Thursday, June 26, 2008

Mabuk

Assalamualaikum

Aduh pening betul dengan keadaan rumah sekarang.Taklah teruk sangat tapi kalau tengok kat bucu-bucu silling tu,memang tak mahu bagi tetamu tengokla.Bersarang-sarang.Lantai pun macam dah lama tak bermop.Dulu maknanya sebelum muntah-muntah,pening2x adalah mop lantai 2-3 hari sekali.Licin elok jek siap si anak dara tu boleh slide-slide lagi.Tapi agak-agak hari ni kalau dia slide mau kene rendam klorok seluarnya tu.

En.H pun dah naik pelik dengan keadaan 'ayangnya' yang macam tak sama lansung masa mengandungkan anak pertama.Hari-hari balik kerja je tanya muntah lagi hari ni?Apa yang ayang tak cukup makan ni?Aduhla,itu pun buat saya pening juga nak menjawabnya.Makan macam biasalah.Mandi pun macam biasa.Tidur je macam makin pelik sikit,ala-ala ninja gitu.Sambil duduk dan senget sikit perut.Yela kalau ada yang berpengalaman perut dah kedepan,maunya nak tidur terlentang.Meniarap lagikla.(fikir positif je la,dapat pahala kan ;))

Itu je la kalau pelik pun.Yang lain biasa-biasa je.Tapi loya2x,pening2x sikit tak hilang-hilang juga.Jiran-jiran kalau tanya,ayat biasalahkan 'cepatnya ek...sekejap je dah 4 bulan'.Tapi yang menanggungnya ni,tuhan aje yang tau macam setahun dok loya2x,muntah2x.

Dulu masa pregnant anak dara tu,masuk bulan ke 3 je start uwek2x,siap ambik unpaid leave(masa tu kerja lagi) sebulan.Tepat2x masuk bulan ke 4 ,semua dah ok.Selera bertambah-tambah seiringlah dengan berat badan kan.(aduh,agak menyesal juga dok hentam makan sesuka hati sampai sekarang susah nak turun berat badan).Takpe...takpe azam lepas bersalin anak ke 2 ni,mesti slim balik macam masa form 5 dulu.hehehe.

But,this time pregnant macam tak habis2x peningnya.Salah makan je mesti keluar balik.Cuma keadaan saya tak lah seteruk masa mabuk anak pertama tu which definitely tak boleh bangun,siap merasa masuk wad sehari.Yang ni boleh buat kerja rumah macam biasa,cuma yang berat2x tu takdelah kan.Pass dekat En.H la pulak.

Ada yang kata jantina lain kot.Huhuhu.Kita redha je jantina lelaki ke perempuan.Dua-dua pun rezeki Allah, tak gitu.Kalau dapat kembar lagiklaa.Kalau ikut keturunan,adik kepada ibu saya, ada yang melahirkan anak kembar.Dekat je tu kan.Who knows.Ishk...best juga dapat anak kembar ni.Apa-apa pun semoga anak dalam kandungan ni sihat sempurna zahir dan batinnya.Itulah yang paling utama.

Oklah,nak sambung basuh kain.Dah sampai level 'wajib basuh'.Maknanya seluar kecik anak dara tu dah nak putus stok.Sebelum dia terjerit-jerit cari mana seluar kecik dia which is dia tersangatlah prihatin tentang memakai seluar kecik tu,baik saya basuh dulu.

Lepas tu nak masak pulak.Semalam bukan main sedap masak mee kari,hari ni blur dah nak masak apa.Takpe...tunggu idea datang masa tengah basuh kain.

3 comments:

Anonymous said...

Hi Hanis...Tahniah!!!! Dah 4 bln eh? Tak tau pun..hihihi...sure best kan nathifa nak dapat adik.
Btw hanis, kami sefamily mmg plan nak ke cameron pun, next 2 weeks tp sbb dapat voucher free..x pernah ke sana lagi, hopefully best la!! U take care ok...

aida said...

ya Allah kak hanis, baru kutau tgh pregnant.. hehe, nak bersalin kat mana?

kak hanis jangan naik berat badan sgt ok.. anak first senang shed off lagi, anak no 2 dan seterusnya.. berat statik takat tu jer :P

blogadmin said...

Hehehe...ramai jek yang tak tahu lagi.Lagipun akak kan dok rumah jek,sapelah yang nampak.

Bab naik berat badan,this time memang rasanya akak alert sikitla.Tapi kalau ikutkan pun sampai sekarang pun selera masih kurang lagi.Dah in the middle of bulan ke 4 dah.Pelik jugak.Berat baru naik 1kg selama 4 bulan ni.Byk yang keluar dari masuknya.

Bersalin maybe kat Darul Ehsan MC,InsyaALLAH.Ada kawan rekemen doktor Z.Hehehe.Nak ke Tawakal jauh yg amatla dik.