Assalamualaikum
InsyaALLAH saya sambung pasal "formula elak mengumpat" daripada ustaz AA GYM.(ni daripada nota sayalah).
Formulanya adalah : BMT TENSOFAS
Benar - Apa yang dibicarakan itu perkara benar atau pun tidak?
Manfaat - Apa yang dibicarakan itu bermanfaat atau pun tidak?
Tidak menyakiti - Apa yang dibicarakan itu akan menyakiti hati org lain atau pun tidak? (kutuk org lah ni)
TEN -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu tenang
SO -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu sopan
FA -Bila berbicara dengan org lain hendaklah selalu fasih (tak terjerit-jerit)
S -Bila berbicara dengan org lain secukupnya sahaja (tak berlebih-lebih)
So sebelum kita membuka mulut untuk berkata-kata eloklah kita kira2x dulu guna formula kat atas tu....and kalau jawapannya +ve bolehlah kita teruskan tapi kalau separuh2x je eloklah kita diam je rasanya yek.
HADIS2x RASULULLAH SAW BERKENAAN DENGAN PERINTAH MENJAGA LIDAH
(dicopy drpd http://ustazmelaka.net)
Di bawah ini mafhum hadis Rasulullah saw tentang kepentingan dan kewajipan menjaga tutur kata dan percakapan agar tidak melanggar syariat dan agama.
1- Daripada Sahl bin Saad: Rasulullah saw bersabda ”Sesiapa yang dapat memberi jaminan kepadaku bahawa dia akan menjada apa yg berada di antara dua janggutnya (misai dan janggut) dan apa yang ada antara kedua kakinya (alat kelamin) maka aku jamin syurga kepadanya” (Bukhari: 314 dan Tarmizi:2408)
2- Daripada Abu Hurairah: Seorang sahabat telah bertanya Rasulullah saw tentang apa yang boleh memasukkan manusia ke dalam syurga. Baginda menjawab ”Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik”. Baginda ditanya tentang apa yang akan memasukkan manusia ke dalam neraka. Baginda menjawab ”Mulut (lidah) dan faraj (alat kelamin)” (Fathu Bari. Jld 8:316)
3- Daripada Uqbah bin Amir: Rasulullah saw bersabda ”Kamu perlu menahan lidah, melapangkan keluargamu dan menangisi kesalahanmu” (Tarmizi:2406)
4- Daripada Abu Said al-Khudri: Rasulullah saw bersabda ”Bila pagi telah tiba seluruh anggota badan anak Adam akan mengingkari lidahnya. Semuanya berkata: Hendaklah engkau (wahai lidah) bertakwa kpa Allah mengenai kami. Kami ini (anggota badan) tergantung kepadamu, jika engkau lurus, maka luruslah kami dan jika engkau bengkok, maka bengkoklah kami. (Tarmizi:2407)-Lihat Sahih al-Jami’:351)
5- Daripada Malik bin Dinar: Rasulullah saw bersabda ”Apabila engkau merasakan kekerasan dalam hatimu, kelemahan pada tubuhmu dan kesempitan rezekimu maka ketahuilah bahawa engkau telah berkata sesuatu yang tidak berguna bagimu” (Minhajul Abidin, hal-139)
6- Daripada Ibnu Masud: Demi Allah, di muka bumi ini tiada sesuatu yang memerlukan sujud lebih lama melainkan lidah” (lihat al-Targhib, jld 3:526-oleh al-Mundziri)
7- Daripada Anas bin Malik: Rasulullah saw bertemu dgn Abu Dzar ”Wahai Abu Dzar, mahukah kamu ku tunjukkan dua keadaan yang keduan-duanya lebih ringan dipikul di atas bahuku tetapi lebih berat timbangannya drp yang lain. Abu Dzar berkata ”Ya ”. Baginda bersabda ”Kamu harus berakhlak mulia, banyakkan diam, dan demi Allah yang nyawaku ada padaNya, tidak ramai manusia yang berperangai seperti itu. (Lihat Takhrijul Hadis. Hal-1938)
p/s: buat puan limau....tabahkan hati ye.Lagi byk org bergosip pasal kita...alhamdulillah lagi banyak pahala lagi kurang dosa..kan..kan :). You go girl !!!
2 comments:
thanks kak hanis, siap ada mafhum hadis rasulullah saw tu :)
K Hanis.. you're tagged!!
Post a Comment