Monday, March 16, 2009

Perasaan hebat!

Assalamualaikum

Semalam saya buat spaggeti.
Hari sebelumnya saya masak coklat muffin.
Hari sebelumnya lagi saya masak tom yam.

Eh! rasa rajin pulak minggu lepas yek.Minggu2x sebelumnya tu macam down je semangat memasak tu.Alhamdulillah dah pulih kot....hehehe.

Hari ni?

Satu kejayaan yang sungguh besar rasanya pasal saya berjaya masak 'ikan masak taucu' which is inilah pertama kalinya saya masak lauk guna taucu.(makan tu byk kali ler :P).Dah hampir 5 tahun berkahwin,tak pernah saya beli taucu pun.Reason....tak berani nak cuba,rasa macam susah je nak masak taucu ni.Hehehe...hakikatnya mudah yg amat.

Saya siap call En.H bagitau saya masak guna taucu for the 1st time in my life.And En.H pun siap pesan "jgn lupa tinggalkan untuk abg" :P.

Sis Tifa pun berselera juga masa makan tadi.

Actually taucu ni kacang soya masin sebenarnya.So....bertambah lagi lah list makanan/minuman saya untuk menambahkan susu badan.(tapi berkesan ke ek?) sebab kan takkan ler nak makan taucu gitu2x je....nak sakit buah pinggang ape?.Penggunaan nya sangat minimumlah untuk diletak dalam lauk tu.Tu pun masin yang amat.Hemm...takleh masuk listlah rasanya.Kita berbalik pada tempe je lah yek.Hehehe.

Sebut pasal kejayaan ni....sebenarnya hari-hari kita kene anggap kita telah berbuat sesuatu yang berjaya.Kita kene rasa kita hebat sebab dapat melakukannya dgn berjaya.Macam saya dapat masak taucu tu....hebat ape rasanya.(walau ramai giler org kat luar tu yg masak guna taucu..tak heran pun ;)).Bukan apa...endingnya kita akan sentiasa berfikiran positif utk membuat sesuatu yang lain pulak plus sentiasa bersemangat waja...chewah!

So kawan2x....apa jua yang anda berjaya lakukan hari ini...walau sekecil 'masak lauk taucu' fikirlah yang diri anda sememangnya hebat!

Dan jangan lupa menyatakan 'awak ni hebatlah' kepada orang2x yang anda sayangi juga.

Semoga kita dapat menyebarkan aura yang positif dgn byknya kepada org2x disekeliling kita.InsyaALLAH.

3 comments:

Ummu Mishkah said...

you are great hanis! .. :)

Farra Da Smiley said...

hanis...sy pulak:
sabtu: sup ikan merah + sambal kicap
ahad: ketam masak lemak cili api + tempe masam manis ( ajak mak abah makan sekali)+ baking cheesetarts
isnin: ikan tenggiri masak sam bal serai + petola masal lemak

hari ini? tatau lagi..rasa cam nak tom yam kot! :D

eh taucu rasa camna? tak pernah try pon

Anonymous said...

ummu : thanks a zillions...sgt memberangsangkanlah ummu :).

Ummumishkah pun wanita yg hebat juga!


farra : wahh...puan farra lagi dasat menunya yek....bleh tiru idea nih.

anyway...taucu tu rasa masin yg amat (kat btol pun ada tulis kacang masin)

Best guna utk masak ikan...tumis2x bwg,halia then masukkan taucu 1 sudu jek + air sket kasi berkuah,then masukkan ikan yg dh goreng dulu.Garam jgn taruk dah...kang masin takleh makan lauk tu.