Assalamualaikum
Saya teringat pasal En.H punya perkataan "Muslim praktikal versus Muslim non-praktikal."
Kalau ikut entry yang baru lepas tu,okay juga kalau orang-orang sekarang ni kita kategorikan sebagai Muslim praktikal versus Muslim non-praktikal.Yelah,bila orang kata bukan Islam/Non-Muslim nanti melenting pulak.Kiranya orang Islam tapi tak praktikkan Islam la.Lebih kurang la yek.(boleh pulak macam tu ek :P )
Antara Muslim praktikal ni pun ada yang ambil Islam suku je,separuh je,sipi-sipi je.Macam kalau ke ofis pakai tudung elok-elok,kat rumah bila tetamu datang tak payah pakai tudung.Haa...belum termasuk yang keluar rumah sekejap siram pokok,buang sampah tak payah pakai tudung.Itu yang saya pernah dengar ustaz-uztazah kata pakai Tuhan lain-lain.Keluar rumah lain.Ke Opis lain.ke masjid lain.(Nauzubillah).Hemm...boleh jugak macam tu yek?
Tapi nanti kat akhirat ada antara dua juga "syurga versus neraka".Ye tak?
Sorrylah kalau ada yang terasa.Semuanya hakikat kan?Bercakap benarlah walaupun ianya perit untuk diterima.Orang sekarang lebih suka menyisihkan hal-hal macam ni sebab tak mahu memikirkannya lansung.Tunggu dah tua nanti laa - banyak orang kata!Muda-muda nak enjoy dulu.Macamlah dalam Quran ada tulis mati tu hanya bila berumur 60 ke atas.Isk..Isk...
Saya bukanlah seperfect mana juga.Bukannya pakai tudung labuh,berpurdah.Tapi sama-samalah kita cuba mengambil Islam sepenuhnya.Islam kan satu cara hidup.Dah ada garis panduan dah semuanya.Nak tak nak je.
(aduhai, tengah kita sibuk menaip ni lah anak dara tu sibuk nak ais-krim pulakkk...tiba2x jekk)
No comments:
Post a Comment