Assalamualaikum
Budak-budak zaman sekarang kan cepat betul meneliti sesuatu perkara.
1.Panggilan suami isteri
Akhir-akhir ni anak kecil kami(yela baru berusia 3++ pun) sebut tentang 'ayang' dan 'abang'.
Bukan saya yang cakap padanya pun.Dia sendiri-sendiri observe dan buat ayat sendiri.
"ayah panggil ibu ayang,tifa panggil ibu"
"ibu panggil ayah abang,tifa panggil ayah"
Bila la masa dia karang ayat tu.
2.Tentang solat
Kalau dapat solat berjemaah dengan En.H ,alhamdulillah.Tapi tak lah setiap waktu.Mengaji pun macam tu juga.Tak dapat buat tiap kali lepas solat.(kene usaha lebih ni).Dia dah pandai tegur.
"Kenapa ibu tak semayang dengan ayah?(En.H kan kerja :) )
"Ibu nak mengaji ke?(walaupun belum sempat nak doa,dia dah sibuk nak kenc***laa,B***klaaa.Selalu macam tu.Tensi betul ibu.
3.Masa kat genting
Adalah show time tu,dancing-dancing seksi meksi tu.Pakai ala2x kuda belang gitu.Tapi tak dinafikan memang lawa2x orang belah arab ni.(Saya agak je macam rupa belah arab2x sikit).Saya pun terpegun tengok.
"ibu,kakak tu seksi.Nampak t*t*k dia. :P .Dia tak pakai tudung.Tak malu kan?...kan?" ( memangla saya wajib jawab "ha..ah memang tak malu".Takkan nak jawab takpe pulak.Konpius jugak kang budak tu.Tulah peningnye kalau apa yang diajar bercanggah dengan apa yang ditengok.)
Ada banyak lagi soalan kenapa...kenapa...kenapa yang never ending gayanya.Walaupun kadang2x sampai En.H terpaksa suruh dia diam sekejap,(byk sangat soalan!),syukur tetap syukur sebab dia mahu bertanya.Taklah membisu seribu bahasa kan.Nanti susah mak bapak nya juga akhirnya.
Oh ya,ada cerita menarik.(taklah menarik macam gosip artis tu).
Saya ni paling pantang kalau tengah drive orang bagi hon.Kita boleh kenal lah hon sebab kenal atau hon sebab sikap yang tak sabar2x tu.Dekat T junction.Kiri kereta,kanan pun kereta.Tunggu je la turn untuk belok kan.Ini tak,dah hon,lepas tu pegi himpit sebelah.(tak lepas pun jugak,sebab memang kete banyak.Saya pun bukannya baru sehari dua memandu).Tau lah pakai BMW.(tak heranlah,kancil jimat minyak,boleh simpan duit lagi banyak tau!).Tuhan tu maha adil.Last2x dapat lintas sama-sama dengan kancil ni jugak.Heheh( memang dalam hati tu dah ckp padan muka dah,tp kat muka senyum je laa,senyum sinis sikit-tak tau la dia nampak ke tak).
Tu lah bukan senang nak jadi pemandu berhemah ni.Kalau tak ada apa kecemasan,janganlah suka-suka dok hon orang.Terkejut tau tak.Nak-nak buat ibu-ibu mengandung ni. :P
Oklah.Nanti sambung lagi.Nak rehat sikit.Penat betul drive bila orang hon. :)
No comments:
Post a Comment