps and eat more regularly than the difficult child,less than easy child.
  • Shows mildly -ve initial response to new stimuli ( a first encounter with new person,place or situation)
  • Gradually develops liking for new stimuli after repeated,unpressured exposure.

So, which child patterns did your child falls in?

Actually,saya issue kan pasal child pattern ni bukanlah untuk kita cari kelemahan anak2x kita.Yang patut kita buat is membaiki yang mana lemah atau tak elok dan menguatkan lagi yang mana elok dan bagus.

Budak-budak ni masih boleh dilentur lagi.Diorang kan bak kain putih.Yang mencorakkanya kitalah as their parent.

Pasal membentuk anak2x,kita ni walau dah 'dikatakan matang' masih lagi perlu mencari ilmu keibubapaan ni.Have to reads more about it.Kadang2x ada yang kita dah tau tapi terlupa.So perlu selalu memperbaharui bacaan tentang mendidik anak-anak.Yang paling utama kita ni diorang punya idola tau.Semua yang kita buat anak-anak tengok dan simpan dalam diorang punya subconscious mind.Kalau tak sekarang diorang tiru,esok2x dah besar diorang recall balik apa yang dalam subconscious mind tu and tiru.So hati-hatilah dalam percakapan dan perbuatan kita as parent.Nak anak baik,kita kene jadi baik dululah.Nak anak solat,kita kene solat dululah.Nak akhlak anak baik,kita kenelah berakhlak baik juga.Nak anak pandai simpan duit,kita yang kene menyimpan dulu.Ye tak?

Saya ni bukanlah terrer benor pasal ni.Tapi melalui pembacaan.Ya,memang saya suka sangat membaca specially bab2x memperbaiki diri dan didikan anak-anak.(cuma sekarang masa untuk membaca tu kurang sikitlah pasal ada en.Irfan fahri).

Teringat pasal bantal 'busuk' pulak.Sebenarnya it is satu experiment yang saya buat untuk melihat kesan didikan saya pada kakak tifa anak 1st saya.Saya ajar dia untuk tidak memanggil 'bantal busuk' sebaliknya "bantal wangi" and kesannya sampailah sekarang umurnya dah 4 yrs dia tetap dgn bantal wangi nya.Sebenarnya ada kesan lain pulak bila panggil wangi.Dia tak suka bantal dia berbau dan juga kotor.Cepat2x dia suruh saya cuci.Ha...kan bagus macam tu.Dan saya dapat lihat dgn jelas bila kita ajar dia mcm tu,dia akan ikut kita walau keadaan sekeliling asyik cakap "bantal busuk" pada dia.Tapi semua ni memang perlu diajar dari kecil lagi dan berterusan.

So,jadilah idola(bukan idola kecil mahupun M** Idols okay!) yang baik dan bagus dimata anak-anak kita.Selalulah berhati2x dalam setiap perbualan dan perbuatan kita.Tambah pulak budak-budak sekarang sangat pandai dan sangat cepat meniru.

Thursday, March 5, 2009

easy child

Temperamental Patterns of En.Irfan Fahri

"Easy" Child :
  • Has mood of mild to moderate intensity,usually +ve
  • Responds well to novelty and change.
  • Quickly develops regular sleep and feeding schedules.
  • Takes to new food easily.
  • Smiles at strangers.Adapts easily to new situations.
  • Accepts most frustrations with little fuss.
  • Adapts quickly to new routines and rules of new games
There's another 2 Temperamental Patterns of a child which is "difficult" and
"slow-to-warm-up" child.But En.irfan is definitely fall into that "easy" one because he is a very-very nice and cute guy(selalu buat ibu tersenyum).Exclusively breastfeeding baby lagi!

Talk about breastfeeding issue ni,hari tu saya pesan tempe kat En.H pasal soya dah habis.En.H beli 4 sekaligus !.Jenuh nak fikir resepi untuk tempe tu.Anyway tempe pun dibuat from soya which means susu akan bertambah juga.Tak semestinya air soya je kan.Minum soya byk2x pun bahaya juga tau.

Oklah,nak start masak untuk malam pulak.Definitely menu tempe ada lagi yek En.H !

Nanti saya sambung pasal Temperamental Patterns ni yek.InsyaALLAH.

Wednesday, March 4, 2009

Sibuk?

Assalamualaikum

Sibuk sangat ke? :)

Takdelah sangat.Macam biasalah sibuk dengan suami dan anak-anak je(have to use 'anak-anak'la cause dah ada 2 anak :P).

Tapikan sebenarnya saya dah tulis banyak kali tapi semua half way je.Macam biasalah En.Irfan Fahri yang kacau.Bila nak continue balik dah takde mood dah.Endingnya saya deletekan aje.

Hari ni awal pulak saya teringin nak menulis.Tapikan kejap lagi En.H pulak akan kacau.hehehe.Nak kene iron baju dia.Buat air dia.Hantaar dia ke muka pintu.Babai dia.Kasi flying kiss sikit so dia dok angau dengan saya kat rumah ni.Berdoa untuk dia sampailah dia hilang dari pandangan dgn hondacupnya.(sungguh ni....hari2x buat......bukan petua cintan-cintun main2x tau!)

Erm,saya dapat visitor yang ditunggu2x.Its from mydearest.Lama betul saya tak membaca hasil tulisannya.Keep writing ye dik.Rindulah jugak kat blog awak plus budak berdua tu.Eventho dlm blog je tapi at least boleh juga update2x diri masing2x kan.

Eh,oklah nak kene iron baju En.H ni.Nanti2x sambung lagilah.InsyaALLAH.

Moga hari ni dipermudahkan urusan harian saya dirumah dan urusan kerja En.H di ofis.Amin.